Follow Us @kamharyatie

Monday 26 August 2013

Cara Pengambilan Vitamin Shaklee

Monday, August 26, 2013 0 Comments

Ramai yang tanya, macam mana cara consume vitamin Shaklee terutamanya mereka yang ambil set. Haaaa....saya pun macam tu dulu. Masa mula-mula dicadangkan untuk ambil set bersalin, maaaakkk aiii! Sampai 6 jenis nk kene telan. Boleh terima ke tekak ni. Kang tak pasal jadi langsung tak mo makan atau sekerat jalan pulak. Tu andaian pertama yang saya yakin semua orang sama macam yang saya fikir. Betul tak?  

Sebenarnya bukan semua makan serentak. Ada jadual dan tips pengambilan vitamin Shaklee ni. Bukannya main tabur je semua dalam 1 masa. Sebab kalau kita ambil pada waktu dan cara yang salah, akan menyebabkan pengambilan itu tidak mendatangkan kesan.

Jadi, untuk menyenangkan jadual kita, kita cuma perlu alert kepada beberapa rules. Ikut je rules ni, insya Allah selamat dan berkesan. 

VITAMIN LARUT AIR (B dan C):

Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K):

Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak. 

OSTEMATRIX (Kalsium):

Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama. 

LECITHIN:

Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain. 


APA YANG TIDAK DIGALAKKAN 

1. JANGAN mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

2. JANGAN mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin &  mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

4. JANGAN mengambil suplemen bersama minuman berkafein kerana ia akan  mengurangkan kadar penyerapan suplemen secara efiesien!

Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

To all my customers, for those yang ambil vitamin-vitamin dalam bentuk Set, saya akan sediakan guideline. Jadi even ade banyak dalam set tu, takkan terasa pun sebab dalam jadual tu dah susun waktu2 yang sepatutnya ambil. Follow aje.InsyaAllah dengan izin Allah, anda akan dapat rasakan keberkesanannya. 

Thanks for reading! 

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Sunday 25 August 2013

Set Kesihatan Keluarga - Family Wellness Set

Sunday, August 25, 2013
Cuba anda bayangkan kehidupan anda 10 tahun yang terakhir...adakah yang di sebelah kiri, atau di sebelah kanan...

 


Sihat adalah perkataan yang berharga dan bernilai dalam kehidupan sebuah keluarga. Setiap keluarga memerlukan kesihatan yang baik bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan dengan lebih bahagia, bermakna dan cemerlang.

Pengurusan kesihatan secara bijak adalah merupakan langkah awal yang wajib diamalkan oleh setiap individu bagi mengekalkan kesihatan secara optimum. Badan yang sihat akan memberi pengukuhan fizikal, emosi, rohani dan jasmani bagi setiap individu.

Tiada guna wang berjuta ringgit tapi anak-anak sering sakit, ibu bapa dalam keadaan stress menyebabkan sering berlaku pertelingkahan, dijangkiti penyakit fizikal, minda dan rohani; dan sebagainya.

Kita selalu disogok dengan ayat "Mencegah adalah lebih baik dari mengubat", Tapi pernah ke kita duduk dan fikirkan secara mendalam apa yang dimaksudkan oleh ayat tadi sedalam-dalamnya? Cuba bayangkan umur anda sekarang 60 tahun.....
  • Adakah anda mahu anak anda menjaga anda atau anda sendiri mampu untuk menjaga diri sendiri?
  • Adakah anda mampu melayan dan bermain dengan cucu anda?
  • Setelah bekerja hampir keseluruhan hidup anda, dan bila umur bersara ini, tidakkah anda ada kemahuan untuk pergi melancong & lihat dunia luar? 
Anda berkemungkinan tidak! jika badan anda tidak larat untuk berjalan jauh. Apa guna rumah 2-3 tingkat jika anda tidur dan banyak menghabiskan waktu di tingkat bawah sahaja kerana tidak larat naik tangga?

Ini semua boleh dicegah jika mengamalkan kehidupan yang sihat dan positif. Ada sesetengah orang suka menyalahkan takdir. "Dah takdir tuhan" katanya.

Tapi pernahkah kita terfikir yang kita sendiri tidak tahu atau pernah melihat takdir kita sendiri? Well, setiap sesuatu kejadian, ada sebabnya. Kita patut belajar darinya dan bukan menyalahkan sesiapa pun.

Anda fikir2 kanlah.

Pengurusan pemakanan yang sihat merupakan salah 1 daripada aspek pengurusan kesihatan diri dan keluarga. Tetapi di dalam era serba moden ini, ramai di antara kita yang tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang, malah pemakanan yang diambil pula mendatangkan pelbagai jenis penyakit. 

Justeru itu, Shaklee sebagai peneraju utama produk kesihatan telah memperkenalkan Family Wellness Programme, iaitu satu program yang memberikan kepada anda nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.

Kebaikan set kesihatan keluarga family wellnes ini:

  • Membantu anda berasa lebih bertenaga
  • Membantu anda  mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Menguatkan sistem imun anda
  • Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang  sihat

Apa yang terkandung dalam Set Family Wellness?

  1.       Vita-Lea® Iron Formula  – 120 tablets
  2.       Energizing Soy Protein (ESP) – 850g
  3.       Chewable Vita-C™ 100 mg – 90 tablets
  4.       B-Complex – 120 tablets


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Saturday 24 August 2013

Shaklee Performance Drink

Saturday, August 24, 2013 0 Comments

Pure Hydration Drink- Before, during and after workouts


Tahukah anda. Performance Drink Shaklee merupakan minuman pilihan utama ahli angkasawan NASA dan atlet-atlet terbaik dunia?


 



Sila klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang atlet-atlet Team Shaklee.

Kelebihan Performance Drink Shaklee


  • Ia terbukti secara klinikal  dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air.  
  • Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain. 
  • Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
  • Terbukti secara klinikal:Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina, membantu berlatih dan bertahan lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat. 
  • Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.


Kebaikan dan Khasiat Performance Drink Shaklee 

Meningkatkan data ketahanan badan 

  • Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat
  • Menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal
  • Meningkatkan data tahan otot
  • Memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh

Membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal 
  • Mengimbangi dan membekalkan elektrolit, mengimbangi metabolism air dalam tubuh
  • Mengandungi Sodium, Chloride, Magnesium, Kalsium, Potasium, Phosphorus
  • Dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutama mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian

Mencegah penyahidratan (dehydration) 
  • Mengurangkan kehausan
  • Melembapkan kulit
  • Kelihatan muda

Mengekalkan paras gula 
  • Terbukti secara klinikal memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.

Siapa yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee

  • Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan/para atlet.
  • Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  • Para pesakit yang menghidap gout.
  • Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  • Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  • Anak-anak yang demam.
  • Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  • Mereka yang mengalami cirit birit
  • Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan
  • Mereka yang mengalami rendah paras gula/low blodd sugar
  • Wanita mengandung yang mengalami morning sickness


Jika anda adalah peminum tegar minuman isotonik, Performance Drink Shaklee adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula (less sugar)!





Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION

AFFORDABLE PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

Friday 23 August 2013

KENAPA KELUARGA SAYA PILIH SHAKLEE?

Friday, August 23, 2013
Assalamualaikum para pembaca budiman,

Tahukah anda?

Dalam banyak-banyak vitamin/supplemen, kenapa saya dan keluarga memilih Shaklee? Di farmasi melambak vitamin dengan harga yang jauh lebih murah. Saya dan keluarga jenis yang agak particular mengenai produk2 sebegini. Kebiasaanya saya akan ambil tahu atau buat sedikit kajian tentang produk supplemen lain tentang perkara-perkara berikut: 

Thursday 22 August 2013

Vitamin Semulajadi vs Vitamin Sintetik

Thursday, August 22, 2013
Banyak respon yang saya terima daripada kawan-kawan bahawa vitamin Shaklee mahal berbanding vitamin lain yang banyak dijual di pasaran. Sebab harganya murah. Tapi sedarkah anda bahawa vitamin Shaklee sebenarnya adalah vitamin yang sangat berkesan dan mampu milik?

Thursday 15 August 2013

Nutrisi Lengkap Untuk IBU & BAYI Sepanjang KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU

Thursday, August 15, 2013 0 Comments
Ibu-ibu tahu tak, sebenarnya, nutrisi yang diperlukan semasa hamil adalah nutrisi yang sama ibu-ibu perlukan semasa berpantang dan sepanjang tempoh menyusu. 

Dan vitamin yang lengkap bernutrisi bukan sahaja untuk ibu mengandung malahan untuk tumbesaran yang sihat anak di dalam kandungan dan yang anak yang sedang menyusu ibu.

Sebab tu ibu tak payah pening kepala fikir vitamin apa yang nak dimakan. Once ibu disahkan hamil, terus ambil semua vitamin ni. Hamil 9 bulan dan teruskan sehingga tamat tempoh 2 tahun penyusuan. Pendek kata, terus konsisten consume nutrisi yang sama dalam tempoh 3 tahun.

Vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk para ibu bermula dari saat kehamilan, semasa berpantang hingga sepanjang tempoh penyusuan ialah:-


1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)

2) Sustained Release Vita-C Plus 500g

3) B-Complex

4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)

5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)

6) OmegaGuard (EPA & DHA)

7) Zinc Complex (Selepas bersalin)

8) Alfafa Complex (Selepas bersalin dan semasa menyusu - as MILK BOOSTER)



1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)

Vita-Lea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.

Zat besi dalam Vita-Lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi (HB Low).

HB yang sentiasa rendah mungkin boleh menyebabkan komplikasi ketika melahirkan bayi. Vitalea akan membantu untuk meningkatkan HB ke tahap normal.

Ibu bersalin akan mengalami kehilangan banyak darah semasa melahirkan bayi. So, tak perlu makan hati ayam lagi ye sebab Vita-Lea sangat berkesan membantu ibu-ibu selepas bersalin mengembalikan jumlah darah ke tahap normal.



2) Sustained Release Vita-C Plus 500g

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. Vitamin C sangat penting bagi kesihatan gusi, gigi, tulang dan pembentukan tisu baru. Ia terdapat dengan banyak dalam buah-buahan seperti oren, betik dan strawberi.

Ibu yang tidak mendapat cukup vitamin C akan mengalami rasa mudah penat. Mereka akan menjadi cepat marah dan mudah mendapat penyakit meroyan (post partum depression). Sendi dan otak akan berasa sakit dan mudah mendapat lebam jika terlanggar meja atau dinding.

Masalah yang sering diadukan oleh mereka ialah gusi yang mudah berdarah dan jangkitan kuman pada gusi. Rambut akan jatuh berguguran dan kulit menjadi kering. Mereka mudah jatuh sakit kerana daya tahan yang tidak kuat.

Seperti vitamin B Complex, vitamin C juga tidak disimpan dalam badan dan perlu diambil setiap hari dalam pemakanan.

Selain dari itu, Vitamin C juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin.


3) B-Complex

Vitamin B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B (sebab itu dinamakan vitamin B-Complex) sangat penting bagi menukarkan makanan yang kita makan menjadi tenaga ketika proses metabolik.

Vitamin B, terutamanya ASID FOLIK, B6 dan B12 membantu kesihatan jantung dan saluran darah dengan merendahkan tahap homocysteine dalam darah.

Asid folik membantu mencegah kecacatan tiub neural seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi saraf tunjang bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Kebanyakan vitamin ini tidak dapat disimpan dalam tubuh dan dibekalkan dengan pengambilan dalam makanan setiap hari. Memasak terlalu lama menyebabkan makanan itu tidak lagi mempunyai vitamin-vitamin ini.

Vitamin B-Complex ini bertindak pada tahap maksima apabila diberikan secara serentak. malangnya, kebanyakan ibu-ibu tidak mendapat kelapan-lapan vitamin ini semasa dalam pantang.

B-Complex Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.

Pengambilan vitamin B-Complex Shaklee mampu membekalkan kesemua vitamin B yang diperlukan oleh wanita yang sedang hamil dan di dalam pantang.



4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)

Membantu meningkatkan pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Ianya juga membantu mengawal paras kolesterol ibu-ibu hamil. Paras G.I yang rendah sesuai diamalkn oleh ibu hamil diabetes kerana memberikan rasa kenyang yang lebih lama serta membekalkan tenaga berpanjangan untuk ibu-ibu.

Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.

ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.



5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)

Membantu mengatasi masalah sakit-sakit otot, pinggang serta sengal-sengal badan ketika hamil. Masalah buasir serta sembelit ketika hamil juga dapat diatasi dengan mengamalkan Ostematrix sebelum tidur.

Ostematrix ini ialah bekalan kalsium dengan vitamin D yang membantu ibu-ibu untuk tidur lena dan berkualiti sepanjang malam supaya kekal segar keesokan harinya.

Kalsium memperbaiki fungsi saraf, bagi mengelakkan rasa kebas pada anggota kaki dan tangan mereka di samping mempercepatkan pengecutan rahim untuk kembali ke saiz asal.

Suplemen kalsium dapat menghalang penbentukan darah beku pada saluran darah ketika banyak berbaring dan tidak aktif semasa pantang.

Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.

Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia ada dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki, tulang belakang dan pinggang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period. Bagi wanita yang menyusukan anak, mereka memerlukan sebanyak 1000 mg hingga 1500mg dalam sehari.



6) OmegaGuard (EPA & DHA)

DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

Ia sangat penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi. Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA disalurkan dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.

Atas sebab ini pakar nutrisi mencadangkan supliment Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

Omega 3 juga membantu pembakaran lemak. Dengan amalkan Omega Guard setiap hari, berat ibu hamil dapat dikawal terutamanya kepada ibu-ibu yang mengalami peningkatan berat badan secara mendadak. Omega 3 juga dapat membantu ibu kembali slim dengan lebih cepat selepas bersalin.



7) Zinc Complex ( Diambil selepas bersalin)


Membantu penyembuhan luka bersalin dengan  lebih cepat. Untuk ibu-ibu yang ada masalah tiada orang jaga dalam pantang, memang sangat digalakkan untuk ambil Zinc Complex Shaklee, sebab ianya sangat mudah dan terbukti berkesan mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin.

Cuma makan sehari sebiji. Tak perlu lagi bersusah payah cari ikan haruan atau pati ikan haruan. Zinc juga antara zat pemakanan yang sangat diperlukan. Ia terlibat dalam proses metabolisme terutama dalam pembentukan sel-sel yang telah rosak semasa kehamilan dan proses kelahiran.

Wanita yang berada dalam pantang juga selalunya mudah demam dan diserang dengan pelbagai virus dan bakteria. Mereka memerlukan zink untuk meningkatkan sistem daya tahan melawan penyakit dengan meningkatkan pengeluaran antibodi dari kelenjar thymus yang mengeluarkan T-Cells untuk menentang kanser dan menghalang penyakit.

Zink juga membantu mengembalikan semula kitaran haid wanita yang baru melahirkan anak, mengembalikan tenaga akibat kelesuan yang kronik semasa pantang dan membentuk kolagen bagi menyembuhkan luka dengan lebih cepat. 

Zinc guna membantu menguatkan akar rambut dan mengelakkan keguguran rambut yang melampau bagi ibu-ibu selepas bersalin.



8) Alfafa Complex (Diambil selepas bersalin dan semasa menyusu - as MILK BOOSTER)


Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU.



Kesimpulan

Kegagalan mendapatkan nutrisi yang mencukupi akan memberikan kesan buruk kepada ibu dan bayi. Oleh itu, ibu-ibu hamil dan ibu yang baru melahirkan sangat memerlukan suplemen yang sesuai untuk meningkatkan kesihatan tubuh mereka semula.

Ketika dalam pantang, ibu memerlukan tambahan tenaga sebanyak 500kal yang harus datang dari makanan yang mereka makan. Ini bermakna mereka memerlukan antara 2000 hingga 2500 kalori dalam sehari.

Malangnya kebanyakan wanita yang sedang dalam tempoh berpantang tidak mendapat nutrisi yang cukup dari pemakanan mereka.

Ini berpunca dari keletihan kerana tidak cukup rehat dan tidak cukup tidur kerana menyusukan bayi dan mengalami masalah 'tidak berselera' kerana tubuh mereka masih lemah.

Pengambilan makanan dengan nutrisi yang lengkap bagi setiap IBU adalah sangat penting. Jagalah kesihatan diri anda terlebih dahulu agar anda dapat menjaga keluarga dengan lebih sempurna, InsyaAllah...

Jadi jika anda di luar sana masih lagi mencari-cari supplement atau vitamin yang sesuai sepanjang kehamilan, bersalin & menyusu, Shaklee ada jawapannya kerana ianya semulajadi dan bebas-dadah (drug free)!!



~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~

Berminat untuk mendapatkan SET HAMIL, SET BERSALIN atau SET MENYUSU sekarang?
Sila hubungi saya! 
Saya akan bantu anda. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 

Kisah Nabi Musa dan Susu Ibu

Thursday, August 15, 2013 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ini adalah sambungan daripada entri sebelum ini Kisah Susu Ibu Di Dalam Al Quran

Pernahkah anda membaca kisah Nabi Musa A.S. yang diceritakan di dalam Al-Quran. Nabi Musa A.S. telah dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil untuk menyelamatkannya daripada di bunuh oleh tentera Firaun.

Tapi, sedar tak kita, sebenarnya terselit kisah pengajaran tentang KEPENTINGAN SUSU IBU di dalam kisah ini? Mari kita baca kisah Yukabid, ibu kandung kepada Nabi Musa A.S. Sekali lagi saya petik dari blog adik saya. Credit to MariaFirdaus. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yukabid mengandungkan Musa ketika Firaun memerintahkan anak lelaki kaum Bani Israel dibunuh kerana bimbang anak lelaki akan menentang dan mengambil kekuasaannya. 

Suatu ketika, Yukabid mendengar perintah Firaun itu. Alangkah sedihnya hati Yukabid kerana dia sedang sarat mengandung waktu itu. Yukabid terpaksa bersembunyi sahaja di rumah agar kandungannya tidak diketahui orang. 

Sehinggalah tiba masanya, Yukabid pun melahirkan anaknya. Alangkah terkejutnya dia apabila anak yang dilahirkannya itu adalah anak lelaki. 

Walaupun berasa takut dengan perintah Firaun, seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan nyawa anaknya itu. Dia tidak mahu anaknya itu menjadi korban undang-undang yang diperintahkan oleh Firaun yang zalim dan kejam. 

Yukabid berjaya merahsiakan kelahiran Musa selama tiga bulan daripada pengetahuan Firaun dan tentera-tenteranya. 

Walau bagaimanapun, hatinya tidak pernah tenteram melihat anaknya yang semakin membesar. Dia risau akan keselamatan Musa. 

Dalam kerisauan itulah, Allah Yang Maha Berkuasa telah memberi ilham kepada Yukabid agar membuat sebuah peti. Lalu Allah SWT memerintahkan agar Nabi Musa dimasukkan ke dalam peti dan dihanyutkan ke Sungai Nil.
"Dan Kami ilhamkan kepada ibunya Musa, “SUSUILAH DIA (Musa) dan apabila engkau khuatir terhadapnya maka hanyutkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah engkau takut dan jangan (pula) bersedih hati, sesungguhnya Kami akan mengembalikan padamu, dan menjadikannya salah seorang rasul” – Surah Al-Qashash, Ayat 7
Dalam ayat ini, Allah memerintahkan Yukabid untuk MENYUSUKAN bayinya sehingga kenyang terlebih dahulu, sebelum dihanyutkan.
Cuba bayangkan, sanggup tak seorang ibu nak menghanyutkan anak dalam keadaan menangis ketakutan dan kelaparan?
Secara saintifiknya, hormon 'Oxytocin' atau hormon 'penenang dan kasih sayang' dirembeskan ketika menyusu. Jadi kedua-dua ibu dan anak akan merasa tenang dan gembira ketika penyusuan.
Maka, dengan hati yang tenang dan sabar tanpa tangisan si kecil, Yukabid pun menghanyutkan Musa ke sungai Nil seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT kepadanya. Peti itu dihanyutkan oleh arus sungai sehingga sampai ke istana Firaun.
Kebetulan pada hari itu, Asiyah permaisuri Firaun sedang bersiar-siar bersama dayang-dayangnya. Ketika sedang bersiar-siar itu, Asiyah menyuruh dayang-dayangnya mengambil sedikit air dari Sungai Nil.
Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ada sebuah peti di sisi kaki mereka. Lalu diambil peti itu dan dibawakan kepada Asiyah.
Maka Asiyah terus membuka peti itu dan dilihatnya da seorang bayi di dalamnya. Apabila melihat akan wajah bayi itu, timbul rasa cinta dan kasih dalam hatinya terhadap bayi itu. Asiyah mengambil bayi itu dan dibawanya pulang istana.
Tiba sahaja di istana, Asiyah meminta keizinan Firaun untuk membela bayi itu. Pada mulanya Firaun tidak mengizinkan Asiyah mengambil bayi itu tetapi setelah dipujuk, akhirnya Firaun bersetuju.
Setelah mendengar tangisan kehausan bayi itu, Asiyah berasa kasihan lalu disuruhnya Firaun mencarikan seorang wanita yang dapat menyusukan bayi itu. (Yelah, pada masa itu mana ada susu formula kan..)
Akan tetapi seorang demi seorang wanita yang datang untuk menyusukan bayi itu telah ditolak oleh bayi tersebut.

” Dan Kami cegah dia (Musa) menyusu kepada perempuan-perempuan yang mahu menyusui(nya)  sebelum itu.” – Surah Al-Qashash, Ayat 12
Bayi itu tidak mahu disusukan oleh mereka kerana dia sudah pun merasai "the first taste of mother's milk", iaitu susu ibunya sendiri.
Sehinggalah berita ini diketahui oleh saudara Musa, Mariam. Lalu Mariam datang ke istana dan memberitahu kepada dayang-dayang Asiyah bahawa dia boleh membawakan seorang ibu yang boleh menyusukan dan mengasuh bayi itu.
Mendengar sahaja berita daripada dayang-dayang itu, Asiyah memerintahkan agar bayi itu dibawa ke rumah Yukabid.

” Maka Kami kembalikan dia (Musa) kepada ibunya, agar senang hatinya dan tidak bersedih hati; dan agar dia mengetahui bahawa janji Allah adalah benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya” – Surah Al-Qashash, Ayat 13

Yukabid menyambut anaknya itu dengan penuh kasih sayang. Bayi itu terus minum susu ibunya sehingga kenyang. Alangkah seronoknya hati Yukabid. Allah SWT telah mengembalikan anaknya, Musa kepadanya kerana kesabaran dan ketabahan mengikut perintah-Nya.
 

Pengajaran daripada kisah Nabi Musa ini, marilah kita semua kembali kepada FITRAH.  Seorang bayi pasti memerlukan SUSU IBU sebagai pelengkap kehidupannya.  

Para ibu, berusahalah bersungguh-sungguh untuk menyusukan bayi kita selama 2 tahun. Yakinlah Allah akan mengurniakan ganjaran yang besar atas usaha kita ini.   

Mari kita dengar Nasyid tentang kisah Ibu Nabi Musa bernama Yukabid.

Credit to:
SaraKids
LanunSepet
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Thanks for reading!

Jika anda rasa kisah ini bermanfaat untuk orang lain terutamanya ibu-ibu, sila click LIKE Button di bawah. Semoga ianya akan menjadi ilmu yang bermanfaat dan pencen kubur kita semua. Amin. 

Sauteed Mushroom

Thursday, August 15, 2013 0 Comments

Assalamualaikum semua,

Ini adalah pertama kali warkah saya dalam blog ini. Tugas saya dalam blog ini, bukannya untuk menceritakan pasal Shaklee semata-mata, kerana saya rasa ianya telah di’cover’ oleh isteri saya.

Tuesday 13 August 2013

Kisah Susu Ibu di dalam Al-Quran

Tuesday, August 13, 2013 0 Comments

Kenapa saya beria-ia dan bersungguh-sungguh nak melengkapkan penyusuan susu ibu untuk anak-anak saya sehingga 2 tahun? Jom kita baca tentang kisah susu ibu yang disebut di dalam Al-Quran. Entri ni saya ambil dari blog adik saya MariaFirdaus.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Monday 12 August 2013

Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital)

Monday, August 12, 2013 0 Comments

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai strategi di dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi.

Tahukah anda apa itu Hospital Rakan Bayi? Secara praktikalnya, sebuah Hospital Rakan Bayi akan menggalakkan dan membantu ibu-ibu menyusukan bayi-bayi mereka dengan mengamalkan polisi 10 Langkah ke Arah Penyusuan Susu Ibu yang Berjaya yang telah dikeluarkan oleh UNICEF dan WHO.

Tahukah anda bahawa negara kita mempunyai Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan?

Polisi ini menyatakan..."Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan."

Usaha pada peringkat kebangsaan ini tidak berakhir dengan polisi sahaja, malah garis panduan juga disediakan bagi hospital-hospital yang menjayakan Usaha Penyusuan Susu Ibu.

Terdapat 10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital itu Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital)
  1. Mempunyai polisi penyusuan susu ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
  2. Melatih semua kakitangan di dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
  3. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan susu ibu.
  4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
  5. Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan laktasi kepada ibu-ibu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.
  6. Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
  7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu (“rooming-in”) – membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
  8. Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.
  9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.
  10. Menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.
Walau bagaimanapun, usaha semurni ini tidak akan berjaya seandainya, ibu itu sendiri tidak berkemahuan memberikan susunya kepada bayinya yang baru lahir. 

Segala langkah yang diusahakan oleh pihak hospital ataupun badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan ini tidak akan berhasil sekiranya IBU itu sendiri tidak mengambil inisiatifnya sendiri untuk melaksanakan TANGGUNGJAWAB tersebut.

Kepada semua ibu terutama ibu-ibu yang berkerjaya, laksanakan tanggungjawab anda sekarang juga. Ikhtiar harus ada untuk pastikan anak-anak kita mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya sehingga anak berumur 2 tahun. 

Itu adalah hak mereka yang kita tidak boleh nafikan. Kepada para bapa juga, anda adalah orang yang paling penting dalam menyokong isteri anda sepanjang tempoh penyusuan. 


Berminat untuk mendapatkan Set Menyusu Shaklee sekarang? 

Hubungi saya segera untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 

Set Menyusu Shaklee

Monday, August 12, 2013
Sejak khasiat susu ibu mula ditekankan oleh Kementerian Kesihatan, WHO dan UNICEF, lebih ramai ibu-ibu yang berkerjaya telah berjaya menyusukan bayi mereka secara ekslusif paling kurang selama 6 bulan. 

Saya sendiri antara ibu berkerjaya yang telah berjaya melengkapkan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Saya mengamalkan pengambilan Set 3M Breastfeeding (Complete) dan mematuhi Konsep Asas Penyusuan sepanjang 2 tahun tempoh penyusuan.

Saturday 10 August 2013

Wow! Bestnya Jadi Ahli Shaklee!

Saturday, August 10, 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah, sejak saya mula berkongsi tentang pengalaman saya mengamalkan produk Shaklee selepas bersalin anak ketiga dahulu, produk ini semakin mendapat sambutan yang baik daripada kawan-kawan saya dan suami.

Terutamanya Set Hamil,  Set Bersalin dan Set Menyusu. Syukur Alhamdulillah. Tapi, saya just nak share, sebenarnya Shaklee ada banyak lagi produk dan vitamin kesihatan yang lain. 
Sesuai untuk kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua. Produk Shaklee ni memang sangat sesuai untuk semua golongan dan seisi keluarga. Sebab tu lah seluruh keluarga saya memilih Shaklee, mak, abah, suami dan juga semua anak-anak.

Kenapa Keluarga Saya Pilih Shaklee? (sila klik)


Alhamdulillah, berdasarkan feedback dari customer. Memang ramai yang sudah merasai kesannya. Mereka berpuas hati dengan set yang mereka makan.

Alhamdulillah, ramai di antara customer, bila nak buat repeat sale, mereka terus berminat untuk jadi ahli. Sama macam kes saya dulu.

Memandangkan ramai yang bertanya bagaimana hendak menjadi ahli Shaklee, jadi dalam entry kali ini saya nak berkongsi dengan anda tentang bagaimana dan kebaikan menjadi ahli Shaklee.

BAGAIMANA MENJADI AHLI SHAKLEE?

Ada 3 pilihan untuk menjadi ahli:-

✅ PILIHAN 1
Yuran Pendaftaran hanya RM35. Anda terus layak mendapat semua keistimewaan sebagai ahli Shaklee, antaranya belian dengan HARGA AHLI (DISKAUN 20%).


ATAU

✅ PILIHAN 2
Buat pembelian sebarang produk Shaklee dalam 1 RESIT berjumlah minimum 100 UV (lebih kurang RM350 Harga Ahli), anda dapat PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE (bernilai RM35)!


ATAU

✅ PILIHAN 3
Buat pembelian sebarang produk Shaklee dalam 1 RESIT berjumlah minimum 200 UV (lebih kurang RM700 Harga Ahli), anda dapat:-
🍀 PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE (bernilai RM35)!
🍀 PERCUMA POSTAGE (bernilai RM10)!
🍀 CASH BONUS 5% (bernilai RM30+)!
JUMLAH PENJIMATAN = RM75!👍😄

Anda boleh hubungi saya untuk mendaftar, atau gunakan Shaklee ID Kam Haryatie (954522) sebagai SPONSOR. Nak jadi ahli Shaklee adalah sangat mudah.

Cuma daftar, gunakan produknya, kumpul points dan bila anda dapat certain points dalam sebulan, anda dapat CASH BONUS. Best kan. Makan sendiri je pun dah boleh dapat bonus Jadi bonus tu dah boleh cover cost produk yang anda makan setiap hari. Kan dah jimat kat situ.

PERLU KE MAINTAIN POINT DAN KEAHLIAN?

Just nak share, yuran keahlian yang anda bayar tu untuk tempoh 1 TAHUN. Lepas setahun, anda perlu renew. Ada 2 cara untuk renew keahlian.  Dengan pembelian 200uv untuk dapat FREE RENEWAL atau just bayar RM30 untuk tempoh setahun.

Kalau anda cuma nak makan sendiri, tak payah maintain points bulanan atau minimum belian. Cuma gunakan produk, dan share dengan kawan-kawan dan saudara-mara je.

Kalau mereka berminat, boleh beli dengan ID anda. Anda boleh beli pada harga yang murah. Iaitu 25% lebih murah daripada Retail Price.

Bila ada promosi untuk ahli, anda akan dapat beli produk dengan harga yang jauh lebih murah 40% less dari harga retail. Kalau anda nak tahu, setiap bulan akan ada promosi. Dan promosi ni berubah-ubah mengikut produk. Special untuk AHLI SAHAJA.

Tapi kalau anda ingin mulakan business dan dapat CASH BONUS, barulah anda perlu mempunyai points tertentu setiap bulan.



APA KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE?





1) Boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. (25% less than retail price). Bila ada promotion khas untuk ahli, harga akan jadi jauh lebih murah sehingga 40% less dari retail price.

2) Dapat BONUS hasil pembelian/jualan setiap bulan 5%-21%. Makan sendiri pun boleh dapat bonus.

3) BERPELUANG membuat biznes Shaklee, (online dah offline) dengan bantuan MENTOR.

4) ACCESS kepada SPECIAL GROUP kami untuk testimonial dan maklumat terperinci mengenai produk2 Shaklee.

5) Mereka yang register dengan saya, saya akan masukkan mereka dalam sebuah group Shaklee di Facebook. Dalam group ini, anda akan didedahkan dengan rahsia rahsia bagaimana menjalankan business secara online.



Di sini juga, anda akan membaca testimoni Rahsia Kejayaan ramai orang yang sudah berjaya dalam perniagaan online ini.

Di situ, anda boleh dapatkan bantuan khidmat nasihat. Apa yang perlu dilakukan untuk memulakan perniagaan online. Di situ juga, ada perkongsian kisah jatuh bangun orang lain dalam perniagaan online ini.

Jika hendak berjaya, kita mesti dikelilingi oleh mereka yang sudah berjaya. Dan bila anda berada dalam group itu, bermulalah hidup anda di sekelilingi oleh mereka yang telah pun berjaya.

Anda tanya satu soalan, 10-20 orang yang akan menjawab untuk membantu anda. Semua orang nak tarik anda ke atas. Tak ade orang yang nak tolak anda ke bawah.

Sebab itulah saya rasakan, senang buat business online ni. Dengan bantuan mentor yang dah expert dan lama dalam perniagaan ni.



TAHNIAH! & SELAMAT DATANG!

Kepada yang telah pun menjadi, saya ucapkan TAHNIAH! kerana membuat keputusan yang bijak! Kepada ahli-ahli Shaklee yang baru mendaftar di bawah group MYRACLES, saya ucapkan SELAMAT DATANG. Jom lebih sihat dengan Shaklee!!

Jangan lupa share dengan semua orang tentang Shaklee Effects yang anda akan rasa lepas ni ye. Sharing is Caring!

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!