Follow Us @kamharyatie

Saturday, 8 September 2018

Apa Yang Menarik di Genting Highland?




Masa cuti sekolah seminggu haritu, kami bawa anak-anak p Genting Highland. Cuti sekolah, kesian tak bawa p mana-mana. Since kami pon sibuk tak dapat nak ambil cuti lama, so kami ambil cuti 1 hari je, pergi pagi, balik petang.

Actually takde idea jugak nak bawak main apa, sebab outdoor belum siap. So google, punya google, ada banyak tempat rupanya nak bawa diorang main kat sana. Jom tengok apa yang ada kat Genting.

Disebabkan waktu cuti sekolah, we all decide untuk pergi awal pagi. So gerak dari rumah jam 8 pagi, ngam-ngam sampai Awana Skyway 8.50 pagi.

Awana Skyway


Awana SkyWay terletak di Awana Transportation Hub yang baru, bersebelahan dengan Genting Premium Outlet (GPO). 

Awana SkyWay mempunyai 99 buah gondola biasa dan 10 buah gondola floor glass dan berupaya membawa seramai 3,000 penumpang satu arah setiap jam.


Kelajuan: 6 meter sesaat
Jarak: 2.8 km
Masa perjalanan: 10 minit (dari Stesen Awana ke stesen SkyAvenue)
Waktu Operasi: 7 pagi - 12 malam

3  Stations: Awana Station, Chin Swee Station dan SkyAvenue Station

Instead of kita drive sampai atas, better kita naik cabel car. Lagi cepat sampai. Dan lagi seronok sebab dapat bagi anak-anak experience. 


Kami parking di GPO. Sebelah je dengan Awana SkyCentral
Harga tiket RM8 untuk 1 way. Kami beli terus return senang. Untuk toddler bawah ketinggin 90cm, free aje.
Kalau nak lagi best, boleh naik yang floor glass macam ni. Tapi sekali naik RM50. Make sure korang tak gayat ye.
Kitorang je yang ada kat sini.
Lengang giler. Syok wo tak payah beratur. Keluar awal pagi best.
Qhalish memula tak mau naik bila tengok cabel car ni bergerak non stop. Cepat-cepat dedi tangkap bawak masuk ke dalam.
Bibik mula cuak. Gayat jugak bibik rupanya, tapi control.
Seronok anak-anak. Si Raees cakap, kita naik atas langit. Especially bila lalu tempat kabus.


Subhanallah. Cantik sangat pemandangan dari atas
Apa yang menarik, kita dapat menikmati pemandangan hutan hujan yang berusia 130 juta tahun di sekitar Genting.
Ok, dah nak sampai.
20th Century Fox World Theme Park still under construction. Expected will be launched in 2019.
Sampai dah. SkyAvenue Station. Betul-betul di Genting's SkyAvenue Mall.

Sky Avenue Mall Genting

Kitorang sampai je kat sini, terus nampak LED screen wall yang sangat besar. Memang impress. Ni semua HD LED tau.
The biggest LED screen in Malaysia.
Something different from other shopping mall. Meriah sangat-sangat masuk dalam mall baru ni.
LED display sepanjang 1,400 square metres dengan 1,000 LED bulbs.
Restoran banyak kat sini. Salah satunya Burgers & Lobster yang glamer kat kota London tu.

Salah satu tarikan menarik dalam Sky Avenue Mall ni adalah Sky Symphony. Benda ni macam light balls yang digantung pada ketinggian 4 kaki di atas siling mall. LED skrin as a backdrop. 

So benda ni actually syncronise dengan lagu dan pergerakannya mengikut lagu jalan penceritaan yang dipasang pada LED. Memang awesome.





 


Kene study dulu map mall ni. Kalau tidak nanti, sesat plak.
Senang, semua bawak beg sendiri. Dalam beg tu mami letak siap-siap baju spare, air, food. Mami dengan dedi ringan tak yah bawak barang. Hihihi....


Snow World

Since pagi tu banyak kedai belum buka, kami terus ke Snow World. Bagi anak-anak rasa main salji. Maklumlah, belum pernah ada experience main salji kan.

Entrance
Harga tiket
Sebelum masuk, semua kene ambil winter jacket dulu. Sendiri pilih ikut saiz.
Boots dan glove juga semua disediakan. Kene try sendiri ikut saiz yang sesuai.
Ala tomei nya Feeras.
Masa ni temperature -7 darjah celcius tau! Sejuk gilosss.....

Kita amek gambar dulu
Syoknya korang main salji
Bestnya!
Tak ble tahan dia punya sejuk. 30 minit je kat dalam ni, tapi rasa macam berjam-jam nak habiskan. Kalau tak tahan sejuk sangat kitorang keluar sekejap.


Yeay! So lepas ni ble bawak main salji betul. Kita p oversea plak ye.



Playtime! Video Game Park


Game park ni lebih kurang sama cam game park kat KL. Bagi kita yang dewasa ni, biasa-biasa je. Tapi bagi anak-anak, seronok kemain.

Entrance

Game paling legend. PACMAN. Syok jugak sebab skrin dia besar gedabak. So puas hati. Masa ni si Feeras dah tido, penat berjalan. Dapatla mami join sekaki.
Qhalish tu action je tu. Bukannya main pon. Ajak main asik lari sana sini.
Ni aksi main lumba kereta, sebelum si Raees buat perangai sebab tak boleh terima kekalahan dengan Abang Dzikrie. Sabau je le.

Kalau ada machine ni kat rumah kan best. Bersemangat nak exercise. Kalau nak main kene masuk duit. Boleh saving sekali... Hahaha....



Genting Premium Outlet (GPO)


Lepas dah puas main kat atas, kitorang pun turun dengan cable car juga. Singgah kejap jenjalan kat GPO. Mami takde mood nak p shopping. Sebab bawak budak-budak, memang tak tenteram kalau nak shopping. Masuk pun 1 kedai aje. Lain jalan kat luar je.


Lepak-lepak kat luar kedai
Wefie
Apa gaya jalan ni. Katanya kaki dah lenguh.

Ni sorang lagi. Dah penat.

Feeras jugak yang happy berjalan. Maklumlah, dia dah dapat tido tadi.
Mami jugak yang takde dalam gambar.

Strawberry Leisure Farm


Entrance

Kat sini boleh petik sendiri tau. Just bagitau nak petik, nanti pekerja kat situ akan bagi kita bakul dan gunting.
Walaupun tak berapa banyak yang dah masak, sebab dah banyak kena petik, tapi alhamdulillah dapat jugak yang dah masak.
Mami pon nak selfie jugak dengan strawberry yang mami petik
Strawberry yang dah dipetik untuk dijual
Kat dalam Strawberry Leisure Farm ni juga sebenarnya ada banyak taman bunga dan kedai-kedai yang jual macam-macam souvenir. 
Lavender Garden

Kedai jual produk hasil dari pokok lavender.
Entah apa nama bunga kuning ni. Tak dan membelek sebab masa ni mami dok mengejar Feeras.


Banyak deretan kedai jual souvenir
Penat juga berjalan dalam ni. Sebabnya, once korang masuk sini, korang kene habiskan the entire farm, baru jumpa jalan keluar.


Alhamdulillah. Banyak jugak kan tempat menarik yang kita boleh bawak anak-anak bercuti. Bagi orang Lembah Klang, boleh buat trip balik hari je.