Assalamualaikum semua para pembaca,
Saya doakan anda semua sentiasa di dalam rahmat Allah.
Sempena hari guru ni, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua guru-guru sekolah yang pernah mengajar dan mendidik saya dari kecil. Guru-guru di Sekolah Rendah Taman Keramat 2, Sekolah Menengah Taman Keramat, Koleh Kurniawan (Matrikulasi), Universiti Putra Malaysia.
Buat kedua ibu bapa saya, mak dan abah yang menjadi guru pertama dalam hidup saya sejak saya dilahirkan. Buat semua boss di tempat kerja saya yang banyak membimbing saya menghadapi suka duka alam pekerjaan.
Buat semua mentor bisnes saya yang banyak memberi support dan ilmu-ilmu yang cukup berharga sepanjang penglibatan saya di dalam bisnes sehingga berjaya mencapai kejayaan demi kejayaan.
Buat suami saya yang banyak memberi sokongan di dalam setiap perkara yang saya lakukan. Buat semua guru-guru yang mendidik anak-anak saya. Guru-guru Tadika Athfaal Raudhah ANIS. Guru-guru Tadika AUZA. Guru-guru Sekolah Rendah (2) Taman Keramat.
Anda semua insan hebat!
![]() |
Add caption |
Kali ni saya ambil kesempatan untuk meraikan guru-guru istimewa yang mengajar anak-anak istimewa di sekolah Qhalish, TIM Athfaal ANIS. Guru memang ramai, tapi tak ramai guru yang sanggup untuk melibatkan diri dalam dunia pendidikan khas. Hanya
orang yang terpilih dan mempunyai ketahanan psikologi yang kuat, mampu
menghadapi pelbagai cabaran yang dimiliki oleh murid pendidikan khas.
Tahniah
saya ucapkan. Tidak ramai yang berpeluang untuk mengecapi nikmat sebagai
guru pendidikan khas kerana untuk menjadi guru pendidikan khas,
bukanlah sama seperti guru-guru biasa. Selain memerlukan kesabaran yang
tinggi, banyak perkara lain yang perlu ada dalam diri seorang guru
tersebut dalam menangani murid-murid yang berkeperluan khas, yang unik dan istimewa sifatnya.
Tak terbalas jasa mereka. Sempena hari guru tahun ni, terimalah hadiah yang tak seberapa dari kami sekeluarga. Kami sentiasa mendoakan teacher semua sentiasa diberi kesihatan yang terbaik dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah.
![]() |
Hadiah khas buat T. Nithyi, T. Nabila, T.Ain, T.Farrah, T.Suhaila, T.Liyana, T.Ema & T.Liz. |
Doa Khas Buat Semua Guru
“ Ya Allah, ampunkanlah segala dosa
guru-guruku sekiranya adakalanya mereka telah mengabaikanMu. Tetapi, kau
syafaatkanlah mereka di akhirat dengan syurga, atas jasa dan budi
mereka mendidik aku sehingga aku menjadi insan yang berjaya “
“
Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau ampunkanlah segalas dosa guruku. Kau
berikanlah syafaat kepada mereka yang telah bersusah-payah mengajar dan
mendidik aku. “
"Ya Allah, berikan kesejahteraan dan keberkatan
hidup untuk semua guru-guru yang pernah mengajarku di TADIKA, SEKOLAH
RENDAH, SEKOLAH MENENGAH, UNIVERSITI, dan di mana-mana sahaja.
Rahmatilah guru-guru yang mengajarku ilmu-ilmu al-Quran. Semoga Allah
tempatkan roh guru-guruku yang telah pergi ke alam baqa bersama-sama
orang-orang yang beriman. Semoga Allah membalas jasa kalian semua dengan
sebaik-baik ganjaran. Amin."

No comments:
Post a Comment