Saturday, 21 September 2013

Luka operation berlubang sembuh dalam masa 2 minggu dengan Zinc Complex Shaklee

Kam Haryatie Abdul Mutalib | 01:56 |

Sebelum anda meneruskan baca entri ni, pastikan anda tiada penyakit lemah jantung, atau alah pada luka2 dan darah. Dikhuatiri gambar-gambar dalam entri akan memudaratkan anda.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kejadian ni berlaku pada awal bulan September baru ni. Bibik kami dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman yg menyebabkan tangan kanannya membengkak hingga ke bahagian lengan. Punca nya cuma kena gigit semut. Semut pon bukan semut besar gajah atau kerengga, tapi semut merah yang kecik tu. 

Ni masa second day bengkak. Masa ni belum merebak sampai ke lengan lagi

Tangan yang bengkak tu dipenuhi nanah dan terpaksa kene minor surgery untuk keluarkan. Kesan dari operation tersebut, bahagian yang bernanah tu terpaksa dikorek, dan sebahagian isi daging juga terpaksa dibuang.

2 hari selepas operation


Setiap hari kene buat dressing, dan memandangkan kami takde masa nk hantar bibik ke hospital/klinik utk buat dressing, kami cari alternatif utk buat sendiri di rumah. Advise dari Abg Jan, seorang doktor pakar, iaitu abg kepada Firdaus, kami ke farmasi dan  cari ubat2 dan barang yang diperlukan untuk buat dressing.

Doktor pesan banyak kali supaya bahagian yang luka tu tak kene air langsung. Kalau kena air nanti lambat baik dan takut infection lain pulak. Saya dah mula fikir penat la aku macam ni. Sebab bila kata tak boleh kene air, maknanya, bibik tak boleh basuh pinggan mangkuk, tak boleh nk mandikan anak2 saya time saya kerja.

Akibatnya, memang itulah yg berlaku, pagi2 semua saya terpaksa buat sendiri. 3-3 anak sy kene mandikan, dan bibik hanya bantu siapkan diorg pakai baju utk ke sekolah. Bab kerja dapur pon saya buat semua sendiri, dan saya terpaksa bagi cuti pada bibik dari buat bende2 tu sebab saya nak bibik cepat sembuh. 

Dalam masa yang sama, saya survey apa item atau ubat lain yang saya perlu bagi pada bibik untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Saya tak boleh bergantung pada dressing semata-mata dan ubat antibiotik yang doktor bagi. Saya kene ikhtiar cari alternatif lain. So,saya bagi gel gamat luxor untuk sapu dan 1 botol Zinc Complex Shaklee. Saya paksa bibik makan zinc dengan harapan supaya luka cepat baik. Saya advise bibik ambil sebiji setiap pagi sebelum makan apa2.




Item yang diperlukan untuk mencuci luka operation dan ikhtiar untuk mempercepat proses penyembuhan luka


Dressing dilakukan dalam masa seminggu sahaja. Lepas seminggu tak perlu buat dressing dah. Lepas seminggu baru sapu gel gamat. Tapi Zinc Complex Shaklee mula diambil sejurus sehari selepas operation. Dan alhamdulillah, dalam masa 2 minggu, proses penyembuhan luka nampak berlaku dengan cepat. Luka yang bolong tu (bibik selalu sebut lubang tu bolong), semakin mengecil, dan daging pun dah mula tumbuh.



Dan sekarang, gel gamat pon dah stop. Tapi masih teruskan makan Zinc. Sebenarnya, saya sendiri pun dah rasa kehebatan Zinc Complex Shaklee ni dalam proses penyembuhan luka bersalin anak ke3. Tak sampai seminggu bersalin, luka episiotomy dah sembuh.

Zinc  sebenarnya membantu penyembuhan luka luaran dan dalaman dengan cepat & cantik. Sebab itu lah ibu-ibu selepas bersalin digalakkan mengambil zinc. Untuk ibu-ibu yang ada masalah takde orang nk jaga dalam pantang, memang sangat digalakkan, sebab mudah. Cuma makan sehari sebiji. Kalau tidak, susah juga nk cari orang tolong masak ikan haruan, dah la nak mencari ikan haruan bukannya senang. Ataupun, alternatif lain, boleh la ambil pati ikan haruan. Tapi saya confirm, ramai yang tak sanggup nak minum, sebab masa bersalin anak pertama dulu saya ambil pati, terasa satu keseksaan, tahan nafas hidung semua ada. Sejak ada Zinc Complex Shaklee ni, semua jadi mudah. Natural pulak tu.

Dan baru2 ni bibik tanya, zinc ni selain dari cepat sembuhkan luka, apa lagi khasiat lain. Sebab bibik kata, dia rasa badan ringan. Untuk menjawab persoalan bibik, dan saya pasti anda juga nk tahu khasiat Zinc Complex Shaklee. Jom kita tengok.

(1) Mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman & luaran.
(2) Menghilangkan tanda putih di kuku jari
(3) Mengembalikan rasa hilang selera makan.
(4) Membantu masalah ketidaksuburan(infertility) bagi lelaki
(5) Mengelakkan masalah prostat.
(6) Menggalakkan pertumbuhan sihat (immune booster).
(7) Mengurangkan penempelan kolesterol
(8) Bantu di dalam rawatan masalah mental(promote mental alertness).
(9) Mengurangkan tempoh dan kekerapan diserang demam.
(10) Mengurangkan masalah rambut gugur/ uban sebelum waktunya.
(11) Membantu pertumbuhan sel


Thanks for reading!

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION   
AFFORDABLE PRICE and 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...