Thursday, 15 August 2013

Nutrisi Lengkap Untuk IBU & BAYI Sepanjang Kehamilan, Bersalin & Menyusu

Kam Haryatie Abdul Mutalib | 02:21 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dalam entry lepas, saya ada share pengalaman saya sepanjang saya berpantang dan menyusu. Alhamdulillah sejak dari itu, saya banyak mendapat respon yang baik daripada pembaca, kawan-kawan dan saudara-mara. Ramai yang telah mencuba dan merasai sendiri kebaikan dan khasiat supplemen tersebut.

Ramai juga yang tanya, Set Mengandung tak de ke? Sebenarnya ada. Cuma secara jujurnya, saya sendiri tiada pengalaman mengambil supplemen semasa mengandung. Tapi banyak testimoni positif daripada kawan-kawan yang mengambil set mengandung, malah mendapat sokongan daripada gynae masing-masing. 

Anda boleh rujuk cadangan set bersalian yang dicadangkan oleh Dr. Zubaidi, seorang pakar sakit puan terkemuka di negara ini. Sila klik link di bawah:

Set Bersalin Shaklee - Kupasan Dari Aspek Perubatan

Sebenarnya, segala supplement yang diambil semasa berpantang dan menyusu, adalah supplement yang sama boleh diambil semasa hamil. Vitamin yang lengkap bernutrisi bukan sahaja untuk ibu mengandung malahan untuk tumbesaran yang sihat anak di dalam kandungan.

Vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk para ibu bermula dari saat kehamilan hingga semasa menyusu bayi ialah:- 

1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin) 
2) Chewable Vita-C Plus 
3) B-Complex 
4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)
6) OmegaGuard (EPA & DHA) 
7) Zinc Complex (Selepas bersalin) 
8) Alfafa Complex (Selepas bersalin dan semasa menyusu - as MILK BOOSTER)






1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin) 

Vita-Lea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am. 

Zat besi dalam Vita-Lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi (HB Low). Vitalea akan membantu untuk meningkatkan HB ke tahap normal.

 
2) Sustained Release Vita-C Plus 500g 

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. Vitamin C sangat penting bagi kesihatan gusi, gigi, tulang dan pembentukan tisu baru. Ia terdapat dengan banyak dalam buah-buahan seperti oren, betik dan strawberi.

Ibu yang tidak mendapat cukup vitamin C akan mengalami rasa mudah penat. Mereka akan menjadi cepat marah dan mudah mendapat penyakit meroyan (post partum depression). Sendi dan otak akan berasa sakit dan mudah mendapat lebam jika terlanggar meja atau dinding.

Masalah yang sering diadukan oleh mereka ialah gusi yang mudah berdarah dan jangkitan kuman pada gusi. Rambut akan jatuh berguguran dan kulit menjadi kering. Mereka mudah jatuh sakit kerana daya tahan yang tidak kuat.

Seperti vitamin B Complex, vitamin C juga tidak disimpan dalam badan dan perlu diambil setiap hari dalam pemakanan. 

 
3) B-Complex

Vitamin B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B (sebab itu dinamakan vitamin B-Complex) sangat penting bagi menukarkan makanan yang kita makan menjadi tenaga ketika proses metabolik.

Vitamin B, terutamanya folic acid, B6 dan B12 membantu kesihatan jantung dan saluran darah dengan merendahkan tahap homocysteine dalam darah.

Kebanyakan vitamin ini tidak dapat disimpan dalam tubuh dan dibekalkan dengan pengambilan dalam makanan setiap hari. Memasak terlalu lama menyebabkan makanan itu tidak lagi mempunyai vitamin-vitamin ini.

Vitamin B-Complex ini bertindak pada tahap maksima apabila diberikan secara serentak. malangnya, kebanyakan ibu-ibu tidak mendapat kelapan-lapan vitamin ini semasa dalam pantang.

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.

Pengambilan vitamin B-Complex Shaklee mampu membekalkan kesemua vitamin B yang diperlukan oleh wanita yang sedang hamil dan di dalam pantang.

 
4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP) 

Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. 

Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. 

ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal. 

 

5) Ostematrix (Calcium & Magnesium) 

Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. 

Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia ada dalam tubuh ibu. 

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki, tulang belakang dan pinggang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. 

Kalsium sangat penting memperbaiki fungsi saraf, bagi mengelakkan rasa kebas pada anggota kaki dan tangan mereka di samping mempercepatkan pengecutan rahim untuk kembali ke saiz asal. 

Suplemen kalsium dapat menghalang penbentukan darah beku pada saluran darah ketika banyak berbaring dan tidak aktif semasa pantang.

Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period. Bagi wanita yang menyusukan anak, mereka memerlukan sebanyak 1000 mg hingga 1500mg dalam sehari.  


6) OmegaGuard (EPA & DHA) 

DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain. 

Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.  

Atas sebab ini pakar mencadangkan supliment Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.  

Omega 3 juga membantu pembakaran lemak, dan membantu ibu kembali slim dengan lebih cepat selepas bersalin. 


7) Zinc Complex (Selepas bersalin)

Membantu penyembuhan luka bersalin dengan  lebih cepat. Untuk ibu-ibu yang ada masalah takde orang nk jaga dalam pantang, memang sangat digalakkan untuk ambil Zinc Complex Shaklee, sebab ianya sangat mudah dan terbukti berkesan mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin. Cuma makan sehari sebiji. Tak perlu lagi bersusah payah cari ikan haruan atau pati ikan haruan. 

Zinc juga antara zat pemakanan yang sangat diperlukan. Ia terlibat dalam proses metabolisme terutama dalam pembentukan sel-sel yang telah rosak semasa kehamilan dan proses kelahiran.

Wanita yang berada dalam pantang juga selalunya mudah demam dan diserang dengan pelbagai virus dan bakteria. Mereka memerlukan zink untuk meningkatkan sistem daya tahan melawan penyakit dengan meningkatkan pengeluaran antibodi dari kelenjar thymus yang mengeluarkan T-Cells untuk menentang kanser dan menghalang penyakit.

Zink juga membantu mengembalikan semula kitaran haid wanita yang baru melahirkan anak, mengembalikan tenaga akibat kelesuan yang kronik semasa pantang dan membentuk kolagen bagi menyembuhkan luka dengan lebih cepat. 

 
8) Alfafa Complex (Selepas bersalin dan semasa menyusu - as MILK BOOSTER)

Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. 


Kesimpulan 

Ketika dalam pantang, ibu memerlukan tambahan tenaga sebanyak 500kal yang harus datang dari makanan aygn mereka makan. Ini bermakna mereka memerlukan antara 2000 hingga 2500 kalori dalam sehari.

Malangnya kebanyakan wanita yang sedang dalam tempoh berpantang tidak mendapat nutrisi yang cukup dari pemakanan mereka. Ini berpunca dari keletihan kerana tidak cukup rehat dan ttidak cukup tidur kerana menyusukan bayi dan mengalami masalah 'tidak berselera' kerana tubuh mereka masih lemah.

Kegagalan mendapatkan nutrisi yang mencukupi akan memberikan kesan buruk kepada ibu dan bayi. Oleh itu, ibu-ibu yang baru melahirkan sangat memerlukan suplemen yang sesuai untuk menigkatkan kesihatan tubuh mereka semula. 


Pengambilan makanan dengan nutrisi yang lengkap bagi setiap IBU adalah sangat penting. Jagalah kesihatan diri anda terlebih dahulu agar anda dapat menjaga keluarga dengan lebih sempurna, InsyaAllah... 

Jadi jika anda di luar sana masih lagi mencari-cari supplement atau vitamin yang sesuai sepanjang kehamilan, bersalin & menyusu, Shaklee ada jawapannya kerana ianya semulajadi dan bebas-dadah (drug free)!! 

 
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...