Follow Us @kamharyatie

Thursday 31 December 2015

Trip To ITALY - DAY 4 - FLORENCE - Part 2



 

Assalamualaikum,

Kami doakan para pembaca blog Mommy Shahab sentiasa dalam limpahan rahmat Allah Taala. Ok, ini adalah sambungan dari entry sebelum ni yer. Siapa yang belum baca entry sebelum ni, jemput baca di sini.

Trip To ITALY - Day 1 & 2 - KLIA-DUBAI-MILAN (sila klik)

Trip To ITALY - Day 3 - FLORENCE - Part 1 (sila klik)



The Leaning Tower of PISA

Alhamdulillah, pada hari ke 4 ni, kami akan di bawa ke tempat yang paling GLAMOUR di Italy iaitu THE LEANING TOWER OF PISA!!
Macam biasa, sebelum keluar hotel, kita breakfast dulu. Food kat sini memang mewah. Syukur dapat makan sedap-sedap. Jangan kata hotel, makan pon 5 star.

Wajib minum Cinch Tea ni untuk bekalan tenaga sepanjang hari. Maklumlah, program Shaklee semuanya perlukan tenaga yang banyak sebab kat Italy ni memang banyak berjalan.

On the way to PISA

Tepi-tepi jalan pun bersih je. Masa ni musim luruh dah nak bermula
 
Cuaca harini sangat cerah. Alhamdulillah.

Sebelum sampai, kami melalui satu sungai. Sungai pun bersih je.



Subhanallah. Cantik sangat pemandangan.

Ok dah sampai check point.

Turun bas tadi, kami naik bas lain pulak untuk ke PISA.

Percubaan siapa boleh angkat siapa. Tengok siapa lagi ringan.

Kelmen pun sama tolong tolak wheelchair.

Ha dah sampai pun.

Amek gambar gini, tak nampak condong pun.

Ni pun tak nampak condong.

Haaaaa...macam ni baru nampak condong.

Memang condong betul!! Tinggi Menara ini adalah 60 meter tau. Ia mula dibina pada tahun 1173 sebagai belltower untuk Gereja di sebelah tu. 

Nak tahu sejarah kenapa Menara ni condong? 

Alkisahnya, disebabkan pergerakan di bawah tanah, menara ni mula condong semasa mereka membina tingkat ketiga pada tahun 1178, menyebabkan foundation bangunan ni jadi tak stable.

Macam-macam usaha yang mereka buat nak kuatkan foundation, tapi menara Pisa tetap semakin condong. 

Bangunan ni dibina banyak fasa. Sehinggalah ia siap dibina pada tahun 1399. Hehe lama sungguh nak siap kan. Bertukar-tukar architect dan engineers nya. 

Sejarah penuh Pisa Tower anda boleh baca di sini. Nak cerita lebih nanti makin panjang pulak entry ni. Hihi.


Kat sini ada banyak gerai kecik-kecik yang jual souviner. Haruslah beli untuk diri sendiri dan kawan-kawan rapat.
Dengan skill yang ada pada fotografer, semua nampak cam real kan.
Lepas tu, kami lunch di sini. Restoran Bollywood. Menyajikan masakan Itali dan India. Semua sedap.
Sementara menunggu restoran tu ready untuk kami semua masuk. Semua dah kelaparan.
Menu di sini adalah nasi beriani yang sangat sedap. Tapi lupa pulak nak ambil gambar food. Masing-masing dah lapar punya pasal, makan terus. Hehe. Kami juga bersolat Jamak Taqdim di restoran ini. Mereka ada sediakan tempat untuk solat. Alhamdulillah.
Dah setel makan solat, jom balik.
Jalan kaki balik ke check point tadi sementara menunggu bas datang pickup.
Kelmen tolong tolak wheelchair mak dari menara Pisa sampai lah ke bas station. Thanks Kelmen.




The Mall - The Luxury Outlet in Florence




Alhamdulillah, tamat lawatan ke PISA, sekarang ke destinasi seterusnya, apa lagi kalau bukan tempat shopping!! :)
 
Semua barang branded ada di sini. Bagi yang memang suka barang branded, memang syurga lah bagi diorang. Sebab dapat beli murah.
Jom shopping! Kita tengok apa yang best kat sini. Selain dari harga nya yang jauh lebih murah kalau beli kat Malaysia.
Prada.
List of brand yang ada di sini. So, boleh pilih lah mana yang berkenan.
Pemandangan di luar Outlet.
Biasanya kalau di Malaysia, harga dalam RM5k, kat sini boleh dapat dalam RM3k. Banyak juga jimat.
Ni dalam outlet Gucci
Syurga handbag




Ni brand TODS.
Semua rambang mata. Orang perempuan kalau shopping, perghh....
Depan GUCCI.
Mak-mak lah pulak tolong tolak kami. Hehehe.....
Waktu senja. Dah nak malam. Actually masa ni baru jam 5 petang. Tapi semua orang masih shopping tak ingat dunia. Ekeke....
Tu diaaaaaa.....hasil tangkapan. Tapi hasil tangkapan sape,saya pun tak tahu. Bukan saya punya. Kikiki....
So, for those yang sangat minat dengan barang branded macam Chanel, Gucci, Prada, Montblanc, Fendi, ini memang tempat yang sangat sesuai untuk korang shopping sebab murah.

Tapi bagi orang yang macam saya, jalan-jalan je. Saya tak minat sangat dengan barang branded macam ni. Pada saya, as long as barang tu cantik dan nampak elegant, walaupun murah, saya ok je beli. Ok. selesai shopping. Last checkpoint harini, kita nak g dinner pulak. Kali ni dinner kat mana ye.....



Antico Ristorante La Certosa Firenze

Sape boleh translate? In english, Florence La Certosa Antique Restaurant.
Di luar restoran. Cuaca sangat sejuk malam ni. So kita semua makan di dalam.
Actually masa ni semua dah kepenatan.
Sambil makan, kami dihiburkan dengan persembahan dari mamat ni. Yang bestnya, ada lagu-lagu genderang masa saya sekolah rendah dulu. Terimbau kenangan sekejap.
Semua tahap redha je ni. Apa je yang diorang hidang,  main makan aje. Penat sangat, anak-anak kecik semua dah tidur. Even kitorang pun ada yang dah tertidur masa makan. Hahaa...
Fuh haven rasa dapat letak tangan kat heater ni tau. Sejuk tak hingat.

Alhamdulillah. Selesai travel kami hari ke-4. Jom tengok kami pergi mana pada hari ke-5. 

Trip To ITALY - Day 5 - ROME - Part 1 (sila klik)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



No comments:

Post a Comment