Follow Us @kamharyatie

Saturday 24 October 2015

TIPS TO BE A CHAMPION IN YOUR FIRST KARTING!

Saturday, October 24, 2015 0 Comments
Assalamualaikum,

Anda pernah main GO-KART? Saya tak pernah. Antara sebabnya, takde seorang pun daripada kawan-kawan saya yang minat Go-Kart. Sebenarnya pernah terdetik di hati nak try. Tapi sebab takde sape pon yang main, so niat tu terkubur begitu sahaja dan tak tau nak main kat mana pun.

Wednesday 14 October 2015

TAKDE IDEA NAK MASAK GIANT PRAWN?

Wednesday, October 14, 2015 0 Comments
Assalamualaikum,

Minggu lepas encik suami outstation ke Kota Kinabalu, Sabah seminggu. Sebelum tu saya dah pesan, balik nanti beli la lobster ke, ketam ke, ikan ke. Sana kan murah-murah. Tak yah beli gelang-gelang pandora bagai, semua tu tak pakai nanti. Membazir je. 

GARLIC BUTTER CHEEZY GIANT PRAWN GRILL

Wednesday, October 14, 2015 0 Comments
Bahan-bahannya:
  1. (1/2kg @ 5 ekor udang besar saiz lebih besar dari tapak tangan)
  2. 50g @ 5sb butter bergaram sejuk (cold salted butter), potong dadu lebih kurang sebesar 1cm*
  3. 2-3 ulas bawang putih, ditumbuk.
  4. Cheddar cheese - Parut
  5. 1sb mozzarella cheese
  6. Serbuk lada hitam secukup rasa, bergantung pada tahap kepedasan yang anda suka
  7. Daun parsely

CHEEZY BUTTERMILK GIANT PRAWN

Wednesday, October 14, 2015 10 Comments
Bahan-bahannya:
  1. 1/2 kg udang galah (6 ekor)
  2. Bawang putih dua ulas (dicincang) 
  3. Bawang besar holland 1 biji (potong dadu) 
  4. Cili hijau, cili benggala (hijau, merah, kuning), cili api ~ ni semua optional kalau suka pedas dan nak nampak menarik warna warni masakan 
  5. Daun kari 3 batang
  6. 1/2 sudu kecik serbuk kari 
  7. 2 cawan susu rendah lemak
  8.  1 ketul kiub ayam 
  9. Tepung jagung 
  10. 1/4 butter(250gm butter dibahagi 4)
  11. Cheddar cheese (ikut rasa)

Cara masak: 

1. Gaulkan udang dengan garam secukup rasa dan tabur tepung jagung salut rata.

2. Goreng udang sampai masak dan ketepikan dulu. Tak perlu lama-lama sebab udang cepat masak.



3. Panaskan butter. Tumis bawang holland, bawang putih & daun kari smpi kekuningan.

4. Masuk  serbuk kari dan tambah air sedikit.
 

5. Dah menggelegak masukkan susu cair

6. Masukkan kiub ayam dan cheddar cheese. Kacau hingga sebati dan sampai menggelegak dan macam berbuih.

7. Kemudian masukkan udang yang dah digoreng tadi.


Tadaaaa....dah siap!!! Tapi gambar tak berapa nak cantik lah.


Disebabkan anak saya yang sulung tak berapa suka makan udang, so saya gantikan udang dengan ayam. Jadilah Cheezy Buttermilk Chicken.

Nak dijadikan cerita, masa masak ni takde lauk lain. Tu yang buat kuah banyak-banyak tu. Sebab tau anak-anak mesti suka punya. Biasanya orang buat kuah sikit-sikit je. Jom tengok gambar-gambar yang saya ambil dari internet. Nampak lagi menyelerakan.





Kami makan dengan nasi putih macam ni. memang sedap.

Food presentation memang penting. Food fotografi pon sama. Kualiti gambar yang diambil, angle dan skill tu akan buatkan makanan nampak sangat best dan boleh buat orang terliur. Hehehe...

Selamat mencuba!

 

Saturday 3 October 2015

TIPS HILANGKAN GEGATA DENGAN MUDAH

Saturday, October 03, 2015
Assalamualaikum,

Minggu lepas, anak saya yang kedua, Qhalish, tiba-tiba je badannya gatal-gatal. Mula naik gatal pada jam 4 petang. Tapi start pukul 10 malam, tiba-tiba naik bengkak kecik-kecik. Saya tengok macam gegata. Bila tunjuk kat mak, mak kata sah, kena gegata ni.