Follow Us @kamharyatie

Saturday 31 August 2019

MENTAL SELF IMAGE - PERCAYA SEBELUM BERJAYA



Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang membaca blog Mommy Shahab ini sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Kita manusia yg lemah ni selalu fikir:

"Aku tak boleh la..."
"Benda ni tak logik..."
"Takpelah, ni je yang aku mampu..."
"Aku makan gaji je..."
"Aku tak kuat..."
"Aku bukan dia..."


Betul. kita ni hamba. memang tenaga dan idea kita sangat limited. Tapi kita jangan lupa kita ada Allah Yang Mempunyai 99 nama yg hebat! Asmaul Husna......


Bila kita cakap kita tak mampu, maksudnya, kita letakkan kuasa Allah di atas kelemahan kita.
Kuasa Allah is unlimited. Allah punya kuasa, semua boleh.

Bila kita sedar, Allah bersama kita, kita akan ada UNLIMITED POWER.
Automatik kita rasa KAYA, KUAT, & boleh buat apa sahaja yang di luar logika.

Sebab Allah boleh je bagi pinjam kuasa Dia pada hambaNya. Allah Maha Pemurah.
Kalau fikir logik, memang tak logik. But there is Science behind this. Let me explain.....

Rahsianya adalah......tukar MENTAL SELF IMAGE. Kita mesti percaya yang kita mampu, walaupun pada ketika itu belum berjaya. Tetapi, hanya dengan kuasa PERCAYA, anything can happen.

Dengan izin Allah....



Apa tu MENTAL SELF IMAGE?


Mental self image adalah bagaimana kita melihat diri kita sendiri.

Semasa zaman sekolah dan zaman universiti, saya bukan lah dalam kategori pelajar cemerlang. Result semua sederhana. Compared to adik beradik lain, semuanya top students in a boarding schools and top universities.

Tapi, sejak saya bekerja, saya mula mencari minat saya sendiri. Saya yakin yang saya mesti ada sesuatu yang boleh buat saya cemerlang. Sebab saya yakin, Allah beri setiap manusia itu ada kelebihan masing-masing.

Saya dah involved dalam bidang GIS sejak 18 tahun yang lalu. Pada mulanya, saya grab apa sahaja peluang kerja yang saya dapat pada ketika itu. Dan saya tak tahu pun first company saya bekerja adalah kompeni GIS. Apa itu GIS? Lagi lah clueless!

Rupa-rupanya, Allah sedang menjawab persoalan saya selama ni. Bila saya mula explore bidang ni, saya rasa seronok.

Saya diberi probation period sebagai GIS System Analyst selama 6 bulan untuk menyiapkan satu sistem GIS untuk sebuah PBT. Sepanjang 6 bulan tu, saya sanggup buat macam-macam untuk make sure saya berjaya deliver projek tu.

Tak makan pun tak pe, tidur lambat pun takpe, tak keluar lepak dengan kawan-kawan on weekend pon takpe, janji saya dapat setelkan task yang diberi. Dan bila saya berjaya deliver, saya baru perasan,  yang saya dah jumpa passion yang saya cari selama ni.

Saya dah jumpa skill dan kelebihan diri saya yang saya boleh pergi jauh. Bidang GIS ni agak rare. Lagi rare untuk jumpa, people who has a skill to understand the complexity of the total solution of geospatial architecture. Bukan setakat expert in one area, but in multiple area of geospatial. From end to end.

Saya suka benda-benda yang rare dan unik macam ni. So, sejak daripada tu, saya cuba letak kan diri saya sebagai pakar GIS, GIS Expertise, GIS Specialist, atau yang seumpamanya. Saya akan selalu cakap, orang lain tak faham, hanya saya sorang je yang faham pasal bidang ni.

Walaupun masa tu belum pakar lagi. Baru setahun jagung, dan masih banyak perkara yang saya perlu belajar dan experience. Apa yang saya sedang buat adalah, saya sedang letak self image dalam otak saya, yang saya adalah pakar.

Saya sebut, dan image kan diri saya, dalam minda, hati dan perasaan saya, bahawa saya adalah pakar GIS. Padahal, pada ketika itu saya hanya lah seorang GIS Developer.

Apa yang saya sedang buat, saya sedang ajar subconscious mind saya, saya memang pakar. Saya ulang, ulang dan ulang sampai minda, hati dan perasaan saya PERCAYA!

Sebenarnya minda kita takleh nak bezakan antara realiti mahupun yang belum dapat lagi. Bila kita keep on cakap dan tanamkan dalam minta kita, ia akhirnya jadi kenyataan lah. Sebab actions kita akan gerak seiring dengan apa yang kita sebut.
 

Saya PERCAYA SEBELUM saya BERJAYA. Dan bila diri kita sendiri percaya, barulah dunia mula PERCAYA! Bos percaya, kompeni percaya, kawan-kawan sekeliling, customer, semua orang mula percaya yang saya adalah pakar.

Bukan tu je. Saya buat kawan dengan orang-orang GIS, saya belajar dari situ. Memang nampak macam terhegeh2, tapi sebab nak dapatkan ilmu dari orang hebat, begitu lah kita.

Saya buat part time job secara free lance as a GIS Programmer dan Draughtsman. Teringat lagi buat digitizing data laut, 1 sheet saya dibayar RM60. And then saya join surveyor p buat data collection di site.



Semakin meningkat usia, semakin banyak involvement dalam projek-projek related to GIS, semakin banyak invitation dapat dari dalam dan luar negara. Semakin ramai yang aware.

Projek yang saya involve juga, bukanlah projek biashe-biashe, tapi projek-projek berprofil tinggi, yang semakin hebat cabaran yang saya kena hadapi.

Semakin banyak pengalaman dikutip dan dilalui, semakin besar tanggungjawab, semakin hebat cabaran yang di hadapi, architecture yang saya kena design pun semakin complex!

And after 16 years, based on experience in almost 30 GIS projects, dari sekecil2 projek bernilai ratusan ribu, sehingga projek besar bernilai ratusan juta, akhirnya, saya telah dianugerahkan dengan title Gs. yang membawa gelaran GIS Specialist.
 Alhamdulillah.

So, cuba lah cek self image anda. Sebenarnya, kita sendiri yang akan membawa diri kita ke arah yang kita sendiri dah image kan. Kenapa self image membentuk diri kita sekarang? 

Sebab self image adalah doa kita pada Allah setiap masa. DOA kita sepanjang hari, dalam minda, jiwa dan perasaan, itu adalah self image kita. Macam mana kita fikir, itulah yang kita dapat.

Inilah The Law of Attraction, iaitu Hukum Tarikan yang merupakan Sunnatullah yang berlaku di alam semesta. Apa yang kita fikirkan, memang betul-betul boleh terjadi. 

Banyak lagi self image yang saya sedang buat sekarang. Dan saya yakin, saya akan achieved semuanya. InsyaAllah.

JOM cek self image anda sekarang!


Dapat sesuatu?
#Share Moga Bermanfaat




1 comment:

  1. Assalamualaikum..boleh saya tau bagaimana step2 atau ritual untuk change mental seft image? Hope boleh terangkan dengan lebih detail. Terima kasih

    ReplyDelete