Follow Us @kamharyatie

Saturday 28 June 2014

TIPS MUDAH MINUM 2L - 3L AIR SEHARI KETIKA BERPUASA?

Saturday, June 28, 2014

Kak, macam mana nak makan suplemen masa bulan puasa. Sebab bila bulan puasa kan kita kurang minum air

Siapa yang kata, bila kita puasa kita kurang minum air? Puasa atau tidak, badan kita masih memerlukan 2L air dalam sehari. Bagi mereka yang mengamallkan suplemen dan juga ibu menyusu, MESTI minum 3L air sehari.

Sunday 22 June 2014

YE! MEMANG SAYA SEKARANG KURANG M**** ASAM!

Sunday, June 22, 2014
Assalamualaikum,

Ye memang betul. Hubby saya pun cakap macam tu. Saya sekarang memang kurang makan asam. Hehehehe.......

Siapa suka makan asam atau jeruk? Sebenarnya saya adalah salah seorang daripada ramai orang yang sangat-sangat suka makan asam dan jeruk. 

Sebelum saya berkahwin, boleh kata tiap-tiap hari mesti ada bekalan asam. Mana-mana pergi mesti ada asam.

Ni dia asam yang saya suka sangat makan tu. Selalu kena marah dengan mak saya "Tak elok lah makan asam taik telinga tu banyak-banyak". Haaaa....ambek kau, asam taik telinga katanya. Tapi tak heran, makan jugak

Lepas kahwin, hubby saya pulak yang dok bising dan marah bila saya makan asam. Dia selalu kata tak elok, tapi tak explain kenapa tak elok. Orang teknikal, kalau tak ditunjukkan bukti kukuh dan penerangan secara visualize, saya tak faham.

Tapi semuanya berubah sejak saya join Shaklee. Sejak saya JOIN tau! Bukan sejak saya kenal dan consume suplemen Shaklee. Saya mula consume Shaklee sejak 3 tahun yang lalu, selepas melahirkan anak yang ketiga. Tapi masa tu hanya makan set berslin & menyusu, dan saya tak tahu tentang produk Shaklee yang lain. 

Tapi sejak saya JOIN Shaklee, saya mula study dan cari info-info berkenaan kesihatan sedikit demi sedikit, dan saya terjumpa tentang bahaya makan asam dan jeruk. 


BAHAYA ASAM DAN JERUK

Sebenarnya, asam dan jeruk bukanlah makanan segar. Banyak khasiatnya yang telah terhakis semasa proses penghasilannya yang panjang. Oleh itu, khasiat yang biasanya terdapat dalam buah-buahan secara semulajadi seperti vitamin C TIADA di dalam asam dan jeruk.



Zat  Hilang
Vitamin yang sepatutnya ada di dalam buah-buahan jeruk telah terhakis ekoran daripada proses pengawetan atau menjeruk yang berpanjangan.

Gula dan Garam Berlebihan
Makanan jeruk selalunya mengandungi gula dan garam yang berlebihan dan boleh mengakibatkan penyakit-penyakit berbahaya kepada kesihatan.

Bahan Berbahaya
Sesetengah pengilang menggunakan formalin iaitu bahan pengawet mayat untuk menjeruk makanan atau buah-buahan. Ada juga yang menggunakan bahan pengawet asid benzoik secara berlebihan. Selain daripada itu, kebanyakan jeruk yang diawet turut mengandungi bahan pewarna tambahan yang berlebihan.

Kesan Terhadap Kesihatan
Bahan formalin ini juga menjadi punca meningkatnya risiko mendapat kanser. Selain daripada itu, makanan jeruk juga boleh menyebabkan alahan, kecacatan bayi dan kurang daya imun. Asid di dalam jeruk pula boleh merosakkan hati dan jantung. Manakala gula dan garam yang berlebihan boleh mengundang penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.




TIPS ALTERNATIF PENGGANTI ASAM & JERUK

Kalau ikutkan, memang betul asam dan jeruk boleh menghilangkan pening dan mual dalam perjalanan dan mengatasi mabuk hamil. Masalahnya, asam dan jeruk yang diambil berlebihan akan menjejaskan kesihatan diri, apatah lagi kalau diambil semasa hamil, dikhuatiri akan menjejaskan kandungan. 
 
Sebenarnya daripada memilih asam atau jeruk untuk menghilangkan loya, saya cuba cari makanan yang diperbuat dari buah-buahan semula jadi. Masa saya mengandung dulu, saya memang takut juga nak makan asam, so saya cari alternatif lain.


Kecur air liur. Saya boleh habiskan 2 biji mangga muda sekali makan.

Tapi, kalau masa tu bukan musim buah mangga, nak tau apa lagi alternatif lain?


Ni dia....asam jawa ye....saya makan macam tu aje. Pastu gaul sikit dengan garam halus. Mak saya sampai panggil saya HANTU ASAM.

Tapi tu semua dulu punya cerita. Sekarang saya dah jumpa jalan penyelesaian terbaik. Ini dia alternatif pengganti asam. Dia punya masam....memang marvelous! Masa join Shaklee lah baru saya tau ada Chewable Vita-C ni.


Botol nya pun kecil dan mudah dibawa ke mana-mana.


Bentuknya pun bulat comel-comel gitu. Tapi comel bukan sebarang comel, tahap kemasamannya fuh! Kena cuba rasa baru tau.




KELEBIHAN DAN KEBAIKAN VITAMIN C CHEWABLE SHAKLEE

So, apa khasiat yang saya dapat sejak saya mula amalkan vitamin C ni.  
 
  • Kulit lebih cantik dan segar
  • Nampak lebih awet muda (ni orang lain yang tegur ye :)), sebab vitamin c bersifat anti penuaan
  • Kolagen dalam badan terhasil dengan lebih baik
  • Sangat jarang demam - sistem pertahanan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah lebih sihat

Dengan mengunyah Vitamin C Chewable, air liur membantu memecahkan Vitamin C. Membolehkan ianya diserap sebaik saja sampai ke usus kecil. Malah, kajian menunjukkan pengambilan atau pengunyahan Vitamin C setiap hari membolehkan Vitamin C diserap dengan lebih berkesan. 

Yang paling best, Chewable Vita-C Plus Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 100% natural.





The best alternative ever untuk semua penggemar asam

Bagus ke bagus alternatif ni? Fikirkan lah yang terbaik untuk diri kita dan juga anak-anak. Ingat ye terutamanya ibu-ibu hamil. Jangan sesekali makan asam atau jeruk lagi dah. Ambil je chewable vita-c ni. Insyaallah selesai masalah loya-loya tu, badan pun jadi lebih sihat. Tak percaya takpe, cuba rasa je dulu, tak cuba tak tau, dah cuba baru tau.

Semoga bermanfaat!


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?  
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION 
BEST PRICE and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Wednesday 11 June 2014

MAMI! BESARNYA KUNCI KERETA! - 2013/2014 Shaklee NC - Part 1

Wednesday, June 11, 2014 0 Comments
Assalamualaikum,

Alhamdulillah, segala hasil usaha di dalam bisnes Shaklee sepanjang tahun 2013 yang lalu, dan dengan izin Allah, kami berjaya menerima 2 award pada National Conference kali ini dan berjaya menjadi salah seorang NC Qualifier yang melayakkan kami menginap di hotel 5 bintang selama 3 hari 2 malam. 

Wednesday 4 June 2014

KISAH PANDA DAN B***

Wednesday, June 04, 2014 0 Comments
Assalamualaikum,

Saya dapat cerita ni dari seorang sahabat saya melalui Whatsapp. Mengekek saya gelak siap guling-guling baca kisah ni. Saja saya share di sini kerana ada pengajaran di sebalik kisah ni. Jom kita ikuti perbualan antara panda & b***. 

Semoga terhibur.