Follow Us @kamharyatie

Friday 19 October 2018

GLC Leadership Workshop - The "I" In The Team




Pada 7 Oct 2018 yang lalu, gabungan team di bawah empayar GREAT LEADER CIRCLE (GLC), iaitu LAT Family, MIG, TWB, MFMS dan SOUL telah menghadiri Business Leadership Workshop.


Tujuan  Leadership Workshop ni adalah untuk membina jiwa leader dalam setiap ahli yang hadir. Dalam Shaklee, semua orang memang akan bergelar leader walau dia baru sehari join LAT Family. Dengan itu, kami perlu miliki mindset yang betul dalam berfikir mengenai bisnes.

Since berbisnes gaya Shaklee wajib ada kumpulan yang sama sama dan memiliki misi yang sama untuk berjaya dari segi kewangan dan leadership dalam hidup. Jadi, kami perlu tahu bagaimana untuk bekerja dalam kumpulan secara efektif.

Kami juga belajar kenal diri sendiri melalui bebrapa personality test & roles dalam team yang sesuai dengan diri kita. Ilmu ni sangat penting untuk jadikan kita seorang LEADER yang baik dan sentiasa effective.

Barisan Shaklee Business Leader yang menghadiri Leadership Workshop

Workshop macam ni biasanya diadakan oleh corporate companies untuk staff mereka. Dan kos workshop sebegini worth beribu-ribu RM seorang tau. Tapi untuk event ni, kami hanya perlu bayar RM80 saja, siap dapat buku FREE lagi.

Sebab 6 orang Masters kami bergabung tenaga dan duit untuk bantu seluruh susurgalur empayar masing-masing, sama-sama berjaya dalam bisnes. Tu untungnya berada di dalam group GLC ni.

Inilah 6 orang Master Coordinator dalam group kami.
Dari kiri: Master Kam Maria (MFMS), Master Ainul Shahrazad (TWB), Master Nur Zahirah (LAT), Master Laila (GLC), Master Hafsah (MIG) dan Master Athirah (SOUL). Doakan saya Master seterusnya, Master Kam Haryatie (SMS).

Sebab tu untuk berjaya dalam bisnes Shaklee, sangat penting berada di dalam group yang betul. Dah ada ilmu ni boleh lah apply untuk grow our business team!

Master Nur Zahirah Dan Master Hafsah adalah organizer Leadership Workshop ni. Rasa beruntung sangat berada di bawah susur galur mereka. Mereka ada banyak sangat idea untuk bantu the whole team berjaya dalam Shaklee.


 Sebelum mula kelas, kasi wefie satu! With MFMS Team. Master Anisah, Master Leana, Master Yasmin, Master Kak Tun, Master Maria dan Master Kam Haryatie.

Barisan leaders dah get ready untuk timba ilmu. Bersemangat semua!

 

Mindset

Opening workshop ini dikendalikan oleh Master Mohd Aizan Mohd Nor, iaitu suami kepada Master Hafsah. Ini firt time saya dengar Master Aizan jadi speaker. Fuh! English berhabuk! Best sangat dengar beliau bercakap.

Master Aizan share kepada kami tentang mindset. Ilmu ini dah berpuluh kali saya belajar. Dalam setiap kelas enterpreneur, perkara pertama yang ditekankan adalah tentang mindset.

It's a powerful method yang semua orang wajib apply sekiranya hendak berjaya di dalam bisnes. Mentaliti, kepercayaan, gaya berfikir dan mindset yang dimiliki oleh seseorang individu itulah yang menentukan sikap diri atau personaliti kita..

Mindset yang betul menghasilkan sikap yang betul. Pemikiran yang negatif melahirkan sikap yang negatif.

Kerana itulah pembentukan cara berfikir atau mindset seseorang individu yang baru melangkah ke alam perniagaan adalah sama penting dengan kemahiran (skill) lain yang perlu dimiliki oleh seorang peniaga.

Mentaliti yang mengharapkan bantuan sahaja, menjadikan seorang usahawan yang lemah daya saing berbanding usahawan yang bermentalitikan “survival mindset” iaitu semangat juang di dalam perniagaan mereka.

Mindset kita juga dipengaruhi oleh pergaulan dengan orang-orang di sekitar kita iaitu kawan-kawan, ibu bapa, adik-beradik, rakan sekerja. Mindset kita mudah dipengaruhi oleh sesiapa saja yang kerap berinteraksi dengan kita.

Kita akan menyerupai mereka sebab gelombang minda mereka masuk ke minda kita, turun ke hati lalu mempengaruhi fikiran kita. Perkataan-perkataan yang mereka ucapkan akan mempengaruhi kita serta-merta tanpa kita sedari.

Sebab tu sangat penting untuk sentiasa berada di dalam group yang sentiasa mempunyai positive mindset. Bila sekeliling kita positif, mindset kita akan sentiasa dalam keadaan yang sangat positif.

Dan saya sangat-sangat bersyukur sebab Allah atur kan saya sentiasa berada di dalam golongan yang positif dan sentiasa bersyukur. Sangat penting untuk tentukan siapa di sekeliling kita.

Untuk membina mindset berjaya sama seperti orang yang sememangnya berjaya, kita kena ubah mindset kita sekarang ini. TUKAR!  :)


Modul 1 - Myers-Briggs Type Indicator (MBTI)


MBTI ni sangat popular sebagai salah satu kaedah pengukuran personaliti dan ia berbentuk soalan yang digunakan untuk membaca keperibadian seseorang, khususnya untuk memahami bagaimana seseorang menilai sesuatu dan membuat keputusan.

Kaedah ini dikembangkan oleh Katharine Cook Briggs dan putrinya Isabel Briggs Myers (dari merekalah kemudian nama MBTI berasal) pada era Perang Dunia Kedua. 

Pada ketika itu, kaedah MBTI telah pun digunakan untuk membantu para pencari kerja mendapatkan jenis pekerjaan yang paling sesuai untuk mereka: adakah mereka sesuai menjadi pilot, manager, doktor, atau bos mafia? Hiihihi....



 
Dengan kaji personaliti diri, kita boleh kenal potensi diri, dan kita akan dapat kenal pasti apa kerjaya terbaik untuk kita. Dan kita tak kan rasa bangga diri, rasa loner dan rasa riak berlebihan sebab di dalam setiap kelebihan ada kelemahan, dan begitulah sebaliknya.

Kami juga diajar rahsia macam mana nak kenal personaliti seseorang dari gaya mereka bercakap dan cara mereka bertanya dan menjawab soalan.

Kalau dalam bisnes, dengan ilmu yang kami dapat ni, kami akan lebih mudah untuk mengetahui personaliti customer. So, kami boleh tahu bagaimana untuk close deal mengikut karater masing-masing.

Dan sebagai seorang business leader, kami lebih memahami bagaimana untuk beinteraksi dengan business partner dan anak-anak buah di dalam organisasi kami.

Dalam Module 1 ni, kami dikehendaki menjawab 100 soalan yang berkaitan dengan diri kita. Apa yang kita suka, apa yang kita benci, apa yang kita akan buat sekiranya kita berada dalam keadaan tertentu.

Tips untuk mendapat keputusan yang tepat, takle fikir lama-lama. Apa yang kita rasa itu kita, terus jawab je. 

Lepas kami jawab semua soalan, kami diajar kaedah pengiraan pula untuk dapatkan final result. Mula-mula tu macam pening juga. Tapi bila dah tau, ooooo senang aje. Nak tau personaliti saya ni macam mana? Haaaaaa......Ni diaaaaa!

Tu diaaa......I'm an INTP person! Baru saya tahu, saya ni spesis rare. INTP tu sendiri masuk kategori rare, perempuan pulak tu, lagi lah susah nak jumpa. Perempuan with INTP personaliti memang jarang-jarang sangat rupanya.

Females INTP memang struggle dari kecik. Apa maksud struggle? Korang boleh baca kat sini.

Tak sangka sungguh! Tapi kalau baca balik semua yang di explain, Ya Allah. Seriously memang betul. Ok, tak mau cite detail kat sini. Nanti saya tulis satu entry lain tentang karakter INTP. So korang boleh kenal Mommy Shahab ni sebenarnya macam mana. (budget retis! ahaks!)

Modul 2 - Belbin Team Roles Test

Module seterusnya adalah menjawab soalan ujian BELBIN. Belbin Team Roles digunakan untuk mengenal pasti behaviour, kekuatan dan kelemahan tingkah laku seseorang di tempat kerja.

Belbin menyediakan kaedah yang akan memastikan setiap individu dan team dapat berkomunikasi dan bekerjasama dengan baik dalam menyempurnakan sesuatu tugasan atau projek.

Selesai menjawab semua soalan, kami dikehendaki tulis result personaliti kami di atas kertas kajang yang ditampal.




Modul 3 - Business Simulation Game

Modul ketiga ni yang paling best. It's called Business Simulation Game. Busines simulation ni memang biasa diadakan setiap kali ada workshop macam ni. Tujuannya supaya peserta dapat mempelajari selok-belok perniagaan berdasarkan masa sebenar.

Business simulation game ini akan menguji kemampuan peserta dalam mengurus perniagaan, strategi kewangan, pelaburan dan pasaran.

Senarionya, kami berada dalam sebuah kilang pembuatan kereta. Dan kami diberi target tertentu  untuk menghasilkan kereta baru. Dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan ada task memasang part tertentu pada kereta tersebut.


Tu dia. Plant Manager dan Team Leader kumpulan kami.

Bersedia menerima tugasan

Ini part kereta yang team kami kena pasang.
Lepas dapat task, kami diajar cara memasang part kereta dengan cara yang betul.
Kemudian, kami buat planning. Planning sangat penting dalam semua perkara especially dalam bisnes.

In organizations, planning can become a management process, concerned with defining goals for a future direction and determining on the missions and resources to achieve those targets. To meet the goals, managers may develop plans such as a business plan or a marketing plan.



Bersemangat betul semua.

Happening sungguh. Semua betu-betul nak achieve target.
Masa untuk first round dah tamat. Ini antara part kereta yang tak sempat kami siapkan.
Tengok tu, first round je kami tak berjaya achieved target 45 biji kereta. Kami hanya dapat siapkan 22 biji sahaja.
22 biji kereta kami. Sebenarnya kami sangat frust dengan hasil 22 biji kereta tu. Tapi ada sesuatu yang buat kami terkejut bila Tuan Hanafiah, fasilitator program kami bagitau.

Sepanjang kami adakan program sebegini, ini adalah catatan yang tertinggi untuk round yang pertama. You guys percaya tak, kami biasa buat program macam ni di syarikat-syarikat korporat. Kebanyakannya, first round takde hasil. Takde kereta yang siap pun. Dan saya sangat kagum dengan you all.
Now I understand why. Peserta di syarikat korporat semuanya adalah PEKERJA. Tapi you all adalah BUSINESS OWNER. Saya boleh nampak beza mindset antara pekerja dan business owner. OWNER MINDSET and EMPLOYEE MINDSET.
Kami sangat kagum dengan semangat serta excitement korang semua. Kami tak pernah jumpa macam tu punya level of spirit dalam mana-mana Training Korporat. High level punya energy.

Saya ada cerita di awal posting ini tentang mindset. Mindset ini yang akan menentukan bagaimana kita bertindak. 

Entrepreneurs take responsibility: for their jobs, their
performance, and their interactions with others. They
identify pr...
Ownership is taking initiative in service of others. It’s a
mindset that pushes you to own both your projects and
outcomes...

Ini memang betul. Saya sangat setuju tentang beza mindset seorang usahawan dengan orang yang hanya makan gaji semata-mata. Sebab saya antara orang yang masih bekerja makan gaji, tapi dalam masa yang sama saya buat bisnes.
Apa yang saya perasan, bila saya buat bisnes, mindset saya memang totally berubah dan tindakan saya terhadap tugas hakiki saya, bukan semata-mata untuk mendapat gaji.
An enterpreneur is not only someone who owns a business, it's someone who make things happen.
I'm glad that now I can think as an enterpreneur. And I'm glad that eventhough I'm an employee, I manage to be an enterpreneur at the same time.

And it's give me a positive impact on my work life and my business. It's all about our mindset, how we think and how we cope with the different situation and environment. It's all about your MINDSET! 
Nak tengok betapa happeningnya kami sepanjang simulation ini berjalan? Jom layan video.........




Best sangat. For those yang rasa macam berminat nak join team kami, boleh roger saya ya. Semoga ilmu ini bermanfaat untuk dunia & akhirat. InsyaAllah.


~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 


No comments:

Post a Comment