Follow Us @kamharyatie

Saturday 24 October 2015

TIPS TO BE A CHAMPION IN YOUR FIRST KARTING!



Assalamualaikum,

Anda pernah main GO-KART? Saya tak pernah. Antara sebabnya, takde seorang pun daripada kawan-kawan saya yang minat Go-Kart. Sebenarnya pernah terdetik di hati nak try. Tapi sebab takde sape pon yang main, so niat tu terkubur begitu sahaja dan tak tau nak main kat mana pun.

Masa saya join Sapura, saya selalu nampak email dari Sapura Community pasal Go-Kart Challenge ni. Tapi masa ada aktiviti yang lepas saya tak berani nak join sebab ingatkan untuk orang-orang yang dah expert. Nama pun challenge, maknanya competition.

Saya ni hape pon tak tau pasal Go-Kart. Tiba-tiba nak masuk. Tak berani lah. Dah tu tak de pulak saya ni nak p menanya kat urusetia boleh ke orang yang macam saya ni join. So, macam biasa, niat saya tu pun terkubur begitu sahaja.

Memandangkan anak-anak dah besar sikit, saya rasa saya boleh aktif semula outdoor activities. Kasi lah can kat mami ni nak aktif semula. Semua aktiviti anjuran Sapura Community, saya akan join. Previous activity water rafting pun saya dah join.

Anda boleh baca pengalaman pertama saya join White Water Rafting anjuran Sapura Community di sini. 1st EXPERIENCE WHITE WATER RAFTING.


Dapat je email pasal program ni, terus ku lock date siap-siap.Cepat-cepat mintak approval 'orang rumah'. Alhamdulillah dapat green light.

Nak dijadikan cerita, saya hampir terlupa ada program ni. Sebabnya sibuk sangat dengan projek syarikat yang tengah dalam fasa FAT. Nasib baik lah adik ku sorang si Zawanah tolong remind. Yuswirda pun nak join jugak. Diorang kata kalau saya pergi diorang nk tumpang.

Sebab saya sibuk di site office, saya mintak tolong diorang registerkan. By the time we all register tu memang ngam-ngam penuh. Perghhhh!!! Sebbaik....kalau tidak sedih dalam hati je la tak dapat join.



ZERO KNOWLEDGE, ZERO EXPERIENCE

Malam sebelum hari kejadian, sebelum tidur, saya tiba-tiba terfikir. Aku ni betul ke nak join esok ni. Dah la tak pernah main go-kart sebelum ni. Tiba-tiba masuk competition. Terfikir jugak, kot la on the way drive ke Sepang tu boleh test. Hahaha...Iskh!

Oleh kerana masih waras, ku lupakan hasrat itu. Jalanraya bukan tempat untuk berlumba ye. Tak de faedah pun nak cilok-cilok kat atas jalanraya. So, apa saya buat. Saya cari info sikit pasal go-kart ni. 

Disebabkan saya zero knowledge and zero experience, saya cuba cari short cut. So, saya perlu cari Tips & Tricks. Ni memang best practise saya untuk belajar something yang saya tak tahu dalam tempoh yang singkat. Saya google "GO-KART FOR BEGINNERS". 

So this is my first reference, siap cari kat www.wikihow.com okeh! Anda boleh klik link di bawah kalau ini kali pertama anda join go kart.


Sempat juga saya cari kat youtube video orang-orang main go-kart. Nak tengok macam mana gaya orang main go-kart ni sebenarnya. Dah dapat feel sikit, ok lah. Insyaallah esok cuba je lah. Kalau tak menang pun takpe, ni kan first time. 


SEMANGAT BERLUMBA DATANG

Esok paginya, selepas solat Subuh, tiba-tiba saya rasa semangat nak menang. Entah macam mana, dalam doa, saya cakap dengan Allah, saya nak menang. Macam tiba-tiba je. Terus saya ambil handphone dan saya google "HOW TO WIN AT THE GO CART". 

Amazingly, saya jumpa satu link kat http://howto.menshealth.com. Saya memang selalu explore website ni sebab banyak tips kat situ. Tips dan cara nak siang ikan keli pun ada tau! Hahaha....

Ok. Saya share dengan anda tips yang sangat-sangat berguna untuk orang yang tak pernah sekali pun main go kart, tapi kuat berangan nak menang. Ahaks!


Tips yang cukup ringkas tapi padat. Actually saya tak boleh nk feel lagi tips ni sebab saya takde experience langsung. Tapi urusetia ada inform setiap peserta akan diberikan masa 5 minit untuk test drive. So saya pasak siap-siap tips yang ada ni, masa test nanti saya akan apply.


THE DAY

Kami antara orang yang paling awal sampai. Ikutkan ETA 56 minutes. Tapi kami sampai dalam 40 minit macam tu. Nasib baik sekali lagi ada Zawanah tolong bagi instruction jalan. Handphone saya dengan handphone Yus, signal asik lost aje. Kalau si Wana ni takde ni, mau sesat barat kitorang ni.
Ni ha semua ahli Kelab Wanita SST. Zawanah, Intan, Suzie, Kak Non, Nazema, Iffah, Sasha, Kak Yan, Lyana dan Nurul.
Taklimat diberikan kepada semua peserta sebelum pertandingan bermula.
Minah-minah rempit SST yang ayu-ayu belaka. Tapi bila masuk litar, habis segala ayu hilang entah ke mana.


Jumlah peserta seramai 100 orang. 80 lelaki dan 20 je perempuan. Dibahagikan kepada 5 kumpulan. Semua peserta diberi masa 5 minit / 10 lap untuk test drive. Dikira juga sebagai saringan untuk ke Final. 

Disebabkan lelaki ada 4 group, so the 5 fastest from each group akan masuk Final. Yang perempuan pulak, sebab memang ada 1 team je, so semua layak ke Final. Hehehe...penat je ku drive laju-laju. 


Peringkat saringan perempuan. Macam biasa, saya selalu ada masalah nak dapat helmet yang sesuai. Besar pun besar lah.

OK. I'm ready. Berdebar rasa. Dah la kaki tak sampai nak tekan minyak to the limit. Helmet pun besar dan longgar. Camne nih! Takpe. That's what we call a challenge.

SST Women Karter's. Dah start nampak keganasan di riak wajah memasing. Hahaha....

Peringkat saringan lelaki. Ada 4 group semuanya in total 80 orang.


Peringkat saringan dapat nombor 3. Erm...not bad. Boleh try pecut lagi ni masa Final.


Hadiah untuk tempat pertama hingga tempat ke-5 bagi setiap kategori lelaki dan perempuan. The Fastest Lap untuk setiap kategori lelaki dan perempuan dan Best Dress.


Ready for Final

Ada jugak orang capture gambar saya. Hehehe....

Seriously, bila bawak ni saya rasa macam best giler lah dapat cilok sana sini, pecut 1 by 1. Atas jalanraya takle nak buat macam ni kan. So this is the right place at the right time to do all that. 

Tak ingat apa dah masa ni, memang fokus nak menang aje. Dengan kaki tak berapa nak sampai tekan minyak, saya paksa kan jugak rendahkan badan seminimum mungkin untuk make sure kaki boleh push to the limit.

Nak jadi cerita, masa taklimat diberikan sebelum pertandingan bermula tadi, ada diberitahu, end of the race, the champion will received the checkered flag. So bila sampai garisan penamat, boleh slow down dan buat 1 lap lagi as a victory lap. Masa tu boleh lah lambai-lambai tangan kat penyokong atau penonton tanda kemenangan.

Yang kelakarnya saya tak tau yang saya champion. Sebab di garisan penamat tu ada karter lain depan saya. Saya ingat kot dia yang menang. So saya dengan poyonya drive selaju-lajunya untuk lap terakhir tu. Rupa-rupanya that is my victory lap. Muahaha....

Yeay dah sampai! Tapi rasa macam tak cukup lap aje. Hahaha...tak puas le maknanya tu.



CHAMPION & FASTEST LAP

Seriouly unsangkarable boleh champion. Dapat fastest lap lagi. Boleh pergi jauh ni. Hahaha...umur dah nak masuk 40 baru sibuk nak go-kart. Errmmm....kene fikir banyak kali ni. Maybe boleh bawak anak-anak pulak.


Final result Female. Eh cukup 10 lap. Kalau masuk victory lap tu kira 11 lap lah. Ok lah tu.
Trophy disampaikan oleh Pengerusi Sapura Community Puan Sri Yazreen Yahya. Wife kepada Tan Sri Shahril Shamsuddin.

The winners (Female Category). Pemenang tempat ke-2 (Iffah), tempat ke-3 (Suzie), tempat ke-4 (Wana) dan tempat ke-5 (Farhanna).

Tahniah korang! SST memang power!

The winners (Male Category). Congratulations!

With our CEO, Datuk Mohd Zarif.


Barisan peserta, penonton, penyokong dan urusetia.

Tak susah pun main go-kart ni. Setakat tekan minyak dan break. Tapi untuk dapatkan masa yang terbaik dalam setiap lap atau nak jadi champion, yang paling penting kena ada semangat dan berani untuk berlumba, tau skill, tips dan tricks yang tertentu.

Kena faham track dulu sebelum berlumba. Bila dah faham baru boleh nak agak bila masa nak potong, bila masa nak pecut, bila masa perlu slow, bila masa nak guna break. Boleh refer semula tips yang saya bagi kat atas tadi.

Bagi yang berminat dengan sukan lumba kereta, go-kart adalah platform terbaik untuk berlatih atau sebagai permulaan memupuk minat. It also called the first stepping stone on the way to full size car racing. Juara dunia F1 Sebastian Vettel, Jenson Button, Lewis Hamilton dan ramai lagi, semuanya bermula dengan go-kart.

So for those yang suka sangat drive laju-laju kat jalanraya, yang suka cilok sana sini, baiklah korang p lepaskan gian main go-kart ni. Ada juga faedahnya. Kalau masuk competition, dapat hadiah dapat trophy, dapat duit. Cilok kat jalanraya mengundang bahaya diri sendiri dan orang lain.

Disebabkan go-kart ni mempunyai centre of gravity yang sangat rendah (sangat rendah dan sangat dekat dengan ground), so kalau terover laju pun, setakat berpusing je, takkan terbalik punya. Takde la bahaya sangat.

Apa pun, saya sangat enjoy dengan aktiviti kali ni. Syukur sebab Allah bagi saya peluang mencuba go-kart ni. Maklumlah kalau saja-saja nak main, boleh tahan jugak kos bayarannya. Insyaallah kalau masih ada rezeki saya di Sapura lagi, tahun depan nak cuba nasib lagi lah. Mana lah tau boleh menang lagi. Hihihii...



No comments:

Post a Comment