Follow Us @kamharyatie

Saturday 3 October 2015

TIPS HILANGKAN GEGATA DENGAN MUDAH



Assalamualaikum,

Minggu lepas, anak saya yang kedua, Qhalish, tiba-tiba je badannya gatal-gatal. Mula naik gatal pada jam 4 petang. Tapi start pukul 10 malam, tiba-tiba naik bengkak kecik-kecik. Saya tengok macam gegata. Bila tunjuk kat mak, mak kata sah, kena gegata ni.




Kesian sangat kat Qhalish. Tak henti menggaru. Tak tahu nak buat apa, saya terus bawa ke klinik time tu jugak. Sampai di klinik, doktor macam biasa bagi ubat makan untuk tahan gatal dan Calamine Lotion.

Bila saya tanya doktor, tak boleh inject ke. Doktor tu kata, "Saya tak suka inject anak kecil, kalau you boleh pujuk dia makan ubat better". Masalahnya, Qhalish sangat susah makan ubat. Bila nak bagi makan ubat, macam nak berperang. 

Seksanya Allah je yang tahu. Dia bukan kecik lagi yang kita boleh pegang kaki tangan bagai. Tenaga dia pun dah makin kuat. Doktor tu macam termenung kejap sebab tak tau nk buat macam mana kalau tak mau makan ubat.

Sambil tengok si Qhalish tergaru-garu, doktor tu tetiba tanya.

"Haiyoh! Macam mana ye. Kesiannya ni gatal tau. Habis kalau dia demam selsema you bagi makan apa?"

"Saya bagi homepati. Kalau homepati dia minum, ok je."

"Then kalau macam tu, u bagi dia homepati lah. If yang tu ok untuk dia"

"Oklah"

Sebab dah lewat malam, tak sempat lah nak p ambil homepati. So untuk sementara, malam tu, saya terpaksa mintak tolong mak, bibik dan husband pegang Qhalish supaya makan ubat jugak. At least bila dia tidur takdela menggaru. 

Sebelum saya share tips dan petua, nak cerita sikit gegata tu apa.



APA ITU GEGATA?
Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil urticaria. Kebiasaannya keadaan ini akan pulih sendiri apabila punca alahan ini dijauhi atau dielakkan. Ia juga boleh dirawat dengan antihistamine.

Pada asasnya, ia boleh dibahagikan sebagai akut dan kronik.
1) Akut = kurang daripada 6 minggu.
2) Kronik = tempoh minimum 6 minggu dan keatas


Punca utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah histamine yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Simptom-simptom

1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca-punca atau penyebab

1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4)Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari

Oooo....baru ku tahu gegata tu adalah alahan. Seriously selama ni ingatkan gegata tu sejenis serangga macan semut. Jenuh dok fikir mana datang lah gegata ni.

So, Qhalish ni tak tahu lah sebab apa. Mungkin salah satu daripada punca di atas. Yang pasti, saya kene cari solution untuk hilangkan gegata ni dengan cepat sebab tak tahan tengok da menggaru.

Esoknya, saya post kat FB mintak pendapat kawan-kawan FB kalau-kalau mereka ada petua atau tips untuk hilangkan gegata. Alhamdulillah ramai yang beri respon. Saya compile antara tips dan petua yang mereka share.


1. BASIC-H SHAKLEE


Mandikan anak dengan sabun Basic H Shaklee. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Basic H, sila klik link di bawah:
1001 Kegunaan Basic H Shaklee



2. NUTRIFERON DAN PERFORMANCE DRINK


Performance Drink ni pun sesuai untuk semua peringkat. Jemput baca SINI.


3. CALAMINE LOTION


4. CUKA DAN GARAM




5. AIR GARAM


Mandikan anak dengan air garam. Sekadar gambar hiasan. Cantik pulak ku tengok gambar garam kaler pink ni.


6. KRIM ECONAZINE


7. BAWANG KECIL





8. AIR SIREH


 




9. TEPUNG UBI DAN BEDAK




9. JUMPA DOKTOR

Last option, anda boleh berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Biasanya doktor akan bagi ubat tahan gatal (biasanya ubat selsema) dan lotion sapu. Kalau orang dewasa, biasanya doktor akan beri injection.


 





Solution untuk Qhalish 

Untuk Qhalish, saya tak boleh nak bagi sebarang ubat makan atau sebarang suplemen atau apa sahaja yang ada rasa. Memang dia takkan makan punya. Akhirnya, ini solution yang paling sesuai untuk Qhalish.

Untuk anak-anak yang sama condition macam Qhalish, yang tak boleh telan sebarang ubat atau apa sahaja yang ada rasa, boleh cuba solution yang saya bagi pada Qhalish.

1. Calamine Lotion
Sapu di semua bahagian yang bengkak dan gatal.

2. Mandi dan berendam dengan air garam
Setiap kali mandi, Qhalish akan berendam dengan air garam. Tak kisah garam kasar atau garam bukit atau garam yang ada aura tu. Kasi kaw-kaw masin. Sambil dia berendam tu saya sapukan ke seluruh badan dan kepala.

3. Homepati tahan gatal
Memandangkan Qhalish serasi dengan homepati, saya usahakan jugak untuk dapatkan homepati sebagai salah satu usaha elakkan gatal.




Alhamdulillah, selepas 3 hari, semua gatal dan bengkak kian surut. Dan tidak berulang lagi. Kepada semua pembaca, anda boleh cuba sebarang tips dan petua yang dikongsikan oleh sahabat-sahabat saya di atas mengikut kesesuaian masing-masing.

 *Jika anda rasa entri ini entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.


Thanks for reading!
Justeru, Islam menggalakkan umatnya keluar daripada kepompong mastautin dan bermusafir ke lokasi lain bagi menyelami 'permata tersembunyi' di tempat orang sambil menghayati kebesaran ciptaan Allah SWT.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/6183Islam
Justeru, Islam menggalakkan umatnya keluar daripada kepompong mastautin dan bermusafir ke lokasi lain bagi menyelami 'permata tersembunyi' di tempat orang sambil menghayati kebesaran ciptaan Allah SWT.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/618Thanks for reading! 


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!