Follow Us @kamharyatie

Thursday 14 November 2013

Athfaal Tadika Indah Murni (TIM-ANIS) Performing Arts & Graduation Day



Dulu, kami selalu tengok dalam Facebook atau Blog, parents akan tunjuk few gambar anak mereka yang graduate setelah belajar hampir setahun di tadika. Dan paling best, anak-anak mereka ni akan buat mini concert. Tahun 2013 ni, kami juga tidak ketinggalan sebab 2 orang anak kami telah pun bersekolah tadika. Jadi kami juga merasai kemeriahannya.


Syed Qhalish Shahab, 4 tahun, merupakan putera kedua kami dari 3 adik beradik. Kepada mereka yang tidak kenal akan keluarga kami, Qhalish merupakan anak istimewa. Qhalish telah di'diagnose'kan mengidap sindrom Autism sejak umur 3 tahun. Autism merupakan kekurangan dalam perkembangan otak dan neurologi. To make it short, kami dinasihatkan untuk buat Early Intervention Programme supaya Qhalish boleh membesar seperti kanak-kanak tipikal.

Antaranya, kami kena make sure Qhalish menjalani a few terapi iaitu Speech & Occupational Therapy. Di samping itu, Qhalish juga perlu dihantar ke sekolah supaya dia boleh belajar bersosial dan untuk memperbaiki kemahiran komunikasi. Di awal pencarian tadika, kami agak buntu sebab semua tadika berdekatan dengan kediaman kami tidak menerima anak-anak istimewa. Memang kami sedih, setiap hari kami  berdoa agar Allah beri jalan yang terbaik kepada kami.

Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Kami dipertemukan dengan sepasang pasangan suami isteri merangkap pemilik tadika ANIS (ANak IStimewa). Puan Noriza Suhaila dan En. Amli Mahfuz. Syukur Ya Allah kerana menghantar kepada kami insan-insan seperti mereka.

Sepasang suami isteri yang juga mempunyai seorang anak istimewa, cukup faham situasi ibu bapa yang menghadapi masalah seperti kami.  Dan atas dasar itu lah Puan Suhaila mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan membuka sebuah pusat asuhan untuk anak-anak istimewa di kawasan AU2 Keramat. Sekali lagi Allah permudahkan urusan hidup kami, lokasi ANIS betul-betul berdekatan dengan rumah kami.
 
Inilah wajah anak-anak syurga ANIS

Tadika Indah Murni (TIM) merupakan tadika yang pada asalnya dibuka untuk kanak-kanak tipikal. Tetapi pada tahun 2013, melalui pemilik TIM iaitu Puan Liz dan pemilik ANIS iaitu Puan Noriza Suhaila, mereka telah menjalankan program usahasama yang menempatkan anak-anak istimewa ini. Tadika ini diberi nama TIM-ANIS.

Konsep yang diterapkan oleh TIM-ANIS ini sebenarnya cukup mengkagumkan saya. TIM dan ANIS adalah berjiran, semua anak-anak yang ada di situ di ajar kemahiran sosial antara kanak-kanak istimewa dan kanak-kanak tipikal. Kanak-kanak tipikal akan belajar untuk menghormati rakan-rakan istimewa mereka, dan anak-anak istimewa pula tidak merasa tersisih.

Alhamdulillah, setelah hampir setahun bersekolah di situ, kami nampak banyak perubahan Qhalish dari segi kemahiran sosial dan komunikasi.
  • Kurang tantrum atau marah-marah, lebih sabar
  • Eye contact semakin baik
  • Mula faham arahan
  • Boleh duduk di satu tempat dalam tempoh yang lama
  • Dah pandai dalam bab pengurusan diri (gosok gigi, pakai baju dan seluar sendiri, sikat rambut, basuh tangan dan mulut selepas makan, angkat pinggan dan cawan ke sinki)
  • Boleh membaca A-Z, 1-10, Alif Ba Ta

Overall kami amat puas hati dengan TIM-ANIS. Salah satu aktiviti yang saya personally suka kat TIM ni ialah, dia mengajar student cara berfikir secara kreatif. Konsep melukis, menyanyi, bercerita, menari dan seumpamanya merupakan konsep yang paling sesuai untuk kanak-kanak. Mengikut kajian, kanak-kanak seharusnya dibiarkan untuk bermain untuk perkembangan otak dan dengan konsep yang saya cerita tadi membuat mereka akan lebih kreatif kelak.

Pada 10 November 2013, TIM-ANIS telah mengadakan 'Performing Arts & Graduation Day' untuk semua student mereka di Annexx Central Market. Ya, saya ulang, Central Market. Dunia kreatif tu. Macam-macam performance dipersembahkan oleh student-student TIM-ANIS.


 Antara 'Finger Food' yang disediakan untuk semua tetamu. Very nice decor.


  Yang bungkus-bungkus tu adalah muruku. Sambil tengok performance sambil makan maruku, dah macam tengok wayang.


 Semua parents duduk ala-ala berpiknik. Sangat santai.


 Qhalish as Malay Warrior. Siap bersampin & bertanjak lagi.
(Gambar ni tak berapa clear sebab guna phone)


  Masa ni segala tanjak kain pelikat seme hilang dah.
Nampak tak Qhalish tengah pegang microfon. Betul-betul nampak macam Qhalish yang menyanyi. Insyaallah satu hari Qhalish boleh membaca Al-Quran dengan baik.
 
Qhalish Graduation day (4 years old). Alhamdulillah.

Seriously, kami amat berpuas hati dengan tadika Qhalish. In fact, kami bercadang untuk hantar Raees ke tadika yang sama tahun depan. Walaupun umur Raees baru 3 tahun, kami nak expose dia dengan dunia kreatif dan ditambahkan dengan sifatnya yang suka belajar (ikut je apa abang-abang dia buat).

Saya juga nak Raees mempunyai hubungan yang rapat dengan Qhalish supaya dia boleh jaga Qhalish nanti. Knowing Raees, sifat dari kecil very protective with the persons he loves. Abang yang sulung (Zig) pulak, akan meneruskan tadika dia di Tadika AUZA AU2. Yang penting, kami harap mereka bertiga ni akan menjadi anak yang soleh, Al-Hafiz dan sentiasa menjadi penenang jiwa kami. In Shaa Allah.

Kami doakan semua guru dan tenaga kerja TIM-ANIS dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat terus menyumbang tenaga dan usaha dalam membantu lebih ramai anak-anak istimewa di luar sana yang sangat memerlukan pusat asuhan seperti ini. Semoga segala usaha murni ini akan menjadi sebahagian dari pencen kubur. 

~Daddy & Mommy Shahab~


No comments:

Post a Comment