Follow Us @kamharyatie

Wednesday 18 June 2014

PENAT TAPI BERBALOI - 2013/2014 Shaklee NC - Part 3



Assalamualaikum,

Ok. Sekarang jom kita sambung kisah kami sepanjang Shaklee NC 2013/2014. Untuk anda yang belum baca kisah hari pertama dan kedua boleh baca di sini:

Shaklee NC Part 1 (Sila klik)
Shaklee NC Part 2 (Sila klik)



Pada malam hari kedua NC, Shaklee mengadakan jamuan makan malam khas untuk semua NC Qualifiers. Tema pada malam tersebut adalah 'GLITTER NITE, GALA DINNER'. Untuk pengetahuan, saya adalah orang yang tak pernah menghadiri majlis-majlis sebegini. Setakat ini, syarikat tempat saya bekerja sekarang dan syarikat sebelum ini, tidak pernah sekali pun mengadakan majlis seperti ini.

Saya pun tak pernah terfikir nak pakai baju apa, apa lagi preparation untuk majlis sebegini. Sampailah mummy Shaklee saya merangkap sahabat saya, mamacilik Affni Shahida, bertanya saya, 3 minggu sebelum majlis.

Affni: Kak Kam, jomla pergi shopping baju dinner
Saya: Hah? Sampai nak kene shopping ke?
Affni: Abih tu, akak pakai baju apa dinner nanti? Glitter nite tau! Kene blink-blink. Ke dah ada baju?
Saya: Errrrr.....

Ok. Saya surrender. Memang saya takde baju yang proper untuk gala dinner tu. Pastu, bukan tu je. Ada lagi soalan sentap yang Affni tanya saya.

Affni: Kak Kam, akak nanti sape mekapkan?
Saya: Hah? Nak kena mekap ke?
Affni: Kenela, abih tu? Pastu dinner kak oi. Kene mekap betul-betul
Saya: Apa beza mekap biasa dengan mekap betul-betul?
Affni: Macam mekap masa kawen. Bukan mekap nak g keje. Kalau tak nanti dalam gambar tak nampak la.
Saya: Adoilaaaaa......ini yang lemah ni. G keje pun haram tak pernah mekap. Lipstik pun takde. Sape pulak nak tolong mekap?
Affni: Kita g survey la, kt Sunway Pyramid tu ada tempat mekap. Cam elianto ke.
Saya: Dalam hati mula berkata.....perlu ke.....Ermmm....

Kita tengok hasilnya nanti.....Ok, kita sambung kisah NC. 

Selesai program penyampaian awards pada petang hari ke-2 NC, saya ajak semua family MFMS Empire untuk siap bersama-sama di bilik kami. Saya ni sebenarnya suka kalau buat aktiviti beramai-ramai atau secara berjemaah. Dah dapat rezeki bilik di Sunway Resort, senang nak bersiap. Kalau tidak kami terpaksa bersiap di surau atau toilet. Rezeki kami semua.

Yang paling best, ada antara kami yang tak dapat hadir gala dinner tersebut, tapi mereka pas tiket masuk kepada mereka yang hadir sebagai participant. Makin meriah la kami malam tu. Rezeki Mak Ngah Marina dan Md Latiff. Yang lagi best, Faeza dan Shahima dapat berehat di bilik kami dengan anak-anak mereka sementara tunggu encik somi masing-masing g dinner.


Sampai je di bilik, tengok-tengok ada complimentary lagi dari Shaklee. Rupa-rupanya towel untuk kami guna semasa program Di Sunway Lagoon pada keesokan hari. Seperti biasa, mesti ada simple nice notes yang ditinggalkan bersama-sama gift. Rasa cam best je. Hehehe...

Ok. Kisah preparation dinner kami, akhirnya kami semua di touch up oleh pakar mekap, Cikgu Cantik Ceria, Suhana Kawi. Dalam masa sejam beliau boleh touch up kami berempat. Memang expert betullah. Next year punya NC, sambil-sambil naik stage amek award, sambil dapat job ye cikgu! Next year tengoklah, lagi ramai family MFMS Empire naik stage.


Seronok bersiap beramai-ramai camni. Yang tudung pink tu sahabat saya masa sekolah menengah dulu, Asnita Baharin. Kerana Shaklee kami dapat selalu reunion.


Ok dah siaaappppp. Ada gaya mak datin tak.

Betul-betul hari ini dalam sejarah ni, tak pernah-pernah kitorg pakai cenggini


Dapat saya tangkap Master Ira. Juga seorang WAHM with 6 figure income permonth. Serap, jangan tak serap aura jutawan ni. Rasanya saya sama je tinggi dengan Ira ni. Tapi sebab saya pakai kasut tinggi, nampaklah tinggi sket.

Orang-orang Shaklee ni memang sporting dan high energy betul. Kelakar tengok gelagat diorang kena menari Salsa. Dah macam-macam gaya tengok, yang macam nak bersenam pun ada.


Menu malam tu adalah Chinese Cuisine. Kami kena berjaga-jaga makan ni, sebab kat meja kami ada mata yang memerhati. Abang Ketak, merangkap Fitness Trainer kami di dalam group Ideal Weight Challenge. Huhuhuhu....Semua makanan habis, tapi bila sampai nasi goreng, semua takut nak makan. Hahahha....


Antara family MFMS Empire yang hadir malam tu

Antara family MFMS Empire yang hadir malam tu


Anisah & Mak Ngah Marina. Sempat kami rembat fresh flower dari meja VVIP.


Majlis bersurai lebih kurang jam 12 malam. Tapi kami yang stay di hotel, belum habis lagi programnya. Ade 1 hari lagi untuk program Treasure Hunt & Team Building yang akan diadakan di Sunway Lagoon.


SUNWAY HUNT & TEAM BUILDING

Keesokan harinya, kami menyertai aktiviti seterusnya, iaitu Sunway Hunt. Sebenarnya, kami macam malas nak join sebab badan dah exhausted. Bangun pagi tu, mata macam kena gam. Letih sebab program 2 hari dari pagi sampai ke malam non stop. Ni nak treasure hunt pulak, confirm la aktiviti lasak. 

Aduh.....tapi bila fikir balik, dah ada kat sini kot, takkanla nak lepaskan peluang macam tu je. Oklah, kami decide untuk join. Selepas breakfast di hotel, kami terus packing barang dan terus check-out, lebih kurang jam 9.30 pagi. Semua barang kami simpan siap-siap dalam kereta.

Sebelum kita beraktiviti lasak pagi ni, suplemen mesti makan dulu. Kami ambil basic suplemen je pagi ni, Vitalea, Vita-C & B-Complex untuk energy.
Dah lama x join program macam ni, rasa berdebar-debar pulak



Dalam wristband ni, Shaklee beri RM50 setiap seorang. Boleh guna untuk lunch atau apa-apa aktiviti yang memerlukan bayaran lain dalam Sunway Lagoon. Kalau tak cukup top up sendiri. Kalau ada lebih, boleh redeem balik.


Semua yang join ni, kami tak berapa kenal sebab mereka semua dari susur galur lain. Tapi semangat orang Shaklee ni, teamwork spirit sentiasa dibawa ke mana saja. Semua sporting abes.


Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan. 1 kumpulan 10 orang. Pada mulanya, saya dapat group 1 dan hubby dapat group 6. Tapi sebab ada yang tak dapat join, kami digabungkan menjadi 1 group. Saya memang beria nak dapat 1 group dengan hubby sebab saya tau, hubby saya ni kalau aktiviti macam ni, semangat dia lain macam. 

Hadiah-hadiah yang ditawarkan pulak, memang best giler! Semua akan dapat hadiah, cuma hadiah yang best adalah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga. Kami memang teruja

Cuma sayangnya kami tak dapat nak ambil gambar, sebab handphone semua kena simpan. Maklumlah semua aktiviti masuk air. Tapi segala aktiviti kami dirakam oleh photographer khas, hired by Shaklee. Kena tunggu gambar dari Shaklee lah nanti.



Tak sia-sia ilmu LUA & NLP yang kami belajar dengan Empayar MFMS. Kami apply semuanya sepanjang program ni. Dan akhirnya......kami berjaya dapat tempat pertama. Ce teka, apa dalam ni?

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?





Tadaaaaa.......



Program tamat lebih kurang jam 1.00 tengahari. Selesai sudah aktiviti 3 hari 2 malam kami, 100% sponsored by Shaklee. Seronok sangat. Cuma kali ni tak dapat nak bawa anak-anak sekali, sebab asalnya kan kami ditempatkan di Saujana Hotel. Tak sangka pulak last minute upgraded to Sunway Resort. Insyaallah next year bawa anak-anak sekali.


Waktu lunch, semua restoran dalam Sunway Lagoon penuh orang. Beratur sket punya panjang. Kali ni betul-betul rasa lapar. Tenaga dah hilang banyak, last kami makan Marry Brown aje.

Lepas lunch , dah tak tahu nak main apa lagi. Sebabnya badan letih tak ingat. Memandangkan musim cuti sekolah, so semua tempat, kalau nak main kene beratur yang sangat panjang. Kami series memang tak larat sangat-sangat sebenarnya. Kami cuma sempat main 2-3 tempat je. Lepas tu kami decide nak balik je lah. Dah 3 hari tak jumpa anak-anak, rindu abes dah ni.


Rezeki kami lagi. Sementara tunggu nak solat zohor, kami terserempak dengan Ethan Wang. Tiba-tiba dia bagi token untuk kami redeem Acrylic Frame lagi.

Problemnya, kami tak de gambar. Sebab kami dah tak larat nak p main lagi. Nasib orang yang jaga kaunter ni baik. Dia ambil kan gambar kami kat maskot Sunway Lagoon.

Sebelum balik kita bergambar sekali lagi


Alhamdulillah. Hasil tangkapan hari ini. Sebab kami 1 group, so kami dapatla 2 set. Best ke best? Total semua ni hampir RM2k. So boleh bagi mak Vivix tu.

Amacam? Best kan? 100% Sponsored by Shaklee. Dapat duit poket lagi. Sekarang baru saya tau, Shaklee banyak sangat mengamalkan konsep memberi. Dan konsep ini jugalah yang kami amalkan di dalam bisnes Shaklee. 

Sejak saya join Shaklee saya mula belajar untuk sentiasa memberi. Dan itu juga yang diajar oleh mentor-mentor kami di dalam Empire MFMS dan juga yang saya belajar dari DAO. WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK MORE.

Kami sangat-sangat bersyukur di atas penghargaan yang Shaklee beri. Kejayaan ini semua adalah berkat doa dari ibu bapa kami juga, ahli keluarga dan rakan-rakan. Sekarang adalah masa untuk membantu anak didik yang lain pula mencapai impian mereka. 

Saya doakan National Conference tahun depan, lebih ramai daripada ahli keluarga Empayar MFMS sama-sama berjaya melakar kejayaan yang lebih besar. Insyaallah tahun depan kita sama-sama bercuti-cuti di Italy pula.

Wassalam.

Thanks for reading! 

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?  
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION 
BEST PRICE and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


No comments:

Post a Comment