Assalamualaikum,
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat semua pembaca blog
Mommy Shahab. Saya doakan anda kaya dan berjaya, dipermudahkan segala urusan
dan diberikan kebahagiaan oleh Allah di dunia dan akhirat.
Ramai
yang sedia maklum, kami telahpun selamat menunaikan ibadah umrah
baru-baru ini. Perjalanan umrah kami mengambil masa selama 11 hari 10
malam bermula 15 Dis 2014 hingga 25 Dis 2014. Kami mengambil pakej umrah
dengan Agensi Pengembaraan Asari Murni.
Alhamdulillah. Kami adik beradik semua dapat bersama-sama di dalam pengembaraan kali ini. Saya dan suami Daddy Shahab, adik saya Maria dan suaminya Firdaus, dan juga abang saya yang sulung Abang Turie.
Alhamdulillah. Kami adik beradik semua dapat bersama-sama di dalam pengembaraan kali ini. Saya dan suami Daddy Shahab, adik saya Maria dan suaminya Firdaus, dan juga abang saya yang sulung Abang Turie.
Cuma
kakak saya yang kedua, Kak Ngah belum berkesempatan untuk join kali ni
kerana anak-anaknya yang 9 orang masih kecil. Insyaallah saya doakan
kakak saya akan sampai ke sana tak lama lagi.
Insyaallah sedikit sebanyak saya ingin berkongsi pengalaman sepanjang saya dan suami menunaikan Umrah dan Ziarah untuk kali pertama.
Insyaallah sedikit sebanyak saya ingin berkongsi pengalaman sepanjang saya dan suami menunaikan Umrah dan Ziarah untuk kali pertama.
HARI PERTAMA (15 DISEMBER 2014)
Plan asal flight pada jam 5 petang. Tapi delay hingga jam 6.30 petang waktu Malaysia. Keseluruhan perjalanan mengambil masa 12 jam. Berhenti sebentar di Dhaka untuk isi minyak, dan kemudian sambung semula perjalanan ke Jeddah.
![]() |
Bersama mak mertua yang sangat rajin hantar kami ke KLIA. |
![]() |
Kami naik flight United Airways. Mula-mula ingatkan US punya airlines, rupa-rupanya United Airways of Bangladesh. Hehehe.... |
![]() |
Tempat duduk untuk ibu mengandung |
![]() |
Terdapat panduan solat dan juga monitor keadaan, suhu terkini serta lokasi flight. |
Sedikit
tazkirah disampaikan oleh Mutawwif semasa dalam perjalanan.
Memandangkan perbezaan waktu, Mutawwif sentiasa alert waktu solat dan
akan mengarahkan kami untuk bersiap sedia setiap kali waktu solat.
Apabila sampai di Miqat, pengumuman dilakukan untuk memberitahu kepada
kami sudah sampai masa untuk kami berniat ihram.
![]() |
Ini pemandangan udara di Jeddah. Salah satu favourite saya adalah melihat pemandangan udara pada waktu malam. Subhanallah, sangat cantik. Dulu cita-cita nak jadi astranout, tapi tak kesampaian. |
HARI KEDUA (16 DISEMBER 2014)
![]() |
Tak lepaskan peluang bergambar. Muka excited je walaupun 12 jam dalam flight dan ada yang tak boleh tidur sepanjang perjalanan. |
![]() |
Kami menaiki bas untuk ke Mekah dan ianya mengambil masa selama 1 jam perjalanan. |
![]() |
Kami menginap di Hotel Al-Deafah Oasis. Hotelnya sangat selesa dan senibinanya pun agak unik, cantik dan menarik.
|
![]() |
Sambil dalam perjalanan, sambil dapat explanation dari mutawwif tak bertauliah kami, Firdaus |
Secara
jujurnya, sepanjang perjalanan nak sampai ke sini, hati saya berdebar-debar.
Tak tahu macam mana nk explain. Dijemput sebagai tetamu Allah buat pertama kali
dalam hidup adalah perkara yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.
Banyak
dugaan sebelum saya sampai ke sini sebenarnya. Diuji dengan kesihatan anak-anak
yang tidak menentu, tugas dan tanggungjawab di office, dan macam-macam lagi isu.
Ada sahabat-sahabat yang flight mereka delay dan ada juga yang visa mereka tak diluluskan
di saat akhir.
Saya
terfikir.. “Aku macam tu ke? visa aku ni,
lulus ke tak?”
Tapi bila fikir-fikir semula, kita ni manusia hanya merancang,
segala-galanya Allah yang tentukan. Kita
dah rancang dan usahakan apa yang sepatutnya kita buat, selebihnya kita berdoa
dan tawakal.
Kalau
dah ditakdirkan Allah kata pergi. Takkan ke mana. Kita akan tetap sampai jua. Ada
orang yang dah kat KLIA pun belum tentu dapat pergi. Kalau Allah kata belum
tiba masanya, maka adalah halangannya. Begitulah, sebalik.
Kita
berdoa dan harap yg terbaik dari Allah. Sabar
itu pahala. Setiap
apa yang berlaku ada hikmahnya. Sentiasa berdoa. Jangan pernah berhenti
berharap. Dan kurangkan ketakutan dengan mendengar cerita-cerita buruk dari
orang lain.
Rupa-rupanya
isu visa last minit tak lulus adalah perkara biasa, memang dah biasa berlaku. So
kami dinasihatkan supaya fikir yang baik-baik sahaja.
![]() |
Pertama kali nampak kaabah kat depan mata, tak sedar air mata saya menitis, bersyukur kerana Allah memilih untuk terima kedatangan saya di sini. |
TAWAF
Sampai
je terus mulakan tawaf. Masa kami tawaf tu tak ramai sangat orang.
Alhamdulillah. Tapi
semasa tawaf pusingan kedua, tiba-tiba adik saya ternampak sehelai anak rambut
terkeluar.
Maka terpaksa ganti 1 pusingan lagi. Dah masukkan semula anak
rambut, tapi masa pusingan keempat pulak, terkeluar lagi anak rambut, aduhai.
Makanya, untuk elak was-was, saya buat lagi tiga pusingan extra.
![]() |
Selesai tawaf, kami minum air zam-zam dan dapat berdoa di depan Multazam. |
SAIE
Selepas
tu kami berSaie. Saie ialah tanda melahirkan rasa syukur kepada Allah
atas nikmat kurniaanNya dan juga sebagai mengenangkan pengorbanan Hajar
(Isteri Nabi Ibrahim AS) yang mencari air dipadang pasir untuk puteranya
Nabi Ismail AS yang sedang kehausan.
Dan peristiwa ini, diwajibkan dalam ibadat umrah atau haji dengan berjalan berulang-alik dari Bukit Sofa ke Marwah sebanyak tujuh kali. Bagi lelaki digalakkan untuk berlari-lari anak di antara lampu hijau.

![]() |
Ni gambar selepas kami selesai umrah, rasa.seronok sangat. |
![]() |
Alhamdulillah dapat tunai umrah.bersama suami. Lepas ni kita tunai haji pula. |
![]() |
Ni hotel Hilton, betul-betul mengadap masjidil haram. Daddy sedang LUA yang kami akan stay di hotel ni bila kami pergi haji atau umrah lagi nanti. |
![]() |
Selesai umrah, dalam perjalanan balik ke hotel. Mak mertua Maria belanja kami.makan ais krim |
![]() |
Pemandangan Masjidil Haram di waktu malam. Dalam 1 hari, 3 kali kami berulang alik hotel-masjid |
![]() |
Walaupun orang terlalu ramai, tapi sanggup menyelit jugak, supaya dapat solat di depan kaabah |

Percaya atau tidak, harini sahaja kami.melangkah sejauh ini. Sebab jarak hotel agak jauh lebih kurang 1.4km. Dan sebab nakkan solat berjemaah di Masjidil Haram, dalam 1 hari 3 kali kami berulang-alik. |
Sebab
tu lah mereka yang ada budget extra prefer untuk duduk di hotel yang
berdekatan supaya tak penat sangat nak berjalan. Bayangkan
keadaan haji pula nanti macam mana. Sebab tu lah salah 1 impian saya
adalah untuk tunaikan haji di waktu.muda di saat kekuatan fizikal masih
kuat.
Sebab
rata-rata tengok mak cik, pakcik yang datang buat umrah
pertama kali di sini, ramai yang dah tak larat nak berjalan jauh. Musim
haji nanti macam mana pula ye. Mungkin disebabkan kekangan kewangan yang
tidak mengizinkan mereka untuk menunaikan umrah dan haji masa muda.
Percaya
atau tidak, kena percaya. Kaki betis pinggang kami semua sakit. Tipu
kalau kata tak sakit. Berjalan sejauh ni perlukan tenaga. Sebab tu kena
ambil suplemen yang boleh bantu untuk tambah tenaga.
![]() |
Suplemen wajib untuk boost our energy. Vivix dan Ostematrix sangat-sangat membantu. |
Vivix
membantu meningkatkan tenaga dalam sel. So bila kita consume setiap
malam atau pagi, tenaga baru akan dihasilkan. Kita akan mula rasa energy
yang cukup luar biasa setiap hari. Lebih cergas untuk buat umrah dan
aktiviti lain.
Ostematrix pula betul-betul bantu avoid kaki daripada cramp sebab banyak berjalan. Semalam masa Saie, salah seorang daripada makcik yang join group kami terpaksa berhenti rehat lama sebab kaki cramp. Bila di tanya makan kalsium ke tak, dah tentulah jawapannya TAK.
Persediaan mental dan fizikal pun kena ada. Kena bersedia dari awal yang kita akan berjalan jauh, kita akan perlukan tenaga yang cukup dan kesihatan yang baik supaya kita dapat fokus tunaikan ibadah dengan sempurna. Insyaallah.
Ikuti kisah pengembaraan seterusnya di entry berikut:
KEMBARA ROHANI DI TANAH SUCI - PART 2
*Jika anda rasa entry ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di
luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat
dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.