Follow Us @kamharyatie

Friday 10 January 2020

Declutter Baju Lama Yang Masih Elok? Jangan Buang! Kita Derma Pada Yang Memerlukan



Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang membaca blog mommyshahab.com, sentiasa dilimpahi rahmat dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Antara impian saya untuk tahun 2020 ialah buat wardrobe baru. Maklumlah, almost 13 years kahwin, wardrobe besar tu je, 6 kaki. Share pulak tu dengan husband. 

Tapi baju makin lama makin bertambah. Bila dah tak muat, dok main sumbat-sumbat sampai terkeluar dari wardrobe. Kadang sampai bergaduh dengan husband blame baju sape lagi banyak. Hahaha.... 

Anak-anak pun makin bertambah, dan makin besar. Lagi lah tak tahu nak letak mana baju diorang. So saya nekad, tahun 2020 ni, wajib buat wardrobe baru. Dah alang-alang tu, terus declutter sekali. Bila dah sort out semua, Ya Allah, banyaknya yang dah lama tak pakai. Semua elok-elok lagi.

Kalau dulu-dulu, memang dah masuk plastik sampah dah kot. Buang sekali dengan sampah lain, biar lori sampah kutip. But since dah ada kesedaran bab pentingnya recycle barang terpakai, terus pack-up elok-elok.

Tapi, untuk baju yang elok dan masih boleh dipakai, takkan nak pass kat lori sampah jugak kan. Kawan saya suruh jual murah-murah as a pre-loved.

Saya ni malas nak fikir bab ni sebab takde masa nak up gambar bagai, nak arrange pos bagai. Customer order Shaklee pon saya order online je, klik klik klik, Shaklee yang pos. Hihihihi. So saya decide untuk derma pada orang yang memerlukan, boleh tambah pahala. 

Soft toys anak-anak yang dah lama tersimpan, saya keluarkan dan mintak anak-anak sendiri yang sort. Pilih mana yang nak je. Yang tak nak asingkan. Saya bagitau anak-anak, mana yang dah tak main tu, kita sedekah kan pada mereka yang takde mak ayah.

Then wrap elok-elok. Since kat rumah ni pon melambak-lambak wooven bag, saya masukkan semuanya dalam wooven bag. Boleh guna juga beg ni kan. Ni 1/10 je tau dari total 30 beg yang saya dah kumpulkan.


Tapi, semua barang ni nak derma kat mana ni? Teringat, dekat-dekat dengan rumah saya ni pernah ternampak ada 1 kotak yang diorang letak tepi jalan untuk collect baju terpakai.


Ini adalah tempat pengumpulan baju dan barangan terpakai. Baca betul-betul, tulis besar-besar kat depan kotak tu. PAKAIAN, KASUT, BEG TANGAN,TALI PINGGANG, CADAR, MAINAN LEMBUT SAHAJA.

Antara yang saya let go baju-baju masa bujang yang dah tak muat, cadar-cadar katil lama, tudung, seluar jeans dan slack, t-shirt, baju baby, soft toys anak-anak yang dah tersimpan lama dalam kotak.

Macam biasalah, mintak tolong anak-anak bujang angkat dan masukkan semua barang-barang yang dah sort out tadi ke dalam tong. Sambil-sambil tu boleh cerita kat diorang pasal sedekah, kenapa kena recycle barang terpakai. Sok diorang dah besar akan buat benda yang sama.



Badan mana yang sediakan kotak ni?

Kotak ni disediakan oleh Life Line Clothing Malaysia (LLCM). Baru tau yang LLCM ni merupakan sebuah syarikat kitar semula tekstil. Jumlah keseluruhan tong LLCM adalah sebanyak 948 unit yang diletakkan di sekitar Lembah Klang, Bentong (Pahang); Teluk Intan dan Tanjung Malim (Perak) dan Muar, Johor.

Barang-barang ni semua akan ke mana?

LLCM akan kutip dan sort out semula semua barang-barang ni dan jual. Hasil jualan kutipan akan diserahkan kepada Majlis Kanser Nasional (Makna), Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Pertubuhan Kitar Semula Malaysia (Komuniti Lestari RCOMM).
 
Tong ni elok sikit, mungkin tong baru. Ada tampal logo badan-badan yang terlibat dan maklumat berkaitan. 

Selain dari kotak macam ni, ada kat tempat lain lagi tak?

Ada. Selain LLCM memang ada beberapa badan lain yang menjalankan inisiatif macam ni. Contoh nya...

Kloth Cares

 Comei kan? Detail tentang Kloth Cares boleh refer di sini.

CRC Box


Detail tentang Community Recycle For Charity boleh refer di sini.

 

H&M

 
H&M pon terima baju terpakai tau. Yang bestnya, kalau kita bawa maksimum 2 beg dan dalam setiap beg ada minimum 5 helai pakaian, H&M akan bagi kita discount voucher 15%.


Monki


Monki sama seperti H&M. Kita bawa maksimum 2 beg dan dalam setiap beg ada minimum 5 helai pakaian,  Monki akan bagi kita discount voucher 10%.


iCycle Malaysia

iCycle pula, kalau kita derma barang-barang terpakai, dia akan bagi kita dalam bentuk point. Points tu nanti kita boleh redeem dengan barangan dapur atau dalam bentuk voucher. Detail boleh refer di sini.


Kenapa Perlu Declutter?

You all biasa dengar perkataan declutter? Aktiviti yang saya buat ni, disebut juga sebagai decluttering.  Maknanya, buang segala benda atau perkara yang tidak perlu.

Saya memang sejenis yang simple je orangnya. Saya tak suka semak, tak suka barang yang banyak. Saya hanya prefer untuk simpan barang yang saya guna. Sebab dari kecil saya diajar untuk memiliki barang yang perlu, bukan apa kita nak.

Sebab tu, bila rumah dan mula semak dengan barang-barang yang tak perlu dan terlalu jarang digunakan, saya prefer untuk let go.

Ada sesetengah orang, tak suka buat decluttering ni sebab terikat dengan kenangan terhadap sesuatu barang. Orang kata sentimental value. Tapi kawan, kene ingat, kalau kita nak hidup kita lebih ringkas dan lebih terurus, kene paksakan diri untuk buat declutter.

Tau kan, barang-barang yang kita tak pakai tapi kita dok simpan, itu pun akan dihisab. Lebih baik let go, bagi pada mereka yang lebih memerlukan. Takde benda dalam dunia yang yang kekal. Semuanya sampai satu masa, kita terpaksa lepaskan.

Daripada proses declutter ini lah, kita belajar untuk redha melepaskan benda-benda yang kita sayang. Sebab semua yang kita ada ni, bukannya milik kita. Semuanya milik Allah.

Percaya atau tidak, selepas proses declutter, kita akan rasa lebih lapang, lebih tenang, lebih bahagia dan lebih happy. Sebab kita dah remove semua benda yang tak perlu dalam hidup kita.



So, lepas ni, sila lah tengok semula ye, apa sahaja barang yang kita dah tak guna, barang-barang terpakai, baju-baju lama yang elok-elok tu, sorting out, tapi jangan simply buang kat tong sampah ye. Kita bungkus semula cantik-cantik, kita sedekah. Bila kita sedekah benda yang elok-elok, Allah ganti dengan yang elok-elok juga kat kita. Insyaallah.
~~~~~~~ Semoga Bermanfaat ~~~~~~~


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?

Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!!



39 comments:

  1. Kat kuala terengganu tkde macam ni
    So nk bgi pre loved ni kat sape tktau..sayang baju masih elok lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah padahal baju yg dah x gune byak sgt

      Delete
  2. Yelah..byk jgk baju baju nak let go ni...last time ade tong pakaian terpakai kt giant kuantan ni..tp skrg dh xde..susah pulak nak cari sini..

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing ye..get inspired pulak nak buat decluttering

    ReplyDelete
  4. Hi sis... thank you for sharing this.

    ReplyDelete
  5. Area parit raja ada tak tong ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti. Tapi bole refer kat link2 yang saya share kat atas tu. Sebab setiap box tu lain2 badan yang manage.

      Delete
  6. Replies
    1. Saya rasa semua H&M terima. Boleh pergi terus kat mana2 outlet. Sebab diorang memang recycle balik untuk buat baju baru.

      Delete
  7. Hii, semua h&m terima ke? Ke tertentu je?

    ReplyDelete
  8. Hii, semua h&m terima ke? Ke tertentu je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua sis. Boleh bahagi2 kan baju tu ikut kategori. Nt dpt la byk sket voucher

      Delete
  9. Diperak xda.. baju pn byk dh ni

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum dqn salam sejahteraan.

    Saya nak derma baju terpakai untuk orang dewasa /kanak-kanak,lelaki atau perempuan.

    Minta pencerahan dimana salurannya untuk saya sedekahkan baju ni.saya tinggal ditaman bukit kempas.johor bahru.


    Klau ada nombor untuk saya hubungi,boleh send dkat saya -011-2829 3898 (Tuah)

    ReplyDelete
  11. dekat muar tu masih ade ke?saya terlalu banyak baju nak dihantar,cadangnye nak sewa lori hantar ke sana...takut yibe2 xde pulk..huhu

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum ..sy mncari tpt pngumpulan pakaian terpakai di sekitar jaya gading kuantan...

    ReplyDelete
  13. Kat tapah xde tempat nak htr baju terpakai

    ReplyDelete
  14. Hai.... Ada ke sesiapa yang tahu atau nombor untuk dihubungi bagi tujuan nak sedekahkan pakaian pre-love yang masih elok dan ada yang belum pakai juga. Terlalu banyak dah kumpul2 ni. 4 tahun lepas jer pernah bagi pada pusat pertubuhan untuk mangsa2 banjir, tapi sekarang pusat tu dah tak ada lagi. Jika ada yang mahu menghubungi saya terus ditalian pun boleh. Tel: 019-9446994 - Pn.Shima

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

    *Recycle Clothing*

    Jika ada baju yg tidak lagi elok dipakai dan tidak sesuai diberi kepada orang lain, baik sangat lah dipos kepada *Life Line Clothing Sdn Bhd* utk direcycle. Dimana syarikat ini akan recycle pakaian tersebut dan dijadikan selimut dan macam2 lagi, dimana ia akan dihantar kepada warga Palestin.

    Mohon jangan buang dekat tong sampah. Bantu & ringankan beban pekerja bandaran yg mengangkat baju2 buangan yg berat. Anggap sahaja duit pos itu sebagai sedekah. Semoga kita tidak rasa berat hati utk membuat bayaran pos kpd mereka.

    Pastikan baju yg diposkan tidak berminyak dan basah. Hanya baju yg kering sahaja diterima.

    Alamat :

    Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd,
    Lot 12, Jalan Sultan Mohamed 6,
    Kawasan Perusahaan Bandar Sultan Suleiman,
    42000 Pelabuhan Klang, Selangor
    03-3176 0705

    Please SHARE mesej ni.

    Nah jom kumpul pakaian lama
    Kemudian serah dengan dorang
    Saya sdh hantar
    Guna pos malaysia jak
    Servis paling murah di malaysia
    Ikut kapal laut
    #posmalaysia
    #mantap
    Copy dari FB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for sharing the info Zul. Yang area jauh2 tu boleh cuba contact Life Line Clothing di nombor yang tertera.

      Delete
  16. Assalamualaikum
    Nak tanya, kat Kajang ade ke

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum
    Nak tanya kat Kajang ade ke

    ReplyDelete
  18. as salam.. saya dari kedah
    ada tak pusat kutipan di kedah instead of thru postage?
    dan hanya baju baju terpakai saja kah yg di terima?
    kalau ada pinggan mangkuk atau toys anak anak yg masih elok terima tak?

    ReplyDelete
  19. Bandar JB ada tak box baju untuk recycle tu? Kat mana ye?

    ReplyDelete
  20. Kt Terengganu,kat mne tempat nk hantar bj² lama

    ReplyDelete
  21. Area cheras kalau ada baju untuk anak perempuan 3 keatas saya terima dengan ikhlas. Saya sangat memerlukan terimakasih. Boleh hubungi saya 0129621806

    ReplyDelete