Ini Adiana. Pada waktu beliau join Mobile Spa The Walking Beauty, beliau sedang hamil 4 bulan. So to happen, syarikat beliau ada masalah yang menyebabkan beliau terpaksa berhenti. Dan bermula lah detik yang beliau tak pernah sangka. Beliau suffer tiada income. Bukan sekejap, tapi 3 bulan.
Salah satu sebab
mengapa saya buat bisnes Shaklee adalah untuk membantu orang lain.
Ramai yang tahu
dalam team kami ada banyak projek bisnes yang kami jalankan dengan berasaskan
produk Shaklee. Dah ramai sangat yang berjaya jana pendapatan dan berjaya
keluar dari masalah kewangan.
Ini adalah Puan Iris Eskandar. Beliau merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai 2 orang anak. Selama 5 tahun menjadi ibu tunggal, semuanya terpaksa urus seorang diri.
Masa mula-mula nak join TWB, Iris baru sahaja resign. Sebulan takde income. Duit saving masa tu ada RM1K sahaja sebab yang lain dah habis bayar hutang.
Syoknya berniaga part time, gaji dapat, untung bisnes pun dapat.
Kalau orang Shaklee, bonus Shaklee masuk tengah bulan. Gaji masuk hujung bulan. Memanglah best. Tapi....haaaaaa ada tapi bagi anda yang nak berniaga secara part time.
Tak salah nak buat bisnes part time, tapi anda perlu tahu yang anda perlu cekap
dan jangan sampai mengabaikan tugas hakiki atau kerja full time anda. Ada sesetengah tempat kerja
sangat menghalang pekerjanya terlibat dengan aktiviti perniagaan.
Ada sesetengah syarikat pula, memang bagi support. Tapi dengan syarat tertentu. Contoh macam syarikat saya bekerja, memang support kalau staff nak buat bisnes. Tapi, bukan di dalam waktu bekerja.
Di luar waktu bekerja takpe. Buatlah bisnes apa pun. Sebab syarikat pun tahu, zaman sekarang ni, tinggal di bandar memang tak cukup kalau harapkan gaji semata-mata. Dalam keadaan ekonomi yang huru-hara ni, ramai orang terpaksa berbisnes sambil bekerja.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, bekerja full time, dan bisnes secara part time. Walaupun buat bisnes part time, dengan income yang masyukkkk, tapi berjaya perform di tempat kerja. Masih berjaya kekalkan prestasi dan KPI, berjaya mendapat title Specialist dan dinaikkan pangkat.
Saya kongsikan dengan anda 7 Tips Bisnes Sambil Kerja. Semoga jadi inspirasi dan panduan untuk anda.
1. Pilih Jenis Bisnes Yang Tak Ganggu Kerja Hakiki
Mulakan dengan yang ringan-ringan dulu! Kita dah lah tak biasa nak berniaga, lepas tu nak berniaga sambil kerja pula tu. Besar tanggungjawabnya. Jadi kita mulakan dengan bisnes yang mudah-mudah dulu.
Mungkin boleh jadi agen tudung atau produk kecantikan, atau nak jual breakfast kuih muih/nasi lemak atau jual kerepek. Apa sahaja yang tak memerlukan modal yang besar atau tak memerlukan anda perlu bersusah payah.
Jika jual nasi lemak atau kuih muih breakfast, anda hanya jual pada waktu pagi sahaja. Jika jual kerepek, mungkin anda boleh upah kakak “tea lady” untuk jagakan untuk anda. Buat sesuatu yang simple.
Saya memilih bisnes Shaklee sebab modal kecil tapi untung besar. Tak perlu keluarkan duit beribu-ribu
untuk mulakan bisnes Shaklee. Modal tak sampai RM100 kot! Masa saya daftar dulu FREE aje. And then boleh buat secara part time.
2. Mesti Sanggup Korbankan Masa
Semua manusia ada 24 jam. Ada orang memanfaatkan 24 jam ini sehingga jadi jutawan, ada orang tak buat apa-apa dengan 24 jam yang ada. Anda? Bekerja dan berbisnes dalam 24 jam yang ada adalah sangat memenatkan.
Anda mungkin perlu korbankan waktu rehat dan tidur kerana di saat orang lain santai-santai tengok tv atau tidur, pada masa itulah anda akan busy buat persediaan untuk bisnes part time anda.
Jika anda berniaga makanan, waktu malam atau awal pagi lah waktu yang sesuai untuk anda membuat persediaan dan memasak makanan.
Macam saya yang berniaga online, waktu malam lah waktu yang sesuai untuk
cek balik order dan pertanyaan yang saya terima pada waktu siang.
Jangan ganggu waktu kerja dengan berbisnes, itu tak baik namanya. Tak berkat gaji yang anda dapat nanti. Kita nak kan setiap wang yang kita dapat tu mendapat keberkatan. Baru lah bisnes boleh maju.
3. Jadualkan Posting
Jika anda berniaga online, dan anda ada FB Page, anda perlu pandai jadualkan posting-posting anda. Sediakan posting anda awal-awal dan jadualkannya.
Anda perlu lakukan ini setiap hari, tanpa henti. Kerana posting anda ialah engagement anda dengan prospek dan pelanggan. Mungkin anda tak boleh buat ‘live video’ pada waktu anda bekerja jadi anda boleh je rekod dulu video tersebut dan jadualkannya.
Macam saya, posting saya adalah sebelum mula kerja, tengahari waktu lunch hour, petang lepas kerja dan waktu malam.
Sebab kami bisnes secara berjemaah, kami selalu share idea-idea untuk posting dalam group whatsapp. So, kami boleh gunakan semua material yang group kami contribute untuk buat posting di FB dan juga blog. Copy paste aje.
4. Lantik Pembantu Untuk Layan Pertanyaan/Order
Anda juga boleh lantik saudara mara, atau kenalan untuk bantu jadi admin page anda. So pada waktu anda bekerja pembantu anda ini boleh tolong layan PM, WhatsApp, Telegram, DM dan segala bentuk komunikasi di media sosial.
Taklah anda risaukan pelanggan akan lari bila anda hanya boleh layan mereka pada waktu malam sahaja.
Macam saya, saya ada template tertentu untuk saya reply pada customer. Ayat biasa saya reply, saya akan bagitau saya masih bekerja dan saya akan reply pada waktu tengahari atau lepas waktu kerja.
Untuk elak customer tertunggu-tunggu, biasanya saya akan bagi link blog saya untuk diorang baca. Ni pun strategi namanya. Sebab sibuk lah saya kene selalu update blog sebab ia adalah platform dan tempat saya berkongsi ilmu.
Waktu update blog, biasanya waktu tengah malam selepas anak-anak tidur. Saya akan bangun semula, spend 1 jam untuk update. Sambil-sambil tu dapatlah buat tahajud cinta sekali. :)
5. Hire Runner
Ini penting! Anda tak mungkin mampu nak berada di dua tempat pada satu-satu masa. Apa kata anda lantik seorang runner untuk bantu anda buat penghantaran barang.
Penghantaran barang bukan sahaja bermaksud anda hantar barang ke kawasan terdekat tapi juga untuk bantu anda berurusan dengan Pejabat Pos atau lain-lain perkhidmatan penghantaran yang besar.
Runner anda juga boleh membantu anda untuk buat tugasan lain seperti ambil stok, pembayaran bil, dan lain-lain lagi. Jika anda berniaga sambil bekerja, tanpa bantuan runner…anda boleh kejung sendiri nanti.
Macam saya, buat bisnes Shaklee. Bila customer order, kita klik klik saja Shopping di www.shaklee2u.com.my.
Shaklee yang akan poskan barang terus ke depan pintu rumah customer. Saya tak perlu susah-susah ke pejabat pos lagi dah. Banyak jimat masa.
Boleh juga buat sedikit stock di rumah. Sebab kalau ada customer yang
tinggal berdekatan nak Cash On Delivery, boleh terus hantar selepas waktu kerja.
Jangan kata orang yang bekerja je boleh buat, suri rumah yang sangat
sibuk dengan urusan anak-anak dan rumah tangga juga boleh buat tau.
Student pun ramai yang dah join bisnes Shaklee dan menjana pendapatan
hingga 4 angka sebulan.
6. Jadualkan Masa Untuk Belajar Atau Lantik Agen
Banyak perniagaan ditimpa masalah bila peniaga tidak ada masa untuk upgrade ilmu dan tak turunkan ilmu kepada stokis, agen dan dropship. Ramai juga peniaga yang gagal untuk meluangkan masa untuk berhubung dengan stokis, agen dan dropship.
Inilah akan jadi punca stokis, agen dan dropship anda lari kepada bisnes lain. Anda tak luangkan masa untuk bersama dan mendidik mereka.
Oleh kerana anda masih lagi bekerja, anda kena pandai bahagikan masa, mungkin beberapa kali seminggu untuk berhubung dengan mereka. Jangan lupa, anda juga perlu cari masa untuk upgrade ilmu anda sendiri.
Group saya sendiri ada kelas-kelas online yang kami buat untuk anak-anak buah downline semua belajar tentang ilmu produk Shaklee, kelas Nutrisi, kelas bisnes, coaching. Semua kami buat secara online dan waktu adalah di luar waktu kerja atau weekend.
Kami selalu buat cross coaching. Setiap orang contribute untuk memberi dan berkongsi. Mentor akan buat jadual dan assign task bergilir-gilir kepada setiap orang.
Kena put extra effort untuk sediakan material. Material juga kena buat di luar waktu kerja. Buat sedikit demi sedikit sampai siap. Tak siap harini, sambung esok. Kene pandai manage masa.
7. Jangan Salah Guna Waktu Kerja
Kesalahan utama bagi orang berbisnes sambil bekerja ialah mengabaikan tugas di tempat kerja sebab nak berniaga. Jadi anda perlu bijak nak settlekan urusan kerja tanpa mengabaikan perniagaan anda.
Jika anda betul-betul berminat untuk berniaga dan anda rasa perniagaan anda boleh pergi jauh, set satu target bila anda mahu berniaga sepenuh masa.
Pastikan simpanan anda cukup dan yang penting pastikan anda ada cukup ilmu untuk menjalankan perniagaan, memasarkan perniagaan dan menguruskannya dengan lebih sistematik.
Saya pula masih lagi bekerja walaupun income part time bisnes juga sudah hampir sama dengan gaji full time atau lebih. Sebab apa, sebab kerja hakiki saya ini adalah passion saya. Saya sangat suka dengan kerja saya. Saya memang akan pulun dan kerja sungguh-sungguh untuk dapatkan hasil yang terbaik.
Jemput baca kenapa saya buat bisnes walaupun dah ada kerjaya.
Alhamdulillah, saya masih lagi berjaya kekalkan prestasi dan KPI saya. Bos pun takde masalah dengan kita. Bila bos nampak kita perform, diorang siap bagi support lagi bisnes part time kita. Almost semua bos saya beli suplemen dari saya.
Sebab bisnes part time saya adalah benda yang membantu semua orang dapatkan kesihatan yang lebih baik. Bila staff sihat, of cause boleh bekerja dengan lebih baik, jarang sakit, jarang MC. So at the same time membantu syarikat juga.
Ingat, kita berniaga bukan setakat untuk cari wang dapur tetapi untuk lebih memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan orang sekitar. Jika berlaku pertembungan, dahulukan kerja hakiki. Keberkatan amat penting untuk kebahagiaan berpanjangan.
Apa pun, selalu mohon pada Allah permudahkan segala urusan kerja hakiki dan juga bisnes part time kita. Kita rancang sebaiknya, betulkan niat kerana Allah, Allah pasti akan uruskan selebihnya.
Let's do the best, Allah will do the rest!
Saya doakan anda semua diberi peluang oleh Allah untuk menikmati peluang
buat bisnes dan dalam masa yang sama, berjaya di dalam kerjaya masing-masing.
Wassalam.
Credit azizanosman.com
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Kami adalah pengedar Sah Shaklee di Taman Keramat serta kawasan sekitar. (Shaklee ID : 954522).
Cash On Delivery (COD) Area: ✅ Keramat (AU1, AU2, AU3, AU4, AU5) ✅ Setiawangsa ✅ Wangsa Maju ✅ Sri Rampai✅ Wangsa Melawati
Pengeposan ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink.
Dengan setiap pembelian vitamin di sini, anda layak mendapat:- ✅ Jadual Makan Vitamin ✅ Konsultasi Percuma Berterusan ✅ Jemputan ke group Facebook exclusive ✅ Peluang menjana income dengan Shaklee
Saya merupakan Certified Shaklee Product Consultant sejak tahun 2015. Kepakaran saya adalah membantu menyelesaikan masalah mereka yang tidak tahu untuk memilih suplemen yang sesuai dan memenuhi keperluan tubuh badan.
Dengan panduan, tips dan rahsia dalam memilih suplemen terbaik di dunia yang dihasilkan dari 100% sumber makanan semulajadi, mesra alam, terbukti berkesan, sentiasa selamat dan diakui HALAL oleh JAKIM, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkan konsultasi terbaik produk Shaklee daripada saya.
Saya juga membantu mereka yang ingin menjalankan peniagaan secara online dengan produk suplemen yang mereka sendiri amalkan, dan memperoleh pendapatan 4-5 angka sebulan dengan cara yang mudah, praktikal dan dengan modal serendah RM0.
JOM SHAKLEE
Anda inginkan penjimatan sehingga 20% dengan semua produk Shaklee? Anda juga berminat untuk dapat bonus walaupun dengan hanya makan sendiri? Atau berminat menjana pendapatan 4-5 angka hanya secara sambilan? Jom join jadi ahli secara PERCUMA!!! Klik image di atas, isi kan maklumat anda di bahagian JOIN NOW. Dan tunggu, saya akan hubungi anda segera!
Hayati kisah benar adik saya, MASTER COORDINATOR KAM MARIA terpaksa berhenti kerja sebagai Engineer selepas 6 bulan menjalankan Online Busines. Ikuti rahsia bagaimana beliau menghasilkan jualan RM1 Juta dalam tempoh 9 bulan At 'Zero Cost Marketing' selepas mengikuti Seminar Dr. Azizan.
DOWNLOAD PERCUMA!!!!
PERHATIAN : Kepada mereka yang struggle untuk turunkan berat badan ATAU mereka yang sudah habis ribuan ringgit tapi masih gemuk. Buku ini menceritakan pendekatan yang mudah dan praktikal dalam menurunkan berat badan. Dapatkan FORMULA MUDAH MESTI KURUS di dalam buku ini secara PERCUMA.