Follow Us @kamharyatie

Wednesday 11 June 2014

MAMI! BESARNYA KUNCI KERETA! - 2013/2014 Shaklee NC - Part 1



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, segala hasil usaha di dalam bisnes Shaklee sepanjang tahun 2013 yang lalu, dan dengan izin Allah, kami berjaya menerima 2 award pada National Conference kali ini dan berjaya menjadi salah seorang NC Qualifier yang melayakkan kami menginap di hotel 5 bintang selama 3 hari 2 malam. 


Event 2 hari ini diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre

Shaklee National Conference ini diadakan bagi meraikan kejayaan semua Independant Distributor Shaklee terutamanya yang berjaya dengan cemerlang dalam bisnes Shaklee. Saya dan suami berjaya meraih 2 awards bagi kategori Business Growth New Rank Achievement dan New Car Bonus Achiever. Untuk penginapan pula, kami ditempatkan di Hotel Saujana Kuala Lumpur. 


TERSALAH TEMPAT

Kami bergerak ke Hotel Saujana Kuala Lumpur pada jam 10 pagi, 7 June 2013. Sampai di sana, nampak sunyi. Macam takde orang je. Lepas tu saya tengok macam pelik, sebab parking jauh dari hotel. Saya cakap dengan hubby, bukan selalunya kita turunkan barang kat lobi dulu ke, then baru parking. Hubby terdiam. 

Patutlah....rupa-rupanya, kami tersalah tempat. Itu Saujana & Golf Resort. Aduhai....nasib tak usung beg ke sana. Nanti orang ingat nak p main golf pulak. Saujana Hotel KL tak jauh pun dari situ, keluar jalan dan ke depan sedikit baru jumpa. 

 Ha baru betul....



Proses pendaftaran agak lambat kerana kami difahamkan ada masalah dengan sistem. Kami terpaksa beratur dan tunggu agak lama. Sambil-sambil tu Ethan Wang entertain kami, bagi kami kalungan bunga sebagai ucapan Selamat Datang. 


TAK DAPAT CHECK-IN HOTEL

Bila sampai turn kami untuk register, nama kami ada. Tapi pouch yang ada details kami mereka tak jumpa. Then mereka kata akan cari dulu, kemudian akan inform kami. Lepas register kami kene ambil meal allowance dari kaunter lain. Cek punya cek, pun mereka tak jumpa envelope nama kami. Dan sekali lagi mereka kata nanti mereka akan call kami once semua setel.

Lunch di hotel untuk semua NC Qualifiers.

Kemudian kami dijemput untuk lunch dahulu sebelum kami check in hotel. Selesai lunch, kami terus ke receptionist untuk check-in. Sekali lagi, mereka tak jumpa nama saya di dalam sistem. Saya berseloroh dengan hubby, kita buat khemah kt tepi pool je. 

Semua peserta yang tinggal di Saujana Hotel akan dibawa menaiki coach ke Sunway. Memandangkan masa dah sangat suntuk dan bimbang ketinggalan bas, Ethan minta kami tinggalkan barang di bahagian bilik receptionist dan kami terpaksa salin baju di Fitness Room. Mereka berjanji akan uruskan bilik untuk kami.


TERSALAH WRISTBAND

On the way to Sunway CC, saya baru perasan wristband yang kami dapat tu adalah untuk NC qualifier sahaja. Sepatutnya kami dapat NC & Star Award Achiever qualifier wristband. Aduhai...
 
Kami diberi wristband berwarna merah. Sepatutnya kami dapat wristband berwarna oren.

Bila sampai di Sunway, kami nampak ada 1 meja panjang untuk pendaftaran sama seperti di Hotel Saujana. Dan kami tanya tentang wristband tersebut. Selepas mereka check nama kami di dalam sistem, terus mereka tukar wristband kepada yang sepatutnya. 
 
Dan kami explain kepada mereka situasi yang kami hadapi semasa di Saujana Hotel tadi. Kami cuba bertanya kalau-kalau meal allowance kami 'tersesat' di sini. Mereka tanya samada kami dapat accomodation di hotel yang mana satu. Saya tanya balik.

"Ada berapa hotel?" 

Mereka bagitau ada 2 hotel, samada Saujana Hotel atau Sunway Resort. Based on email yang saya dapat dan tentatif yang saya dapat memang Saujana. Tapi masalahnya tadi kami tak boleh check-in sebab nama kami tiada dalam sistem. Meal allowance takde, pouch pun xde. Kami hanya dapat wristband je. Itupun salah color code.

Mereka minta kami tunggu untuk mereka double check. First, mereka jumpa envelope meal allowance nama kami ada di situ. Alhamdulillah. Kemudian mereka check hotel di dalam sistem, dan memang betul kami ditempatkan di hotel Saujana. Mereka take note dan akan uruskan secepat mungkin sebelum kami pulang ke hotel. 



Meal Allowance untuk hari kedua. RM50 untuk setiap seorang.

Semasa kami sedang berjalan ke Convention Centre, hubby saya tiba-tiba bagitau.

"Mami, ke nama kita kat Sunway Resort? Pouch kita, meal allowance kita, semua takde kat Saujana, maknanya mesti ada kat Sunway. Kot?" 


Saya terdiam....erm....Mungkin juga. Takpe kita mesti apply LUA. Dalam mindset dah terbayang-bayang tidur hotel Sunway. Sambil-sambil tu mulut dan hati ni tak putus berdoa supaya Allah mudahkan lah urusan kami. Macam-macam masalah dari pagi, mudahkanlah segala masalah itu selesai.


HURU-HARA

Keadaan kami agak huru-hara. Semasa kami sampai di Convention Centre, program telah pun bermula. Kami tak sempat nak bergambar di luar dewan dengan poster-poster Master Coordinator dan Presidential Master. 

Yang paling terkejut tengok kaunter pendaftaran untuk semua Star Award Achievers. Panjangnyaaaaaa........

Kami terus rushing untuk solat zohor dahulu. Selesai solat, terus jumpa tukang mekap saya, Suhana Kawi. Tepi-tepi koridor pun jadilah, janji dapat touch up sket.

Masa ni sebenarnya baru lepas menunggu lebih kurang sejam di luar dewan sebab menguruskan item-item kami yang semuanya tak jumpa. Tengok orang lain semua dapat item mereka. Macam sedih pun ada. Tapi takpe, sempat jugak selfie.

Sangat-sangat meriah, saya rasa ada hampir 3 ribu orang yang datang.
 
Antara ahli keluarga Empayar Maria Firdaus yang berjaya mendapat CAR BONUS setiap bulan. Dari kiri Adni Harlina, Affni Shahida, saya, Syakilla dan Faeza. 

Sangat kagum dengan semangat Faeza, walaupun sedang dalam pantang, tapi sangat bertenaga dan gagah naik stage untuk terima award. Apa rahsianya? Dah tentulah Set Bersalin & Menyusu Shaklee. Saya sendiri dah rasa kehebatan Set Bersalin & Menyusu Shaklee ni, walaupun masih di dalam pantang, tapi rasa sangat cergas dan bertenaga, susu badan pun meriah sangat. Boleh  baca pengalaman saya berpantang di sini.


Saya dapat bawa anak saya yang sulung Dzikrie sama-sama naik stage terima award. Insyaallah, tahun depan saya akan bawa semua anak-anak saya sekali.

Tahun depan lagi banyak award nak ambil ni. Masa tu pun dah jadi Master Coordinator. Sempat Dzikrie cakap "Mami! Besarnya kunci kereta!"

Hari pertama ni, kami dapat Car Bonus Award. Replica kunci Kereta. Car bonus ni, kami dapat setiap bulan. Dan alhamdulillah sejak join Shaklee, dah 6 bulan Shaklee bayarkan duit kereta kami.
 
Yang seronoknya, Shaklee bagi duit cash. Bukan bagi kereta. Tak macam MLM lain, yang me'wajibkan' mereka yang layak untuk beli kereta mewah. Sebab itu lah saya suka sangat dengan bisnes Shaklee ni. Bagi kami yang masih baru berniaga ni, lebih baik kami gunakan bonus yang kami dapat tu untuk rolling semula sebagai modal kembangkan bisnes kami daripada melaram dengan kereta mewah.

Cuma sedang fikirkan untuk tambah kereta yang lebih besar, seperti MPV. Bila balik kampung, Masyaallah, tak muat boot nak isi barang. Pastu bila nak pergi mana-mana, mak dan abah saya tak dapat tumpang. Terpaksa bawa 2 kereta, atau pun terpaksa pinjam MPV abg saya. 

Kami nampak keperluan MPV ada di situ sebab kami faham, mak dan abah kami dah tua, diorang pun dah malas nak drive ke mana-mana. Kalau ada mpv, kami boleh angkut semua sekali. Semoga Allah mudahkan impian kami ini buat masa terdekat.  


PELANCARAN PRODUK TERBARU PHYTOCOL-ST 

Hari ini juga dilancarkan produk terbaru Shaklee yang diberi nama Phytocol-ST. Produk ni memang best. Siapa yang kuat makan makanan berminyak dan santan, sangat disarankan mengambil produk ni. 

Phytocol-ST berupaya membantu dalam mencegah penyerapan kolesterol dan menyeimbangkan tindak balas imun. Ia sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi, penyakit auto-imun seperti bengkak sendi kronik (Rheumatoid Arthritis) dan mereka yang menghidap alahan atau alergik kronik seperti psoriasis.

Sementara star achiever lain terima award, kami berjalan keluar dewan untuk minum sambil rehat santai. Sempat hubby jadi model Phytocol.


UPGRADE HOTEL

Lepas semua selesai terima award, kami semua berkumpul di luar dewan untuk mengambil gambar. Sibuk sangat bergambar, tak sedar kami tertinggal bas. Nasib baik ada Affni & Yusri yang tolong hantar kami ke hotel. Setibanya kami di sana, kami terus ke receptionist dan tanya kalau bilik dah ready untuk kami. 

Sekali lagi pihak hotel check nama kami, still takde. Aiya, ini mendatangkan kemarahan ni. Badan dah penat, bilik hotel takde. Kol 8 dah kene gerak ke Sunway Lagoon untuk Beach Party pulak. Nak mandi, nak solat, nak tukar baju, takkan kat fitness room jugak kot, atau takkan tunggu kami balik dari dinner baru nak setel hotel.

Nasib staff Shaklee ni baik-baik. Dalam keadan kelam kabut, mereka check sekali lagi dalam sistem. Kali ni betul-betul kami tak sangka. Nak tau mereka bagitau apa? 


"Nama puan di Sunway Resort lah" 

"Aik???? Baru siang tadi diorang cek kat Saujana" 

Dan tiba-tiba saya dapat call dari staff Shaklee.

"Puan Kam Haryatie, kami minta maaf, last  minit Puan telah diupgrade ke Sunway Resort Hotel & Spa. I'm so sorry for any incovenience cause. Saya call Puan dari petang tadi tapi Puan tak angkat. Puan boleh terus ke Sunway Resort, pergi ke receptionist dan bagitau nama sahaja. Kami dah ready kan semua untuk Puan"

Fuh! Tak tau nak cakap macam mana perasaan tu. Allah je yang tau. Lepas macam-macam kesulitan yang kami hadapi sepanjang hari tadi, rupa-rupanya Allah nak beri sesuatu yang lebih baik. Syukurrr.... Kami ambil barang dan terus drive sendiri ke sana.


Sunway Resort Hotel & Spa
Bestnyeeeeee......
Token from Shaklee. Sebotol CoqHealth dan 4 sachet Collagen Powder untuk setiap seorang tersedia di dalam bilik.
With a simple notes and quotes.

Syukur sangat sebab semua aktiviti di sini, kalau kami nak balik bilik pun mudah sebab dekat. Kalau di Saujana, kami terpaksa keluar awal dan balik awal sebab kena naik bas. Sekarang semua mudah. Jalan kaki je. Lepas solat maghrib, terus kami tukar baju untuk join Dinner di Sunway Lagoon. Beach Party.

Seronok, dapat rasa dinner tepi pantai, atas pasir, tapi tengah bandar. Makanan pun sedap-sedap. Tapi still teringat kat anak-anak, kalau diorg ada kan best.
Lagi best dapat bergambar dengan CEO Shaklee, Mr. Roger Barnett. Orangnya sangat cool.

Lepas makan, kami beratur untuk ambil gambar yang dah di frame kan. Pun free jugak. Complimentary from Shaklee. Selesai semua balik ke hotel dan prepare untuk next day.  Ikuti sambungan kisah hari kedua kami di Shaklee NC di sini (sila klik). Ada 1 lagi award menanti.


Thanks for reading!


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
 BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


No comments:

Post a Comment