Follow Us @kamharyatie

Thursday 29 May 2014

Sajak: Untukmu Melayu

Thursday, May 29, 2014 0 Comments
Seloka nukilan hamba Allah yang di forward kepada saya which saya kongsikan pada anda semua:

Assalamualaikum Melayu!
Rumahmu semua dibina Indonesia,
Ekonomi pula dikuasai Cina,
Golongan profesional semuanya India,
Warung makan pun, Mamak dan Siam yang berkuasa,
Warga Bangla pula menjadi Jaga,
Orang Nepal yang menabur baja,
Orang Pakistan usung karpet jaja merata,
Lalu melayu ada apa?

Harapkan ustaz, saling menyesat,
Harapkan hiburan, lagi best filem barat,
Harapkan raja, dok asyik kira daulat,
Harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat,
Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
Harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Assalamualaikum Melayu!
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi tuan,
Rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah menteri atasan,
Konon perjuangan ini untuk kalian!

Kerja sikit, sembang kencang,
Banyak rungut, sikit rancang,
Siapa tegur, dituduh lancang
Duduk warung, gigit kacang!

Assalamualaikum Melayu!
Konon kau pantang dicabar,
Konon kau tangkas menyambar,
Tapi cuma indah khabar,
Rentakmu makin lama makin hambar

Kau Melayu aku pun Melayu,
Aku menulis bukan cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Kenapa melayu tak macam dulu.....

Sampai bila lagi?.............. 

Bukan untuk memalukan sesiapa, tetapi peringatan untuk kita semua. Bangkitla bangsaku.

Tuesday 27 May 2014

OMG! BEST GILER!

Tuesday, May 27, 2014
Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah program 2 hari Online Offline Maketing Genius (OMG) telah berlangsung dengan jayanya pada 24 & 25 May 2014 yang lalu. Saya rasa sangat gembira sebab terlalu banyak tips dan rahsia kejayaan telah didedahkan sepanjang program ini. 

Friday 16 May 2014

Egg & Cheese French Toast

Friday, May 16, 2014
Assalamualaikum,

Harini saya nak kongsi dengan anda cara paling mudah dan ringkas menyediakan Roti Bakar Telur Keju. Yang menarik, anda tak perlu menggunakan minyak dalam resepi kali ni, jadi jumlah kalori dan lemak dapat dikurangkan berbanding resepi biasa. Selain sarapan pagi, boleh juga dijadikan menu makan malam bagi mereka yang sedang mengamalkan diet.



 


 






Credit GigaCircle

Senang kan? Selamat mencuba!