Follow Us @kamharyatie

Sunday 23 June 2019

USA TRIP PART 3 : LAS VEGAS NORTH STRIP & CENTER STRIP



Assalamualaikum. Jom sambung kisah trip kami di USA. Bagi yang masih belum membaca posting sebelum ni, jemput baca di sini ye.

USA TRIP PART 1 : KLIA - TOKYO - LOS ANGELES - LAS VEGAS

USA TRIP PART 2 : LAS VEGAS SOUTH STRIP

The main attraction in North Strip is SHOPPING!!! Sepanjang strip ni adalah store. Macam-macam jenis store ada kat sini. Dan semuanya bersebelahan je. So senang.


 M&M's World Store, Marshalls, Coca-Cola World Store
Blok sebelah pulak, ada Hard Rock Cafe, ABC Store dan Ross.  Jom kita tengok apa yang ada dalam setiap store ni.



 M&M's World Store

 Main entrance
 Ada 4 tingkat
 First floor
 Macam-macam M&M's merchandise ada kat sini.
 T-shirt M&M
 The biggest chocolate wall dispenser. lagi besar dari Hershey's tadi.
 Heaven sungguh tengok coklat macam ni.

 Towel M&M


Marshalls

 Marshalls adalah store menjual branded baju, beg, kasut dengan harga yang murah. Boleh kata, semua yang dah out season dijual dengan harga diskaun up to 80%.
 Marshalls Las Vegas ni terletak bersebelahan M&M's Store. Tapi di ground floor. Tengok arrow ke bawah tu.
 Kene turun ke bawah dengan escalator.
 View di dalam Marshalls
 Ni semua branded handbag tau.
 Tengok tu, handbag MK gantung-gantung macam tu je. Macam kat Malaysia jual yang takde brand, yang murah-murah tu.


Coca-Cola Store

Coca-Cola Store ni bersebelahan je dengan Marshalls. Dari jauh ble nampak sebab ada replica botol coke sebesar bangunan ni.
Sape yang suka kumpul coke punya merchandise, kene masuk sini.
 Collectible Bottle
 Barang hiasan rumah
 Cawan kegunaan dapur
 Souvenirs
 Plaque hiasan
 Key-chain
 Stationary
Pinggan mangkuk pun ada
 Canned Storage
Tumbler

ABC Store

ABC Store ni tempat jual souvenir.
 
 Kami singgah ABC Store  sebab nak beli mineral water sebenarnya. Berjalan jauh, haus tekak. Panas pulak tu kan.
Mineral water paling murah kami jumpa kat sini. 1 botol besar tu $1 je. Actually, kat sini, kita boleh terus minum from tap water di hotel. It is safe. Cuma rasa dia pelik sikit la. So, kalau korang jalan-jalan, tak cukup air bekalan, boleh beli air kat sini ye.
Souvenir T-Shirt Las Vegas kat sini lagi cantik-cantik. Tapi harganya lagi mahal.

Hard Rock Cafe

 Next stop Hard Rock Cafe.
 Plan asal takde nak beli apa-apa pun. But since ada member office minta tolong belikan tshirt, so singgah lah jugak.
 Untung jugak belikan barang orang. Sebab ada 3 orang order tshirt. Masa nak bayar, cashier tu cakap kalau beli 3 dapat free 1. So saya dapatla sehelai tshirt hard rock cafe for FREE. Yeay!

Ross Dress For Less


 Next, kita g Ross pulak.
 Ross pun lebih kurang sama dengan Marshalls. 2 store ni memang famous kat US sebab harga yang dijual tu sangat-sangat murah.
 Baju- baju branded murah kat sini. Saya dapat jumpa denim white jacket brand MK. Harga asal Dari harga asal USD139 tinggal USD49.
 Handbag pun sama macam kat Marshalls tadi. Harga asal diorang memang tak buang, so kita boleh compare harga.
 Kat Ross ni banyak brand MK dan Tommy Hillfiger. Melambak-lambak.



Masala Express

Lepas dah shopping, lapar pulak kan. Kami dinner kat Masala Express, Indian food.

Actually, sebelum sampai ke Masala Express, sebenarnya kami jumpa restoran Fat Burger ni dulu. Dok tengok-tengok menu, macam takde yang menarik for anything yang vege. So, kami google sat halal food along The Strip, terjumpa Masala Express.
 Lokasi nya, betul-betul seelah Fat Burger tadi.
 Mujurlah bukak.
 Dalam ni ada 2-3 restoran lain. Since tak halal, kami decide makan kat Masala Express je. Pilih vegetarian meal.
 Menu
 Ni menu kami.
 
Saya order CHEESE DOSA, kalau kat Malaysia, kita panggil TOSE. Tak tau lah kenapa nama dia ble jadi DOSA. Mula-mula nak order pun macam cuak jugak, makan dosa. Eh! Harganya $10.99
 
 Yang lain ambil VEGETARIAN ENTREES. Serve with rice and naan. Tapi boleh tahan rasa dia tau, sedap! Harga $12.99 for 1 set. 1 set tu boleh makan 2 orang. Alhamdulillah, kenyang. Roti naan siap bawak balik hotel, for supper.
Lepas makan, kami singgah sini, Discount Souvenir. Lokasi, sebelah je dengan Masala Express tadi. Harga souvenir sini lebih kurang je dengan kat tempat lain. Tapi harga Tshirt lebih murah. Kalau tempat lain 3 for $9.99. Tapi kat sini dapat 4 for $9.99.

  Macam saya cerita kat entry sebelum ni, setiap hari selepas habis conference, kami memang tak balik hotel terus. Kami akan explore whatever tempat yang ada di sekitar convention center. Actually Sand Expo Convention Center ni bersambung dengan The Venetian Resort. Alaaa.....tempat orang naik gondola tu.



The Venetian Resort Hotel Casino


 Venetian antara Luxury Hotel di las Vegas. Price per night starting from RM1k++
 Conference location kami, Sand Expo Convention Centre. Connected to both Venetian and Palazzo. The Palazzo is on one side, the Venetian on the other. The Venetian and Palazzo are different hotels and are connected by the Grand Canal Shopping Complex (where the Gondolas are).
Training workshop rooms
 Lobby Hotel. Italian concept.
 Luxury rooms.
Ni walkway to Venetian or Palazzo.
Escalator from Venetian to the Gondola's area. Rasa macam masuk dunia lain.
Ada pulak brand Mezlan kat sini.
Cantik kan. It's an italian concept. Rasa macam pergi Italy. A lot of restaurants with Italian foods here.
Kat sini lah diorang naik gondola tu.
Gondola station.
Kami tak naik pun gondola ni. Boleh naik kat Mines. Ooopps!
Jambatan atas sungai. Gondola akan lalu bawah jambatan ni.
Grand Canal Shoppes. Kat sini banyak famous fashion designer boutique. Termasuklah from Italy.
Godiva, syok tengok diorang buat strawberry chocolate.
Hoi! Sedapnya!
Cake Boss. :)
Kat sini pun ada jual souvenir. Tapi price quite expensive.


Coach Palazzo

Nak jadi cerita, kami singgah butik Coach. Singgah ni pun dah hari ketiga. Hari pertama lalu je, hari kedua pun lalu je, sampai hari ketiga, tak boleh jadi. Jom lah kita masuk.
Malam sebelum tu, si Yus dah survey kat website Coach.com. Katanya, whatever yang ada dalam website tu, sama dengan stok yang ada kat butik. So boleh survey dulu samada diskaun atau pun tak.
Rezeki kami, even kat butik pun ada diskaun. Yang ni semua clearance stock with up to  50% discount. Actually, sebelum sampai Coach, kami dah masuk MK. Tapi MK takde any discount. So kami keluar balik. 
Actually, brand coach ni pun, Kak Kam tak berapa berkenan, sebab tengok kat premium outlet tu, rata2 design dia signature printed dan out season. Memang ku tak minat. Tapi bila tengok yang kat butik ni, aduhai, cute2 plak design dia. terus jatuh hati.

 Dah tak tau nak pilih yang mana. Dua-dua cantik, tapi saiz ni macam kecik sangat. So saya letak tepi dulu, kot ada saiz yang besar sikit.

Finally, jumpa jugak design yang pink stripe tu, Yang tu besar sikit saiz dia. 
Kisah pasal handbag ni. Kawan office saya pernah pakai beg ni, dia beli di Malaysia. Saya berkenan sangat-sangat dengan deisgn ni. Tapi, warnanya kurang berkenan. Cari di GPO, kot-kot ada warna lain, tapi takde. 

Nak jadi cerita, masa diorang dok tengok-tengok design handbag lain, saya tarik semua laci. Dan handbag ni, saya terjumpa, dalam laci paling bawah, dan letaknya di belakang sekali. Kalau tak tengok betul-betul memang tak nampak.

Saya macam, terkesima sekejap sebab, design ni lah yang kawan saya pakai tu. Dan warna dia pulak, warna biru! Aduhai....rezeki daku kah ini! Saya macam tak le nak fikir panjang, saya rasa memang saya nak sangat ambil design ni. 

Tapi, takkan beli handbag sampai 2 bijik kot. Dah le harganya ble tahan. Tapi disebabkan terngiang-ngiang kata-kata hikmat Tuan Afnan Rosli yang kata kehidupan kita ni sebenarnya sedia mewah, LIVING IN ABUNDANCE, kita cuma perlu grab aje, terus ku pejam mata. 

nak jadi cerita lagi, saya rasa macam nak tunggu esok je baru beli. Sebab butik ni memang dekat je dengan convention centre. So balik esok boleh singgah. Tapi, tiba-tiba ada suara...
Esok datang nak beli, dah habis....
 Erk! Saya mintak Catrina tolong cek ada banyak stok lagi tak. Bila dia cek dan tunjuk dalam sistem, both handbag tu, the entire Las Vegas,  memang tinggal sebijik je kt situ, hahaha....memang terpaksa rembat terus.
Yang special kalau beli di butik, kita boleh engraved nama kat handbag tu for FREE! Which is you all takkan dapat kalau beli kat Premium Outlet.
Selain dari wording, kita boleh pilih juga nak letak bunga, or other design.
And then, boleh jugak customize beg kita tu. Nak tambah charm boleh, kalau beg tu kosong je, nak tambah bunga boleh. Each additional flower or any other item tu cost $15.
Finally, saya ambil 2-2 handbag yang berkenan tu. So, sementara diorang siapkan engrave, kami tunggu di sofa sambil diorang hidangkan air.
 Ok dah siap engraved. Then diorang tolong pasangkan pada handbag.
 Dah siap, comei kan!
 Yang ni satu lagi. Cantik kan!
Alhamdulillah. Bersama hasil tangkapan masing-masing. Harga handbag tu kalau nak tau, kene PM tepi lah ye. Hikhik!

Tempat lain yang korang boleh shopping, antaranya North premium Outlet.


Las Vegas North Premium Outlet

Dari convention center, kami ambil Uber ke North Strip. Jarak 6km, ambil masa 16 minit untuk sampai ke sini. Masa ni lebih kurang jam 6 petang.
North Strip Premium Outlet, ni lebih besar dari South Strip Premium Outlet dan ada lebih banyak choice.
Coach lagi.
Saya rasa, for those yang ada low budget, better shopping di South Strip Premium Outlet sebab harganya jauh lebih murah. Cuma design nya jauh out season compared to design yang di North. 

Kat sini, kedai semua akan tutup pada jam 9.30 malam ye. So, kami pun takde banyak masa sangat kat sini. Lepas habis window shopping di sini, then kami turun ke Center Strip for nigh walk.



Night Walk at The Strip

Malam-malam lah paling happening tau kat sini. Jom tengok, apa lagi yang kita boleh explore waktu malam di The Strip.

Kami singgah Marshalls balik sebab ada orang tu nak beli barang. Then kami berjalan heading to North.
Kat sini, semua kene follow pedestrian walkway ye. So mesti kene naik jejambat. Takpe, jejambat semua ada escalator.
Kamai berjalan santai-santai je.
Plan kami seterusnya, nak p tengok Bellagio Fountain.
Kat sini, jalan jauh pun tak terasa. Sebab banyak sangat attraction sepanjang The Strip. Average steps kami berjalan sepanjang berada di Las Vegas ni adalah 20,000 steps OKEH!!
Paris Las Vegas Hotel & Casino
Planet Hoolywood Hotel & Casino 

Bellagio Fountain

The iconic Bellagio Las Vegas Fountains are one of the best free attractions in Las Vegas. Antara attraction yang korang mesti singgah di The Strip. Bellagio Fountain adalah air pancut berirama yang sangat famous. Bellagio Las Vegas will capture your attention with dancing water and loud music.
 Pemandangan dari arah Bellagio Hotel. Santek kan!
 Sabar menanti fountain buat performance. Sempat la layan 2 buah lagu kat sini.

The Fountains of Bellagio is complimentary with daily performances that rotate more than 30 songs. Performance dia ada setiap hari. Boleh refer shedule ni untuk plan waktu bila korang nak p tengok:

Every 30 minutes:   Monday – Friday, 3 p.m. – 8 p.m.
                                  Saturday and holidays, noon – 8 p.m.
                                  Sunday, 3 p.m. – 8 p.m.
Every 15 minutes:   Daily, 8 p.m. – midnight
                                  Sunday, 11 a.m. – 3 p.m.

 Ha....dah nak start dah..
Cantik kan!

Jom tengok video pulak
Pemandangan dari atas. Cantik sangat.


UBER


 Inilah dia main transportation kami sepanjang berada di US. 15 kali kami naik Uber kat sini. Actually, ada satu lagi namanya Lyft. But since saya dah install Uber Apps masa kat Malaysia lagi, so we all prefer Uber je lah. Lagipun dah setting payment method all under credit card. So senang.
 Yang best kat sini, most of cars yang kami dapat, semuanya luxury car.
 
Tapi, yang peliknya, semua kereta takde plate no kat depan. Plate no hanya di belakang je. Bila kami tanya kenapa, diorang pun tak tahu. Dari segi undang-undang, tak salah. So, bila Uber sampai, susah nak cam betul ke ni Uber kami. Kene tengok belakang baru tau.

 Ada setengah Uber tu, siap ada gula-gula dan mineral water lagi.
 Grab kat Malaysia pun kene buat gini lah. Baru lah passenger rasa special kan!
 Yang menarik, Uber driver kat sini, bukan calang-calang orang. Kami jumpa kebanyakannya adalah orang-orang kaya. Bawak Uber part time, 3-4 jam sehari sekadar isi masa lapang, dan untuk buat networking. Uber driver kami yang ni, ada own business in real property. Tengok cara pakaian dia.

Lagipun, cara dia layan kami memang berbeza dari Uber driver biasa. Dari mula dia sampai, sehingga ke destinasi, dia sendiri akan keluar dari kereta dan tolong bukakan pintu.
 Rancak kami bersembang hal property. Pergi US dengan expert in valuation, kami pulak memang tengah buat projek property valuation, memang ngam kalau nak sembang. Kami tanya dia tinggal di mana, katanya rumah dia belakang rumah Tommy Hilfiger. Wow!

Saya masa ni dalam kepala terfikir, ok ni, kalau aku dah tua sok, duit dah banyak, tak tahu nak buat apa, boleh lah bawak Grab. Tapi kita bawak Vellfire. Saje isi masa lapang sambil buat networking. Ahaks!
 Kat sini, Uber & Lyft ada Pick-Up location sendiri.
Kadang-kadang, terpaksa berjalan jauh semata-mata nak cari pick-up location. Tu yang terpaksa masuk segala ceruk hotel tu. Pernah sekali, dok cari-cari, last-last dah nak sampai hotel. Hahaha....

Las Vegas ni, pada saya, not really a place to travel lah. Kalau tak sebab conference, saja-saja nak holiday kat sini, not in bucket list. Nak jumpa orang melayu or Asian pun susah. Ye lah, tempat berjudi kan. Hihihi...

Just imagine masa kat Imigresen, bila diorang tanya g mana, then kami jawab Las Vegas, diorang cam pelik. Dah la bertudung, in a small group pulak tu. Bila sebut conference, then baru lah diorang macam, ooo make sense.... 😂

Kalau keluar jauh sikit from town, boleh lah g Grand Canyon or Hoover Damn. InsyaAllah, next time kalau pergi lagi, boleh plan awal2.

 Ok lah. Itu saja aktiviti sampingan kami sepanjang berada di Las Vegas. Jemput baca entry kami seterusnya di San Francisco.

USA TRIP PART 4 : SAN FRANCISCO DAY 1

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?

Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!!



No comments:

Post a Comment