Follow Us @kamharyatie

Thursday 1 January 2015

KEMBARA ROHANI DI TANAH SUCI - PART 2



Assalamualaikum,

Sambungan kisah pengembaraan kami di tanah suci. Bagi mereka yang belum baca Part 1, jemput baca di sini.

KEMBARA ROHANI DI TANAH SUCI - PART 1


HARI KETIGA (17 DISEMBER 2014)

Kami  dibawa menziarahi Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Masjid Nameerah dan Khair, Jumrah Al-Ula, Jumrah Al-Wusta dan Jumrah Al-Aqabah di Mina (tempat melontar jemaah Haji) dan singgah di Ji'ranah untuk berniat umrah.


Antara pemandangan sekitar kota Mekah

JABAL TSUR

Jabal Tsur merupakan bukit yang terletak sekitar 3 km dari Kota Mekah. Jabal Tsur memiliki tiga puncak yang bersambung. Di salah satu puncak Jabal Tsur itulah terdapat Gua Tsur. Di gua itulah Rasulullah dan sahabatnya Abu Bakar berlindung dan bersembunyi selama tiga hari tiga malam dari dikejar kaum kafir Qurays ketika hendak berhijrah ke Madinah. 
Jabal Tsur
Allah SWT menyelamatkan Nabi-Nya dengan memerintahkan labah-labah untuk membuat sarang di pintu gua tersebut dan juga burung merpati yang sedang bertelur. Dengan ini orang kafir akan nampak seolah-olah gua tersebut tidak mungkin dimasuki orang. 

Akhirnya, kaum Kafir Quraisy yang memburu Nabi pulang dengan tangan hampa, dan Nabi beserta Abu Bakar melanjutkan perjalanan hijrahnya ke Madinah. 



JABAL RAHMAH

Jabal Rahmah terletak 25 km di tenggara kota Makkah, ianya termasuk dalam wilayah Arafah. Di sini lah tempat pertemuan pertama di antara Adam dan Hawa. Di puncak Jabal Rahmah ada sebuah tugu yang menandakan titik atau tempat pertemuan itu. Tinggi tugu tersebut lebih kurang 8-10 meter.


Untuk sampai ke tugu itu, jaraknya hanya 150 meter dari kaki bukit. Masa yang diperlukan untuk sampai ke puncak itu adalah diantara 15-20 minit pendakian. 

Dikatakan juga, tempat ini merupakan tempat terbaik untuk berdoa meminta jodoh. Apabila seseorang berdoa di atas bukit ini untuk meminta peneman hidup, nescaya doanya dikabulkan Allah. Wallahualam.

Kami mengambil peluang di sini mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup keluarga kami dan juga semua sahabat yang masih single agar bertemu jodoh secepat mungkin dan mendapat jodoh yang soleh dan solehah. Terutamanya untuk abang sulung saya kat sebelah tu. Hehehe....


PADANG ARAFAH, MUZDALIFAH DAN MINA

Kami  bergerak menuju ke kawasan di mana kita akan mengerjakan haji. Bermalam di Muzdalifah dan melontar jamrah aqabah di Mina.

Khemah penginapan di Mina. Tersangat-sangat banyak. Bila saya tengok ni, saya boleh bayang betapa ramainya manusia semasa musim haji.


PROJEK KERETAPI LAJU

Sepanjang perjalanan kami nampak stesen-stesen keretapi yang telahpun siap dibangunkan. Projek keretapi berkelajuan tinggi Al Haramain Arab Saudi yang dinamakan sebagai HHR atau Haramian Highspeed Railway.  

Laluan keretapi ini yang sepanjang 450 kilometer ini menyambungkan Kota Suci Mekah dan Madinah di mana tujuan pembinaannya adalah bagi memudahkan umat Islam bergerak ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah.


Salah satu stesen iaitu Stesen Muzdalifah. Perkhidmatan keretapi ni hanya digunakan pada musim haji


Dengan kemudahan keretapi laju ni, perjalanan dari Jeddah ke Mekah hanya akan mengambil masa kurang dari setengah jam manakala perjalanan dari Jeddah ke Madinah hanya akan mengambil masa dua jam berbanding 6 jam sebelum ni dengan menaiki bas.  Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini  (2014).


Para jemaah haji dan umrah akan lebih selesa dan mudah untuk bergerak ke destinasi-destinasi utama kelak. Dengan adanya kemudahan seumpama ini akan memberi kemudahan kepada umat Islam dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat.


MIQAT DI MASJID JI'RANAH

Seterusnya kami berhenti di Masjid Ji'ranah untuk berniat ihram. Ji'ranah adalah salah satu tempat miqat makani orang -orang Makkah. Ia berada di kawasan yang di kelilingi jajaran bukit-bukit berbatu yang tandus. 

Ji'ranah  merupakan  perkampungan arab badwi dan disinilah letaknya masjid ji'ranah yang sangat terkenal dikalangan jamaah haji dan umrah dari seluruh dunia.

Masjid Ji'ranah. Kami bersolat sunat dhuha, solat sunat Ihram dan berniat di sini. Kami meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah.
Sambil tengok pemandangan sambil layan kacang campur. 1 kilo 20 Riyal. Beli di luar Masjid Ji'ranah tadi.
Macam kat London. Ada sesetengah tempat yang penuh dengan burung merpati.
Maa'la atau kubur bagi jenazah yag meninggal di Tanah Haram. Di sini juga terletaknya makam Saidatina Khadijah.


Selesai umrah, kami ambil kesempatan untuk melihat pembangunan yang sedang dilakukan di sekitar Masjidil Haram. Sangat kagum dengan projek-projek mega yang sedang dibangunkan.

Ramai juga sahabat yang pernah ke sini sebelum ini agak terkilan sebab Kaabah semakin sukar untuk dilihat sebab terhalang oleh pembangunan baru. Tapi pada saya sebenarnya kerajaan Arab terpaksa melakukan pembangunan macam ni. 

Dengan peningkatan jemaah haji dari seluruh dunia pada setiap tahun memaksa mereka untuk expand keseluruhan kawasan Masjidil Haram. Kawasan tawaf yang sediada dah tak mampu untuk menampung jumlah jemaah haji. Makanya kawasan tawaf terpaksa dibina secara bertingkat. 

Tengok gaya diorang ni dah macam kontraktor tengah diskas future project.
Selesai umrah kami jalan-jalan cari makan di Zam Zam Tower Mall. On the way balik ke hotel terserempak dengan sahabat lama masa sekolah dulu, Rafidatul Shima. Berbelas tahun tak jumpa di Malaysia, jejak kasih kat sini pula.


Nantikan kisah pengembaraan kami selanjutnya di entry akan datang.