Follow Us @kamharyatie

Tuesday 27 May 2014

OMG! BEST GILER!



Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah program 2 hari Online Offline Maketing Genius (OMG) telah berlangsung dengan jayanya pada 24 & 25 May 2014 yang lalu. Saya rasa sangat gembira sebab terlalu banyak tips dan rahsia kejayaan telah didedahkan sepanjang program ini. 

Untuk pengetahuan anda, program ini dianjurkan khas buat susur galur Empayar MFMS sahaja. Effort yang diambil oleh barisan leader di dalam group MFMS ini adalah untuk membantu semua ahli keluarga MFMS menjalankan perniagaan dengan lebih mudah berdasarkan track rekod kejayaan yang telah dilakar oleh Maria & Firdaus.

Jom kita tengok suasana sepanjang program ini berlangsung....


HARI PERTAMA

Menyingkap Rahsia Kejayaan Master Maria Firdaus

Firdaus berkongsi rahsia bagaimana mereka berjaya naik ke rank tertinggi di dalam Shaklee dalam tempoh hanya 9 bulan.  

Perkongsian yang cukup-cukup buat kami semua tergamam. Memang patutlah mereka dapat naik rank dengan cepat. Kami akan cuba sehabis baik follow serapat mungkin, duplicate segala tips yang telah dikongsi.
 

Master Your Bisnes - Maria

Maria pula berkongsi bagaimana cara untuk berjaya di dalam bisnes Shaklee. 

Sesi kali ni lebih kepada teknikal. Antara ilmu yang dikongsi adalah mengenai FORMULA KEJAYAAN: HOUSE OF INSPIRATION. Jika kesemua elemen tersebut LENGKAP DAN KUKUH, perjalanan kita mendaki 7 gunung menuju MASTER COORDINATOR Shaklee akan lebih mudah.


Guna, Yakin & Percaya - Suhana Kawi


Suhana antara salah seorang yang mempunyai energy yang cukup tinggi, sentiasa positif dalam apa jua perkara. Apa sahaja yang beliau lakukan, beliau akan lakukan dengan bersungguh-sungguh. 

Menurut beliau, kalau kita berniaga sesuatu produk, kita mestilah menggunakan produk tersebut dahulu dan rasai keberkesanan dan kehebatan produk tersebut. Baru lah mudah untuk kita berkongsi dengan orang lain dari hati kerana kita sendiri dah merasainya.


Mudahnya Menjual Dalam 5 Minit - Arham Zulkarnain 

Arham pula berkongsi tips bagaimana close deal dengan customer dalam masa hanya 5 minit. Ramai yang tak sangka dam macam tak percaya dengan tips tersebut. Tapi memang itulah hakikatnya.


Tips Buat Mereka Yang Baru Join - Ceq Siti Safwanah

Perkongsian dari Che Siti Safwanah betul-betul menyentuh hati kami semua. Ramai yang turut mengalirkan air mata. Betapa beliau sangat bersyukur kerana Allah pertemukan beliau dengan group MFMS dan semua ahli keluarga MFMS. 

Kehidupan beliau terlalu banyak berubah selepas menyertai Shaklee di bawah group ini. Cerita dari hati ini membuatkan kami sendiri rasa betapa bersyukurnya kami semua kerana berada di dalam Empayar MFMS kerana kami mempunyai barisan leader yang hebat yang sanggup berkorban demi kejayaan seluruh keluarga MFMS.


Di Sana Menanti Di Sini Menunggu - Affni Shahida

Perkongsian yang cukup sentap dan menyentapkan semua orang. Seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak yang masih kecil, tiada maid, masih bekerja sepenuh masa dan menjaga orang tua. Beliau yang telah pun menggenggam bonus 5 angka berkongsi tips bagaimana beliau membahagikan masa antara kerjaya, keluarga,dan juga tanggubjawab lain. 

Saya percaya rata-rata yang mendengar memang teruja. So siapa yang masih ada masa tengok tv, tidur lebih dari 8 jam sehari, buat perkara-perkara yang tak berfaedah, fikir2kan lah. Untuk jadi orang yang luar biasa, kita mestilah bertindak luar biasa.


HARI KEDUA 

Blog Marketing & SEO-Arham Zulkarnain
Perkongsian dari Arham tentang rahsia-rahsia tentang bagaimana untuk pastikan semua friend di FB nampak posting kita dan bagaimana untuk meningkatkan trafik di blog. 

Blog yang mempunyai trafik tinggi, pageview tinggi, pagerank tinggi amat disukai oleh advertise. Persoalannya bagaimana kita mampu mencapai tahap tersebut dalam tempoh yang singkat tanpa mengeluarkan modal yang banyak. Itulah yang dikongsi oleh Arham.


FB Marketing - Firdaus

Sekali lagi Firdaus berkongsi dengan kami bagaimana beliau menggunakan FB untuk market produk dan bisnes dengan berkesan.

Offline Marketing - Hafiz

 Husband saya Hafiz pula berkongsi tips bagaimana menjalankan bisnes secara offline dengan sangat mudah.  

Beliau antara orang yang expert dalam bisnes secara offline. Pengalaman beliau berniaga selama ini adalah secara offline sahaja. Dan beliau sebelum ini banyak menjalankan perniagaan secara trading. 

Sempat jugak beliau jual serunding sepanjang program ini. Percaya atau tidak, dalam masa 5 jam sahaja, beliau telah berjaya menjual 30 kotak serunding. Percaya sebelum berjaya. Beliau sentiasa yakin yang setiap barang yang dibawa pasti terjual.

Sama juga di dalam bisnes Shaklee ni. Kami selalu pesan kepada anak-anak buah supaya sentiasa ada stok sebab customer biasanya bila order barang hari ni, mereka nak barang tu jam tu jugak. Kalau kita takde stok, mereka akan cari pengedar lain. Dan yakin setiap stok yang ada pasti terjual.


How To Handle Customer - Firdaus & Maria

Maria dan Firdaus berkongsi tips bagaimana mereka berjaya handle customer, daripada customer nak beli sebotol Vitamin C, last-last close deal dengan free membership. Daripada free membership, terpaksa free postage, daripada free postage terpaksa dapat bonus pertama. Patutlah mereka dapat award Top 5 New Enrollment.


Leadership - Kam Haryatie

Saya juga diberi tanggungjawab untuk berkongsi tentang topik leadership. Persediaan sebelum menjadi leader di dalam bisnes Shaklee, ciri-ciri menjadi great leader dan tips bagaimana saya melahirkan leader di bawah saya, bagaimana saya duplicate kepada anak-anak buah saya tentang segala ilmu yang saya dapat daripada mentor saya. 

 Ramai yang tidak sedar sebenarnya setiap daripada kita adalah seorang leader. Semua manusia dilahirkan sebagai seorang pemimpin. Sebagai seorang leader di dalam bisnes, prinsip asas berniaga mesti dipahat di dalam diri masing-masing. Bantu orang lain berjaya, anda terpaksa berjaya. Help enough people to get what they want, you will get what you want.


Hot Seat - Adni Harlina, Syakilla Kuzairi, Affni Shahida, Kam Haryatie

 Barisan Coordinator ke atas diberi penghormatan untuk berkongsi kisah perjalanan, jatuh bangun, cabaran dan dugaan sepanjang menjalankan bisnes Shaklee. 

Setiap daripada kami mempunyai latar belakang yang berbeza, kisah yang berbeza, kehidupan yang berbeza, terlalu banyak dugaan yang terpaksa dihadapi sebelum berjaya mencapai impian kami. Kami semua telah berjaya mendapat car bonus dan juga bonus yang telah mencecah 5 angka. 

Perkongsian ini adalah untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada semua ahli keluarga MFMS bahawa untuk berjaya sebenarnya memerlukan usaha dan pengorbanan, dan apa sahaja yang kita lakukan, kita mesti berbalik kepada Allah. Put Allah first in any situation, all other things fall into their proper place.

 
Award dan telekung Siti Khadijah sebagai hadiah penghargaan dari Maria.


Inilah salah satu daripada ciri-ciri great leader. Sentiasa memberi recognition kepada anak-anak buah yang berjaya. Insyaallah, kami tidak akan berhenti di sini. Kami akan cuba buat sehabis baik sehingga ke peringkat Master. Terima kasih banyak-banyak Maria. WE LOVE YOU!!!


Secret Project Empayar MFMS 

Firdaus mendedahkan projek-projek rahsia yang sedang di dalam perancangan beliau. Sungguh kami betul-betul kagum dengan idea-idea beliau. Kami sendiri tidak menjangkakan yang beliau boleh terfikir ke tahap ini. 

Kami berjanji akan memberikan sokongan 100% untuk menjayakan projek-projek tersebut. Kami percaya jika kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan sentiasa permudahkan urusan kita.


The Power of Serah

Firdaus berkongsi tips bagaimana untuk submit doa dengan cara yang betul. Apa sahaja hajat kita, terutama sekali bila kita memohon perkara yang betul-betul kita inginkan, sebut 3 kali, tarik nafas dalam-dalam.....dan serah. Serah tu umpama kita tekan button enter, apa pun terjadi kita berserah kepada Allah dengan yakin bahawa Allah mendengar permintaan kita.


Hadiah Misteri

Di awal program, Firdaus umumkan, siapa yang berjaya catit paling banyak tips di dalam buku catatan masing-masing, akan menerima hadiah yang cukup berharga, yang akan mengubah kehidupan mereka daripada biasa-biasa kepada hidur luar biasa. Nak tau hadiah apa? Hadiahnya merupakan tiket IMKK yang akan berlangsung selama 4 hari pada bulan Jun nanti.

Inilah dia pemenang pertandingan mencatat tips paling banyak. Namanya Syazwina. Beliau telah berjaya mencatat hampir 200 tips dan rahsia yang telah dikongsikan sepanjang  2 hari program. Jelas menunjuknan beliau adalah seorang yang fokus dan cukup komited. Mudah2an Allah permudahkan urusan beliau untuk berjaya di dalam bisnes Shaklee hingga ke Master.


Business Games 

Program diakhiri dengan permainan yang melibatkan perniagaan. Banyak pengajaran yang tersirat daripada permainan ini. Kami diberi kesedaran bahawa di dalam bisnes, mesti sentiasa bersedia, sentiasa bertindak dengan pantas untuk merebut segala peluang yang ada di depan mata. Tapi jangan sampai jadi orang yang tamak. Berniaga bukan sebab nak kaya.

Sebab kalau itu niat asal berniaga, kita hanya tengok keuntungan dari segi wang ringgit semata-mata, tanpa kita sedar, sebenarnya terlalu banyak keuntungan lain yang kita akan dapat. Banyak bisnes lain yang tumbuh bagai cendawan di luar sana. Begitu juga degan bisnes Shaklee, terlalu banyak distributor dan group Shaklee lain yang ditubuhkan. Tapi, kita jangan jadi distributor yang biasa-biasa, jadilah distributor Shaklee yang luar biasa. 

Pilihlah group yang betul-betul yang akan membimbing anda dengan sepenuh hati sehingga ke peringkat Master. Saya akan selalu ingat pesan DAO, KALAU KITA NAK BERNIAGA, CARI PERNIAGAAN YANG KITA SUKA, YANG BANTU SELESAIKAN MASALAH ORANG LAIN, YANG MEMBERI KEUNTUNGAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.  Dan kerana itulah, saya ambil keputusan untuk terlibat di dalam bisnes Shaklee bersama-sama seluruh ahli keluarga MFMS.



Tengoklah, suami dan bapa mithali ni. Dahla support wife buat bisnes, siap tolong jaga anak lagi. Memang SUPERB!



Ni dia orang kuat belakang tabir sepanjang program ini. Nadia & Husband - Din. Terima kasih atas sumbangan tenaga.


Jom kita tengok suasana  sekitar program 2 hari ni.
Model-model cilik Empayar MFMS. Bisnes ni adalah bisnes family. Setiap kali bila ada program, memang kami akan pastikan ada ruang untuk anak-anak bermain sebab kami memang encourage untuk bawa anak bersama. Anak-anak kan magnet rezeki.


Percaya atau tidak, ini baru 10% daripada seluruh ahli keluarga Empayar MFMS. Ramai lagi yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Insyaallah, next program lebih ramai lagi yang akan join.

Ni dia Master To Be Superstar Mommy Shahab. Korang memang BEST!


Haaaa....ni lah dia IDEAL WEIGHT CHALLENGE GROUP. Sebenarnya ramai lagi yang tak dapat hadir. Rata-rata dah semakin selim, makin santek, makin hensem. Tak sangka percubaan kami menurunkan berat badan secara berjemaah menjadi kenyataan.


Bukan senang tau nak turunkan berat badan. Group ni adalah antara group yang mempunyai ENERGY yang TERSANGAT TINGGI. Syabas! Siapa yang berniat untuk turunkan berat badan dengan cara yang betul, sihat dan berkesan, boleh join group ni.


OK. Last sekali, gabungan mantap adik beradik dan biras. Hehehe.....Kami memang suka bergambar. Ni pun dah bertapis, tak leh upload semua. Macam-macam aksi ngeri yang keluar nanti.


Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga. Kami akan sedaya upaya berganding bahu agar Empayar MFMS terus berkembang maju dalam  membantu lebih ramai orang di luar sana mencapai impian mereka melalui bisnes Shaklee.

Mohon semua pembaca juga mendoakan agar Allah panjangkan umur Maria dan Firdaus dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik agar mereka dapat terus memberi, memberi dan terus memberi, membantu semua ahli keluarga Empayar MFMS berjaya mencapai impian masing-masing.



WE LOVE BOTH OF YOU!
Memang rugi besar siapa yang tak join family MFMS.

MFMS EMPIRE
THE MOST HAPPENING SHAKLEE TEAM IN MALAYSIA   

Jika anda suka dengan perkongsian di dalam entry ini, sila tekan LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat.