Follow Us @kamharyatie

Tuesday 5 November 2013

Pentingnya Side Income!



Saya pernah cerita dalam entry sebelum ni tentang bibik saya yang kene warded sebab tangan kene operate. Dalam entry tu juga saya ada cerita sikit tentang challenge saya pada ketika itu. Tapi apa kaitan cerita tu dengan tajuk entry kali ni? Siapa yang xtau cerita detail tentang bibik saya, boleh refer dalam entry yang lepas. Sila klik di sini

Untuk pengetahuan anda, bil hospital bibik masa operation haritu mencecah RM5K. Padahal minor operation je, 3 hari 2 malam. Kalah bil saya bersalin. Sebab apa mahal? Sebab warga asing. Kalau anda di tempat saya, apa anda rasa? Lama juga saya fikir apa yang saya perlu lakukan. Banyak betul persoalan yang bermain di fikiran saya pada ketika itu. 
  • Mana nak cari duit sebanyak tu? (Saving memang la ada, tapi...)
  • Kita ke yang kena bayar bil hospital tu?
  • Kita bukannya majikan macam kompeni yang ada medical benefit untuk staff
  • Bukan bibik kena bayar sendiri ke?
  • Atau pun minta bibik bayar separuh, saya bayar separuh?
  • Ke....tolak dari gaji dia tiap-tiap bulan? 
     
Masa tu kami berdoa supaya Allah berikan petunjuk apa yang perlu kami lakukan. Dan akhirnya ini lah tindakan yang kami ambil.
Kami decide untuk bayarkan 100% bil hospital bibik sebanyak RM5K. Tapi kami tak guna pun duit sendiri dan takde keluarkan saving kami sendiri. 100% kami guna duit dari side income kami. Dan kami tak minta pun bibik untuk ganti balik. Kenapa?
Untuk pengetahuan anda, Allah telah hantarkan kepada kami seorang pembantu rumah yang baik, bertanggungjawab dan penyabar. Sepanjang hampir 5 tahun bekerja dengan kami, beliau telah menjalankan tanggungjawab nya dengan baik sekali, membantu menjaga anak-anak kami yang semuanya hero dengan penuh sabar dan kasih sayang. Beliau sendiri dah anggap anak-anak saya sama seperti cucu beliau sendiri.
Yang paling saya bersyukur adalah atas kesabaran beliau dalam membantu saya menjaga anak saya yang kedua, Syed Qhalish. Kenapa Qhalish? Qhalish adalah anak istimewa. Qhalish telah didiagose  mengalami mild autism, dan bukan calang-calang orang mampu jaga anak seperti Qhalish. Sedangkan saya sendiri sebagai ibu cukup challenge untuk jaga Qhalish. Apalagi orang luar yang tiada kaitan langsung.

Bibik yang pakai tudung purple. Masa ni g enjoy-enjoy di Legoland.




Atas dasar itu, kami rasa tak perlu lah nak berkira tentang kos perubatan hospital semua tu. Cuma kami selalu berdoa agar Allah mudahkan urusan bisnes Shaklee kami supaya kami dapat langsaikan bil perubatan bibik.



Untuk dapat income macam tu, kami kena usaha lebih sikit. Saya beritahu bibik tentang bil hospital dia. Memang dia sangat terkejut dan dia menangis. Dia minta maaf dari saya dan dia suruh saya tolak dari gaji dia. Hampir 10 bulan gaji tu! Patut ke saya buat macam tu? Saya tak tahulah kalau majikan lain macam mana. Tapi saya bagitau dia, saya takkan buat macam tu.



Saya cakap dengan bibik, takpe bik, kami akan cuba setelkan setakat mana yang kami mampu. Tapi saya dan suami akan lebih sibuk sikit dari waktu biasa sebab saya perlukan side income untuk bayar bil hospital bibik. So, bibik pun kena tolong sama-sama berdoa, dan kerja bibik pun akan semakin sibuk sebab jaga anak-anak kami ketika kami sibuk. Hehehe...kami mendapat kata sepakat dan itulah yang kami lakukan.

Alhamdulillah, pada bulan itu lah kami berjaya naik rank dengan 4 figure side income. Dan dengan bonus itulah kami langsaikan semua bil hospital bibik. Syukur kerana saya tak perlu pening-pening fikir mana nak cari duit. Erti hidup pada yang memberi. ‘The more you give, the more you get back’. Side income bulan tuh adalah rezeki bibik rupa-rupanya. Allah hantarkan kami pula sebagai perantara. 

Bulan seterusnya perjalanan bisnes Shaklee kami menjadi lebih mudah. Dan saya yakin Allah hanya menguji kami sekeluarga pada ketika itu samada kami boleh bertahan atau tidak. Ganjaran Allah hanya untuk orang-orang yang sabar. Dan saya yakin, siapa yang bersabar dengan ujian dan dugaan Allah, ganjaran yang lebih besar menanti.

Bermula dari saat itu, saya bertekad akan teruskan perjuangan dalam memberi, memberi dan memberi. Saya takkan tunggu lagi. Ilmu, sokongan, tips, panduan kepada anak-anak Shaklee saya agar mereka juga dapat merasa apa yang saya rasa. Semoga anak-anak Shaklee saya mengamalkan segala ilmu yang telah diturunkan kepada mereka dengan sebaik-baiknya.

Hidup ini sangat indah bila kita di kelilingi oleh mentor-mentor hebat dan group yang awesome. Hidup saya sangat luar biasa sekarang. Saya menjadi seorang yang lebih sabar dalam segala segi. Setiap hari saya sentiasa dikelilingi oleh aura positif dan kami sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain. Suami juga sering menyokong serta memberikan aura positif pada saya tiap-tiap hari untuk saya bersemangat lagi untuk keluar dari kepompong kehidupan yang biasa-biasa ini.

Solat dhuha dah menjadi amalan wajib kami setiap hari. Mula-mula dulu memang sedikit janggal sebab benda baru yang kita buat, selalu terlupa. Tapi saya sentiasa ada kawan-kawan yang sentiasa ingatkan. Tepat jam 9.30 pagi, mesti ada alarm dari kawan-kawan yang ajak solat dhuha. Hanya melalui whatsapp. Yang paling best, kami semua berada di tempat yang berlainan, dari KL, Terengganu, Perak, merata-rata di seluruh Malaysia. Hebatnya teknologi sekarang, hanya orang yang berfikir sahaja yang mampu menggunakannya ke arah kebaikan.

Berbalik kepada tajuk entry saya kali ini tentang pentingnya side income. Saya bukanlah pakar atau ahli ekonomi. Tapi sekurang-kurangnya dengan ilmu dan pengalaman saya selama 11 tahun bekerja (tua dah saya), saya boleh berfikir mana yang baik mana yang buruk. Saya bukan pro mana-mana parti, cuma saya boleh berfikir yang keadaan ekonomi sekarang tidak seindah yang kita sangka.
 
Ekonomi dunia semakin tercalar sekarang. Di khabarkan dalam tempoh 2 tahun akan datang, akan berlaku inflasi dan dijangka akan lebih teruk dari apa yang berlaku pada tahun 1997 dulu. Saya dinasihatkan oleh seorang sahabat yang juga financial planner tentang pentingnya side income. Kumpul duit sebanyak yang boleh sebagai persediaan. Dan itulah yang sedang kami lakukan.

Jangan jadi bodoh mengadu damba, kutuk sana kutuk sini di wall facebook anda. Buang masa semata-mata. Kita semua ada keluarga ada anak-anak, ada tanggungjawab besar yang sedang kita pikul. Bertindaklah sekarang. Jangan tunggu lagi, kalau bukan kita, siapa lagi?




Saya akan share dengan anda di dalam entry akan datang tentang 3 jenis income yang patut kita semua ada. Ilmu tu saya dapat dari sesi coaching bersama Dr. Azizan minggu lepas. Sebelum saya tulis entry tu, sila download ebook percuma ini sebagai langkah awal untuk anda faham tentang betapa pentingnya side income. Semoga bermanfaat.

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/kamharyatie