Follow Us @kamharyatie

Friday 10 January 2020

Declutter Baju Lama Yang Masih Elok? Jangan Buang! Kita Derma Pada Yang Memerlukan

Friday, January 10, 2020 39 Comments
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang membaca blog mommyshahab.com, sentiasa dilimpahi rahmat dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Antara impian saya untuk tahun 2020 ialah buat wardrobe baru. Maklumlah, almost 13 years kahwin, wardrobe besar tu je, 6 kaki. Share pulak tu dengan husband. 

Tapi baju makin lama makin bertambah. Bila dah tak muat, dok main sumbat-sumbat sampai terkeluar dari wardrobe. Kadang sampai bergaduh dengan husband blame baju sape lagi banyak. Hahaha.... 

Anak-anak pun makin bertambah, dan makin besar. Lagi lah tak tahu nak letak mana baju diorang. So saya nekad, tahun 2020 ni, wajib buat wardrobe baru. Dah alang-alang tu, terus declutter sekali. Bila dah sort out semua, Ya Allah, banyaknya yang dah lama tak pakai. Semua elok-elok lagi.

Kalau dulu-dulu, memang dah masuk plastik sampah dah kot. Buang sekali dengan sampah lain, biar lori sampah kutip. But since dah ada kesedaran bab pentingnya recycle barang terpakai, terus pack-up elok-elok.

Tapi, untuk baju yang elok dan masih boleh dipakai, takkan nak pass kat lori sampah jugak kan. Kawan saya suruh jual murah-murah as a pre-loved.

Saya ni malas nak fikir bab ni sebab takde masa nak up gambar bagai, nak arrange pos bagai. Customer order Shaklee pon saya order online je, klik klik klik, Shaklee yang pos. Hihihihi. So saya decide untuk derma pada orang yang memerlukan, boleh tambah pahala. 

Soft toys anak-anak yang dah lama tersimpan, saya keluarkan dan mintak anak-anak sendiri yang sort. Pilih mana yang nak je. Yang tak nak asingkan. Saya bagitau anak-anak, mana yang dah tak main tu, kita sedekah kan pada mereka yang takde mak ayah.

Then wrap elok-elok. Since kat rumah ni pon melambak-lambak wooven bag, saya masukkan semuanya dalam wooven bag. Boleh guna juga beg ni kan. Ni 1/10 je tau dari total 30 beg yang saya dah kumpulkan.


Tapi, semua barang ni nak derma kat mana ni? Teringat, dekat-dekat dengan rumah saya ni pernah ternampak ada 1 kotak yang diorang letak tepi jalan untuk collect baju terpakai.


Ini adalah tempat pengumpulan baju dan barangan terpakai. Baca betul-betul, tulis besar-besar kat depan kotak tu. PAKAIAN, KASUT, BEG TANGAN,TALI PINGGANG, CADAR, MAINAN LEMBUT SAHAJA.

Antara yang saya let go baju-baju masa bujang yang dah tak muat, cadar-cadar katil lama, tudung, seluar jeans dan slack, t-shirt, baju baby, soft toys anak-anak yang dah tersimpan lama dalam kotak.

Macam biasalah, mintak tolong anak-anak bujang angkat dan masukkan semua barang-barang yang dah sort out tadi ke dalam tong. Sambil-sambil tu boleh cerita kat diorang pasal sedekah, kenapa kena recycle barang terpakai. Sok diorang dah besar akan buat benda yang sama.



Badan mana yang sediakan kotak ni?

Kotak ni disediakan oleh Life Line Clothing Malaysia (LLCM). Baru tau yang LLCM ni merupakan sebuah syarikat kitar semula tekstil. Jumlah keseluruhan tong LLCM adalah sebanyak 948 unit yang diletakkan di sekitar Lembah Klang, Bentong (Pahang); Teluk Intan dan Tanjung Malim (Perak) dan Muar, Johor.

Barang-barang ni semua akan ke mana?

LLCM akan kutip dan sort out semula semua barang-barang ni dan jual. Hasil jualan kutipan akan diserahkan kepada Majlis Kanser Nasional (Makna), Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Pertubuhan Kitar Semula Malaysia (Komuniti Lestari RCOMM).
 
Tong ni elok sikit, mungkin tong baru. Ada tampal logo badan-badan yang terlibat dan maklumat berkaitan. 

Selain dari kotak macam ni, ada kat tempat lain lagi tak?

Ada. Selain LLCM memang ada beberapa badan lain yang menjalankan inisiatif macam ni. Contoh nya...

Kloth Cares

 Comei kan? Detail tentang Kloth Cares boleh refer di sini.

CRC Box


Detail tentang Community Recycle For Charity boleh refer di sini.

 

H&M

 
H&M pon terima baju terpakai tau. Yang bestnya, kalau kita bawa maksimum 2 beg dan dalam setiap beg ada minimum 5 helai pakaian, H&M akan bagi kita discount voucher 15%.


Monki


Monki sama seperti H&M. Kita bawa maksimum 2 beg dan dalam setiap beg ada minimum 5 helai pakaian,  Monki akan bagi kita discount voucher 10%.


iCycle Malaysia

iCycle pula, kalau kita derma barang-barang terpakai, dia akan bagi kita dalam bentuk point. Points tu nanti kita boleh redeem dengan barangan dapur atau dalam bentuk voucher. Detail boleh refer di sini.


Kenapa Perlu Declutter?

You all biasa dengar perkataan declutter? Aktiviti yang saya buat ni, disebut juga sebagai decluttering.  Maknanya, buang segala benda atau perkara yang tidak perlu.

Saya memang sejenis yang simple je orangnya. Saya tak suka semak, tak suka barang yang banyak. Saya hanya prefer untuk simpan barang yang saya guna. Sebab dari kecil saya diajar untuk memiliki barang yang perlu, bukan apa kita nak.

Sebab tu, bila rumah dan mula semak dengan barang-barang yang tak perlu dan terlalu jarang digunakan, saya prefer untuk let go.

Ada sesetengah orang, tak suka buat decluttering ni sebab terikat dengan kenangan terhadap sesuatu barang. Orang kata sentimental value. Tapi kawan, kene ingat, kalau kita nak hidup kita lebih ringkas dan lebih terurus, kene paksakan diri untuk buat declutter.

Tau kan, barang-barang yang kita tak pakai tapi kita dok simpan, itu pun akan dihisab. Lebih baik let go, bagi pada mereka yang lebih memerlukan. Takde benda dalam dunia yang yang kekal. Semuanya sampai satu masa, kita terpaksa lepaskan.

Daripada proses declutter ini lah, kita belajar untuk redha melepaskan benda-benda yang kita sayang. Sebab semua yang kita ada ni, bukannya milik kita. Semuanya milik Allah.

Percaya atau tidak, selepas proses declutter, kita akan rasa lebih lapang, lebih tenang, lebih bahagia dan lebih happy. Sebab kita dah remove semua benda yang tak perlu dalam hidup kita.



So, lepas ni, sila lah tengok semula ye, apa sahaja barang yang kita dah tak guna, barang-barang terpakai, baju-baju lama yang elok-elok tu, sorting out, tapi jangan simply buang kat tong sampah ye. Kita bungkus semula cantik-cantik, kita sedekah. Bila kita sedekah benda yang elok-elok, Allah ganti dengan yang elok-elok juga kat kita. Insyaallah.
~~~~~~~ Semoga Bermanfaat ~~~~~~~


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?

Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!!