Follow Us @kamharyatie

Wednesday 16 August 2017

QHALISH SAHUT CABARAN REDAH OMBAK





Alhamdulillah selesai sudah acara Open Water Autism Swimming Challenge yang telah di adakan di Blue Lagoon Port Dickson. Acara ini diadakan khas untuk menguji keupayaan setiap pelajar renang autisma dari Hawary Sports Centre yang telah menjalani latihan antara setahun ke 2 tahun.

Acara ini merupakan yang pertama di Asean dan juga Malaysia memandangkan ketiadaan penganjuran aktiviti seumpama ini di negara lain. Rata-rata peserta mempunyai tahap autisma yang berbeza seperti Fragile X, ADHD & ASD. 




Program ni secara keseluruhannya adalah atas effort Hawary Sports Centre itu sendiri, dan support yang tidak berbelah bagi dari parents, para peserta serta MSTA (Malaysia Swimming Teacher Asscociation).

The IFSTA is a non-profit making organisation that was set up by the UK’s Swimming Teachers’ Association (STA) to provide a platform for international swimming bodies to share and disseminate the principles of best practice.



Daripada hampir 100 pelajar, hanya 6 orang yang terpilih untuk menyahut cabaran ini. Dan Qhalish salah seorang daripadanya.


Cabaran yang diberikan kepada anak-anak ini adalah untuk menghabiskan renangan sejauh 100meter. Bukan mudah tau untuk anak-anak ni mengharungi ombak kuat dan berenang secara lurus disebabkan keadaan laut yang bergelora dan arus yang kuat.

Pihak jurulatih terpaksa mengawal situasi di tengah laut supaya peserta tidak panik dan mengikut arah jurulatih.

Sebenarnya, saya agak risau dengan keupayaan Qhalish. Boleh ke tidak ke dia habiskan renang ni. Walaupun baru berlatih 2 kali berenang di laut sebelum ni, tapi tau lah, anak-anak autisma ni, mood diorang unexpected. As a parents, memang kene standby all the time.

Sebenarnya, pada hari kejadian tu pun, Qhalish macam takde mood. Sejak dari pagi, tak mau makan. Bangun awal pagi dan tak tidur-tidur sepanjang perjalanan. Bayangkan hari event ni berlangsung, jalan nak ke PD jem yang sangat teruk sebab ada accident di Highway PLUS.

Perjalanan yang biasanya mengambil masa hanya 1 jam setengah, tapi pada hari kejadian, perjalanan kami mengambil masa 3 jam. Dugaan sungguh. Dan masa sampai turn Qhalish, boleh pula dia refuse turun laut. Jenuh lah saya mengejar dan pujuk dia.

Kebetulan pula, hubby ada event lain, clash dengan event Qhalish. So, terpaksa lah saya minta tolong my BFF ni teman kan. Mujur Mama Sha free hari tu kan. So bolehlah tolong drive.


Tengok muka orang kepenatan redah jem dari KL. Mujur lah Mama Sha ada tolong drive. Kalau lah saya yang drive sendiri, aduhai....tak tahu lah macam mana.




Taklimat diberikan sebelum event bermula.




Ni Tok Pa tolong dukung bawa ke tengah laut. Bila Tok Pa cuba turunkan, dia lari ke tepi pantai balik. Terpaksa lah saya kejar balik, dan kitorang bergilir-gilir dukung dan pujuk. Dah la air surut. Kitorang kena berjalan 150m ke tengah laut. 




Tengok tu, melekap macam panda. Memang dia tak mau turun langsung. Pergh! Sebbaik mami makan Ostematrix tau. Tulang besi urat dawai! So boleh la tahan dukung budak bertuah ni. Seronok kemain abang Zig ye dapat main laut.



Moral support dari Tok Ma & Tok Pa.



Bersama X-teacher Qhalish masa kat TIM dulu.



Abang-abang Bomba yang bersiap sedia untuk standby menjaga keselamatan peserta di dalam laut.



Naik kayak untuk ke tengah laut dengan coach Dinie.


Hakikatnya, semua orang berdebar tau. Semua berdoa semoga semua peserta dalam keadaan mood yang ok dan berjaya menghabiskan renangan. Bintang juga kalau ada yang tantrum.



Berenang di Laut Lebih Mencabar

Teknik berenang di laut sebenarnya berbeza dari berenang di kolam. Sebab:

1) Laut tiada garisan lurus sebagai rujukan
Paling ketara perbezaannya adalah lautan tiada garisan untuk memandu arah lurus ketika berenang. Tanpa teknik berenang yang betul kita mungkin akan berpusing-pusing ditempat yang sama tanpa disedari.

2) Pening dilambung ombak
Ombak akan menjadi rintangan ketika berenang di laut. Perenang akan rasa pening lalat bila dilambung ombak. Hanya latihan renang di laut yang kerap sahaja yang dapat menghilangkan rasa pening tersebut.

3) Dasar laut yang kelam dan gelap
Apa yang dapat di lihat di dasar air laut adalah pasir, lumpur ataupun batu karang yang terbentang luas. Pemandangan biasa dilihat dalam kolam renang seperti batu mamar putih yang cantik bertukar menjadi pemandangan kelam dan gelap di dasar laut. 

Secara psikologi hati akan bertukar menjadi "kecut" dan silap hari boleh menjadi panik. Ini antara sebab-sebab yang kita khuatir akan berlaku pada anak-anak autisma. Parents especially sangat bimbang anak-anak tak dapat habiskan renangan sehingga jarak yang ditetapkan.



They really made it!!!

Amazingly. Percaya atau tidak,  semua peserta berjaya menyahut cabaran ini. Walaupun ada yang terpaksa naik semula ke darat, tapi mereka tak putus asa. Turun semula ke laut dan berenang semula untuk menghabiskan cabaran ini. 

Keberanian semua peserta Autism Swimmer wajar diberi penghormatan. Seriously, tipikal kids pun belum tentu boleh berenang di laut tau. Even orang dewasa pun sama. 






Akhirnya...he made it! Yeayyyy....good job Qhalish!!!!




Ok, dah habis berenang, elok je dia jalan sendiri. Takde mintak dukung dah. macam tu lah dia, sebelum masuk dalam air beria tak mau. Tapi bila dah kena air, ermmm....




Upacara penyampaian hadiah, sijil penghargaan dan medal.  



Bersama 5 peserta yang lain. Semua berjaya menghabiskan renangan. Kuddos to all participants. Anak-anak istimewa ni memang hebat.


Muka Qhalish memang macam ni. Rileks aje. Orang lain kemain happy, muka dia camtu je. Orang kata muka takde perasaan 😂



Qhalish the Champion.




Thanks Tok Ma & Tok Pa datang jauh-jauh bagi moral support kat Qhalish. And Thanks to Mama Sha yang tolong drive jauh-jauh teman Qhalish datang sini.




Mahal sijil penghargaan ni. 😊



Komen Dari coach Hawary tentang Qhalish. Video boleh tengok kat sini Sila klik.







Swimming Coach Yang Luar Biasa

Kesungguhan dan kejayaan anak-anak ini sebenarnya datang dari usaha latihan dari para jurulatih, sokongan dan effort ibu bapa yang tidak berbelah bagi. Pengorbanan masa, wang dan tenaga yang dicurahkan, akhirnya membuahkan hasil.  Syukur alhamdulillah. 






Rupa-rupanya, coach renang biasa pun belum tentu berani nak bawa anak murid berenang di laut.









Bersama coach Hamlatul Hawary Azizan yang bertanggungjawab train Qhalish sejak dari awal.



Coach Hawary cukup sabar melayan karenah Qhalish. Pernah sekali masa saya bawa Qhalish training, masa tu saya tengah pregnant. Qhalish buat perangai tak mau masuk kolam. Coach Hawary lah yang tolong kejar, tangkap, tenangkan dan pujuk Qhalish. Terima kasih banyak-banyak coach!





Tahniah kepada barisan jurulatih yang sentiasa sabar dan gigih dalam mengajar anak-anak kami memahami ilmu renang dan keselamatan di air.



Komitmen dari anggota Bomba yang berada di dalam laut untuk bersama-sama menjaga keselamatan peserta dan dua orang instructor selaku Lifesaver, Coach Azman Misbah & Risya Dinie sentiasa mengiringi keselamatan peserta dari atas kayak juga wajar diberi kredit.





Qhalish is now officially an Autism Swimmer.


Semoga lahirnya Atlet Paralimpik Autisma yang mampu berenang di lautan dan mengharumkan nama negara di persada Dunia suatu hari nanti. Dan mana tau, Qhalish salah seorang daripadanya. Mudah-mudahan...Insyaallah... 

Jemput baca ulasan seorang wartawan tentang program ini di sini. 

Nak tahu tak macam mana Qhalish mula belajar berenang? Haaaa.... Tunggu entry seterusnya. (Cabaran masa nak update blog sebenarnya ni. Tapi akan kugagahkan juga....Demi memberi inspirasi kepada semua parents yang ada anak istimewa. ) Tungguuuu.....









No comments:

Post a Comment