Saturday, 19 December 2015

FREE 5 STAR TRIP TO ITALY - PART 2

Kam Haryatie Abdul Mutalib | 03:38 |
Assalamualaikum,


Kita sambung perjalanan kami di Italy untuk hari yang ke-3. Siapa yang belum pernah baca entry part 1, jemput baca di sini.




Keesokan harinya, kami check-out dan semua beg kami dikumpulkan untuk dibawa menaiki kontena ke Florence. Kami hanya bawa diri je.



Sebelum kami bertolak, kami breakfast di hotel dahulu

Healthy breakfast. Sangat bagus untuk peserta NECK. Hehehe....

Roti, desert memang makanan wajib orang Italy. Patutlah orang Italy slim-slim. Seminggu kat sini memang tak pernah jumpa orang gemuk.

Sebelum bergerak, kita ambil gambar dulu sebagai kenangan.


Ni antara item wajib yang sentiasa ada dalam beg saya. Kat sini cuaca tersangatlah sejuk. Kulit saya mula kering dan merekah terutamanya bahagian muka. Sapur je Herbal Blend ni, alhamdulillah kulit maintain moisture. 


Kami menuju ke Milano Train Station dengan menaiki bas.

Peta. Mesti kena ada. Masa tour Europe dulu memang guna peta hardcopy macam ni. Tapi sekarang saya tak guna printed map ni. Saya guna Google Map sebab boleh tau current location dan boleh track perjalanan kita.




Milan Central Train Station atau dalam bahasa Itali dipanggil Milano Centrale.



Bangunannya sangat cantik. Antara train station yang tercantik di Eropah.



Sape terer, ce teka apa maksud SOTTOPASSAGGIO? Jawapan nanti saya bagi di akhir rancangan ini...hehehe...



Inilah bullet train yang kami naik. Kelajuan bullet train ini boleh cecah hingga 360km/hr.

Shaklee bagi kami naik business class lagi. Anggaran tambang business class dalam 50 Euro seorang untuk satu hala. Kalau convert duit Malaysia masa ni lebih kurang RM250.



Sangat selesa. Seating pon di arrange baik punya untuk kami yang travel 1 keluarga.



Babai Milano. See u again.



Kalau naik train, saya suka tengok scenery. Sangat enjoy. Sebab biasanya railway akan melalui kawasan pedalaman dengan pemandangan yang sangat cantik.



Setiap orang akan diberi whisper dan earphone.


 Whisper ni adalah wireless audio guide system yang akan kami guna sepanjang tour nanti. Tourist guide akan bercerita tentang setiap tempat yang kami lawati. 

Dengan whisper ni kami lebih flexible untuk ke mana-mana dalam radius 60m dari tourist guide. Kalau tiba-tiba kami tak dengar suara dia, maknanya kami dah jauh, so kena cepat-cepat sket jalan untuk make sure kami tak lost dari group.





Sebab naik business class, even perjalanan hanya 1 jam setengah, still ada refreshment.


Alhamdulillah selamat sampai di Florence. Kat Florence ni ada 3 station. Kami turun ni Florence Santa Maria Novella Train Station. Atau dikenali juga sebagai Firenze SMN.



Dari train station kami naik bas dan brehenti di tepi sungai. Nanti masa nak balik pun bas akan pick up kami di sini.


Bersih je sungai ni walaupun tengah bandar. Sungai ni dinamakan Arno River. Ia mengalir ke arah barat merentasi tengah-tengah kota Firenze.


Sampai-sampai je kami terus dibawa ke sebuah masjid untuk solat Jamak.

Kat sini banyak lorong. Dan kebanyakannya laluan kami adalah lorong-lorong kecil macam ni. Walaupun macam lorong Haji Taib aje rupanya, tapi kedai-kedai yang kami jumpa kebanyakannya menjual barang-barang yang berjenama.


Tak perasan pun ada masjid. Sebab lokasi nya antara deretan kedai antara lorong. Kami solat Jamak di sini. Sebabnya waktu Zohor masuk jam 12 tenghari. Jam 2.30 dah masuk waktu Asar.



Selesai solat, kami terus berjalan ke Restoran seterusnya untuk lunch.



Kami lunch di Ristorante Pizzeria il Rubaconte



Perut dah kenyang, kami sambung tour ke Duomo atau dikenali juga sebagai Catheral of Santa Maria del Fiore.



 Sepanjang lorong ni ada mini cafe yang jual makanan ringan macam ais krim, pancake, coffee. Yang bestnya tengok Nutella botol besar kat belakang tu. Kat Malaysia tak jumpa ok. Berat tu je 1kg. Kalau nak bawak balik berat tu...not recommended.


Piazza della Signoria
 
Sekeliling area ni pun ada butik-butik terkenal. Tapi kami tak masuk pun.


Kami teruskan perjalanan melalui sebuah Istana lama yang dipanggil Ufizzi.
.

Kat sepanjang lorong istana Ufizzi ni ada banyak orang bangla jual macam-macam souvenir. Yang ni alphabet diukir dari kayu dan boleh customized.



Maria Firdaus pun beli jugak.



Dihujung lorong, kami nampak Arno River. Dibelakang tu adalah salah sebuah dari 7 jambatan koridor yang menghubungkan Istana Ufizzi dengan Palazzo Pitti di sepanjang Sungai Arno. Jambatan ni dinamakan Ponte Vecchio yang bermaksud Jambatan Tua.

Ponte Vecchio merupakan jambatan tertua di Florence. Jambatan ini adalah satu-satunya jambatan yang tidak dibom oleh tentera Jerman ketika mereka mundur melalui kota Florence pada Perang Dunia II. Menurut legenda, ini adalah atas arahan Hitler.   



Dengan suasana yang rileks, dan sejuk, berjalan-jalan sepanjang sungai ini sangat romantik. Tambah lagi bila ada street performers yang main gitar kapuk sambil menyanyi lagu-lagu cinta.



Kami teruskan lagi perjalanan menuju Leather Market.




Lukisan ni dilukis betul-betul di atas batu jalan. Bukan atas kanvas ye. Yang menariknya, sebelum balik, mereka akan padam lukisan ni dan akan lukis semula keesokan harinya. Ni salah satu cara orang Italy mencari rezeki.




Seterusnya kami bergerak ke Mercato Nuovo.


Dipanggil juga Leather Market. Kat sini rata-rata boleh dapat original leather. Siapa yang suka leather, memang heaven. Dari segi design, mostly plain aje.


I have spotted one baby blue leather handbag. Same color with my tudung. But end up tak beli pun. Betullah orang kata, lebih baik menyesal beli, daripada menyesal tak beli....uhuk!


Kat sini banyak juga souvenir dijual. Kalau nak beli, jangan convert duit RM. Kalau convert, semua tak beli.


Bersama tourist guide kami, Alexis yang baik hati dan rajin melayan karenah kami yang macam-macam ni.

Selesai shopping kami teruskan perjalanan ke restoran seterusnya untuk dinner. Dari luar sama macam building biasa. Lokasinya bersebelahan je dengan restoran kami lunch tadi.


Sekali masuk dalam.....wow! Speechless. Macam istana. Ni baru betul luar setinggan dalam kondo. Nama tempat ni dinamakan Palazzo Borghese dan memang betul, ia adalah salah satu istana lama yang dijadikan tempat majlis-majlis keraian seperti gala dinner and wedding ceremonies.
 
Fuh lega dapat duduk....eh sape yang lega ni. Hihhihhi....

Roti Italy yang sentiasa ready atas meja. Tapi roti dia keras. Sape yang takde gigi memang susah la nak makan...hihihi....

Menu kat sini macam pelik sikit. Ala-ala bubur asyura pon ada, macam bubur lambuk pun ada. Ada yang macam tak kena dengan tekak kita orang melayu pun ye. Tapi desert dia sedappppp......
 




Mencabar betul dinner malam ni. Sebab mata dah mengantuk. Harini memang banyak betul berjalan.

Selesai dinner, barulah kami check-in hotel. Dari pagi tadi sampai dari Milan, kami terus berjalan kan. Ni confirm tidur nyenyak ni. Yang bestnya, Alexis bagitau kami, jumlah langkah kami harini sebanyak 18700 steps. Wow!


Bilik hotel yang sangat selesa. Semua beg luggage kami dah ready di dalam bilik masing-masing. Memang efisien lah diorang ni buat kerja. All in a good condition. Alhamdulillah dapat rehat malam ni dengan tenang.


Tengok atas katil ada surprise from Shaklee lagi.


Owh ye, sebelum terlupa nak bagi jawapan teka-teki. Dah dapat maksud  SOTTOPASSAGGIO tadi? Ok. Maksudnya adalah......Pedestrian. :)



Alhamdulillah. Selesai travel kami di Florence untuk hari yang ketiga. Nantikan entry Part 3 pula. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang kami lawati di Florence.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?  



Hubungi saya untuk:-

  FREE CONSULTATION 

BEST PRICE and

 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...