Follow Us @kamharyatie

Tuesday 11 July 2017

JANGAN BUAT KERJA ALLAH



 

Masa saya pergi Kelas Fardhu Ain untuk anak istimewa dulu, Ustaz pesan berkali -kali, jangan buat kerja Allah, jangan buat kerja Allah. Nanti seluruh hidup kita akan tertekan.
.
Apa maksud jangan buat kerja Allah?

Contoh 1. Saya yang ada anak autism dan speech delayed. Macam-macam cara kami ikhtiar. Buat macam-macam jenis terapi. Bukan Qhalish je kena belajar, saya sendiri pun kene belajar cara macam mana cara nak ajar. Dan kita buat, serta amalkan.
.
Kita buat macam-macam target. Dalam tempoh sekian-sekian waktu, sepatutnya dia dah boleh bercakap certain words. Tapi, end up, bila sampai target masih belum berhasil. Lepas tu kita yang stress.
.
Inilah maksudnya kita buat kerja Allah. Yang akan membolehkan dia bercakap, to achieved certain target, bukan kita. Tapi itu adalah kerja Allah. Kerja kita adalah ikhtiar sehabis baik tanpa jemu. Selebihnya kita berdoa, dan berserahlah pada Allah.

Contoh 2
. Kita ajar anak subjek matematik. Jenuh ajar, tapi tak faham-faham. End up, kita rasa marah dan stress sebab anak tu tak faham-faham apa yang kita ajar. Sudahnya anak tu yang kita marah, yang kita salahkan, kadang sampai anak tu menangis, sampai fobia nak buat homework.
.
Sebab apa kita marah? Sebab kita cuba buat kerja Allah. Yang akan bagi dia faham, bukan kita. Tapi, Allah sahaja yang berkuasa untuk bagi dia faham. Tugas kita adalah mengajar tanpa jemu. Kalau dia tak faham cara A, kita try ajar cara B. Tak faham jugak, try ajar cara C.

Contoh 3. Kita buat bisnes. Persaingan banyak. Kita stress tengok orang lain dapat jual banyak tapi takde orang nak beli dengan kita. Bila kaji balik, blog tak update, info produk pun tak tahu, solat wajib culas-culas, solat dhuha pun malas, celah mana nak dapat sales?
.
Hati manusia milk Allah. Hanya Allah sahaja yang berkuasa untuk menggerakkan hati-hati manusia untuk pilih yang mana. Untuk memenangi hati manusia, menangi Si Pemilik Hati terlebih dahulu.

Ini yang kita selalu belajar dari kecik. Konsep tawakal pada Allah. Iaitu bergantung dan menyerah diri kepada ALLAH. 
.
Namun konsep tawakal dalam Islam meliputi aspek hati dalam meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepada ALLAH serta ikhtiar atau usaha yang dilakukan manusia yang harus bergerak seiring. Bukannya hanya duduk mengharap tanpa berusaha.
.
Kita perlu menyusun dan mengatur persiapan, persediaan, strategi dan daya usaha dan akhirnya, kita serahkan hasilnya kepada Allah SWT. Sikap sentiasa bergantung dan memusatkan segala aspek kehidupan hanya kepada ALLAH, akan menjadikan kita sentiasa positif dalam kehidupan.
.
Percayalah, Allah tak pernah sia-siakan harapan dan usaha setiap hambaNya. Tetapi Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan memenuhi doa orang yang berputus asa.

DUIT - Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal. Apply semua ini dalam semua urusan hidup kita di dunia. Berjaya atau tidak, serah sahaja pada Allah. Dia lebih mengetahui mana yang terbaik. Jika kena dengan caranya, pasti akan ada hasilnya. Insyaallah.




 



No comments:

Post a Comment