Assalamualaikum semua,
Ramai yang tahu Anugerah Juara Lagu ke-29 baru sahaja tamat minggu lepas. Secara jujurnya, saya seorang yang meminati muzik. Saya suka menyanyi (tapi suara tak sedap, nyanyi dalam toilet boleh la), saya boleh main keyboard dan piano tanpa membaca note muzik.
Tapi saya bukan jenis yang duduk mengadap tv semata-mata nak tengok juara lagu, nak dengar lagu atau tengok cerita (kecuali tengok wayang, itupun ada jugak buat kerja lain, tido...hahaha). Jangan kata juara lagu, cerita lain pun saya dah jarang berkesempatan nak tengok. Tapi saya suka dengar muzik sambil buat kerja.
Maklumlah hidup 'huru-hara' macam ni lah. Banyak perkara yang kena susun dan dibuat ikut priority dan agenda tengok tv tak pernah ada dalam list. Jadi malam juara lagu aritu, saya memang tak tengok. Sambil menguruskan segala urusan keluarga dan anak-anak sambil dengar-dengar je.
Keesokkan harinya, macam-macam cerita saya dengar di office memuji tentang kehebatan juara lagu malam sebelumnya. Apa yang hebat sangat saya pun tak tahu. Bila saya balik ke rumah, malam tu, baru husband saya tunjuk sesuatu.
INI KISAHNYA
Rupa-rupanya kumpulan muzik OKU telah memenangi Anugerah Persembahan Terbaik pada malam tersebut. Tapi macam mana ada pemuzik OKU pulak? Mana datang diorang ni? Ni kan juara lagu, bukan pertandingan vokal bukan sekadar rupa.
Rata-rata masyarakat Malaysia meluahkan perasaan kagum akan bakat
kumpulan musik orang kelainan upaya (OKU) ini hingga nama Caliph Buskers
mula meniti di bibir-bibir peminat hiburan dan menjadi viral di media
sosial.
![]() |
Caliph Buskers sebelum ini merupakan penghibur jalanan cacat penglihatan yang sering dilihat di sekitar Kuala Lumpur. |
Edry
KRU berbesar hati untuk memberikan mereka peluang besar untuk muncul di
pentas Anugerah Juara Lagu di hadapan ribuan penonton dengan membawakan lagu ciptaan beliau. Tahniah Edry Abdul Halim kerana memberi kepercayaan kepada golongan ini.
Mereka telah berjaya membuktikannya.
Untuk makluman, Edry telah menemui Caliph Buskers ketika mereka sedang menyanyi di hadapan kompleks membeli-belah Sogo. Memang betullah orang kata setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Dikhabarkan penyanyi asal Aweera, telah keluar dari kumpulan Mojo atas beberapa sebab. Dan keluarnya Aweera daripada Mojo membuka pintu rezeki buat Caliph Buskers.
Tahniah...Tahniah...Tahniah
buat semua yang terlibat. Kita doakan moga kumpulan Caliph Buskers terus maju dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. sekurang-kurangnya mereka tau kelebihan yang mereka ada, dan mereka gunakan bakat yang ada untuk mencari rezeki.
Bukan sekadar menadah tangan semata-mata. Mereka betul-betul memberikan persembahan terbaik dan menghiburkan ramai orang. Sape yang belum tengok lagi persembahan mereka malam tu, jom kita tengok.....
No comments:
Post a Comment