Follow Us @kamharyatie

Monday 3 June 2019

USA TRIP - U.S VISA APPLICATION






Ok, sebelum nak pergi US, kenalah apply Visa dulu kan. So dalam entry kali ini, saya nak share tentang pengalaman saya mendapatkan US Visa ni. Step nya boleh tahan complicated. Bagi yang belum tahu, apa tujuan saya ke US, boleh refer entry sebelum ni di sini:

USA TRIP - HERE I COME VEGAS! (sila klik)

Pada 13 May 2019, saya dah pun dapat confirmation and invitation email dari Hexagon . I need to apply for USA Visa in order to participate in the HxGN LIVE .2019 conference and training workshop.

Invitation letter to conference to support application for USA Visa.

 
Dalam entry ni, saya akan guide secara general sahaja sebagai gambaran awal proses for US Visa application. But for detail and complete step by step process, boleh refer di link ini yer:-

Step by step how to apply visa. Step ni u all akan nampak dalam link yang saya share di atas.



PASSPORT PHOTO

Gambar passport untuk VISA, mesti background putih. Saiz gambar untuk VISA adalah 2 x 2 inci. Saya nak share rules baru untuk gambar passport untuk wanita. Pastikan tudung yang korang pakai tu, takde bayang, tak menutupi kening ye.
Begini kekdahnya. Kena tarik tudung tu betul-betul ke belakang, dan nampak the whole face, sampai lagi sikit nak nampak anak rambut. Nak paling senang, korang pakai je inner hitam tu, habih cerita.

Dalam hati, tak lawa la gambar visa ku ni. Tapi, lantok le tak lawa pon, janji visa ku approved. Kan! Kita follow aje rules diorang.
 
Saya highlight tentang rules pemakain tudung yang betul ni awal-awal sebab tak mau jadi macam saya haritu. 
 
Disebabkan gambar yang saya bawa masa interview tu tak valid (refer gambar yang bertanda pangkah di atas), saya diarah untuk ambil semula gambar passport mengikut kriteria yang ditetapkan seperti gambar blah kanan di atas.




VISA FEE (RM627)

Dipanggil juga Machine Readable Visa (MRV) application fee. Sekarang cara bayaran ada banyak option. Dulu-dulu mesti kene p Standard Chartered. Sekarang dah boleh buat online. Ada beberapa option untuk bayar MRV.

  •     Option 1: Electronic Funds Transfer (EFT)
  •     Option 2: JomPAY
  •     Option 3: Cash at Bank (AmBank)

Payment detail step boleh refer di link ni:

Saya bayar guna JomPAY through cimbcliks. Senang sangat boleh bayar online. Tapi sebelum kita bayar tu, kene download dulu DEPOSIT SLIP. Deposit slip ni ada unique ID. Setiap kali kita klik, dia akan generate Reference Number berbeza.Untuk step detail, refer link kat atas ni ye.




Online Visa Application Form (DS-160)


Jenis Visa ni bergantung kepada tujuan kenapa kita nak ke US. Biasanya, kalau setakat nak g melancong, bisnes, student or specialty worker, jenis VISA adalah Nonimmigrant Visa. So, kita kene buktikan yang kita p US ni ada tempoh tertentu, dan kita confirm akan balik semula ke Malaysia. 

Sebab tu perlu supporting document dari pihak tertentu yang mengesahkan kita ke US ni untuk sementara sahaja. Macam contoh supporting document saya di awal entry tadi. 

So, untuk apply Visa ni, kene isi form DS-160 secara online di sini:

Tapi, sebelum isi form ni, make sure kita dah ada semua info tentang alamat hotel and contact person kat US, kenapa kita nak ke US, dan macam-macam lagi soalan yang ada. Jenuh jugak nak menjawabnya. Memang makan masa.

Masa mula-mula nak isi form tu, kita akan dapat application ID. Yang ni make sure screen shot ye. Application ID mesti kena ingat. Sebab Form DS-160 ni ada 7 pages yang kita kene isi.

Since nak isi semua form ni takes time, in case kalau tak sempat siap dan nak sambung isi later, or if there is any technical issue with the system, at least yang kita dah isi tu, semua dah disave dalam database.

Later, kita boleh start dari part yang belum isi. So dengan application ID ni tadi, akan retrieve semula semua maklumat yang telah pun diisi. Tak perlu start dari awal.


Lepas dah setel isi semua form, make sure korang simpan confirmation page ni. Yang ni perlu dibawa masa p interview di embassy nanti.


Schedule Appointment for Interview

Ok lepas dah siap isi dan print completed form, kita bolehlah schedule appointment untuk interview di US Embassy, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Yang ni kena isi online form lagi, dan pilih tarikh dan masa yang kita nak. 

Nak jadi cerita, hari yang saya apply Visa tu adalah hari Jumaat. Masa nak set appointment tu, kene masukkan reference no MRV, visa payment yang dah dibayar tadi. Unfortunately, reference no tu sistem tak detect. 

Bila saya refer semula payment through JOMPAY tu, baru perasan statement ni..

You can schedule your interview by 12pm the next business day after paying your fee via JomPAY. You may pay your fee online from any bank.

Whether you schedule your appointment online or contact our call center, you will need the Ref-1 number to proceed with the appointment scheduling
Based on statement di atas ni, appointment hanya boleh apply the next business day, which is pada hari Isnin depan. Nak jadi cerita, Isnin tu pulak US embassy cuti sempena hari peringatan. Maknanya, Selasa depan baru boleh apply untuk set appointment. Tu pun belum tentu ada slot dalam minggu tu.

Dan pengalaman dari kawan-kawan, dan beberapa sumber dari internet, tarikh appointment selalunya bergantung kepada jumlah orang yang apply visa juga. Kebiasaannya, slot available antara 2 ke 3 minggu, selepas kita isi borang DS-160 tadi. Maksudnya ramai yang memohon dan ramai juga yang sudah memilih tarikh interview terdekat.

Sebab tu lah US Embassy sendiri advise, kalau nak apply U.S Visa, at least 30 hari sebelum tarikh ke US. Mesti ada buffer untuk elak sebarang masalah. Macam kes saya ni, lepas tolak semua cuti raya, weekend dan cuti embassy, hanya ada tempoh 1 minggu je dari tarikh flight!!!!

Aduhai, masa dah makin suntuk. Antara kami, ada yang hari Khamis dah nak balik kampung. By hook or by crook, mesti set appointment for interview paling lewat pada hari Rabu. Masa ni, redha tahap tinggi punya. Sampai saya cakap, kalau Allah memang pilih kita untuk sampai ke Las Vegas, mesti ada miracle. 

Tapi, saya apply apa yang Tuan Afnan Rosli share tentang #FeelingArePrayers. Sebenarnya, dalam hati saya ni, kuat mengatakan yang kami memang confirm dapat sampai ke USA jugak. Apa halangan pun, semua akan setel dengan mudah.

So happen, sebelum kami balik, kawan saya, si Yus try juga login sistem kot2 lah reference no tu dah masuk dalam sistem. Seriously, miracle happen, semua reference no MRV kami, semua dah reflect dalam sistem, dan kami dah boleh set appointment petang tu juga.

Lagi amazing, slot paling awal pada hari Rabu, betul-betul tinggal 4 slot interview sahaja. Allahu. Syukur sangat, so kami terus grab semua 4 slot tu. Alhamdulillah, kami dapat slot hari Rabu, bertarikh 29 May 2019 jam 9.00 pagi. 


Visa Interview


Alhamdulillah, pada tarikh dan masa yang dijanjikan, pada 29 May 2019 jam 8.30 pagi, kami pun sampai di US Embassy, Jalan Tun Razak, KL. Tak boleh lambat tau. Kalau lambat, nanti kena schedule masa lain pulak. Naya je, dah la masa makin suntuk.

 
Since kami akan travel in group, so kena tunggu semua orang sampai dan masuk sekali. Takde sape pon, kami ber4 je. So bermula dari hari buat visa tu, kami dah berjanji, apa-apa hal mesti mesti ber-4. Haha....maklum lah nak pergi jauh without any guidance sape-sape ni, memang kami redah je.

Just nak share procedure sebelum nak masuk ke kawasan Embassy. Mula-mula setiap orang kena tinggalkan IC pada guard. Then sebelum masuk dalam kawasan Embassy, kami kena scan semua barang-barang yang dibawa.

Alah..macam scan bag kat airport tu. Barang-barang yang kena scan termasuklah handbag, handphone, kasut, tali pinggang (lelaki). Oh ye, backpack tak dibenarkan bawa masuk langsung ye. Tapi handbag boleh bawa, dengan syarat kene scan dulu.

Ok lepas dah settle scanning, handphone dan kunci kereta kena ditinggalkan dalam locker pada guard. HANDPHONE DILARANG sama sekali masuk ke dalam bangunan Embassy.


Dah lepas scan pada guard, kami pun masuk. Lepas naik tangga ni, ada 1 pintu lagi, lepas pintu ni kena scan sekali lagi.

Kemudian kena beratur untuk submit dokumen, passport dan juga gambar. Then kena scan kesemua 10 fingerprints okeh! Strict betul. Lepas tu tunggu giliran untuk interview pulak. Ingatkan cara interview tu macam job interview tu.
 
 
Rupa-rupanya interview berdiri je. Kita di luar, interviewer di dalam. Cara communicate guna microphone through glass window yang katanya bullet proof. Soalan dia pun simple je.

1. Why you want to go to US?
2. Are you alone or anyone else with you?
3. How long are you gonna be there?
4. Is your company sponsor your trip to US?

Interview sekejap je, tak sampai setengah jam. Appointment 9.00am, before 9.30am dah setel. Setel jawab semua soalan tu, then dia cakap....
 
Ok, your Visa is approved. But you need to resubmit your new passport photo

Nak jadi cerita, kami semua yang pakai tudung ni, semua gambar tak lepas sebab tak memenuhi syarat. Rules baru saya dah cerita di awal posting tadi ye. Make sure korang follow kriteria tu. 
 
By right lepas interview kalau takde any issue, kita just tinggalkan passport kita kat embassy untuk diorang proceed for visa stamping dan boleh terus balik. Bila dah siap kita boleh pilih samada nak collect sendiri atau nak diorang pos terus ke rumah .

In our case, kami tak boleh tinggalkan passport lagi. Kami diberi satu surat warna kuning yang mengatakan, tak perlu interview semula, just submit passport dan juga passport photo yang baru.

So kene p kedai gambar untuk ambil balik gambar passport yang baru mengikut kriteria yang betul. Isunya, kena drop passport kita beserta gambar passport baru kat Aramex Main Office kat PJ. 
 
Jenuh dari KL kena ke PJ pulak. Disebabkan kesuntukan masa, kami decide untuk setelkan pada hari yang sama. Fuh! 

Dah la tadi ke US Embassy naik grab. Terpaksalah balik semula ke office ambil kereta, then p kedai gambar, dan terus drive ke Aramex PJ.
 
Kami sampai dalam jam 12 tengah hari. Once dah submit, rupanya Aramex akan pos balik ke US Embassy. Halah...halah...apasal le tak hantar balik ke US Embassy, kan senang. 
 
Ini pusing jauh kot PJ sana, tapi patah balik kot sini. Nanti pos ke PJ plak.Tapi nak wat guane, that's the SOP. Dahla last postage Aramex jam 11 pagi, udah passport kami tu diorang hanya boleh pos the next day. Dugaannn....Ermm...
 
Since date kami nak ke US agak suntuk, we need to find the fastest way for passport and visa delivery. Orang embassy tu advise, pickup sendiri kat Aramex PJ. Sebelum tu dah pilih pos ke rumah aje. So kene tukar balik delivery location. Nanti, dah siap, kene ke PJ untuk pickup.





Approved Visa

2 hari lepas tu, En. Hisham dah pun dapat mesej dari embassy, inform visa dah siap dan dah boleh p collect di Aramex. Tapi, visa kami yang 3 orang ni, status nya masih lagi di embassy. 

Hari-hari kami dok track status passport, walaupun tau hari kami check tu adalah weekend, dan status tu memang takkan berubah pun selagi belum hari Isnin. Tahpape kan...hahaha....

Untuk track status passport kita, boleh track di sini.  
 
Dup dap dup dap tunggu Visa ni approved tau. Sebabnya kami ni boleh kata betul-betul last minute punya kes. Selagi Visa tak approved, ticket flight takkan booked. Kami akan ke US pada hari raya ke-5.

Akhirnya, 2 hari sebelum raya, kami dapat sms bagitau Visa dah dipos ke Aramex PJ dan kami kena collect di situ. Yabedabedu! 3 orang dah balik kampung pun masa tu. Mujur lah Yus masih lagi di PJ hari Isnin tu, dan dia pun nak balik kampung petang Isnin tu.

Nasib baik juga kami ni semua ni bijak-bijak belaka. Semua memang dah standby printed surat kebenaran untuk wakilkan Yus collect semua passport. Macam dah boleh predict the future plak. Heh!

#FeelingArePrayers sebenarnya. Dalam hati tu kuat mengatakan kami memang akan sampai ke Las Vegas juga. Visa confirm akan approved dengan mudah. Alhamdulillah. Sentiasa percaya dan selalu bersangka baik dengan Allah.

Kalau ikut kiraan hari lepas interview hari Rabu, hari Jumaat tu Visa dah siap stamping dah. Cuma sebab Sabtu Ahad kan cuti, so Isnin lah diorang pos ke Aramex tu. Kejap je kan sebenarnya proses nak dapat Visa ni.

Finall. Visa ni expired 10 tahun lagi. So lepas ni, boleh ulang alik US lah dalam tempoh 10 tahun tu. Hihihihi.....

Dugaan tu biasa la. Challenges tu memang kena hadap je, baru lah nanti ada sinar di hujung jalan. Cewah! So, dah ada visa, sekarang jom follow next entry perjalan kami dari Malaysia ke Las Vegas.

USA TRIP PART 1 : KLIA - TOKYO - LOS ANGELES - LAS VEGAS (sila klik)

p/s Sila share jika anda rasa sharing ini bermanfaat

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?

Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!!




5 comments:

  1. Assalam... nak tanyalah, u beli tiket dulu ke sebelum buat visa?

    ReplyDelete
  2. Hey what a brilliant post I have come across and believe me I have been searching out for this similar kind of post for past a week and hardly came across this. Thank you very much and will look for more postings from you.

    ReplyDelete
  3. Hey what a brilliant post I have come across and believe me I have been searching out for this similar kind of post for past a week and hardly came across this. Thank you very much and will look for more postings from you.
    Digital marketing agecny
    Digital marketing agecny
    Digital marketing agecny
    Digital marketing agecny
    Digital marketing agecny
    Digital marketing agecny
    Digital marketing agecny
    Digital marketing agecny

    ReplyDelete
  4. Salam sis perlu medical check up tak?

    ReplyDelete