Follow Us @kamharyatie

Saturday 23 November 2013

Rahsia Cantik Secara Semulajadi



Suka tak kalau muka anda sentiasa cerah dan berseri walaupun tanpa make-up? Ayat jimatnya 'natural beauty'. Suka kan? Tapi masih ramai lagi di luar sana yang sentiasa mengenakan make-up, kadang-kadang sampai tak kena gaya. At least mesti nak tepek bedak. So, macam mana caranya nak dapatkan kecantikan secara semulajadi?

Anda mungkin dah ada rutin penjagaan kulit yang terdiri daripada set penjagaan muka, facial cleanser, toner, moisturiser dan make-up yang sedikit sebanyak membantu kulit anda nampak cantik. Tapi, disamping apa yang kita dah lakukan untuk kecantikan kulit dari segi luaran, kita sebenarnya tak sedar apa yang kita perlukan dari dalam.  

Secara jujur, saya sendiri sebenarnya tak pandai bermake-up. Saya hanya pernah make-up masa sekolah rendah dulu (sebab selalu buat performance koir dan genderang) dan masa saya kahwin. Sebatang lipstik pun saya tak pernah beli. Yang saya reti pakai pun lip ice yang ikut warna darah tu.

Tapi, alhamdulillah saya tak menghadapi masalah kulit yang teruk. Saya rasa sebab cara pemakanan saya yang suka makan ulam-ulaman, buah-buahan, dan saya tak ambil air sejuk dan air manis, tetapi saya amalkan air suam. Cuma kadang-kadang, bila saya kurang minum air, kulit akan jadi kering.

Memang betul pemakanan kita memainkan peranan. Dan sejak saya mula amalkan suplemen Shaklee hampir 3 tahun, nampak kulit lebih baik dari sebelum ni. Banyak parut di kulit, terutamanya strechmark dan luka-luka kecil hilang. Setiap kali mengandung saya akan mengalami gatal-gatal di bahagian kaki, kesan luka daripada menggaru akan meninggalkan parut. 


Apa yang anda makan

Nutrisi yang baik dan diet yang seimbang sebenarnya lebih banyak membantu dalam penghasilan kulit yang cantik. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan antioxidan adalah yang terbaik untuk keseluruhan badan terutamanya kulit

Ini adalah cara yang paling ideal untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Tahukah anda, vitamin yang membantu menjadikan kulit lebih cantik dan sihat adalah vitamin A, B Complex, C dan E. 


Kesemua vitamin ini boleh didapati di dalam diet seimbang. Tetapi jika anda tidak dapat mengamalkan cara pemakanan yang betul, anda sebenarnya boleh mendapatkan vitamin-vitamin yang diperlukan dalam bentuk suplemen. 

Tapi pastikan anda ambil suplemen yang dihasilkan 100% daripada bahan-bahan semulajadi iaitu daripada sumber makanan dan bukan dari bahan kimia. Set Kecantikan Kulit Shaklee adalah jawapannya.











Sabar

Untuk mendapatkan hasil yang optimum dalam kecantikan kulit memerlukan masa. Mungkin perlukan 3 bulan hingga setahun untuk betul-betul nampak kesan. Berikan kulit anda masa untuk proses pembaikan tisu-tisu dan biarkan ia diperbaiki dari dalam.

Anda mungkin juga akan mengalami healing crisis di awal pengambilan set ini seperti jerawat mula keluar dengan  banyak. Saya nasihatkan jangan berhenti, teruskan pengambilan seperti biasa. Ia menunjukkan tubuh anda sedang menjalani proses pembersihan dari kotoran, toksin dan ketidakseimbangan. Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut apa itu healing crisis.

Kulit anda juga perlukan tidur yang cukup, senaman berkala dan minum air 3L sehari. Apa pun yang anda makan, pastikan anda menggunakan UV protection untuk mengelakkan terkena panahan cahaya matahari. Jangan terlalu terdedah kepada cahaya matahari secara direct terutamanya selepas jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang. 

Tetapi anda boleh menikmati sinaran cahaya matahari sebelum jam 10.00 pagi kerana pada waktu ini, sinaran matahari mengandungi vitamin D yang boleh membantu mencegah kanser, serta melindungi dari penyakit jantung, diabetes, dan sclerosis.


Doa 

Disamping tu, jangan lupa amalkan doa ni untuk menaikkan seri wajah atau muka (sebaik-baiknya selepas solat).

Doa penyeri, pemanis dan pengasih wajah
Surah Yusuf Ayat 4


Thanks for reading dan selamat beramal!

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi saya untuk:-
 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


No comments:

Post a Comment