Follow Us @kamharyatie

Friday, 10 January 2020

Banyak Baju Lama Yang Masih Elok? Jangan Buang! Kita Derma Pada Yang Memerlukan



Antara impian saya untuk tahun 2020 ialah buat wardrobe baru. Maklumlah, almost 13 years kahwin, wardrobe besar tu je, 6 kaki. Share pulak tu dengan husband. 

Tapi baju makin lama makin bertambah. Bila dah tak muat, dok main sumbat-sumbat sampai terkeluar dari wardrobe. Kadang sampai bergaduh dengan husband blame baju sape lagi banyak. Hahaha.... 

Anak-anak pun makin bertambah, dan makin besar. Lagi lah tak tahu nak letak mana baju diorang. So saya nekad, tahun 2020 ni, wajib buat wardrobe baru. Dah alang-alang tu, terus declutter sekali. Bila dah sort out semua, Ya Allah, banyaknya yang dah lama tak pakai.Semua elok-elok lagi.

Kalau dulu-dulu, memang dah masuk plastik sampah dah kot. Buang sekali dengan sampah lain, biar lori sampah kutip. But since dah ada kesedaran bab pentingnya recycle barang terpakai, terus pack-up elok-elok. 

Tapi, untuk baju yang elok dan masih boleh dipakai, takkan nak pass kat lori sampah jugak kan. Kawan saya suruh jual murah-murah as a pre-loved.

Saya ni malas nak fikir bab ni sebab takde masa nak up gambar bagai, nak arrange pos bagai. Customer order Shaklee pon saya order online je, kli klik klik, Shaklee yang pos. Hihihihi.

So saya decide untuk derma pada orang yang memerlukan, boleh tambah pahala. Tapi, nak derma kat mana ni? 15 plastik besar !!!!!! Teringat, dekat-dekat dengan rumah saya ni pernah ternampak ada 1 kotak yang diorang letak tepi jalan untuk collect baju terpakai.


Ini bukan tempat pembuangan sampah ye. Walaupun rupa dia macam tu. Ini adalah tempat pengumpulan baju dan barangan terpakai. Baca betul-betul, tulis besar-besar kat depan kotak tu. PAKAIAN, KASUT, BEG TANGAN,TALI PINGGANG, CADAR, MAINAN LEMBUT SAHAJA.

Antara yang saya let go baju-baju masa bujang yang dah tak muat, cadar-cadar katil lama, tudung, seluar jeans dan slack, t-shirt, baju baby, soft toys anak-anak yang dah tersimpan lama dalam kotak.

Macam biasalah, mintak tolong anak-anak bujang angkat dan masukkan semua barang-barang yang dah sort out tadi ke dalam tong. Sambil-sambil tu boleh cerita kat diorang pasal sedekah, kenapa kena recycle barang terpakai. Sok diorang dah besar akan buat benda yang sama.



Badan mana yang sediakan kotak ni?

Kotak ni disediakan oleh Life Line Clothing Malaysia (LLCM). Baru tau yang LLCM ni merupakan sebuah syarikat kitar semula tekstil. Jumlah keseluruhan tong LLCM adalah sebanyak 948 unit yang diletakkan di sekitar Lembah Klang, Bentong (Pahang); Teluk Intan dan Tanjung Malim (Perak) dan Muar, Johor.

Barang-barang ni semua akan ke mana?

LLCM akan kutip dan sort out semula semua barang-barang ni dan jual. Hasil jualan kutipan akan diserahkan kepada Majlis Kanser Nasional (Makna), Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Pertubuhan Kitar Semula Malaysia (Komuniti Lestari RCOMM).
 
Tong ni elok sikit, mungkin tong baru. Ada tampal logo badan-badan yang terlibat dan maklumat berkaitan. Cuma tong yang kat area rumah saya tu, mungkin dah lama, so rupa pun dah macam tong sampah. Pendapat saya kena baiki lah supaya nampak proper.


Selain dari kotak macam ni, ada kat tempat lain lagi tak?

Ada. Selain LLCM memang ada beberapa badan lain yang menjalankan inisiatif macam ni. Contoh nya...

Kloth Cares

 Comei kan? Detail tentang Kloth Cares boleh refer di sini.

CRC Box


Detail tentang Community Recycle For Charity boleh refer di sini.

 

H&M

 
H&M pon terima baju terpakai tau. Yang bestnya, kalau kita bawa maksimum 2 beg dan dalam setiap beg ada minimum 5 helai pakaian, H&M akan bagi kita discount voucher 15%.


Monki


Monki sama seperti H&M. Kita bawa maksimum 2 beg dan dalam setiap beg ada minimum 5 helai pakaian,  Monki akan bagi kita discount voucher 10%.


iCycle Malaysia

iCycle pula, kalau kita derma barang-barang terpakai, dia akan bagi kita dalam bentuk point. Points tu nanti kita boleh redeem dengan barangan dapur atau dalam bentuk voucher. Detail boleh refer di sini.



So, lepas ni, barang-barang terpakai, baju-baju lama yang elok-elok tu, u olls jangan simply buang kat tong sampah ye. kita bungkus semula cantik-cantik, kita sedekah. Bila kita sedekah benda yang elok-elok, Allah ganti dengan yang elok-elok juga kat kita. Insyaallah.
 
~~~~~~~ Semoga Bermanfaat ~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?

Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!!

 


No comments:

Post a Comment