Saya dapat entri kali ni dari akhbar Utusan Malaysia. Saya rasa ramai yang dah jarang baca newspaper kan? So, saya capture dan kongsikan tips di sini. Isu yang sedang hangat tentang BOIKOT.
Kali ni, saya nak share 1 resepi yang sangat sedap. Actually, aritu ada member saya offer Ikan Salmon (fillet) which dia jual
dengan harga yang agak berpatutan. Fikir punya fikir, saya pon belila 2 paket.
Untuk pengetahuan semua para pembaca budiman, isu ini adalah isu yang sudah lapuk. Isu ini timbul setiap kali Gaza diserang hebat oleh Israel. Reda isu Gaza, berita
ini pun diam sunyi sepi. Dan bila berlaku lagi, isu ni akan timbul semula.
Dah lama saya tak buat posting kat Mommy Shahab. Kerja hakiki, buat coaching dan kelas MBA banyak mengambil masa saya. Pada yang tak tahu, saya sedang buat MBA kat Management & Science University (MSU).
Dah tua-tua ni baru nak belajar balik tapi bila dapat peluang belajar balik, takkan kita nak tolak, ya tak? Lagipun, ilmu yang saya dapat in shaa Allah akan dapat bantu saya especially dalam dunia perniagaan kelak.
Group Check In. Dah macam rombongan Cik Kiah
Satu hari nanti, pasti akan ku duduki kerusi empuk ni.
To make it short, salah satu requirement untuk lulus MBA ialah kami kena buat dissertation iaitu project paper terhadap tajuk yang diberikan oleh MSU. Nak jadikan cerita, projek untuk kumpulan kami tu ada kaitan dengan pembangunan sukan antara Malaysia & Dubai. So nak tak nak, kami kena pergi ke Dubai untuk interview beberapa pegawai kat sana for data collection.
Setelah buat beberapa preparation, pada 15 June 2014 yang lepas, kami berlepas ke Dubai dengan 26 rakan-rakan yang lain dengan menaiki kapal terbang Emirates. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam 40 minit agak memenatkan. Nasib baik Emirates sediakan movie yang banyak tuk kami habiskan waktu dalam kapal terbang. Makan pun sedap.
Rakan-rakan sebelum bertolak Makanan yang enak dan banyak. Habis diet ku
Perbezaan waktu antara Dubai & Malaysia adalah 4 jam. Apabila kami sampai ke Dubai, jam di Malaysia menunjukkan pukul 1.40 pagi, tapi waktu Dubai baru pukul 9.40 malam. Kami disambut oleh pegawai-pegawai Dubai yang telah diatur bersama pihak MSU.
Kami dikejutkan apabila diberitahu yang ada wartawan akan mengambil gambar kerana kedatangan kami memang mendapat liputan meluas di Dubai. Bayangkan, kumpulan kami diberi layanan ISTIMEWA sehinggakan kami diberi keutamaan untuk masuk ke Dubai dengan mudah. Selepas berposing sana sini, kami dibawa ke Hotel City Max di Bur Dubai. Sampai sana, kami diberikan makan malam dan terus masuk bilik tuk berehat.
Alhamdulillah, akhirnya Dubai ku jejaki
Deligasi-deligasi dari MSU Malaysia dan Wakil UAE
Hotel City Max, tempat beradu
Keesokan harinya, selepas sarapan di Hotel, kami dibawa ke Dubai Sports Centre (DSC) untuk lawatan pertama kami. Lawatan ini merupakan khas untuk kami kerana kumpulan kami yang dikehendaki membuat dissertation mengenai sukan di Dubai. Selepas penerangan dari wakil DSC, kami diberi peluang untuk mengajukan beberapa soalan untuk thesis kami. Alhamdulillah, banyak juga soalan kami terjawab.
Sebelum mula apa kata kita jawab soalan-soalan dari wartawan tak bertauliah. Alaaa, berlakon pun tak boleh?
Wakil dari Dubai Sports Council. Sangat menjawab soalan-soalan kami. Pastu baru tahu yang dia ni bekas pemain Tennis mewakili UAE. Siap ajak lawan Badminton lagi.
Kemudian, kami dibawa pula ke Dubai Sports Marina, di mana di sinilah tempat sebarang kejohanan sukan air dijalankan. Kami dapati, facilities kat Dubai Sport Marina ni memang tahap world class. Mereka sanggup beberlanja besar supaya para atlit puas hati apabila menggunakannya.
Kami dapati kebanyakkan sukan yang dianjurkan di Dubai memang bertaraf dunia kerana mengikut wakil DSC, Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Ruler of Dubai, hanya mahu yang terbaik. Dia suka untuk menjadi nombor satu untuk apa saja yang dia mahu. Tiada nombor dua atau tiga dalam kamus hidup beliau, jadi tidak hairanla, beliau memecah banyak rekod dunia.
Besar sungguh Water Arena Dubai ni.
Rasa nak terjun je kat dalam pool tu. Sebelum tu kita lepak dulu cam bos. Sebab tempat VVIP ni.
Ni kena tunjuk sebab comel je traffic light kat Dubai. Nampak tak traffic light dia yang cenonit tu?
Selepas makan tengahari, kami sepatutnya dibawa ke Burj Al Arab, sebuah hotel bertaraf 7 bintang dan the most expensive hotel in the world. Akan tetapi, atas masalah teknikal, kami akan pergi ke sana pada keesokkan harinya. Jadi kami di bawa bersiar-siar ke Textile Souq. Kat sini kami diberi peluang untuk membeli belah kain-kain seperti Abaya, Jubah, Shawl dan lain-lain lagi.
Area ni jika kita tidak tahu cara-cara nak tawar-menawar, silap-silap kita yang terkena sebab harga-harga kat sini boleh tahan. Walaupun satu ringgit duit Malaysia bersamaan dengan 1.14 Dirham. Rate kehidupan di Dubai sangat tinggi. Rata-rata kalau kita nak makan kat sini paling murah yang saya nampak pun dalam 20.00++ Dirham.
Kat Textile Souq. Macam-macam jenis kain jual kat sini. Unfortunately tak kena dengan my price.
Burj Khalifa. Besok kami akan naik bangunan tertinggi di dunia ni. Malam ni kita tangok je dari jauh.
Pada sebelah malam pula, kami dibawa ke restoran Arab berdekatan dengan Burj Khalifa. Sempat juga kami bergambar dengan menara tertinggi di dunia kerana itulah jarak yang terdekat bagi kami pada masa itu walaupun kami akan melawat dan naik menara tersebut pada keesokkan harinya.
Berbalik pada makan malam tadi, kami dihidangkan dengan makanan ala-ala Arab Fusion yang telah diwesternkan mengikut kessesuaian. Pada saya, makanan malam tu biasa-biasa je. Kami kemudian dibawa ke Hotel semula untuk berehat. Esok menjanjikan new experience kerana banyak tempat-tempat yang hendak ditujui.
Makan malam arini. Ni baru starter. Macam biasa, Hummus kena ada as appertizer.
Antara bangunan yang tak masuk akal lawanya.
Kat Dubai ni terdapat banyak bangunan-bangunan unik. Macam-macam rupa, gaya and bentuk yang sememangnya lawa. Nak ambil gambar pun sampai tak cukup filemla. Macamla pakai filem lagikan.
Tapi yang paling best. Ingat tak tadi, saya ada bagitahu yang kehadiran kami dapat liputan meluas kat Dubai? Kami memang masuk dalam suratkhabar Dubai (National news lagi). Glamourla kejap kat Dubai. Ok, nanti ada masa saya continue part 2 of my Trip to Dubai. Tunggu ya....
Salah satu berita tentang kami. Ni ambil dari news online Dubai.
Hayati kisah benar kejayaan seorang Engineer Terpaksa Berhenti Kerja Selepas 6 bulan menjalankan Online Busines. Ikuti rahsia bagaimana beliau menghasilkan jualan RM1 Juta dalam tempoh 9 bulan At 'Zero Cost Marketing' selepas mengikuti Seminar Dr. Azizan Osman. Kisah ini telah mendapat sambutan 15,000 orang pembaca. Cepat download sementara ia masih PERCUMA!!!!! Sila klik image ebook di bawah.
Entri kali ni bukan nak bergossip. Tapi nak menyampaikan sesuatu yang ramai orang tak tahu. Rasanya ramai yang dah tau penyanyi/pelakon/pelawak Ifa Raziah baru sahaja menjalani pembedahan payu dara. Tapi ramai yang tak tahu punca kenapa sampai perlu dibedah.
Dalam entri lepas, saya ada share tentang Vivix dan saya ada cerita tentang promo Vivix bulan ni. Secara jujur, saya dan suami telah pun mengamalkan Vivix sejak 2 bulan lepas. Kami kan buat bisnes Shaklee, takkan lah kami sendiri tak amalkan the best and premium Shaklee product kot. Kami ambil sebagai satu usaha untuk kesihatan menyeluruh.
Apa
khabar semua pembaca Mommy Shahab? Mudah-mudahan anda semua sentiasa
sihat bersama keluarga tersayang. Anda tahu kan, setiap bulan Shaklee
mesti ada promo produk. Bulan lepas promo Vita-E. Bulan ni pulak promo
apa ye?
Anda inginkan penjimatan sehingga 20% dengan semua produk Shaklee? Anda juga berminat untuk dapat bonus walaupun dengan hanya makan sendiri? Atau berminat menjana pendapatan 4-5 angka hanya secara sambilan? Jom join jadi ahli secara PERCUMA!!! Klik image di atas, isi kan maklumat anda di bahagian JOIN NOW. Dan tunggu, saya akan hubungi anda segera!
Certified Shaklee Product Consultant
Saya merupakan Certified Shaklee Product Consultant sejak tahun 2015. Kepakaran saya adalah membantu menyelesaikan masalah mereka yang tidak tahu untuk memilih suplemen yang sesuai dan memenuhi keperluan tubuh badan.
Dengan panduan, tips dan rahsia dalam memilih suplemen terbaik di dunia yang dihasilkan dari 100% sumber makanan semulajadi, mesra alam, terbukti berkesan, sentiasa selamat dan diakui HALAL oleh JAKIM, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkan konsultasi terbaik produk Shaklee daripada saya.
Saya juga membantu mereka yang ingin menjalankan peniagaan secara online dengan produk suplemen yang mereka sendiri amalkan, dan memperoleh pendapatan 4-5 angka sebulan dengan cara yang mudah, praktikal dan dengan modal serendah RM0.
Top 3 Achiever Award
Business Growth Award
Leadership Consistency Award
Personal Group Growth Award
Car Bonus Achiever Award
Shaklee Independent Distributor
Kami adalah pengedar Sah Shaklee di Taman Keramat serta kawasan sekitar. (Shaklee ID : 954522).
Cash On Delivery (COD) Area: ✅ Keramat (AU1, AU2, AU3, AU4, AU5) ✅ Setiawangsa ✅ Wangsa Maju ✅ Sri Rampai✅ Wangsa Melawati
Pengeposan ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink.
Dengan setiap pembelian vitamin di sini, anda layak mendapat:- ✅ Jadual Makan Vitamin ✅ Konsultasi Percuma Berterusan ✅ Jemputan ke group Facebook exclusive ✅ Peluang menjana income dengan Shaklee
Hayati kisah benar adik saya, MASTER COORDINATOR KAM MARIA terpaksa berhenti kerja sebagai Engineer selepas 6 bulan menjalankan Online Busines. Ikuti rahsia bagaimana beliau menghasilkan jualan RM1 Juta dalam tempoh 9 bulan At 'Zero Cost Marketing' selepas mengikuti Seminar Dr. Azizan.
DOWNLOAD PERCUMA!!!!
PERHATIAN : Kepada mereka yang struggle untuk turunkan berat badan ATAU mereka yang sudah habis ribuan ringgit tapi masih gemuk. Buku ini menceritakan pendekatan yang mudah dan praktikal dalam menurunkan berat badan. Dapatkan FORMULA MUDAH MESTI KURUS di dalam buku ini secara PERCUMA.