Wednesday, 14 October 2015

GARLIC BUTTER CHEEZY GIANT PRAWN GRILL

Kam Haryatie Abdul Mutalib | 07:08 |
Bahan-bahannya:
  1. (1/2kg @ 5 ekor udang besar saiz lebih besar dari tapak tangan)
  2. 50g @ 5sb butter bergaram sejuk (cold salted butter), potong dadu lebih kurang sebesar 1cm*
  3. 2-3 ulas bawang putih, ditumbuk.
  4. Cheddar cheese - Parut
  5. 1sb mozzarella cheese
  6. Serbuk lada hitam secukup rasa, bergantung pada tahap kepedasan yang anda suka
  7. Daun parsely
Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan butter, bawang putih, cheddar cheese, dan mozzarella cheese dalam bekas kecil. Gaul rata dan mash guna garfu. Ketepikan.
2. Bersihkan udang. Guna pisau untuk kelar atau buat satu slit memanjang pada isi udang, dari atas kepala hingga ke ekornya. Buat untuk semua.

3. Ambil adunan butter, kepal-kepalkan sikit dengan tangan dan sumbatkan ke dalam udang yang dikelar tadi. Taburkan serbuk lada hitam diatasnya. Lakukan untuk semua udang.
4. Panaskan non-stick pan, letakkan sedikit butter. Letakkan udang dan masak hingga kulitnya kemerahan dan kegaringan. Nak tabur lagi serbuk lada hitam kat kulitnya pun boleh.
5. Cheese akan meleleh keluar dari udang bersama butter nanti, tu guna non-stick untuk tak terlalu melekat.


5. Angkat dan susun udang dalam pinggan. Tabur hirisan daun parsely/kuncai/bawang. Sos butter cheese dalam pan boleh dituang atas udang. Sedia diratah.

 
 
Memandangkan pakai camera phone je, so gambar mungkin kurang menarik. Saya share antara gambar yang lebih menarik yang saya ambil dari internet.



Selamat mencuba!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...