Sunday, 13 December 2015

FREE 5 STAR TRIP TO ITALY - PART 1

Kam Haryatie Abdul Mutalib | 05:16 |

Assalamualaikum,


Syukur, syukur, syukur. Itu yang mampu saya ucapkan atas nikmat rezeki yang Allah beri untuk trip 5 bintang ke Italy 100% percuma daripada Shaklee.


Tak pernah sangka akan bercuti ke luar negara ditaja sepenuhnya. Saya bukan tak biasa travel. Cuma sebab dapat percuma dengan kos RM20 ribu setiap seorang, tak pernah terjangka dek akal. Hanya perlu bawa duit untuk shopping sahaja.







Sebelum ni selalu juga travel. Tapi travel dengan kos sendiri, banyak benda yang kita kena jimat especially dari segi meal & accomodation. Biasanya akan bawa bekal dari Malaysia.

Maggie, serunding dan instant food Brahim tu memang makanan wajib. Takkan makan kat tempat atau restoran yang mahal-mahal. Hotel pun setakat 3 bintang pun dah cukup.

Tapi percutian ke Italy yang Shaklee bagi semuanya bertaraf 5 bintang. Layanan juga 5 bintang. Hotel tempat kami menginap dan restoran tempat kami menjamu selera juga bertaraf 5 bintang. Memang best!

Thanks Shaklee atas appreciation travel yang diberikan kepada semua business leader yang telah berhempas pulas dalam cycle yang lepas. Ok, jom kita layan gambar-gambar menarik sepanjang 9 hari perjalanan kami ke Italy.


Latar Belakang Italy

Italy atau dikenali juga sebagai Italia, terletak di bahagian selatan Benua Eropah. Negara ini berbentuk semenanjung seolah-olah seperti sepatu boot dengan dua pulau besar, Sisilia dan Sardinia. Negara ini bersempadan dengan Prancis, Swiss, Austria dan Slovenia. Italia adalah salah satu negara tertua di Eropah.

  Untuk percutian kali ni, Shaklee bawa kami ke 4 buah bandar utama iaitu Milan, Florence, Pisa dan Rome


Percutian kali ni saya pergi bersama-sama dengan adik saya, Master Maria dan Suami, Firdaus, mak mertua Maria dan juga mak saya. Maria dapat 4 tiket dan saya pula atas tiket saya sendiri.


Nak jadi cerita, sebulan sebelum ke Italy, mak jatuh tangga dan menyebabkan kaki kanannya terseliuh. So ikutkan masa ni kaki mak masih belum sembuh sepenuhnya. Mak boleh berjalan, tapi tak boleh berjalan dalam jarak yang jauh. 

Since dari awal Shaklee dah remind yang travel kali ni memang akan banyak berjalan, so kami bawak jugak wheelchair sendiri. Kalau jalan jauh mak akan naik wheelchair. Tapi kalau jalan yang dekat-dekat mak boleh berjalan sendiri.


Transit di Dubai International Airport

Kami berlepas dari Malaysia pada jam 7.10 malam. Perjalanan mengambli masa 6 jam lebih. Transit selama 4 jam di Dubai Airport. Masa kami sampai, wheelchair dah ready untuk mak. 


Staff airport terus bawa mak kami ke Special Lounge for disable passenger. Since mereka hanya benarkan seorang je yang follow, so Firdaus yang teman. Saya dengan Maria jalan kaki.


Disebabkan kami transit 4 jam lebih, Emirates beri kami meal voucher. Kami cuma perlu pergi ke restoran-restoran yang disenaraikan dalam meal voucher tersebut untuk dapat makanan secara percuma. Masa ni waktu Malaysia jam 5 pagi. Rasa macam sahur pulak.
 

Lepas solat, jalan-jalan dan makan, kami terus tunggu di Gate berlepas sambil duduk sembang-sembang. Sempat juga bincang hal bisnes dengan master-master.


OK! Ready to depart. Jom kita fly to Milan.


Perjalanan dari Dubai ke Milan mengambil masa selama 6 jam. Saya rasa dari Malaysia sampai ke Milan, saya berjaya menghabiskan 5 movies. Tidur sekejap, bangun makan, pastu tengok movie lagi, lepas tu tidur, terjaga sambung balik. 

Pergh! pening kepala dibuatnya. Dari cerita kartun, sampai cerita korea, semua saya tengok. Maklumlah kalau hari biasa nak dapat duduk tengok tv pun susah. Kali ni ada peluang memang saya pulun tengok.


Alhamdulillah selamat sampai di Malpensa Airport - Milan. Bengkak mata sebab tak berapa dapat nak tidur sangat. Waktu di Italy lewat 7 jam dari Malaysia. Bermakna kami patah balik 7 jam ke belakang.


Kami sampai je, mereka dah aware yang flight ni ada penumpang yang perlukan wheelchair. So memang diorang dah ready depan pintu



Dari airport kami menaiki bas yang disediakan khas untuk Shaklee Leaders. Total bas adalah sebanyak 6 buah. Semua bas kat sini ada wifi. Soalan pertama bila naik bas, "ada wifi tak".



Welcome Breakfast


Dari airport, kami terus dibawa ke Villa Toretta Grand Hotel untuk sarapan pagi.


Restaurant entrance.


Kehadiran kami disambut oleh President Shaklee Malaysia. Yang best, setiap orang disarungkan champion medal.
Di sini kami cuma breakfast je. Bukan hotel tempat kami menginap.


Italian Breakfast


Cuaca masa ni 6 degrees. Sejuk.
Lepas breakfast, kami terus memulakan lawatan ke SForza Castle Milan.
.

SForza Castle Milan

Dikenali juga sebagai Castello Sforzesco Milano oleh rakyat tempatan. Merupakan sebuah istana yang terletak dia tengah-tengah kota Milan. Castello Sforzesco salah satu benteng terbesar di Eropa pada abad 16 hingga 17. 

Ia sempat dijadikan rumah tinggal keluarga bangsawan Milan sebelum akhirnya dibuka untuk umum sebagai objek warisan dengan beberapa muzium di dalamnya.





Castello Sforzesco Milano


Di pintu masuk castle


Salah satu daripada 4 main entrance


Menahan kesejukan. Pipi mulut mula rasa kebas.




Nampak tak asap? Dalam gambar memang tak nampak, tapi bila bercakap berasap-asap.






Berlatar belakang kan apartment yang berdepan dengan SForza Castle.


Kami teruskan perjalan ke destinasi seterusnya melalui shopping street.


Antara street performers yang ada sepanjang shopping street ni. Sebenarnya Italy adalah antara negara yang menghadapi masalah krisi ekonomi yang agak teruk. Terlalu ramai yang tiada pekerjaan. Mana yang baik tu akan jadi street performers. Mana yang malas tu akan jadi professional pick pocket.


Jalan-jalan kat Italy ni rasa macam jalan-jalan kat UK, Paris. Environment, scenery nya lebih kurang je.


Seronok jalan ramai-ramai macam ni. Belakang tu onyang Shaklee saya, Presidential Master Nur Laila.


Masa kecik-kecik dulu ingatkan BATA ni buatan Malaysia. Sekali masa p Europe dulu jumpa BATA macam poyo je kagum sebab ingatkan produk Malaysia sampai ke luar. Rupa-rupanya Czechoslovakia punya produk.




Gothic Duomo

Kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Gothic Duomo. Maksud Duomo ada gereja besar.



Milan Cathedral atau yang sering disebut oleh masyarakat setempat dengan nama Duomo di Milano ini merupakan katedral gothic kedua terbesar di dunia.






Mengambil masa 2000 tahun untuk dibina dan struktur binaannya daripada marmar.


Gothic Duomo ini memiliki panjang hingga 157 meter dan mampu menampung sekitar 40.000 orang di dalamnya.


Lunch di Restaurant Riad Yacout

Dah penat berjalan, kami singgah di sebuah restoran Lebanon. Dari luar nampak biasa je. Sekali masuk wow! Cantik sangat interior dia. Kami lunch dan solat jamak di sini. 



Kami dihidangkan dengan menu ala nasi arab dan beberapa desert. Desert dalam gambar tu tak tahu apa nama, tapi memang sedap giler. Sampai tapau bawak balik. Makan tak boleh berhenti.


Galleria Vittorio Emanuele

Selesai lunch, kami dibawa ke pusat membeli-belah terkemuka di Milan, iaitu Galleria Vittorio Emanuele.



Mula-mula ingatkan bangunan ni muzium. Rupa-rupanya shopping complex! Rekabentuknya yang neo klasik ini adalah salah satu pusat perbelanjaan tertua di dunia.


Mempunyai 4 tingkat di tengah kota Milan, galleria yang di dalamnya berbentuk gang-gang arcade dinamakan sempena nama raja pertama Kerajaan Italia, Vittorio Emanuele II.


Kat sinilah tempat kita boleh dapat barang-barang branded terkemuka seperti Gucci, Versace, Fratelli Rossetti, Prada dan Cartier.



Ha tu terkejut beruk tengok harga handbag dan kasut. Ternganga dibuatnya. Pada saya macam tak berbaloi aje beli barang mahal sebab brand. Sayang duit woooo....


Selain daripada butik-butik, kat sini juga terdapat berbagai jenis bar dan restoran yang menyajikan menu-menu khas Italia.


Hotel Melia Milano

Dah penat jalan, kami check-in hotel pula. Kami stay di sini 1 malam sahaja. Sebab esoknya kami akan travel ke Florence pula.
 

Melia Milano adalah salah sebuah hotel 5 bintang di Milan. Sangat selesa.

Malam tu kami dinner di hotel yang sama. Italian buffet.


Italian pasta sangat sedap. Desert pun semua sedap-sedap.



Alhamdulillah. Selesai travel kami di Milano. Nantikan entry Part 2 ke Florence pula.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?  

Hubungi saya untuk:-
  FREE CONSULTATION 
BEST PRICE and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...