Monday, 17 February 2014

RESEPI KEK KEJAYAAN

Kam Haryatie Abdul Mutalib | 21:24 |
Assalamualaikum,

Kali ni nak share resepi yang saya rasa semua orang boleh buat. Tak kira umur, jantina. Kita pun boleh ajar anak-anak kita untuk buat kek ni. Jom kita tengok.

 
BAHAN-BAHAN

  • 500g Semangat (yang membara)
  • 250g Inisiatif atau daya usaha
  • 100g Kecekalan (jatuh sekali bangun semula sepuluh kali)
  • 180g Keimanan
  • 130g Keinsafan
  • 280g Pengorbanan
  • 180g Campuran akhlak mulia (boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)
  • 8 sudu teh perasaan tanggungjawab
  • 200g senyuman secukup rasa


CARA-CARA
  1. Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental.
    Masukkan usaha dan kesabaran, gaul hingga sebati.
  2. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit. Biarkan adunan menjadi lembut. 
  3. Setelah itu campurkan keimanan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia.
  4. Bungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba.
  5. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbangrasa dan tolak ansur.
  6. Hiaslah dengan senyuman yang menawan.
  7. Kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

TIPS

  • Kalau gunakan ketuhar biasa (Jalan Lama) , bakar pada suhu 180° selama 38 minit.
  • Kalau gunakan ketuhar mikrowave (Leburaya), bakarlah ia selama 10 minit,
  • Untuk dapatkan kek yang elok dan cantik, elakkan adunan kita tadi daripada terkena air mata putus asa. 


SELAMAT MENCUBA!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...