Follow Us @kamharyatie

Wednesday 14 October 2015

CHEEZY BUTTERMILK GIANT PRAWN



Bahan-bahannya:
  1. 1/2 kg udang galah (6 ekor)
  2. Bawang putih dua ulas (dicincang) 
  3. Bawang besar holland 1 biji (potong dadu) 
  4. Cili hijau, cili benggala (hijau, merah, kuning), cili api ~ ni semua optional kalau suka pedas dan nak nampak menarik warna warni masakan 
  5. Daun kari 3 batang
  6. 1/2 sudu kecik serbuk kari 
  7. 2 cawan susu rendah lemak
  8.  1 ketul kiub ayam 
  9. Tepung jagung 
  10. 1/4 butter(250gm butter dibahagi 4)
  11. Cheddar cheese (ikut rasa)

Cara masak: 

1. Gaulkan udang dengan garam secukup rasa dan tabur tepung jagung salut rata.

2. Goreng udang sampai masak dan ketepikan dulu. Tak perlu lama-lama sebab udang cepat masak.



3. Panaskan butter. Tumis bawang holland, bawang putih & daun kari smpi kekuningan.

4. Masuk  serbuk kari dan tambah air sedikit.
 

5. Dah menggelegak masukkan susu cair

6. Masukkan kiub ayam dan cheddar cheese. Kacau hingga sebati dan sampai menggelegak dan macam berbuih.

7. Kemudian masukkan udang yang dah digoreng tadi.


Tadaaaa....dah siap!!! Tapi gambar tak berapa nak cantik lah.


Disebabkan anak saya yang sulung tak berapa suka makan udang, so saya gantikan udang dengan ayam. Jadilah Cheezy Buttermilk Chicken.

Nak dijadikan cerita, masa masak ni takde lauk lain. Tu yang buat kuah banyak-banyak tu. Sebab tau anak-anak mesti suka punya. Biasanya orang buat kuah sikit-sikit je. Jom tengok gambar-gambar yang saya ambil dari internet. Nampak lagi menyelerakan.





Kami makan dengan nasi putih macam ni. memang sedap.

Food presentation memang penting. Food fotografi pon sama. Kualiti gambar yang diambil, angle dan skill tu akan buatkan makanan nampak sangat best dan boleh buat orang terliur. Hehehe...

Selamat mencuba!

 

8 comments: