Follow Us @kamharyatie

Saturday 24 December 2016

Set Bersalin Pilihan Mommy Shahab (Luaran dan Dalaman)

Saturday, December 24, 2016 0 Comments
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Kali ni nk cerita tentang Set Bersalin pilihan saya untuk Luaran dan juga Dalaman. Penting setiap ibu mengambil set bersalin ye. Bukan setakat luaran, tapi juga dalaman. 

Sebelum tu, kalau ada yang tak tahu nak pilih set bersalin, saya ada share 10 tips memilih set bersalin dalaman. Anda boleh refer link di bawah.





SET BERSALIN DALAMAN DAN SET MENYUSU (SHAKLEE)

Macam biasa, untuk dalaman, of coz saya pilih Set Bersalin dan Menyusu Shaklee. Saya mula ambil set ni selepas bersalin anak yang ke-3 dulu. 6 tahun lepas. Lepas dah rasa keberkesanan Set Bersalin & Menyusu Shaklee, sejak tu saya konsisten ambil produk Shaklee sampai lah sekarang.





Yang istimewanya Set Bersalin dan Menyusu Shaklee ni, itemnya semua sama dengan Set Hamil. So saya jimat banyak. Dari mula hamil, item tu jugalah yang saya terus makan sampai bersalin dan menyusu. So tak payah susah-susah fikir apa nak beli lagi.

Dengan fullset ni juga, susu badan saya tersangat lah meriah! Saya berjaya menyusu anak yang ketiga sehingga berumur 3 tahun! Takde masalah susu tak cukup. Dan sekarang pun, sepanjang berpantang anak ke-4 ni, alhamdulillah dah mula buat stok walaupun baru 20 hari. Dah dapat pam hampir 100oz.

Saya ada cerita pengalaman berpantang ketiga-tiga anak saya yang sebelum ni, sebelum kenal Shaklee dan selepas kenal Shaklee. Banyak sangat perbezaan yang saya rasa. Jemput baca di sini...



Ketika dalam pantang, ibu memerlukan tambahan tenaga sebanyak 500kal yang harus datang dari makanan aygn mereka makan. Ini bermakna mereka memerlukan antara 2000 hingga 2500 kalori dalam sehari.

Malangnya kebanyakan wanita yang sedang dalam tempoh berpantang tidak mendapat nutrisi yang cukup dari pemakanan mereka. Ini berpunca dari keletihan kerana tidak cukup rehat dan ttidak cukup tidur kerana menyusukan bayi dan mengalami masalah 'tidak berselera' kerana tubuh mereka masih lemah.

Kegagalan mendapatkan nutrisi yang mencukupi akan memberikan kesan buruk kepada ibu dan bayi. Oleh itu, ibu-ibu yang baru melahirkan sangat memerlukan suplemen yang sesuai untuk meningkatkan kesihatan tubuh mereka semula. 


Pengambilan makanan dengan nutrisi yang lengkap bagi setiap IBU adalah sangat penting. Jagalah kesihatan diri anda terlebih dahulu agar anda dapat menjaga keluarga dengan lebih sempurna, InsyaAllah... 

Sila refer link di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut, khasiat dan kebaikan semua nutrisi yang terdapat di dalam Set Bersalin dan Menyusu Shaklee.






SET BERSALIN LUARAN (ANUGERAH)

Untuk bahagian luaran jangan lupa pula ye. Ini pun penting ni. Macam saya, saya tak suka item yang susah nak handle. Sebab saya ni walaupun mak dan maid ada di rumah, tapi diorang handle bab masak dan tolong mandi baby sahaja. Urusan berpantang yang lain, semua saya handle sendiri.

Sebab tu saya prefer set bersalin luaran yang mudah untuk saya uruskan sendiri, yang tak perlu orang lain tolong buat. Saya prefer jenis yang mudah dan simple, dan....WANGI. Itu bonus. Ade ke set bersalin luaran yang macam tu? Of coz le ada....hehehe....google, jangan tak google....

Lepas dok survey, at last , saya decide ambil Set Bersalin Anugerah. Plan asal nak beli secara loose je. Tapi lepas kira-kira, agen tu gantikan item yang perlu dimakan dengan tungku baby. 

So dapatla murah sikit lepas adjust item yang saya perlukan sahaja. Item macam jus, yang teh, semua saya tak ambil. Sebab saya dah ada Set Bersalin Shaklee.





Istimewanya tentang Set Bersalin Anugerah ni ialah ia menggabungkan dua kombinasi penting di dalam dunia perubatan Islam dan tradisional. Setiap ramuan di dalam set bersalin ini telah didoakan dengan 30 juzuk Al-Quran dan doa-doa pilihan agar ibu dan bayi dibaluti dengan mukjizat qalam Allah.


Item yang saya beli. Jom kita review satu persatu.

Minyak pilis paling best dalam dunia. Saya memang tak suka pilis serbuk sebab leceh. Nak kena bancuh dengan air, lepas tu berterabur kat baby. Yang ni best! Nama je minyak, tapi tekstur dia macam air je. Sapu kat dahi, muka dan tangan untuk elak masuk angin setiap kali selepas mandi. 

Memang best! Saya kalau dalam pantang memang tak boleh kene kipas kuat sket, mula la sakit kepala. Sapu je pilis ni, alhamdulillah memang berkesan hilangkan sakit kepala.

Ni minyak baby. Best bau dia, baby pun suka. Guna setiap kali selepas mandi. Sapu dan urut kat bahagian perut, tapak kaki, kat bahagian ari-ari baby sekali untuk elakkan masuk angin atau kembung perut.
 
Ni minyak urut. Masa tukang urut datang urut lepas bersalin, saya guna minyak ni.  Even kalau bukan lepas bersalin pun, sangat elok untuk sesiapa yang rasa bisa badan, sakit sendi, angin, lenguh-lenguh.


Yang ni untuk bakar lemak. Sapu di bahagian perut, peha, punggung sebelum pakai bengkung atau girdle. Dia punya panas sampai ke petang. Yang paling best, bau dia....wangi sangat! Bau apple garden. Lepas sapu tu, bilik kita memang harum semerbak. Best!!! 

Husband sampai tanya, saya pakai apa ni bau kemain wangi bilik. Hehehe...Teksturnya pun best, tak melekit, halus dan mudah meresap ke dalam kulit.


Mandian herba ni pun best. Dia dalam bentuk uncang. Macam uncang teh tu. Rendam je dengan air panas. Pastu mandi. Lega rasa tau dapat mandi herba ni. Urat-urat dan sendi yang tegang masa bersalin, semua rasa lega. Badan pun rasa fresh.

Tungku untuk ibu dan juga tungku bayi. Cara guna samada kukus atau panaskan kat sterika. Senang. Boleh guna selama setahun. So even dah habis pantang pun, kalau rasa badan lenguh-lenguh ke, boleh tungku sendiri je. 

Tungku Ibu membantu melancarkan perjalanan darah, merehatkan otot tubuh dan buang angin dalam badan.

Tungku Bayi pula serbaguna untuk kanak-kanak yang terkena gigitan serangga, terjatuh, demam, batuk, selsema, benjol terutama di dahi dan lutut serta kecederaan ringan.


So, sesiapa yang tercari-cari set bersalin lengkap, saya sangat-sangat recommend Set Bersalin & Set Menyusu Shaklee sebagai set bersalin dalaman dan Set Bersalin Anugerah sebagai set bersalin luaran. 


Insyaallah dengan nutrisi lengkap yang terkandung di dalam Set Bersalin & Set Menyusu Shaklee akan membantu ibu dan bayi kembali sihat, cergas, langsing dan menawan selepas bersalin.

Dan insyaallah, penggunaan ayat-ayat Al-Quran yang telah ditenagakan dalam Set Bersalin Anugerah pula dapat membantu ibu dan bayi mendapat keberkatan, sembuh dengan sempurna dan yang paling penting dijauhi dari gangguan makhlus halus ketika semangat ibu dan bayi masih lemah.


Hubungi saya untuk:- 
 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



















Thursday 24 November 2016

Hanya KAU Yang Ku Cinta.....

Thursday, November 24, 2016


Jom dengar dan hayati lirik nasyid ini. Sangat-sangat memberi kesan pada hati saya....Semoga Allah tetapkan hati ini dalam cintaNya melebihi dari segala-galanya...




AKU CINTA ALLAH


   Andaikan diriku bisa  
   Seperti yang lain   
   Yang Kau sayang   
   Yang Kau rindukan   
   Yang Kau cintai
 
   Aku lemah tanpaMu aku lelah   
   Aku sungguh tak berdaya   
   Tolongku   
   Tolongku   
   Yaa Allah

   Setiap air mataku mengalir   
   Allah aku lemah dan tak berarti   
   Setiap derai tangis membasahi   
   Allah jangan tinggalkan aku lagi

   Aku sayang Allah   
   Aku rindu Allah   
   Aku Cinta Allah   






*** Ya Allah, jangan Engkau lebihkan padaku dengan cinta manusia melebihi cintaku padaMu. Jangan Engkau jauhkan daku daripada rahmat dan kasih sayangMu, siapalah daku tanpa cintaMu ya Robbi...***



Friday 2 September 2016

SHAKLEE RENEWAL MEMBERSHIP - STEY BY STEP

Friday, September 02, 2016 0 Comments


Untuk pengetahuan semua ahli, Shaklee sedang membuat semakan untuk mengesahkan ahli-ahli Shaklee samada masih meneruskan keahlian dengan Shaklee atau sudah tidak aktif.

Oleh itu setiap ahli perlu membuat pembelian sebanyak 200PUV in single resit ATAU membeli voucher RM30 yg akan dikreditkan ke dalam eVoucher masing2.

Syarat ini perlu dipatuhi bagi semua AHLI yang register SETAHUN DAN KE ATAS.
Pada 1 - 30 Oktober 2016 wajib renew tak kira sebelum ni aktif atau tidak. Ini bertujuan untuk mengaktifkan kembali akaun anda

Ada 2 cara untuk renew keahlian. Mudah saja.
1. Purchase 200uv in single resit (Automatik akan dapat free renewal): atau
2. Bayar RM 30 dan akan dikreditkan semula ke dalam eVoucher (eVoucher ini boleh belikan barang Shaklee semula)



CARA RENEW MEMBERSHIP

Di sini saya tunjukkan langkah mudah untuk renew membership. Ada 3 cara:

CARA 1:
Semua ahli boleh renew secara online sahaja melalui akaun keahlian masing-masing di www.shaklee2u.com.my

CARA 2:
Hubungi pihak Shaklee melalui telefon di nombor berikut:
1. 03-5622 3188
2. 03-5622 3122

CARA 3:
Pergi sendiri ke HQ Shaklee atau mana-mana cawangan Shaklee yang berdekatan dengan anda. Anda hanya akan diminta untuk isi satu borang simple dan serahkan kepada kaunter.


Mudah kan.


STEP BY STEP RENEWAL SECARA ONLINE

Bagi mereka yang tinggal jauh dari cawangan Shaklee, boleh renew hanya secara online. Saya tunjukkan step by step untuk renew secara online. 

1. Mula-mula log in seperti biasa akaun anda di www.shaklee2u.com.my. Akan keluar notification mengingatkan agar renew member.



2. Klik bahagian shopping, isikan alamat dan apa yang patut seperti biasa.

3. Sebagai contoh, saya klik ESP satu set buy 7 at 6.
Ok, ada dua cara tau nak renew ni.
1️. Buat belian 200uv, and akan dapat FREE renewal ATAU
2. Bayar RM 30.00 dan akan dimasukan semula ke dalam E-Cash


4. Bila dah klik belian 200uv dia akan automatik keluar untuk renewal tu. So just klik je. Kalau nak dapatkan Shaker Shaklee yang awesome tu pun boleh klik sekali. Shaker tu anda boleh beli dengan harga RM19.08 dengan setiap 100uv purchase ok.

5. Ok nanti dia akan keluar macam ni. Klik kat agree term n condition tu. Then buat payment macam biasa.

6. Bagi yang nak gunakan cara ke 2️ aitu nak bayar RM30. Boleh juga. Kalau purchase anda tak cukup 200uv dia akan automatik keluar begini.



7. Sekali lagi teruskan dengan pembayaran seperti biasa.

8. Duit  RM30 yang anda bayar untuk renew member tu akan masuk dalam E-Vocher. Setiap belian RM 100 anda boleh redeem RM10 voucher. Duit tu dapat semula pada anda. So jangan risau ok. Sah untuk 3 bulan ok E-Voucher ni.



Q & A
Ini adalah soalan-soalan yang biasa anda akan tanya berkenaan renewal membership beserta jawapan lengkap. Sila refer di sini ye. 

Q1:  Apa akan jadi jika saya tidak aktifkan akaun saya pada Oktober  2016
A1:  Akaun anda akan expired!

Q2: Bolehkah saya renew membership selepas akaun saya expired?
A2: Boleh! Shaklee beri tempoh selama tiga bulan (Nov, Dec, Jan) untuk anda aktifkan kembali akaun dengan membuat bayaran RM30.

Q3: Kalau saya buat belian 200uv in single resit pada salah satu dari tiga bulan itu. Adakah ianya dikira?
A3: Tidak! Belian 200uv hanya terpakai untuk September dan Oktober sahaja. Jadi jika anda mahu aktifkan kembali akaun. Anda perlu buat bayaran RM30 dan wang itu akan dicreditkan kembali ke dalam akaun eVocher anda.

Q4: Bolehkah 200uv tu secara transfer uv?
A4: Transfer uv TAK dikira utk 200uv tu. Mesti buat pembelian 200uv dalam SATU RESIT.

Q5: Then bagaimana nak renew membership tu.
A5: Ada TIGA cara. Secara online, call Shaklee HQ atau ke branch.

Q6: Boleh ke upline bantu untuk renew membership?
A6: TAK BOLEH! Masing-masing kena buat sendiri

Q7: Apa akan jadi jika selepas bulan Dec saya masih tak aktifkan kembali akaun saya?
A7: Automatik akaun anda akan inantive dan tidak boleh buat belian.

Q8: Bolehkah saya buat rayuan untuk aktifkan kembali akaun saya selepas bulan December.
A8: Boleh! Tulis surat rayuan kepada pihak Shaklee.

Q9: Apa akan jadi jika setahun saya tidak renew keahlian saya.
A9: • Akaun anda akan luput. Perlu reregister semula untuk menjadi ahli Shaklee.
       • Untuk SID tempoh bertenang selama 6 bulan dan Leader tempoh bertenang selama setahun..

Q10: Adakah hanya Distributor sahaja yang perlu aktifkan kembali akaun ni.
A10: TIDAK! Semua SID termasuk MASTER perlu lakukan yang sama.

Q11: Bagaimana kalau pada September ni keahlian saya belum lagi berusia setahun?
A11: • Anda perlu, renew akaun anda sebaik sahaja tarikh keahlian anda bersama Shaklee mencapai usia setahun.
       • Jika anda mendaftar ahli pada 1 April 2016, maka pada 1-30 April 2017 anda perlu renew keahlian tersebut.

Q12: Kata keahlian SHAKLEE untuk sepanjang hayat?
A12: Masih lagi untuk sepanjang hayat. Kerana RM30 tu akan dipulangkan semula dalam eVoucher untuk anda belanjakan. Tujuan Shaklee untuk pastikan uols update data dan tahu tentang kewujudan uols hidup atau mati dan sebagainya.


PERLU KE RENEW? 

Bagi anda yang memang konsisten consume produk Shaklee, anda WAJIB RENEW. Sebab sekiranya akaun anda luput, anda bukan lagi ahli Shaklee, so anda takkan dapat semua benefit kehlian yang anda pernah dapat semasa anda menjadi ahli.

Secara ringkasnya, di bawah ini adalah antara kelebihan menjadi ahli:

1) Boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. (25% less than retail price). Bila ada promotion khas untuk ahli, harga akan jadi jauh lebih murah sehingga 40% less dari retail price.

2) Dapat BONUS hasil pembelian/jualan setiap bulan 5%-21%. Makan sendiri pun boleh dapat bonus.

3) BERPELUANG membuat biznes Shaklee, (online dah offline) dengan bantuan MENTOR.

4) ACCESS kepada SPECIAL GROUP kami untuk testimonial dan maklumat terperinci mengenai produk2 Shaklee.


5) Mereka yang register dengan saya, saya akan masukkan mereka dalam sebuah group Shaklee di Facebook. Dalam group ini, anda akan didedahkan dengan rahsia rahsia bagaimana menjalankan business secara online. 


Sila baca di sini untuk mengetahui banyak lagi kelebihan-kelebihan yang lain yang anda akan dapat sekiranya anda masih maintain sebagai ahli Shaklee. Sila klik link di bawah.

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Saya harap dengan penjelasan ini memberi sedikit pencerahan tentang isu renewal membership. Kalau ikutkan, selama ni, Shaklee satu-satunya company yang buat keahlian seumur hidup tanpa sebarang bayaran. Macam pelik pun ye.

Sebab tak pernah lagi jumpa company yang buat macam ni. Cuba tengok semua MLM lain, semua kene renew setiap tahun kan. Even JUSCO pun tiap-tiap tahun kene renew kan. Ok je takde masalah pun.

Setakat RM30 untuk renew dalam tempoh setahun, saya rasa takde effect sangat pun. Lagipun RM30 yang kita bayar tu, dapat balik kat kita, sebab kita boleh beli semula barang Shaklee. Macam saya yang ramai customer, saya belikan barang 200uv, dah terus dapat free renewal. Ok la tu.

Kalau ada sebarang persoalan lain, boleh pm saya personally ye. Renew membersip, just a small matter. :)
 

Hubungi saya untuk:- 
 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Friday 26 August 2016

KEAJAIBAN CECAIR EMAS - PART 1

Friday, August 26, 2016 0 Comments

Assalamualaikum,

Harini saya nak share info tentang keajaiban susu ibu yang ramai orang tak tahu. Walaupun saya adalah seorang ibu menyusu dan pernah berjaya menyusukan anak-anak saya sendiri sehingga 3 tahun, tapi info ini antara info yang saya sendiri tak pernah tahu sebelum ini.