Follow Us @kamharyatie

Friday 18 July 2014

PENCERAHAN - BETUL KE SHAKLEE SUMBANG KE ISRAEL?



Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan semua para pembaca budiman, isu ini adalah isu yang sudah lapuk. Isu ini timbul setiap kali Gaza diserang hebat oleh Israel. Reda isu Gaza, berita ini pun diam sunyi sepi. Dan bila berlaku lagi, isu ni akan timbul semula. 

Saya faham, sebagai umat Islam yang cukup sensitif dan prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin, kita akan cuba menentang dengan apa saja cara yang termampu walaupun kita jauh di Malaysia. 

Dan salah satu daripadanya adalah dengan memboikot segala produk keluaran Israel dan apa-apa sahaja produk yang menyumbangkan dana mereka kepada Israel. Salah satunya, tindakan segeranya memboikot Shaklee kerana salah informasi.

Habis gempar satu Malaysia sehingga ada yang sanggup membuang semua vitamin-vitamin Shaklee yang telah dibelinya sebagai tanda protes dan boikot! Tak kurang juga yang mengucap syukur sebab tak consume Shaklee dan hanya mengamalkan pemakanan sunnah.

SABAR....NANTI DULU....Jangan terlalu mudah membuat tuduhan dan kesimpulan tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu. Apa lagi bila isu ni timbul, ramai sangat yang kerjanya copy paste and share. Sedangkan dia sendiri tidak consume Shaklee, malah bukan distributor pun.


Bagaimana isu ini bermula?

Kisahnya bermula dengan satu website dari sebuah komuniti Yahudi (Keneseth Israel) yang telah memaparkan logo SHAKLEE GLOBAL dalam list supporter.

Sila klik image berikut:
 http://www.kenesethisrael.com/
Sebenarnya, blog ini adalah kepunyaan seorang lelaki yang juga SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR. bagi yang belum tahu, kami semua yang menggunakan Shaklee dan menjual Shaklee adalah ‘independent’.

Maksudnya, kami dapat bonus dari Shaklee, so sukati kami lah nak gunakan duit bonus tu untuk apa. Sebahagian daripada bonus yang kami dapat, kami salurkan kepada badan-badan Islam, infaq, zakat, sedekah, dan juga kepada Aman Palestin. 

Dan itu lah yang dilakukan oleh 'lelaki' terbabit. Dia menyumbang sebahagian bonus Shaklee yang dia dapat kepada Israel. Dia menyumbang kepada Israel sebagai individu, bukan mewakili Shaklee. Yang buat orang keliru adalah sebab dia menggunakan logo Shaklee dalam blog tersebut.

Sama juga dengan distributor seperti kami, yang menggunakan logo Shaklee di dalam blog kami. Isu ini telah dihadapkan ke management Shaklee Malaysia sendiri dan telah disahkan bahawa penyumbang tersebut bukan dari company tetapi bersifat peribadi dan individu.


Pengesahan Dari Shaklee

Berikut adalah pengesahan pencerahan dari pihak Shaklee berkenaan isu ini.







Reply from Shaklee:-

Q: Does Shaklee Corporation contribute in funding Israeli's Military exercise on Palestine?
A: No.

Q: What is your personal stand towards this issue?
A: Because this is a corporate question you and your customers and other distributors have raised now and in the past, we wanted to make it very clear that Shaklee is against violence of any kind anywhere in the world.

Shaklee is a neutral company and is not involved in any conflict, is not affiliated with any religion and is not aligned with any political party or cause.

Q: Is there any link of Shaklee and Israel / Zionist that we need to know?
A: There is none.

Sincerely
Bradford Richardson
President, Shaklee International


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya harap, semua pembaca jelas dan faham dengan pencerahan ini. Teruskan consume Shaklee tanpa was-was.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION 
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!