Sunday, 16 July 2017

TIPS ELAK BAYI JAUNDIS BAGI IBU BERDARAH O

Kam Haryatie Abdul Mutalib | 17:33 |
Assalamualaikum,

Agak lama posting ni tersangkut dalam draft. Maklumlah, constraint masa untuk saya update blog. Tapi alhamdulillah berkat doa anda semua, anak-anak tidur awal malam ni. So saya sacrifice sedikit waktu tidur saya untuk manfaat semua pembaca blog Mommy Shahab.

Sebenarnya saya pun tak tahu nak mula dari mana. Dipendekkan cerita, saya mempunyai 4 orang anak lelaki. Yang bongsu ni, Syed Feeras Shahab, sekarang dah 7 bulan. Saya nak cerita tentang Feeras yang bebas jaundis lepas dilahirkan.

Sebenarnya, saya agak terkejut bila Feeras bebas jaundice. Ikutkan experience 3 anak sebelum ni, semuanya akan admitted balik sebab jaundis, seawal hari ke-5 lepas lahir. Siap pakej 3 hari 2 malam tau.

Masa saya pregnant, nurse dan doktor pun ada bagitau kalau ibu berdarah O, possibility untuk anak kena jaundis adalah tinggi. Memang betul pun. Semua anak-anak saya pon darah O, 3 kena jaundis lepas lahir, hanya Feeras je yang takde jaundis.

Anak saya yang pertama, Syed Dzikrie, prolonged jaundis sebab saya makan jamu. Maklumlah, anak first, tak tahu nak ambil set bersalin yang mana, semua ikut orang je.  Disebabkan saya makan jamu tu menyebabkan Dzikrie kena prolonged jaundice sehingga 2 bulan.


Anak yang ke-2, Syed Qhalish, admitted semula hospital lepas hari ke-5 lahir.  Kuning beransur-ansur hilang antara seminggu ke 2 minggu selepas itu.

Bersalin Qhalish, saya tak makan apa-apa set bersalin pun. Penatnya Allah je yang tau. Saya lodger di hospital sebab semua anak-anak saya fully breastfeed. Lepas 3 hari 2 malam, dah balik rumah, monitor sendiri sahaja. Breastfeed sekerap yang mungkin.



Anak yang ke-3, Syed Raees, paling tinggi reading kuning dia. Hari ke-5 lepas kelahiran admitted semula, dengan reading kuning mencecah 23. Sampai kena 2 biji lampu phototherapy! Doktor beritahu, kalau reading dia cecah 27, kene tukar darah! Prosedur ini dipanggil Exchange Tranfusion (ET).
Allahuakbar! Jangan lah sampai kena tukar darah. Kesian dia baby lagi. Saya ada terbaca dari blog Dr Azwan bagaimana prosedur ET ini dijalankan. Dan prosedur tersebut adalah satu prosedur yang dia tak sanggup nak lalui.

Di HKL ia biasanya dijalankan pada waktu malam bermula pada pukul 11 malam dan tamat hampir pukul 5 pagi! Itu untuk seorang bayi!. Doktor akan mengeluarkan darah bayi dengan perlahan-lahan melalui satu tiub yang dipasang di saluran darah di pusatnya (tali pusat masih baru lagi) dan memasukkan darah baru juga secara perlahan-lahan.

Bagi seorang doktor, prosedur ini sangat sukar kerana ia dijalankan pada waktu orang lain sedang tidur, anda berseorangan ditemani oleh seorang bayi (paling kurang... kalau ada jururawat yang temankan) dan ia prosedur yang sangat-sangat perlahan untuk mengelakkan komplikasi.

Disebabkan saya sangat takut, saya google sana sini macam mana cara nak turunkan reading jaundis Raees dengan cepat. Saya minum air 3L sehari untuk pastikan badan saya boleh produce susu badan yang secukupnya.

Saya terus consume Set Bersalin Shaklee yang saya dah beli siap-siap sebulan sebelum bersalin Raees. Masa ni baru tau pasal Shaklee. Tapi masa ni saya ambil basic set je. Saya tak tau pun pasal full set. Saya cuma ambil Vita-Lea, B-Complex, Vita-C dan Alfalfa

Percaya atau tidak, walaupun saya lodger di hospital, tapi saya tak duduk dalam wad pon. Most of the time, saya stay di Nursing Room untuk menyusukan Raees setiap 2 jam dan mengepam. Saya hanya balik ke wad untuk mandi dan rehat sekejap-sekejap. Boleh imagine tak waktu tu baru 5 hari lepas bersalin, dan masih dalam pantang.

Saya terpaksa lupakan yang masih dalam pantang. Yang saya tau, saya kena pastikan saya dapat produce susu badan yang cukup dan menyusukan Raees sebanyak mungkin. Syukur Allah bagi saya susu badan yang banyak dan Raees juga kuat menyusu walaupun mata pejam aje (Baby kuning memang kuat tidur).

Alhamdulillah, reading jaundis turun dengan agak cepat. Dari bacaan 23 pada hari pertama, by the time hari ke-3, reading dah turun sampai 11, dan dibenarkan discharge. Mungkin sebab Raees sangat kuat menyusu. Susu badan memang ubat jaundis sebenarnya. Dan ibu kene ambil makanan seimbang ye.



Feeras Bebas Jaundis

Disebabkan pengalaman yang lalu, masa bersalin anak yang keempat baru ni, Syed Feeras, saya sendiri dah standby kalau-kalau Feeras juga kena jaundis macam abang-abangnya. Hari pertama Feeras lahir, terus buat insurans dan make sure medical card dah ready.

But Amazingly, Feeras BEBAS JAUNDIS!!!! Syukur alhamdulillah. Sampai sekarang saya macam confuse. Macam mana, dan apa yang saya makan, apa yang saya buat sampai Feeras tak kena jaundis. Sejujurnya saya pun tak tau. 

Baby Feeras umur 6 hari. Rileks dengan mami di rumah. Mami dapat berpantang dengan tenang. Takde kalut-kalut macam abang-abangnya dulu. Syukur alhamdulillah.


Semasa Hamil

Cuma seingat saya, sepanjang pregnant Feeras , saya konsisten consume Set Hamil Shaklee sejak dari awal kehamilan dan saya ambil FULLSET. Saya tak ambil langsung vitamin hospital. 

Even gynae saya sendiri tak prescribe vitamin hospital sebab saya bagitau saya dah ambil Prenatal Set Shaklee. 


Gynae saya memang support saya ambil Shaklee. Saya checkup dengan Dr. Zunita dari Tunku Azizah Women and Children's Hospital. Beliau sendiri kata prenatal set Shaklee ni memang dah cukup lengkap dengan segala keperluan nutrisi bagi ibu hamil dan juga baby dalam kandungan. 

Wow! Susah tau nak jumpa doktor yang tau pasal nutrisi ni. Dr. Zunita memang best! Even beliau sangat supportive dan informative. Setiap kali checkup, memang kami selalu sembang panjang.

Anda boleh baca kisah aktiviti harian saya ketika hamil di sini (sila klik link di bawah). 
TIPS HAMIL SIHAT DAN CERGAS BAGI IBU YANG BERUMUR 35 TAHUN KE ATAS



Satu lagi yang saya ingat, masa pregnant Feeras, saya banyak makan buah-buahan.  Kalau sehari tak dapat makan buah, aduhai, tekak macam rasa lain macam. Wajib ada buah. Epal tu sehari sebiji mesti makan at least.





Satu lagi buah ANGGUR. Boleh kata hari-hari saya makan anggur. Habis je, restok, habis je restok. Pastu kalau beli, bukan reti nak beli sikit, memang borong. Siap macam-macam jenis anggur. Suka tengok colorful camni.





Itu BEZA mengandung FEERAS dengan abang-abangnya. Mengandung abang-abangnya dulu, saya memang tak kenal Shaklee lagi, so memang tak pernah consume Set Hamil Shaklee.

Dan pregnant sebelum ni tak berapa makan buah-buahan. Even rasanya memang tak makan buah pun kot.


Selepas Bersalin

Disebabkan pengalaman lalu, saya pastikan semasa pantang, saya cuba elak perkara yang boleh menyebabkan berlaku peningkatan bilirubin. Dan saya pastikan saya buat semua perkara yang boleh bantu untuk menurunkan kadar bilirubin.

Saya pastikan saya ambil Set Bersalin Shaklee. FULLSET ye! Bukan basic. Takde istilah set basic pada saya sebab semua nutrien dalam set ni adalah SANGAT PERLU bagi semua ibu lepas bersalin. Kalau masa lepas bersalin Raees dulu saya ambil 4 jenis je, kali ni saya ambil semua sekali.  



Mommies, JANGAN sekali-kali ambil JAMU ye! Hati bayi belum cukup matang untuk memproses herba dan ubatan tradisional yang akan menyebabkan terjadinya penyakit kuning.

Saya ada terbaca untuk turunkan jaundis baby, kene jemur kat matahari supaya baby dapat Vitamin D. Memang kali ni saya make sure tiap-tiap hari jemur Feeras kat tepi-tepi balkoni dan tingkap bilik. 

Bukan jemur straight ye, cukup sekadar baby dapat sedikit CAHAYA MATAHARI antara jam 8.30 pagi hingga 10 pagi.

Dari segi nutrisi, So saya pastikan saya consume OSTEMATRIX dan tak boleh miss. WAJIB ambil setiap hari sebab dalam Oste ni ada Vitamin D. Bukan sahaja mampu menguatkan tulang dan gigi ibu dan bayi, tapi boleh supply Vitamin D.
Dari segi pemakanan, ELAKKAN HALIA dalam menu berpantang. Dikhuatiri akan meningkatkan kadar bilirubin. 

Menyusu bayi dengan SUSU IBU SAHAJA. Menyusu dengan kerap. SETIAP 2 JAM wajib menyusu ye. Lagi kerap lagi bagus. Insyaallah, dengan kekerapan menyusu ni, takkan ada masalah tak cukup susu.

Alhamdulillah, semua usaha ini, dengan izin Allah, Feeras bebas dari jaundis. Macam tak percaya pun ada. Sampai mak saya pun kagum sat. Maklumlah, cucu-cucu sebelum ni semuanya kuning. Tapi cucu yang ni, rilek je. Saya berpantang kali ni pun lebih santai dan tenang. Syukur sangat-sangat.

So, mommies, especially yang berdarah O macam saya ni, boleh cuba semua tips yang saya share ni ye. Insyaallah, baby you all tak kena kuning. Percayalah......hihihi.....

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga tersayang?
Hubungi saya untuk:

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...