Follow Us @kamharyatie

Saturday 30 August 2014

Thursday 28 August 2014

PENTING!!! SHAKLEE MEMUDARATKAN KESIHATAN

Thursday, August 28, 2014
Assalamualaikum semua pembaca budiman,

Kita selalu sangat dengar produk-produk Shaklee ni dah banyak selesaikan masalah kesihatan ramai orang. 1001 masalah, semua berjaya diselesaikan, dan Shaklee telah banyak membantu ramai orang menjalani kehidupan dengan lebih sihat, lebih ceria dan lebih bahagia.

Tapi, dalam ramai-ramai tu, anda tahu tak, sebenarnya produk Shaklee juga boleh memudaratkan kesihatan. Yang boleh menyebabkan condition seseorang tu menjadi lebih teruk.  Saya mohon semua pembaca atau kepada sesiapa yang ingin mencuba sebarang produk Shaklee, sila baca penerangan di bawah. 



Ini SANGAT PENTING. Jika anda tergolong di dalam golongan di bawah, berhati-hati sebelum anda mengambil produk Shaklee. 

1) SLE
– Penghidap SLE TIDAK BOLEH mengamalkan supplemen Alfalfa dan juga Vitalea. Dalam Vitalea juga mengandungi sedikit campuran Alfalfa. Jika anda mahu juga mengambilnya sebagai Multivitamin dan Multimineral anda, anda perlu mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

2) G6PD
– Bagi anda yang menyusukan anak dan anak anda mengalami masalah G6PD, anda juga TIDAK BOLEH mengambil supplemen Alfalfa. Anda boleh menggantikan Alfalfa dengan supplemen yang lain untuk alternative kepada milk booster.

3) THALASEMIA
– Pengambilan iron yang berlebihan oleh pesakit thalasemia boleh memudaratkan diri mereka. Jadi, pesakit thalasemia TIDAK BOLEH mengambil supplemen Vitalea kerana Vitalea telah diformulasikan dengan tambahan IRON di dalamnya.

4) HYPERTHYROID
– Pesakit Hyperthyoid tidak digalakkan mengambil iodine kerana kandungan iodine mereka yang sudah tinggi di dalam darah. Jadi supplemen yang TIDAK BOLEH diambil ialah Vitalea kerana di dalam Vitalea ada kandungan IODINE dan juga supplemen Alfalfa

5) HYPOTHYROID
– Pesakit Hypothyroid pula TIDAK BOLEH mengambil ESP kerana boleh menyebabkan kekurangan rembesan hormon thyroid dan tidak digalakkan mengambil Carotomax sebab hormon thyroid diperlukan untuk tukar beta-corotene kepada vitamin A. Jadi, ia tidak memberikan apa-apa manfaat kepada pesakit.

6) GOUT
- Pesakit Gout tidak boleh mengambil makanan-makanan yang mengandungi kandungan asid yang tinggi. Contohnya kekacang. Jadi, pesakit gout TIDAK BOLEH mengambil ESP dan Lecithin kerana kedua-duanya berasaskan soya.

Pastikan anda maklumkan dahulu sejarah latar belakang kesihatan anda jika mempunyai penyakit yang berkaitan supaya senang untuk kita memberikan cadangan vitamin atau supplemen yang sesuai untuk permasalahan anda dan mengelakkan vitamin-vitamin yang tidak sesuai untuk anda.

Ramai yang dah tahu, semua produk Shaklee adalah 100% dihasilkan daripada sumber makanan semulajadi. So bila kita makan, ia akan bertindakbalas dengan badan kita supaya tubuh kita sendiri yg sembuhkan sesuatu penyakit, bukan Shaklee.

Darah manusia adalah berbeza-beza. Ada A, B, O, AB. Ada positif ada negatif, Ada juga yang berasid dan alkali. Sebab tu setiap manusia, penerimaan sesuatu bahan atau makanan terhadap tubuh badan masing-masing juga adalah berbeza.




Contoh paling mudah, UDANG. Ramai org makan udang ok. Makanan favorite pula tu. Tapi ada org makan udang, tak pasal-pasal jadi bengkak badan, ini namanya alergi. So adakah kita nak summarize kan udang tu membahayakan kesihatan? Ia hanya akan membahayakan kesihatan bagi mereka yang alah pada udang sahaja, tidak pada orang lain.



Satu lagi contoh, NASI. Kalau makan berpatutan, memang baik untuk kesihatan. Tapi kalau berlebihan makan nasi, badan boleh gemuk. Org biasa boleh makan nasi banyak. Kalau orang yg dah ada diabetes makan nasi dalam kuantiti yang banyak boleh membahayakan kesihatan. So adakah kesimpulannya nasi tu bahaya di makan?

Macam tu lah juga vitamin Shaklee. Sebab tu kita kena makan ikut sukatan yang sesuai dengan keperluan tubuh badan kita. Dan memang tak semua vitamin sesuai untuk semua orang. So kena try dulu baru tahu.


SHAKLEE JUGA SEBAGAI PENAWAR ALTERNATIF 


Tahukah anda, terdapat produk Shaklee yang boleh membantu dalam mengurangkan masalah-masalah penyakit yang disebutkan di atas? Jom kita tengok suplemen Shaklee yang mana disarankan untuk diambil bagi setiap jenis penyakit tersebut.

1) SLE
– Pesakit SLE disarankan untuk mengamalkan VIVIX
- Penerangan lanjut tentang SLE dan Vivix dan testimoni pesakit SLE (sila klik).

2) G6PD
– Semua produk Shaklee kecuali Vitalea dan Alfalfa. Pesakit G6PD juga memerlukan suplemen untuk memastikan tubuh badan sentiasa mendapat nutrisi yang lengkap sama seperti orang biasa.

3) THALASEMIA
–Cadangan suplemen Shaklee
- B-Complex, ESP, Ostematrix, Vita-E Complex

4) HYPERTHYROID
– Set Hyperthyroid Shaklee
-  Vita-E Complex, Vita-C Plus Sustained Release, ESP, Ostematrix

5) HYPOTHYROID
– Set Hypothyroid Shaklee 
-  Vita-E Complex, Vita-C Plus Sustained Release, Vitalea, Ostematrix

6) GOUT
- Pesakit gout disarankan untuk mengambil Set Gout 
- Terdiri daripada Omega, Alfalfa, Performance Drink
- Penerangan lanjut tentang Set Gout Shaklee dan testimoni pesakit gout (sila klik)


Diharap anda faham dan jelas dengan penerangan ini. Jika ada di kalangan anda, rakan-rakan atau saudara-mara yang menghidap penyakit di atas, saya sentiasa doakan agar anda sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Elakkan yang sepatutnya dielak, dan cubalah pelbagai rawatan alternatif yang ada sebagai penawar.

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat kepada anda, sila tekan LIKE dan panjangkan kepada rakan-rakan yang lain. 
 
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION 
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Monday 18 August 2014

KERANA DIA....

Monday, August 18, 2014
Semua ini adalah kerana dia. Semua ni angkara dia. Ya! Semua sebab dia! Takde sebab lain, melainkan dia! Saya rasa menyesal kerana terlewat mengenali dia. Mengenali dengan lebih mendalam. Saya kenal dia agak lama dan saya sudahpun bersama dia sebenarnya. 

Tapi kerana jahil, dan kerana tiada siapa yang beritahu saya tentang dia dengan lebih jelas, dengan lebih mendalam, saya biarkan dia begitu sahaja. Setelah saya kenal dia dari luar dan dalam, baru sekarang saya merasainya. Terlalu banyak kesan sampingan yang saya alami disebabkan dia.


KERANA DIA....SAYA.... 

# Kerana dia, saya berjaya melengkapkan penyusuan susu ibu sehingga 3 tahun untuk anak saya yang ketiga (jemput baca kisah selanjutnya di sini)
# Kerana dia, saya dapat menjalani tempoh berpantang dengan cergas dan sihat, luka bersalin juga sembuh dengan cepat (jemput baca kisah selanjutnya di sini) 
# Kerana dia, saya mula faham tentang gaya hidup sihat dan apa itu maksud makanan sunnah yang sebenar
# Kerana dia, saya telah terjebak di dalam alam perniagaan walaupun sebelum ini saya tak pernah tau tentang berniaga dan tak pernah terfikir untuk berniaga (jemput baca kisah selanjutnya di sini) 
# Kerana dia, saya dapat menjana side income 5 angka setiap bulan, 3 kali ganda melebihi gaji tetap dan sekaligus meningkatkan taraf kehidupan saya dan keluarga dan ramai orang di luar sana (jemput baca kisah selanjutnya di sini) 
# Kerana dia, saya menjadi semakin dekat dengan Allah, saya semakin yakin dengan statement WHEN YOU GIVE, YOU GET BACK MORE, kerana saya sendiri telah mengalaminya  (jemput baca kisah selanjutnya di sini)
# Kerana dia, saya mula sedar betapa LUASnya REZEKI ALLAH di atas muka bumi ini, sebab masa join Shaklee dulu, dah melambak orang yang join, tapi kerana yakin, saya masih mampu berjaya
# Kerana dia, saya mula faham, hanya ALLAH yang pegang hati-hati setiap manusia, yang membuatkan saya mampu bangkit semula seandainya saya tidak berjaya close deal dengan customer dan saya pasti Allah sebenarnya telah merancang untuk menghantar yang terbaik untuk saya
# Kerana dia, saya dapat menyentuh hidup ramai orang, membantu menyelesaikan masalah kesihatan ramai orang, dan dapat menambah nilai hidup ramai orang
# Kerana dia, saya dapat berkongsi banyak ilmu dunia & akhirat dengan anak-anak buah saya dan kami semua sama-sama amalkan (jemput baca kisah selanjutnya di sini) 
# Kerana dia, saya dapat mengenali JUTAWAN-JUTAWAN ISLAM yang cukup hebat, saya sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa positif, dan aura jutawan dan positif itu meresap masuk ke dalam diri saya
# Kerana dia, saya mula mengamalkan solat dhuha dan tahajud dan juga amalan-amalan rohani yang membuka pintu rezeki dengan seluas-luasnya. 
# Kerana dia, saya dapat banyak ilmu, tips dan rahsia perniagaan dari barisan leaders, rahsia yang ramai orang tak tahu (jemput baca kisah selanjutnya di sini) 
# Kerana dia, sekarang tiap-tiap bulan, loan kereta dia yang bayar (jemput baca kisah selanjutnya di sini)
# Kerana dia, saya tahu membezakan antara vitamin semulajadi dan vitamin sintetik (jemput baca kisah selanjutnya di sini)
# Kerana dia, saya menjadi seorang yang lebih penyabar, sebab dulu saya seorang yang cepat marah
# Kerana dia, saya mula belajar untuk sentiasa memaafkan orang lain, kerana dulu saya seorang pendendam
# Kerana dia, saya mula menghargai segala ujian dan dugaan yang saya terima di dalam hidup saya, kerana saya yakin, kita diuji kerana Allah sayangkan kita 
# Kerana dia, saya telah berjaya memperbetulkan niat utama berniaga bukan semata-mata untuk menambah pendapatan atau menjadi kaya, tapi kerana ingin menyelesaikan masalah ramai orang dan juga menambah nilai hidup ramai orang. (jemput baca kisah selanjutnya di sini)
# Kerana dia, saya dapat membantu menyelesaikan masalah anak-anak sahabat saya yang menghadapi masalah sembelit (jemput baca kisah selanjutnya di sini)
# Kerana dia, saya faham kenapa jika kita ingin berniaga, MESTI ada mentor dan perniagaan yang terbaik adalah yang dilakukan secara berjemaah dan support group yang cukup kuat, bukan berniaga sorang-sorang  (jemput baca kisah selanjutnya di sini) 
# Kerana dia, saya mula faham kenapa perlunya TARGET dan PLAN di dalam kehidupan kita
# Kerana dia, saya menjadi seorang yang cukup menghargai masa, saya menjadi seorang yang mampu melakukan banyak perkara yang bermanfaat pada setiap hari
# Kerana dia, saya sekarang telah menjadi seorang blogger dan saya tahu tips dan rahsia menulis dengan baik 
# Kerana dia, saya telah mendapat ramai sahabat yang baik-baik yang sama-sama menarik kita untuk melakukan kebaikan, sahabat adalah cermin diri kita 
# Kerana dia, saya sekarang mampu menyediakan suplemen dan makan tambahan yang terbaik untuk seluruh ahli keluarga saya secara percuma
# Kerana dia, saya mampu beri wang saku untuk kedua-dua mak dan juga mak mertua saya setiap bulan, sebelum ni tak pernah lagi beri pada mak mertua, tapi sekarang setiap bulan saya beri dan jumlahnya sama seperti saya beri pada mak saya
# Kerana dia, saya mula belajar untuk istiqomah bersedekah setiap hari, sebelum ni jarang bersedekah, bila ada orang minta baru bagi, sekarang konsisten malah 'terpaksa' mencari tempat untuk bersedekah kerana saya diajar untuk mengagihkan 10% bonus yang diterima setiap bulan khas untuk zakat dan juga sedekah

KERANA DIA...ANAK-ANAK SAYA.....

# Kerana dia, anak-anak saya mendapat khasiat dan nutrisi lengkap, yang menjadikan sistem imun anak-anak saya semakin kuat, sentiasa sihat dan jarang terkena demam atau jangkitan selsema (jemput baca kisah selanjutnya di sini)
# Kerana dia, eye contact anak istimewa saya semakin baik dengan pengambilan OmegaGuard (jemput baca kisah selanjutnya di sini)
# Kerana dia, anak-anak saya mendapat pendidikan awal dengan sempurna, tidak menghadapi sebarang masalah kewangan untuk hantar mereka untuk extra learning seperti kelas berenang, dan juga terapi untuk anak istimewa saya (jemput basa kisah selanjutnya di sini)


KERANA DIA....ABAH SAYA...

# Kerana dia, abah saya dah mula sedar tentang kepentingan mengambil suplemen yang berasaskan semulajadi, sebelum ni bapa saya hanya mengambil suplemen sintetik yang boleh diambil secara percuma dari hospital 
# Kerana dia, abah saya boleh menerima hakikat bahawa anak bongsu kesayangannya terpaksa berhenti kerja kerana berjaya membuat jualan RM1juta dalam tempoh 9 bulan, dan menggenggam income bulanan 10 kali ganda dari kerja makan gaji 


KERANA DIA...MAK SAYA...

# Kerana dia, sakit lutut mak saya sembuh sepenuhnya (jemput baca kisah selanjutnya di sini)
# Kerana dia, kadar kolesterol mak saya turun dari paras bahaya ke paras normal
# Kerana dia, mak saya semakin hari semakin sihat dan cergas, walaupun umur mak saya telah mencecah 64 tahun, tapi ligatnya seperti orang muda berumur 30an
# Kerana dia, mak saya sekarang dapat beribadah dengan lebih sempurna dan masih mampu menggembirakan dan menyampaikan hajat ramai orang di luar sana untuk merasa keenakan kuih koci nya.


KERANA DIA...BIBIK SAYA....

# Kerana dia, bibik saya mula mengenali apa itu makanan tambahan
# Kerana dia, bibik saya sekarang semakin sihat dan mampu menjalankan tugas sebagai pembantu dengan baik, menjalankan kerja-kerja rumah dan menjaga anak-anak saya dengan sempurna
# Kerana dia, luka berlubang operation bibik saya sembuh dengan begitu cepat (jemput baca kisah selanjutnya di sini)
# Kerana dia, bibik saya dapat extra income setiap bulan selain dari gaji bulanan, hasil dari rezeki perniagaan saya setiap bulan
# Kerana dia, bibik saya tidak perlu membayar kos rawatan hospital dan operation yang beliau hadapi satu ketika dahulu (jemput baca kisah selanjutnya di sini)


KERANA DIA...RAKYAT MALAYSIA...

# Kerana dia, rakyat Malaysia mula sedar tentang ASAS PERUBATAN YANG SEBENAR ADALAH DARIPADA MAKANAN, BUKAN DARI UBAT-UBAT HOSPITAL yang mengandungi dadah yang merbahaya
# Kerana dia, ramai rakyat Malaysia yang menghadapi masalah kesihatan kronik, berjaya pulih dan secara perlahan-lahan mengurangkan dos pengambilan ubat-ubatan yang banyak memberi kesan sampingan
# Kerana dia, ramai perokok tegar telah berjaya berhenti merokok dengan jayanya, dan menggembirakan hati para isteri dan membuatkan seluruh keluarga lebih bahagia
# Kerana dia, ramai para wanita pulih dari masalah senggugut yang teruk dan  berjaya memperbetulkan kitaran haid dengan sempurna 
# Kerana dia, ramai pasangan suami-isteri yang telah lama berkahwin berjaya mendapat zuriat 
# Kerana dia, ramai ibu-ibu berjaya menjadi jutawan, samada yang bekerja ataupun seorang suri rumah



SIAPAKAH DIA? 

DIA adalah SHAKLEE, dan DIA juga adalah EMPAYAR MARIA FIRDAUS

Semua ini adalah kerana saya menyertai Shaklee di bawah bimbingan Empayar Maria Firdaus.

Dan semua ini berlaku adalah SEMATA-MATA DENGAN IZIN ALLAH. Syukur....

Semuanya bermula dari sini... bermula dari ebook SORRY BOSS!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA. Jika anda masih belum membaca ebook ini, saya sarankan, cepat-cepat lah anda download dan baca dengan tenang. 

Semoga anda mendapat manfaat, di dunia, dan juga di akhirat. Anda takkan pernah menyesal membaca ebook ini, tapi anda akan menyesal jika tidak membacanya. Percayalah.....Suatu hari nanti, anda akan rasa bersyukur yang tidak terhingga kerana anda mula bertindak sekarang.


http://ebookniaga.com/sorryboss/kamharyatie

* Jika anda rasa kisah KERANA DIA ini bermanfaat untuk anda dan orang lain, sila klik LIKE button di bawah. Semoga ianya akan menjadi ilmu yang bermanfaat dan pencen kubur kita semua. Amin.

Empire Maria Firdaus
The Most Happening Shaklee Team in Malaysia

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION 
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Wednesday 13 August 2014

Tips Capai 5A Di Dalam UPSR - Koleksi Kertas Soalan Percubaan UPSR Peringkat Negeri

Wednesday, August 13, 2014
Assalamualaikum,

Saya doakan semua pembaca blog Mommy Shahab sentiasa sihat di bawah lindungan rahmat Allah. Harini nak bagi tips bagaimana untuk dapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR. 


Semalam kakak saya datang rumah membawa 'tentera' nya seramai 9 orang. Hehehe....Kakak saya Kam Rafidah ada 9 orang anak, sorang ibu muda yang cukup hebat di mata saya. Zaman sekarang susah nak cari orang yang ada anak seramai ini. Betul-betul memerlukan tahap kesabaran yang cukup tinggi.

Semasa kami berborak-borak, saya nampak anak buah saya yang sulung, Wijdan Syukran keluarkan buku dan terus buat homework. Terus saya tegur dia, "Rajinnya Syukran buat homework". Syukran jawab "Syukran kan nak UPSR".

Owh! Baru saya perasan yang anak buah saya ni bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada 9 September 2014. Tiba-tiba abah saya pula tegur. "Syukran kene cari soalan-soalan UPSR tahun-tahun lepas, lepas tu praktis selalu. Selalunya soalan lebih kurang je". 

Untuk kali ni, saya nak kongsi dengan anda, koleksi kertas soalan percubaan UPSR bagi peringkat negeri untuk tahun 2014 dan juga soalan tahun-tahun lepas. Biasanya soalan percubaan lebih susah dari soalan sebenar. Jika mereka boleh menjawab soalan-soalan percubaan ini, Insyaallah mereka akan berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan sebenar nanti.

Sila klik di link berikut: 

 



Cadangan saya, kita support anak-anak kita, anak-anak buah, adik, atau anak jiran untuk buat latih tubi ini berulang-ulang hingga hari peperiksaan. Sebelum menjelang peperiksaan,  kita didik mereka untuk memohon maaf kepada kedua ibu bapa, adik beradik, atuk nenek dan seluruh ahli keluarga. Juga mohon doa dari ibu bapa dan seluruh ahli keluarga untuk kejayaan mereka.

Sebelum kakak saya pulang semalam, Syukran mengambil peluang untuk bersalam dengan kami semua, atuk, wan, pak long, pak lang, mak lang, pak teh, mak teh, termasuklah bibik saya, sambil berkata "Syukran mintak maaf zahir dan batin, doakan Syukran dapat jawab semua soalan dan dapat 5A". Saya pula yang sebak. Sama-sama kita doakan kejayaan Syukran dan semua calon UPSR.




* Sila dapatkan Ebook Rahsia Pelajar Cemerlang di www.rahsiapelajarcemerlang.com
* Hj Mohd Firdaus Mat Saad, selaku Jurulatih Pelajar Cemerlang berkongsi Formula bagaimana pelajar boleh berjaya dengan mudah dan terbukti berkesan.


* Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk anak rakan rakan anda yang lain, sila tekan LIKE Button di bawah. Semoga ia semakin bermanfaat untuk kita semua.