Follow Us @kamharyatie

Wednesday 16 August 2017

QHALISH SAHUT CABARAN REDAH OMBAK

Wednesday, August 16, 2017 0 Comments


Alhamdulillah selesai sudah acara Open Water Autism Swimming Challenge yang telah di adakan di Blue Lagoon Port Dickson. Acara ini diadakan khas untuk menguji keupayaan setiap pelajar renang autisma dari Hawary Sports Centre yang telah menjalani latihan antara setahun ke 2 tahun.

Acara ini merupakan yang pertama di Asean dan juga Malaysia memandangkan ketiadaan penganjuran aktiviti seumpama ini di negara lain. Rata-rata peserta mempunyai tahap autisma yang berbeza seperti Fragile X, ADHD & ASD.