Follow Us @kamharyatie

Tuesday 14 November 2017

TRIP KE TURKI BERSAMA KEMBARA SUFI - DAY 4 (PAMUKKALE - KONYA - CAPPADOCIA)




Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog www.mommyshahab.com sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah. In shaa Allah.

Bagi yang terlepas entry sebelum ini, sudilah baca dilink ini:-


Jom saya share pula perjalanan hari keempat pula.

DAY 4 (PAMUKKALE - KONYA - CAPPADOCIA)

Haa....Perjalanan kami pada harini merupakan perjalanan paling jauh sekali. Kami akan menuju ke Cappadocia atau Kapadokya (bahasa Turki). Sebelum itu, kami akan singgah di Konya untuk bersolat. Perjalanan ini merangkumi hampir 650Km jauhnya dan kami dikehendaki bagun seawal 5.00 pagi kerana target bas bertolak dalam pukul 7.00 pagi. Tak boleh terlajak. Kalau tidak, memang lambat sampai.

Sarapan seperti biasa. Boleh dikatakan makanan kat Turki di hotel, lebih kurang sama especially on sayur dan makanan western. Satu benda yang kami perhatikan ialah telur ayam dan ayam daging kat sana semua besar-besar.

Seperti biasa, selepas breakfast, kita kenalah ambil supplement. Since perjalanan di Turki ni jauh-jauh dan banyak berjalan, untuk kekal cergas dan bertenaga, Shaklee la menjadi pilihan. Alhamdulillah, saya tiada masalah letih dan senang nak berehat walaupun beberapa jam sahaja tidur.

Untuk dapatkan supplement Shaklee yang sesuai dengan anda supaya sentiasa cergas, sihat dan bertenaga, especially semasa travel, anda bolehla hubungi Mommy Shahab di 012-256 7572

Mommy Shahab adalah Certified Shaklee Product Trainer dan pengedar Shaklee sejak tahun 2013 di samping menjadi pengguna tegar supplement Shaklee.

In Shaa Allah, Mommy Shahab boleh memberikan konsultasi yang terbaik dan menyelesaikan masalah-masalah kesihatan anda

Kami mula menyusun beg-beg untuk dibawa ke atas bas

Bergambar di hadapan Hotel Ninova sebelum bertolak.

 Berselfie pula dengan Eran dan pemandu bas kami.

Maria & Firdaus di hadapan Kedai Anatolia, our first comfort break untuk ke tandas dan merenggangkan kaki yang dah lama duduk. Menurut kata Eran, kedai ni ada benda yang perlu cuba untuk makan sebab kawasan ni agak popular dengan tanaman ni.

Inilah dia. Madu dan Krim Yogurt dicampur dengan biji Poppy atau nama lain di Malaysia, Kas Kas. Since kita ni pengembara, kenalah try semua benda. Dan ternyata memang sedap. Madu dia pun superb sebab madu asli. Makanan ringan sebelum kita lunch nanti.

Perjalanan kami diteruskan untuk makan tengahari. Di dalam perjalanan, terdapat banyak benda-benda menarik yang boleh kita jumpa seperti buah-buahan, sayur-sayuran, haiwan ternakan dan teknologi-teknologi seperti kincir angin ni.

Ni buah Quince. Buah yang memang tak pernah saya dengar mahupun jumpa. Tapi memang sedap. Banyak ditanam di Turki dan Iran. Rasanya seperti buah pear campur epal. Kena rasa jika jumpa. Antara buah-buah yang ada di Turki ialah buah Peach, Ceri, Strawberry dan macam-macam lagila.

Alhamdulillah, kami sampai ke satu restoran di Konya untuk makan tengahari sekitar 12.00 tengahari. Hari ni kita makan Ala Carte. Masa ni memang sejuk. Even air basuh tangan pun sejuk sebab kawasan ni menggunakan air bukit.

Ini dessert sebenarnya. Tapi sebab nampak sedap, terus sambar satu. Memang sedap. Rasa macam Creme Brulee tapi guna susu kambing rasanya dan ditambah cinnamon. 

Ni Pide Turkish namanya. Ala-ala pizza. Ada 2 jenis, satu with cheese sahaja dan lagi satu dengan daging. 

Ni pula nasi Pilaf. Nasi ini dimasak selepas ditumis dulu dengan lemak daging atau minyak goreng. Sebelahnya tu pula, Terung salai membaluti daging pulak tu. Sup pun ada yang boleh dicicah dengan roti.

Nampak tak sedapnya? Sampai licin kami makan

Selesai lunch, kami terus ke Masjid di Konya untuk Solat Jamak Taqdim. Konya ni merupakan bandar ke-7 terbesar di Turki. Masyarakat sini are more conservative to Islam. Boleh dikatakan dalam 60% - 70% wanita kat sini berhijab. Ianya juga menjadi satu pusat perdagangan penting di Silk Road. Konya juga menjadi ibukota Kesultanan Turki Seljuk Rom yang menguasai Anatolia tengah dari 1071 sampai 1275. 

Masjid baru katanya. Memang selesa 

Sementara kaum hawa habis solat, kita duduk sekejap kat luar sambil menghirup udara sejuk sambil melihat sekitar masjid. Agak sunyi juga pada masa ni. Mungkin udara sejuk kot semua duduk dalam. 

Selesai solat kami terus ke pengembaraan seterusnya iaitu Mevlana Museum.


MEVLANA MUSEUM

Konya ini sinonim dengan tokoh besar sufi iaitu Mevlana Jelaluddin Rumi (1207 - 1273) yang lebih dikenali sebagai Mevlana dikalangan pengikut-pengikutnya. Kat sinilah bermulanya ajaran gerakan sufi yang ditunjukkan melalui gerakan tarian yang dikenali sebagai Tarian Darwish atau Swirling Dervish. Tiap-tiap tahun, pengikutnya akan mengadakan masjlis memperingati hari kematiannya yang dikenali sebagai Seb-I Ar. Ianya juga dikenali sebagai 'malam pengantin' Mevlana kerana pada malam itulah malam perpisahannya dari kehidupan dunia dan akhirnya disatukan dengan kekasihnya Tuhan semesta alam, Allah S.W.T.

Muzium Mevlana ini dulunya adalah sebuah dewan tarian. Akan tetapi, kini ianya menempatkan makam Mevlana Jelaluddin Rumi, pengasas tarian Darwish ini, setelah Kamal Ataturk mengarahkan penukaran tersebut pada tahun 1926 bagi memperingati kisah para sufi.

Inilah Tarian Darwish (Swirling Dervish) yang mengamalkan zikir sambil menari berpusing-pusing.

 Tempat mengambil wuduk kerana anda boleh solat disini juga. 

Pintu masuk muzium

Sebelum masuk, kasut kena dibaluti dengan sarung plastik yang disediakan untuk menjaga kebersihan muzium.

Eran menceritakan latar belakang Muzium ini. Ianya juga menjadi tempat belajar para sufi terhadap kesenian melalui ukiran, tulisan kaligrafi dan lukisan-lukisan.

Semua barang-barang dalam muzium ini dipenuhi dengan kaligrafi-kaligrafi yang cantik-cantik. Dikatakan ahli-ahli Sufi ini banyak belajar kesabaran apabila melukis atau mengukir sesuatu benda kerana untuk siap sesuatu masterpiece mengambil masa bertahun-tahun. 

Dikatakan makam Mevlana Jelaluddin Rumi 

Antara ukiran yang kami sangat kagum. Rantai dan bebola itu kesemuanya diperbuat daripada batu mamar yang besar. Mereka mengukir dengan begitu cermat, sehinggakan di dalam bola itu terdapat sebuah lagi bola kecil yang diukir melalui lubang-lubang kecil bahagian luar bola besar tadi. Betapa sabar & telitinya nak buat ukiran ni. 

Ni antara pameran yang saya teruja nak tengok. Menurut kata Eran, di dalam kotak ini tersimpan janggut Rasulullah S.A.W. Anda boleh nampak tak ada lubang kecil dekat belah bawah kaca tu? Bila kita dekatkan hidung kita di situ, kita akan boleh bau wangi semerbak. Subhanallah.

Ini pula patung menunjukkan kehidupan mereka dahulu. Perhatikan cara mereka berbicang dan cara pemakaian mereka. 

Tamat sudah lawatan di dalam Muzium. Kami kemudiannya, membuang sarung plastik tadi ke dalam bekas yang disediakan.

Sekitar luar Muzium. 

Ternampak seorang budak yang comel bila mak dia sedang nak ambil gambar dia. Macam-macam posing dia buat. Kami kemudiannya mulakan perjalanan kami ke satu lagi bersejarah di Aksaray, Konya.

SULTANHANI CARAVANSERAI

Beberapa minit perjalanan, kami pun sampai ke sebuah Caravanserai. Caravanserai adalah gabungan perkataan Karvan (Caravan) dan Sara (Istana atau bangunan dengan laman terbuka). Maksud Caravan pula ialah kumpulan perdagang yang mengembara. Sebelum saya nak menerangkan apa fungsi Caravanserai ini, kami singgah dahulu sebuah kedai di hadapan Caravanserai ini untuk comfort break dan membeli belah sementara menunggu yang lain berkumpul semula.

Caravanserai ini merupakan satu bangunan dengan pengaruh senibina Parsi bertujuan untuk menjadi tempat singgahan atau  penginapan sementara kepada para pedagang dan pengembara sekitar abad ke 16 hingga 19 Masihi. Ia membolehkan mereka ini berhenti berehat sebelum meneruskan perjalanan. Di bawah pemerintah raja-raja Seljuk, mereka banyak membina Caravanserai ini disepanjang laluan sutera yang terkenal ini. Ada hampir 100 bangunan seperti ini di kawasan Konya dan ini merupakan salah satu Caravanserai yang paling besar dan terbaik.



Ini merupakan laluan sutera yang terkenal dari China ke Eropah. Laluan ini merupakan jalan yang sangat masyhur pada dulu kala kerana di sinilah bagaimana para perniaga membawa barang dan berniaga mengunakan jalan ini dari China hingga ke Eropah.

Sebelum masuk kita group photo dulu

Di dalam inilah para pedagang akan bermalam setelah berjalan jauh dari satu tempat ke satu tempat. Secara purata, mereka akan berjalan dalam 25km sehari dan akan bermalam di Caravanserai untuk berehat dan keselamatan dari dirompak. Kalau anda nampak, bangunan ini dikelilingi dengan tembok batu besar untuk keselamatan. Di tengah-tengah pula terdapat satu masjid untuk pedagang-pedagang mengerjakan solat. Di tepi sebelah kiri, terdapat beberapa bilik untuk mereka duduki.

Satu perkara menarik tentang Caravaserai ini, ianya memberikan penginapan percuma kepada pedagang selama 3 hari. Mereka akan diberikan tempat tidur dan makan termasuklah haiwan tunggangan mereka. Lebih dari 3 hari, baru mereka akan mula mengenakan bayaran

Tangga untuk ke tingkat atas

Kita berbokeh di depan Caravanserai

Kami mula bergerak ke bas untuk meneruskan perjalanan ke hotel di Cappadokia. Bas dihadapan itu merupakan bas rombongan Cik Kiah yang lain which from Malaysia juga. Caravanserai ini merupakan salah satu tempat singgahan bagi syarikat-syarikat tour yang lain. Boleh dikatakan semua itinerary syarikat-syarikat tour yang lain adalah lebih kurang sama dengan tempat yang kami lawati. Yang membezakannya adalah harga dan service yang diberikan.

Alhamdulillah, kami sampai ke hotel kami, Hotel Gold Yildirim lebih kurang 7.30 malam. Sementara menunggu kunci bilik, kami terus ke dewan makan untuk makan malam.

Untuk pengetahuan para pembaca, pengembaraan kami hari ini jatuh pada 16hb Oktober iaitu hari kelahiran saya. Selepas selesai makan malam, mereka semua buat satu kejutan dengan sebuah kek. Terkesima sebentar kerana dengan penat perjalanan tadi tak habis, tiba-tiba Eran datang dari belakang wish dan diiringi nyanyian beramai-ramai. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pengembara-pengembara Kembara Sufi ke Turki ini.  Juga jutaan terima kasih kepada Kembara Sufi atas wish dan doa di Whatsapp malam itu. Rasa dah macam artis pula sambut birthday di luar negara.

 Upacara memotong kek

Perjalanan hari ini memang memenatkan. Dan besok kena bangun awal pagi kerana aktiviti yang perlu anda cuba bila datang ke Cappadocia ini, iaitu Hot Air Balloon. Saya mula kemas apa yang perlu dibawa besok dan tidur dengan nyenyaknya.

So esok kita mulakan pengembaraan kita dengan aktiviti Hot Air Balloon. Kiranya salah satu highlight pengembaraan di bumi Turki ini.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Jemput baca entry kami untuk Day 5 di sini:


Jika anda suka akan sharing ini, mohon like and sharekan pada yang lain semoga ramai lagi yang dapat manfaat dari perkongsian ini. Saya doakan anda kaya & berjaya.

Wassalam


~Daddy Shahab~


+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jika Anda Ingin Mengikuti Trip Macam Kami, Sila Hubungi Nombor Di Bawah:


Harga yang ditwarkan adalah RM3,999 + RM200 (Tipping) = *RM4,199 sahaja
*Harga mungkin berubah dari semasa ke semasa
Trip untuk tahun 2018 sudah dibuka SEKARANG.

Jika anda berminat, sila Whatsapp: 019-302 6460


Atau klik link ini: http://bit.ly/kembarasufi-turkey dan anda akan didirectkan ke Whatsapp Kembara Sufi



No comments:

Post a Comment