Follow Us @kamharyatie

Thursday 27 December 2018

NAK DAPATKAN HASIL DETOKS YANG EFEKTIF? PASTIKAN ANDA AMBIL 11 MAKANAN UTAMA INI!




Anda dah tau tentang kebaikan detoks? Bagi yang masih belum tau apa itu detoks, kenapa perlu detoks dan manfaat detox, boleh refer di sini.

Once anda dah tau, percayalah, confirm anda nak rasai sendiri pengalaman detoks tu. Secara ringkas, detoks adalah langkah penting untuk mencapai tahap kesihatan yang terbaik secara menyeluruh. Maklumlah, hidup berpuluh-puluh tahun, dah berapaberapa banyak toksin yang tersimpan dalam badan kita.
  • Nak kurus
  • Tingkatkan tenaga
  • Melegakan kembung perut atau sembelit
  • Membendung nafsu makan
  • Mengurangkan stress
  • Menguatkan sistem imun badan
  • Memperbaiki kulit

Untuk dapat semua ni, kita kena pastikan badan kita menerima nutrisi yang betul supaya semua organ detox berfungsi dengan baik.So, nak tau tak, nutrisi apa yang sangat penting untuk detoks? Jom kita tengok, 11 jenis makanan utama yang paling efektif dalam proses detox.

1. MILK THISTLE

Milk Thistle ni orang kata, best friend kepada hati; ia membantu menyihatkan hati dengan meneutralkan radikal bebas, membaiki kerosakan sel-sel hati dan melindungi sel-sel hati baru dari rosak disebabkan toksin yang sama.

Bagaimana milk thistle boleh menjadi teman baik hati anda?
Silymarin, adalah campuran flavonoid yang berasal dari benih milk thistle, yang bertindak sebagai antioksidan dan mencari radikal bebas serta menghalang dari merosakkan sel-sel. 

Silymarin meningkatkan tahap glutathione dalam hati, berfungsi untuk membantu tubuh menyingkirkan bahan kimia dan ubat-ubatan (termasuk ubat-ubatan yang boleh diperolehi dari kaunter seperti acetaminophen). 

Di samping itu, flavonoid yang kompleks didalam milk thistle menggalakkan pengeluaran protein untuk mencipta sel-sel hati yang baru dan menggantikan yang telah rosak; oleh kerana itu ia digunakan untuk merawat mereka yang menghidapi hepatitis serta sirosis (kerosakan hati). 

Kajian yang dijalankan terhadap tikus makmal telah menunjukkan bahawa silymarin berfungsi untuk menghalang kerosakan hati yang disebabkan oleh toksin seperti dari alkohol'. 

Kajian juga telah membuktikan bahawa milk thistle dapat menghalang penyakit Alzheimer, kanser usus besar dan kanser prostat2,3

Bayangkan sekiranya milk thistle ini mampu melawan penyakit yang serius, tidak mustahil ia juga boleh merawat organ hati dengan menggunakan penyahtoksidan yang biasa. 

Penggunaan milk thistle telah berabad-abad lamanya semenjak zaman Yunani purba kepada lnggeris dalam abad ke-17 sehingga zaman kedoktoran Amerika pada abad ke-20; beratus kajian telah dijalankan untuk menyokong keberkesanannya, sudah pasti susu thistle adalah sahabat hati anda!

Milk Thistle terkandung di dalam DTX Complex Shaklee.

  Shaklee Detox Total Solution (sila klik)



2. DANDELION

Kalau anda tercari-cari nutrisi untuk menyokong hati, buah pinggang, limpa dan pundi hempedu, ini jawapannya. Dalam perubatan tradisional, dandelion digunakan sebagai tonik buah pinggang dan hati, namun dandelion yang bersifat penyembuh telah diiktiraf sejak zaman purba lagi.

Kalau anda perasan, dalam cerita kartun Ice Age, ada scene yang tunjuk haiwan pada zaman purba berebut-rebut nak dapatkan pokok dandelion ni. Betapa hebatnya manfaat pokok dandelion ni. Kalau tak perasan, boleh tengok cerita Ice Age tu. Hihihi...

Pada zaman India kuno, dandelion telah digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit hati seperti demam kuning, sirosis dan pembesaran hati. Dalam perubatan Cina, dandelion adalah antara herba terbaik untuk merawat kencing manis, penyakit hati, buah pinggang dan masalah penghadaman.

Apa yang membuatkan dandelion sangat terkenal? Seperti milk thistle, dandelion kaya dengan antioksidan, ia juga mengandungi vitamin A, B, C, D, Edan beta-karotena, termasuk mineral seperti zink, besi, kalium dan selenium untuk menyokong kesihatan hati. 

Di samping itu, dandelion mengandungi unsur polisakarida, yang sama yang ditemui dalam sesetengah spesis cendawan yang dikaitkan mempunyai sifat-sifat antitumor5. Sebatian dalam dandelion menyumbang kepada kedua-dua fungsi hati dan buah pinggang.

Dandelion juga boleh bertindak sebagai julap untuk memperbaiki sistem penghadaman dan membuang toksin melalui air kencing. Dandelion adalah lebih daripada sekadar bunga atau rumpai yang anda lihat - ia adalah sumber terbaik untuk detoks!

Dandelion terdapat di dalam DTX Complex Shaklee.

  Shaklee Detox Total Solution (sila klik)



3. SCHIZANDRA CHINENSIS

Schizandra Chinensis atau lebih dikenali sebagai "S.C." Penggunaan herba anti-stres ini sangat terkenal dalam perubatan Cina untuk merawat organ hati. 

Ujian makmal menunjukkan bahawa sebatian antioksida S.C. bermanfaat untuk melindungi hati dan sistem saraf yang kompleks di dalam badan serta berupaya untuk merawat penyakit mental dan fizikal, termasuk rawatan penyakit kencing manis 6-12.

Dalam kajian terbaru, atlet yang diberikan S.C. telah mengalami penurunan paras kortisol hormon stres. Schizandra Chenensis telah meningkatkan keupayaan badan terhadap tekanan persekitaran, pendedahan toksin, kebimbangan, emosi dan penyakit mental13.

Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh meningkatkan jumlah lemak di dalam hati. S.C. terbukti telah berjaya mengurangkan aktiviti pengumpulan lemak di dalam hati, mencegah kecederaan hati, dan mengurangkan keradangan hati. 

Bagi pesakit kencing manis, S.C. bermanfaat untuk mengurangkan tahap glukosa selepas makan14. Bercakap tentang kebaikan herba, jadikan S.C. sebagai teman terbaik anda!

Shisandra Chinesis terdapat di dalam DTX Complex Shaklee.

  Shaklee Detox Total Solution (sila klik)





4. CENDAWAN REISHI



Dikenali juga sebagai "Cendawan keabadian" dan "Herba ajaib"! oleh kaum Cina. Kebaikan utama yang terdapat di dalam cendawan reishi termasuklah keupayaan terhadap sistem imun, sifat-sifat anti-oksida dan anti histamine serta daya tahan sel hati dari jangkitan bakteria dan toksin 15,16,17.

Cendawan Reishi mempunyai paras polisakarida dan triterpenes yang tinggi. Tubuh manusia menggunakan polisakarida untuk tenaga dan ianya terkenal untuk meningkatkan fungsi hati, meningkatkan kesihatan usus, merangsang sistem imun, menguatkan sistem kardiovaskular dan juga sebagai agen untuk memerangi kemunculan penuaan (or melambatkan proses penuaan). 

Selain itu, triterpenes juga didapati berkesan untuk rawatan anti-kanser, berfungsi sebagai sokongan sistem imun, hormon, dan kawalan tekanan darah, yang seterusnya membantu mengurangkan tekanan. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya cendawan Reishi diberi penghargaan yang tinggi memandangkan manfaat yang diberikan kepada tubuh anda dalam pelbagai cara!

Cendawan Reishi terdapat di dalam DTX Complex Shaklee.

  Shaklee Detox Total Solution (sila klik) 

 

5. CURCUMIN (KUNYIT)


Curcumin kerap digunakan dalam masakan India dan Asia. lni kerana curcumin merupakan bahan utama dalam rempah kunyit (or rempah ratus), dan agen penting untuk warna kuning! Walau bagaimanapun, khasiat bukan hanya terdapat didalam warna dan rasanya sahaja, ia turut menawarkan pelbagai manfaat kesihatan untuk badan dan otak anda. 

Tekanan oksidatif dan pengoksidaan adalah salah satu penanda yang digunakan oleh para ahli biologi untuk menentukan paras kesihatan dan curcumin anda, komponen utama kunyit, berupaya untuk anti-radang dan antioksidan yang bertindak pada peringkat molekul untuk membantu pengoksidaan daya tahan badan anda19,20.

Selain daripada ciri-ciri anti-radang dan antioksidan, curcumin menyokong memori yang jelas dan kuat dengan meningkatkan tahap hormon di dalam otak untuk mencetuskan pertumbuhan neuron baru dan mencegah pelbagai proses kemerosotan dalam otak. 

Kunyit terdapat di dalam DTX Complex Shaklee.

  Shaklee Detox Total Solution (sila klik) 

 

6. ARTICHOKES


Anda mungkin tahu artichoke adalah sejenis makanan, tetapi ianya hanya boleh dimakan untuk tempoh masa yang singkat, dan selepas itu ia tidak seperti yang anda lihat di pasar raya! lni kerana artichoke tergolong dalam kumpulan thistle yang ditanam sebagai makanan dan bahagian yang boleh dimakan adalah putik bunga itu sendiri sebelum ianya kembang mekar.

Artichoke mempunyai khasiat yang tinggi dalam serat, asid folik, vitamin C, vitamin K dan ia berada di kedudukan ke-7 untuk kebaikan antioksidan berbanding lebih 1000 jenis makanan lain21 yang mempunyai tahap antioksidan sinarin dan silimarin yang tinggi.

Jadi, adakah anda tahu bahawa artichokes mempunyai hubungkait yang rapat untuk hati dan detoks? Organ hempedu memainkan peranan utama dalam membantu proses detoks badan kerana ia mengangkut toksin dan bahan buangan daripada hati. 

Artichokes bertindak sebagai diuretik dan koleretik, dimana ianya menggalakkan penghasilan air kencing dan meningkatkan kelajuan apabila hempedu dirembeskan daripada hati. Hempedu ini dihasilkan oleh hati, disimpan di dalam pundi hempedu di antara waktu makan dan dikeluarkan apabila anda makan.

Artichokes menggalakkan pembuangan hempedu dari pundi hempedu22. Kekurangan jumlah hempedu boleh meningkatkan masalah penghadaman dan juga risiko kerosakan sel hati serta penyakit hati. 

Oleh yang demikian, artichoke memainkan peranan yang besar apabila anda ingin mendapatkan hempedu dalam sistem anda mengalir dan membantu pertumbuhan semula sel hati serta fungsi pundi hempedu!

Artichokes terdapat di dalam DTX Complex Shaklee.

  Shaklee Detox Total Solution (sila klik) 


7. ALFALFA



Dikenali sebagai 'bapa makanan,' Alfalfa adalah gudang kepada 300 jenis nutrisi bilamana akar tunjangnya mencecah kedalaman 6 meter, mencari keluar vitamin dan mineral daripada deposit di dalam tanah.

Alfalfa mengandungi pelbagai nutrisi seperti kalsium, magnesium, fosforus, vitamin K, vitamin A, vitamin E, vitamin C dan ditambah dengan jumlah klorofil yang sangat tinggi. 

Beberapa kajian klinikal mendapati bahawa alfalfa menggalakkan pergerakan usus dan sistem penghadaman yang sihat23-24, membantu melawan kebimbangan25 dan menyahtoksin darah26. lnginkan sistem penghadaman yang sihat dan darah.


Alfalfa terdapat di dalam Alfalfa Complex Shaklee.

  Shaklee Detox Total Solution (sila klik) 

 

8. DAUN SENNA


Sembelit! la merupakan satu pengalaman yang tidak selesa dan bukanlah sesuatu yang kita suka bualkan! Realitinya, ia adalah satu perkara yang biasa, berulang kali terjadi dan merupakan masalah kesihatan yang sering dialami disebabkan pengambilan serat yang rendah dan dehidrasi. 

Berdasarkan kajian yang dijalankan di Malaysia 45.5% daripada subjek mempunyai isu-isu yang berkaitan dengan sembelit dalam tempoh 5-15 tahun, dan 27.7% daripada mereka tidak menyedari bahawa mereka telah mengalami sembelit27.
Mengapa kita harus membincangkan perkara ini? Untuk pengetahuan anda, daun senna adalah herba kolon aktif yang boleh membantu proses sembelit kerana ianya bertindak sebagai julap semulajadi untuk mengalakkan kolon yang tidak aktif kembali bekerja. 

la juga berkesan untuk menghilangkan ketidakselesaan dan daun senna didapati berkesan untuk meningkatkan kekerapan pergerakan usus dan mengurangkan sembelit. 


Daun Senna terdapat di dalam Herb-Lax Shaklee.

  Shaklee Detox Total Solution (sila klik) 

 

9. POLYPHENOLS


Beberapa faktor boleh menyebabkan keradangan yang kronik termasuk pendedahan untuk jangka masa yang panjang terhadap tekanan, toksin alam sekitar, pengambilan nutrisi yang tidak seimbang, mikrob atau jangkitan virus. 

Kesan keradangan yang berpanjangan boleh merosakkan sel-sel dan membawa kepada pelbagai penyakit metabolik, penuaan pramatang, penyakit jantung koronari dan aterosklerosis (pengumpulan plak dalam arteri)28-29.

Polyphenols, adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan, bertindak sebagai antioksidan dan anti-radang yang hebat untuk merawat kerosakan sel badan akibat keradangan dan pelbagai isu kesihatan yang berkaitan dengannya. Hasil kajian yang dijalan di seluruh dunia mendapati polyphenols menawarkan pelbagai manfaat kesihatan seperti:
  1. Melindungi hati daripada penyakit kardiovaskular30, 31
  2. Mengurangkan risiko penyakit neurodegenerative32, 33 (seperti Parkinson dan Alzheimer)
  3. Meningkatkan kelembapan kulit untuk lebih anjal dan muda34
  4. Meningkatkan insulin35
Bagaimana cara untuk anda perolehi kebaikan yang ada pada polyphenols? kebanyakan buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang adalah merupakan makanan yang mengandungi polyphenols yang tinggi.
Jadi, banyakkan pengambilan buah dan sayuran di dalam pemakanan anda bai memastikan tubuh anda dilindungi dari radikal bebas, pengoksidaan dan radang!

Polyphenols terdapat di dalam Vivix Shaklee.

  Shaklee Detox Total Solution (sila klik) 


10. PUDINA

Pernahkah anda mengalamai sebu atau mungkin seperti seluar ketat? Adakah perut anda sentiasa dalam kesakitan atau adakah anda berasa seperti ia membengkak atau mengembung seperti belon selepas makan? 

lni adalah tanda-tanda bahawa anda mengalami kekembungan! Sekiranya tanda-tanda ini dialami untuk tempoh masa yang panjang atau kerap, ini bermakna anda memerlukan detoks!

Kekembungan selalunya terjadi disebabkan oleh senak akibat makan berlebihan serta penghasilan tahap cecair pencernaan dan enzim yang rendah. la biasanya terjadi kepada pesakit-pesakit yang menghidapi masalah usus dan sembelit. Perut menjadi kembung.

Apabila perut anda mengembang keluar di luar lilitan biasa dan ini adalah tanda yang jelas bahawa anda mengalami kembung perut. la bukan sahaja menyebabkan rasa yang tidak selesa, bahkan ia kurang elok dipandang.

Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kembung perut anda! Pudina melegakan kekejangan otot dan membantu (GI) saluran pencernaan berehat supaya anda boleh melepaskan gas, menawarkan analgesik dan kesan anestetik untuk meredakan sebarang kesakitan36,37,38

Kajian klinikal juga menunjukkan pudina yang mempunyai manfaat kesihatan lain seperti berfungsi sebagai anti-mikrob dan anti-virus, berkeupayaan sebagai antioksidan dan anti-tumor yang kuat serta bertindak sebagai anti alahan. Pengambilan pudina boleh menghilangkan kesakitan kembung perut! 


Pudina terdapat di dalam Peppermint Ginger Shaklee.

  Shaklee Detox Total Solution (sila klik) 

 

11. GINGER (HALIA)

Seperti pudina, halia adalah sumber terbaik untuk membantu mengatasi masalah kembung perut! Budaya India dan Asia telah beralih kepada halia untuk merawat ulser, penyakit gastrousus dan kembung.

Secara tradisinya, halia biasanya digunakan untuk merawat senak kerana ia merangsang pengeluaran air liur dan jus pencernaan untuk menenangkan perut dan usus. Dipercayai bahawa komponen­-komponen halia yang aktif, seperti gingerol, menjadikan ianya ubatan yang terkenal untuk melegakan rasa loya dan muntah. 

Menurut beberapa kajian klinikal, di samping membantu menghilangkan ketidakselesaan di saluran pencernaan, halia juga boleh mengurangkan gejala-gejala artritis39,40. Perap semalaman makanan anda dengan halia atau minum secawan teh halia untuk merawat kembung, melawan ulser melegakan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan perut serta ia juga.

Halia terdapat di dalam Peppermint Ginger Shaklee.

  Shaklee Detox Total Solution (sila klik) 


Kesimpulan

OK. So anda dah tau 11 jenis makanan yang akan membantu anda untuk mendapatkan kesan detoks yang paling efektif. Yang paling best, anda tak perlu risau atau pening mana nak dapat semua makanan ni sebab semuanya dah sediada di dalam Shaklee Total Detox Solution.



Nak tahu lebih lanjut apa yang ada dalam set ni dan bagaimana ia berfungsi secara efektif dalam proses detoks? Jemput baca di sini: 

Kenapa Mesti Ambil Shaklee Detox Solution? (sila klik) 



~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~

Nak jadi sebahagian daripada side effect #JomDetoxJutawan?

Jangan tunggu lagi!


Coach #JomDetoxJutawan berada di SELURUH MALAYSIA! 

Di mana-mana korang berada pun boleh join sama.


Jangan risau, kami ada pakej IKUT BAJET PESERTA.

Semua PAKEJ akan dapat FREE GROUP COACHING 17 HARI.

 

Jom sama-sama kita mulakan hidup yang lebih sihat dengan #JomDetoxJutawan sekarang!

 

Atau boleh hubungi kami

Coach Hafiz: 012-316 7474

Kak Kam: 012-256 7572 


 

Sila klik 👇

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 


No comments:

Post a Comment