Assalamualaikum,
Syukur, syukur, syukur. Itu yang mampu saya ucapkan
atas nikmat rezeki yang Allah beri untuk trip 5 bintang ke Italy 100%
percuma daripada Shaklee.
Tak pernah sangka akan bercuti ke luar negara
ditaja sepenuhnya. Saya bukan tak biasa travel. Cuma sebab dapat percuma dengan
kos RM20 ribu setiap seorang, tak pernah terjangka dek akal. Hanya perlu bawa
duit untuk shopping sahaja.
Sebelum ni selalu juga travel. Tapi travel dengan
kos sendiri, banyak benda yang kita kena jimat especially dari segi meal &
accomodation. Biasanya akan bawa bekal dari Malaysia.
Maggie, serunding dan instant food Brahim tu memang makanan wajib. Takkan makan
kat tempat atau restoran yang mahal-mahal. Hotel pun setakat 3 bintang pun dah
cukup.
Tapi percutian ke Italy yang Shaklee bagi semuanya bertaraf 5 bintang. Layanan
juga 5 bintang. Hotel tempat kami menginap dan restoran tempat kami menjamu
selera juga bertaraf 5 bintang. Memang best!
Thanks Shaklee atas appreciation travel yang diberikan kepada semua business
leader yang telah berhempas pulas dalam cycle yang lepas. Ok, jom kita layan
gambar-gambar menarik sepanjang 9 hari perjalanan kami ke Italy.
Latar Belakang Italy
Italy atau dikenali juga sebagai Italia, terletak di bahagian selatan Benua
Eropah. Negara ini berbentuk semenanjung seolah-olah seperti sepatu boot dengan
dua pulau besar, Sisilia dan Sardinia. Negara ini bersempadan dengan Prancis,
Swiss, Austria dan Slovenia. Italia adalah salah satu negara tertua di Eropah.
 |
Untuk
percutian kali ni, Shaklee bawa kami ke 4 buah bandar utama iaitu Milan,
Florence, Pisa dan Rome |
 |
Percutian kali ni saya pergi bersama-sama dengan adik saya, Master Maria dan Suami, Firdaus, mak mertua Maria dan juga mak saya. Maria dapat 4 tiket dan saya pula atas tiket saya sendiri. |
Nak jadi cerita, sebulan sebelum ke Italy, mak
jatuh tangga dan menyebabkan kaki kanannya terseliuh. So ikutkan masa ni kaki mak masih
belum sembuh sepenuhnya. Mak boleh berjalan, tapi tak boleh berjalan dalam
jarak yang jauh.
Since dari awal Shaklee dah remind yang travel kali ni memang akan banyak
berjalan, so kami bawak jugak wheelchair sendiri. Kalau jalan jauh mak akan
naik wheelchair. Tapi kalau jalan yang dekat-dekat mak boleh berjalan sendiri.
Dubai International Airport
Transit
Kami berlepas dari Malaysia pada jam 7.10 malam.
Perjalanan mengambli masa 6 jam lebih. Transit selama 4 jam di Dubai Airport. Masa kami sampai, wheelchair dah ready
untuk mak.
Staff airport terus bawa mak kami ke Special Lounge for disable passenger. Since mereka
hanya benarkan seorang je yang follow, so Firdaus yang teman. Saya dengan Maria
jalan kaki.
 |
Disebabkan
kami transit 4 jam lebih, Emirates beri kami meal voucher. Kami cuma perlu
pergi ke restoran-restoran yang disenaraikan dalam meal voucher tersebut untuk
dapat makanan secara percuma. Masa ni waktu Malaysia jam 5 pagi. Rasa macam
sahur pulak. |
 |
Lepas solat, jalan-jalan dan makan, kami terus
tunggu di Gate berlepas sambil duduk sembang-sembang. Sempat juga bincang hal
bisnes dengan master-master.
|
|
 |
OK!
Ready to depart. Jom kita fly to Milan. |
Perjalanan dari Dubai ke Milan mengambil masa
selama 6 jam. Saya rasa dari Malaysia sampai ke Milan, saya berjaya
menghabiskan 5 movies. Tidur sekejap, bangun makan, pastu tengok movie lagi,
lepas tu tidur, terjaga sambung balik.
Pergh! pening kepala dibuatnya. Dari cerita kartun, sampai cerita korea, semua
saya tengok. Maklumlah kalau hari biasa nak dapat duduk tengok tv pun susah.
Kali ni ada peluang memang saya pulun tengok.
Milano Malpensa Airport
 |
Alhamdulillah
selamat sampai di Milan Malpensa Airport. Bengkak mata sebab tak berapa dapat
nak tidur sangat. Waktu di Italy lewat 7 jam dari Malaysia. Bermakna kami patah
balik 7 jam ke belakang. |
 |
Kami
sampai je, mereka dah aware yang flight ni ada penumpang yang perlukan
wheelchair. So memang diorang dah ready depan pintu |
 |
Dari
airport kami menaiki bas yang disediakan khas untuk Shaklee Leaders. Total bas
adalah sebanyak 6 buah. Semua bas kat sini ada wifi. Soalan pertama bila naik
bas, "ada wifi tak". |
Milan City Tour
Welcome Breakfast
 |
Dari
airport, kami terus dibawa ke Villa Toretta Grand Hotel untuk sarapan pagi. |
 |
Restaurant
entrance. |
 |
Kehadiran
kami disambut oleh President Shaklee Malaysia. Yang best, setiap orang
disarungkan champion medal. |
 |
Di
sini kami cuma breakfast je. Bukan hotel tempat kami menginap. |
 |
Italian
Breakfast |
 |
Cuaca
masa ni 6 degrees. Sejuk.
Lepas breakfast, kami terus memulakan lawatan ke SForza Castle Milan. |
.
Castillo SForzesco Milano
Dikenali juga sebagai Sforza Castle Milan.
Merupakan sebuah istana yang terletak dia tengah-tengah kota Milan. Castello
Sforzesco salah satu benteng terbesar di Eropa pada abad 16 hingga 17.
Ia sempat dijadikan rumah tinggal keluarga bangsawan Milan sebelum akhirnya
dibuka untuk umum sebagai objek warisan dengan beberapa muzium di dalamnya.
 |
Castello
Sforzesco Milano |
 |
Di
pintu masuk castle |
 |
Salah
satu daripada 4 main entrance |
 |
Menahan
kesejukan. Pipi mulut mula rasa kebas. |
 |
Nampak
tak asap? Dalam gambar memang tak nampak, tapi bila bercakap berasap-asap. |
|
|
 |
Berlatar
belakang kan apartment yang berdepan dengan SForza Castle. |
 |
Kami
teruskan perjalan ke destinasi seterusnya melalui shopping street. |
 |
Antara
street performers yang ada sepanjang shopping street ni. Sebenarnya Italy
adalah antara negara yang menghadapi masalah krisi ekonomi yang agak teruk.
Terlalu ramai yang tiada pekerjaan. Mana yang baik tu akan jadi street
performers. Mana yang malas tu akan jadi professional pick pocket. |
 |
Jalan-jalan
kat Italy ni rasa macam jalan-jalan kat UK, Paris. Environment, scenery nya
lebih kurang je. |
 |
Seronok
jalan ramai-ramai macam ni. Belakang tu onyang Shaklee saya, Presidential
Master Nur Laila. |
 |
Masa
kecik-kecik dulu ingatkan BATA ni buatan Malaysia. Sekali masa p Europe dulu
jumpa BATA macam poyo je kagum sebab ingatkan produk Malaysia sampai ke luar.
Rupa-rupanya Czechoslovakia punya produk. |
Gothic Duomo
Kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Gothic Duomo. Maksud Duomo
adalah gereja besar.
 |
Milan
Cathedral atau yang sering disebut oleh masyarakat setempat dengan nama Duomo
di Milano ini merupakan katedral gothic kedua terbesar di dunia. |
 |
Mengambil masa 2000 tahun untuk dibina dan
struktur binaannya daripada marmar.
|
|
 |
Gothic
Duomo ini memiliki panjang hingga 157 meter dan mampu menampung sekitar 40.000
orang di dalamnya. |
Restaurant Riad Yacout
Lunch
Dah penat berjalan, kami singgah di sebuah restoran Lebanon.
Dari luar nampak
biasa je. Sekali masuk wow! Cantik sangat interior dia. Kami lunch dan solat
jamak di sini.
 |
Kami
dihidangkan dengan menu ala nasi arab dan beberapa desert. Desert dalam gambar
tu tak tahu apa nama, tapi memang sedap giler. Sampai tapau bawak balik. Makan
tak boleh berhenti. |
Galleria Vittorio Emanuele
Selesai lunch, kami dibawa ke pusat membeli-belah terkemuka di Milan, iaitu
Galleria Vittorio Emanuele.
 |
Mula-mula ingatkan bangunan ni muzium.
Rupa-rupanya shopping complex! Rekabentuknya yang neo klasik ini adalah salah
satu pusat perbelanjaan tertua di dunia.
|
|
 |
Mempunyai
4 tingkat di tengah kota Milan, galleria yang di dalamnya berbentuk gang-gang arcade
dinamakan sempena nama raja pertama Kerajaan Italia, Vittorio Emanuele II. |
 |
Kat
sinilah tempat kita boleh dapat barang-barang branded terkemuka seperti Gucci,
Versace, Fratelli Rossetti, Prada dan Cartier. |
 |
Ha tu terkejut beruk tengok harga handbag dan
kasut. Ternganga dibuatnya. Pada saya macam tak berbaloi aje beli barang
mahal sebab brand. Sayang duit woooo....
|
|
 |
Selain
daripada butik-butik, kat sini juga terdapat berbagai jenis bar dan restoran
yang menyajikan menu-menu khas Italia. |
Melia Milano Hotel
Dah penat jalan, kami check-in hotel pula. Kami stay di sini 1 malam sahaja.
Sebab esoknya kami akan travel ke Florence pula.
 |
Melia Milano adalah salah sebuah hotel 5 bintang
di Milan. Sangat selesa.
|
|
 |
Malam
tu kami dinner di hotel yang sama. Italian buffet. |
 |
Italian
pasta sangat sedap. Desert pun semua sedap-sedap. |
Alhamdulillah. Selesai travel kami di Milano.
Jemput baca entry seterusnya perjalanan kami menuju ke Florence.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda
dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan
hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH
SHAKLEE!!!
No comments:
Post a Comment