Follow Us @kamharyatie

Saturday 2 November 2013

Rambutan Anak Sekolah



This weekend kami balik kampung PJ untuk petik buah rambutan. Mak mertua saya dah call 2-3 hari sebelum tu bagitau yang buah rambutan dah masak. Kitorang pon apa lagi, cucu-cucu pun balik lah kampung spend time dengan atuk tolong petik buah rambutan yang banyak tu. Best betul tengok buah rambutan yang merah2 dan lebat.



Tapi, apa kaitan dengan rambutan anak sekolah? Rambutan anak sekolah adalah nama salah satu jenis rambutan. Dan jenis rambutan ini lah yang di tanam di tepi rumah kampung kami. Buahnya kecil-kecil merah-merah, rasa manis, dan mudah longkah. Senang nak kopek, tak perlu guna pisau. Guna kuku je pun boleh. Jom tengok aksi anak-anak saya yang bertungkus lumus petik buah rambutan.

Raees & Dzikrie kait buah guna batang kayu. Kait punya kait, seketul 2 je yang jatuh.



Dedi & Mami tarik dahan ke bawah supaya senang petik


Sambil diperhatikan oleh bibik


Dzikrie dan Qhalish pun petik sama


 
 Syok betul Dzikrie tengok buah rambutan lebat


 
 Qhalish dari mula petik sampai ke sudah hanya gugus buah tu je yang dia pegang


Dah dapat buah apa lagi, makan laaaa....


 
Last sekali asing buah dari ranting supaya senang bawa pulang nanti. Boleh agih-agih pada jiran-jiran.

Masa dok petik-petik buah rambutan ni, saya terfikir pula nak google apa khasiat rambutan. Selama ni tak pernah ambil tahu pun. Rupa-rupanya buah rambutan ni banyak juga khasiatnya yang saya tak pernah sangka. Jom kita tengok 10 khasiat buah rambutan.


10 Khasiat Buah Rambutan

1. Untuk mengubati demam 
Untuk mengubati demam, cuci kulit buah rambutan yang telah dikeringkan sebanyak 15g. Tambahkan tiga gelas air bersih, lalu rebus sampai mendidih selama 15 minit. Setelah sejuk, tapis airnya dan minum tiga kali sehari.

2. Untuk mengubati radang usus
Untuk mengubati radang usus, cuci kulit buah rambutan anggaran 10 biji, potong-potong ikut kesukaan. Tambahkan tiga gelas air bersih, kemudian rebus sampai airnya tinggal separuh. Setelah sejuk, tapis dan minum anggaran dua kali sehari.

3. Biji rambutan untuk mengubati kencing manis
Untuk mengubati kencing manis, sangai (goreng tanpa minyak) 5 biji rambutan, lalu giling sampai menjadi serbuk. Campurkan dengan satu cawan air panas. Setelah sejuk, minum airnya sekaligus. Lakukan 1–2 kali sehari.

4. Daun rambutan untuk menghitamkan rambut
Untuk menghitamkan rambut beruban, cuci daun rambutan secukupnya lalu tumbuk sampai halus. Tambahkan sedikit air sambil dicampur rata sampai menjadi adunan seperti bubur. Perah dan tapis dengan kain bersih. Gunakan air yang terkumpul untuk membasuh rambut. Lakukan setiap hari sampai berhasil.

5. Kulit kayu rambutan untuk mengubati ruam dalam mulut (mata ikan)
Untuk mengubatinya cuci kulit kayu rambutan lebih kurang tiga ruas jari, lalu rebus dengan dua gelas air bersih sampai tinggal satu gelas. Gunakan untuk berkumur selagi airnya masih suam.

6. Sebagai sumber Diet
Setiap 100 gram rambutan mengandung 84 kalori. Jika kita mengikuti program diet 2.000 kalori, rambutan telah menyumbangkan 4.2 peratus kalori harian yang kita perlukan. Jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh adalah berbeza-beza mengikut berat badan, gaya hidup, jenis jantina dan usia.

7. Mengandungi keperluan nutrien harian kita 
Rambutan dikenali sebagai buah yang sangat rendah lemak. Sebagian besar kalori yang dimiliki oleh rambutan berasal dari karbohidrat. Institute of Medicine mencadangkan 130 gram rambutan untuk kegunaan harian kita.

8. Sumber Vitamin
Setiap 100 gram buah rambutan mengandung sekitar 40 persen dari keperluan harian vitamin C yang diperlukan oleh tubuh kita. Selain itu, isi rambutan juga mengandungi sekitar 1 peratus niacin atau juga dikenali sebagai vitamin B3.

9. Mengandungi Mineral
Rambutan sangat kaya dengan zat besi, yang diperlukan untuk mengawal kadar oksigen dalam tubuh. Zat besi membantu mencegah kelelahan dan pening kepala yang disebabkan oleh anemia. Selain itu, isi buah rambutan juga memenuhi 4.3 peratus keperluan fosfor harian pada tubuh. Fosfor membantu kesihatan buah pinggang, serta diperlukan untuk pertumbuhan, pemeliharaan, dan perbaikan semua jaringan dan sel.

10. Ubat herba
Selain manfaat gizi, rambutan juga memiliki kegunaan herba, seperti membunuh parasit usus dan mengurangkan gejala cirit birit. Bahkan, sebahagian orang juga menggunakannya sebagai ubat demam.
 Rupa rambutan anak sekolah, comel-comel. Sesuai dengan namanya. pandai orang yang bagi nama.


Rupa buah rambutan anak sekolah setelah dikopek.


Tips

Selalu orang kata jangan makan buah rambutan banyak-banyak, nanti batuk. Sebenarnya yang menyebabkan batuk bukan buah rambutan tu. Tapi kulit kayu biji rambutan yang terlekat pada isi buah. Dan sebab itu bila nak makan rambutan, kene pastikan kita pandai pilih kualiti buah rambutan terbaik iaitu yang isinya lekang dan tidak terlekat pada kulit kayu biji rambutan. Dan rambutan jenis anak sekolah adalah yang paling popular. 


Ini dia rupa kulit kayu biji rambutan


Syukur alhamdulillah mak mertua saya membuat keputusan yang bijak kerana tanam pokok rambutan jenis ini. Sampai ke cucu dapat rasa hasilnya. Inilah hasilnya bila kita berbudi kepada tanah. Rezeki yang ada ni dapat diagih-agihkan.



No comments:

Post a Comment