Follow Us @kamharyatie

Sunday 24 November 2013

Tiramisu Tanpa Alkohol!



Seperti yang telah dijanjikan, walaupun ambil masa sikit, Janji harus ditepati.....Saya akan share semudah yang mungkin.
 

Siapa pernah makan Tiramisu? Saya dari dulu nak buat benda alah ni tapi tak tahu camner nak buat. Last-last saya paksakan diri cari kat dalam few website, resipe tiramisu ni. Campak-campak ikut selera sendiri (biasala, orang masak ikut taste sendiri), tadaaa.....jadi pun Tiramisu.


Tiramisu, atau pronounced as 'ti-ra-mee-su' merupakan Italian dessert yang klasik. Diperbuat dengan menggunakan savioardi/lady's fingers/ sponge fingers yang dicicah dengan Espresso atau strong coffee, kemudian dicampurkan pula dengan mascarpone cream mixture dan ditaburkan serbuk koko di atasnya.....Fuhhhh terliur beb. 

Selalunya secara tradisinya, dalam tiramisu akan diselitkan alkohol ke dalam kopinya, tetapi apa yang saya kongsikan di sini mestilah takde. Terus terang, mati-mati saya ingat susah nak buat. Rupa-rupanya mudah bangat!. 

And the best thing everybody loves it. Sampai kene buat dua kali. Yang tak sangka, even pak mertua saya yang agak cerewet sebab dia jenis suka masakan tradisional pun pulun habis. 

Tapi Ini bukan pak mertua saya. Ini biras saya, Firdaus. Dia lah tukang perabis. Tengoklah liciinnnn....  

So jom tengok, camner nak buat Tiramisu ni.

Ingredients:
6 biji telur yang dipisahkan kuning & putihnya
8 sudu besar gula kaster
2 cawan kopi Espresso pekat
500g Mascarpone Cheese
250g heavy cream/double cream/whipped
cream (ikut senang nak dapat kat pasaraya)
30 Sponge Fingers/Savioardi (Ikut bekas nak buat Tiramisu tu)
Cocoa Powder (Hersey’s)
1 sudu kecil Vanilla Essence
2 sudu kecil jus lemon
Parutan sebiji lemon

 Sponge Fingers/Savioardi

 Mascarpone Cheese

Whipped Cream

Preparation:
1. Pisahkan kuning & putih telur dan letakkan dalam bekas yang berasingan.Ambil bekas kuning telur tadi kemudian campurkan gula kaster tadi dan pukul sehingga ianya sebati dan bewarna kuning pucat atau lebih dikenali sebagai zabaglione (cara sebutan kemelayuannya : sabayon). Campurkan sekali parutan lemon tadi.
2. Kemudian dengan menggunakan Double Boiler dengan low-medium heat, letakkan zabaglione tadi atas air mendidih from double boiler tadi. Kacau dalam lebih kurang 10 minit sehingga jadi pekat.

Kacau. Jangan tak kacau

3. Campurkan Vanilla Essence ke dalam zabaglione. Tinggalkan untuk disejukkan. Ingat jangan bagi bekas isian zabaglione tadi terkena dengan air panas di bawahnya sebab nanti takut zabaglione tadi akan curdle and akan membuatnya berketul-ketul. Also make sure bekas yang digunakan bukan bekas metal sebab ianya akan cepat panas.

Campurkan Mascarpone dengan Zabaglione tadi

4. Di dalam bekas yang lain, campurkan Mascarpone Cheese dengan jus lemon. Kacau hingga sebati. Campurkan zabaglione tadi ke dalam campuran Mascarpone Cheese dan kacau sekali lagi. Sekarang putarkan pula heavy cream/double cream/whip cream sehingga peaks form dan letak ke tepi. Jangan pukul lama sangat sebab nanti ianya akan bertukar menjadi butter.

5. Sekarang anda mempunyai 2 jenis krim untuk diletak sebagai sebahagian daripada layering yang akan anda buat nanti iaitu campuran  zabaglione-Mascarpone dan whip cream. Sediakan bekas empat segi dan tinggi supaya ianya boleh menampung tiramisu anda

6. Sediakan 2 cawan kopi Espresso. Ini bahagian yang a bit tricky. Anda boleh sama ada rendam Sponge Fingers anda dengan Espresso tadi dan susun dalam bekas atau susun dahulu Sponge Fingers dan direnjiskan ke atasnya Espresso tadi. Make sure semua Sponge Fingers akan dapat Espresso tadi. Jangan dibiarkan kering, kalau tidak nanti tak sedap. 

Rendam biskut dalam Espresso & susun dalam bekas

7. Selepas susun Sponge Fingers yang telah di rendam dengan Espresso, tuang setengah campuran  zabaglione tadi ke atas biskut dan ratakan. 
Susun semula Sponge Fingers ke atas whip cream untuk buat layer kedua pula.

Letak Krim atas layer biskut & Zabaglione 

8. Ulang susunan me'layer'kan biskut tadi dengan baki campuran zabaglione. Seterusnya letakkan adunan Whip Cream di atas zabaglione dan ratakan. Bila semua campuran telah disusun mengikut aturan, taburkan Cocoa Powder ke atas adunan whip cream hingga rata.

Comot sikit 

Sejukkan dengan memasukkan tiramisu yang siap tadi ke dalam peti ais. Biarkan semalaman untuk menikmati tiramisu yang sedap atleast lebih dari 2 jam. Kalau awal sangat, rasanya kurang.


 
End product

Camnie rupanya bila dah susun layer by layer

Nie akibat kalau x sabar nak makan. Kan dah kata tunggu lama sikit dalam peti ais...hehehe

Terus terang, nampak macam susah nak buat tapi sebenarnya mudah je. Banyak lagi cara untuk buat Tiramisu ni. Tapi ikut kreativiti masing-masing. Saya harap, ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang mahu membuat Tiramisu sendiri. Selamat mencuba!....

~ Daddy Shahab ~


No comments:

Post a Comment