Follow Us @kamharyatie

Saturday 21 March 2020

Peristiwa Israk Mikraj

Saturday, March 21, 2020 0 Comments
 
 
Peristiwa Israk Mikraj terjadi pada 27 Rejab tahun 622 Masehi. Masa tu Nabi Muhammad SAW berumur 52 tahun. Ia bermula dari selepas tengah malam sehingga menjelang subuh.

Sebelum peristiwa ni berlaku, Rasullulah berada dalam keadaan bersedih apabila:
  1. Isteri kesayangan Baginda Siti Khadijah meninggal dunia.
  2. Bapa saudara Baginda Abu Thalib pun telah meninggal dunia
  3. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.
Untuk menghilangkan kesedihan tersebut Allah SWT menggembirakan Baginda dengan peristiwa Israk dan Mikraj. 
 
Israk bermaksud perjalanan Rasullulah SAW ke Baitullah, Mekah dan Baitulmaqqadis Palestin.
 
 

Peristiwa Luar Biasa

Baginda menunggangi seekor binatang bernama Buraq, binatang dari Syurga. Malaikat Jibril dan Milkail memimpin perjalan tersebut. Sebelum sampai ke Baitulmaqqadis mereka akan berhenti pada empat tempat.

1. Tempat pertama: Kota Thoibah (Madinah) - Baginda menunaikan solat sunat disini.

2. Tempat kedua: Madyan - Baginda menunaikan solat sunat berdekatan dengan sebatang pokok tempat Nabi Musa AS berteduh.

3. Tempat ketiga: Bukit Thursina - Baginda menunaikan solat sunat pada tempat Nabi Musa AS berbicara dengan Allah.

4. Tempat ke empat: Baitul Laham - Tempat nabi Isa AS dilahirkan. Baginda SAW menunaikan solat sunat di situ.

 
Mereka tiba di Baitul Maqdis, Rasullulah SAW menambat Buraq di pintu Masjidil Aqsa. Baginda masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat jemaah bersama para nabi dan Rasul.

Kemudian di bawa turun Mikraj (anak tangga) dari Syurga Firdaus. Lalu Banginda dan malaikat Jibril menaiki tangga tersebut untuk naik ke atas langit. Pada setiap langit Baginda SAW bertemu dengan..

Langit pertama (1) Nabi Adam AS

Langit kedua (2) Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS

Langit ketiga (3) Nabi Yususf AS

Langit keempat (4) Nabi Idris AS

Langit kelima (5) Nabi Harun AS

Langit keenam (6) Nabi Musa AS

Langit ketujuh (7) Nabi Ibrahim AS


Kemudian Baginda naik berseorangan ke Sidratul Mutaha (atas langit ketujuh). Di sini lah Baginda menerima perintah solat fardu. Pada mulanya solat 50 waktu sehari semalam.

Namun telah dikurang menjadi 5 waktu sehari semalam. Setelah itu Banginda turun bersama Jibril ke Baitulmuqaddis. Kemudian Baginda pulang menaiki Buraq, lalu pulang semula ke Baitullah, Mekah.

Peristiwa ini juga ada dalam Al Quran surah Al Israa' 1 seperti berikut..

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
(Al-Quran Surah Al Israa' 1)
 
 

Pengajaran dari kisah Israk Mikraj

Status ibadah solat, disisi Allah S.W.T adalah perkara utama dalam ibadah. Dengan berdirinya solat, maka tegaklah agama. Namun apabila meninggalkan solat, maka runtuhlah agama. Hadis daripada Umar al-Khattab R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:

Solat itu adalah tiang agama. Barang siapa yang mengerjakannya, bererti ia menegakkan agama, dan barang siapa yang meninggalkannya, bererti ia telah merobohkan agama.
(Riwayat al-Baihaqi)

Ibadah solat pada mulanya difardhukan sebanyak 50 kali solat, siang dan malam. Rasulullah S.A.W berulang kali mengadap Allah S.W.T untuk memohon supaya diringankan. Allah S.W.T memperkenankan permintaan Baginda dengan mengurangkannya kepada 5 kali sahaja. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
Wahai Muhammad, itulah solat lima kali, setiap siang dan malam. Pada setiap sekali daripadanya, dikira sepuluh. Jika 5 kali, maka ia menjadi 50 solat
Ini menunjukkan bahawa solat itu hebat statusnya, iaitu hebat cara menyampaikannya kepada Rasulullah S.A.W, malah hebat juga cara melakukannya. Allah S.W.T menilai seseorang Islam sama ada baik atau tidak, melalui amalan solatnya. Amalan yang akan dihisab terlebih dahulu di hari akhirat kelak adalah amalan solat. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Persoalan pertama yang akan ditanya (dipertanggungjawabkan) kepada manusia di hari akhirat ialah solat. Apabila solatnya dapat diterima (oleh Allah), makan akan diterima seluruh amalannya, dan sekiranya solatnya ditolak (oleh Allah), makan akan ditolak seluruh amalannya
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Hadis ini memberi pengajaran kepada kita bahawa sekalipun seseorang itu melakukan puasa Ramadhan, membayar zakat, menunaikan haji, bersedekah kepada fakir miskin, berjasa besar kepada bangsa dan negara, namun jika tidak mengerjakan solat atau melalaikannya, maka seluruh amalan kebaikannya akan ditolak oleh Allah S.W.T.

Jadi, jangan tinggal solat ye. Jaga solat kita,solat juga di awal waktu. Allah pasti akan pelihara seluruh kehidupan kita.

Semoga bermanfaat dan untuk renungan kita bersama.

~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 

Thursday 12 March 2020

Testimoni ResV

Thursday, March 12, 2020 0 Comments
Ramai yang tahu manfaat Polifenol dan Resveratrol yang terdapat di dalam Vivix dan ResV. Dari segi testimoni, memandangkan ResV baru sahaja mula dijual pada bulan Mac 2020, jadi saya reveal dahulu kompilasi beberapa testimoni mereka yang mengamalkan ResV dalam tempoh kurang dari 1 minggu.

ResV mempunyai bukti saintifik dan kajian makmal yang menunjukkan gabungan Resveratrol dan Polifenol akan menghasilkan lebih mitokondria pada tahap selular. Ini bermakna, anda akan merasai tahap tenaga  badan anda pada tahap yang luar biasa. 

More mitochondria = more energy.











Amacam? Bagi anda yang ada masalah kerap letih, memang wajib consume ResV. Rasa sendiri tahap keberkesanannya. Jangan lupa ye bulan ni ada promotion ResV.




Boleh contact saya kalau perlukan bantuan order dan juga product consultation.

~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~

Berminat untuk mendapatkan ResV sekarang?
Anda boleh dapatkan secara online di sini:

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=4f7127cb2615c3119d5401089185c7cc
 Atau
 Jika anda perlukan maklumat lebih lanjut, sila hubungi saya! 
Saya akan bantu anda. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 

Tuesday 10 March 2020

Soalan-Soalan Lazim Tentang ResV

Tuesday, March 10, 2020 0 Comments
 
Di sini saya senaraikan soalan-soalan lazim tentang Resv sebagai panduan untuk anda.


 
 

  





~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~

Berminat untuk mendapatkan ResV sekarang?
Anda boleh dapatkan secara online di sini:

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=4f7127cb2615c3119d5401089185c7cc
 Atau
 Jika anda perlukan maklumat lebih lanjut, sila hubungi saya! 
Saya akan bantu anda. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!!