Follow Us @kamharyatie

Thursday 15 August 2013

Sauteed Mushroom




Assalamualaikum semua,

Ini adalah pertama kali warkah saya dalam blog ini. Tugas saya dalam blog ini, bukannya untuk menceritakan pasal Shaklee semata-mata, kerana saya rasa ianya telah di’cover’ oleh isteri saya.

Dalam blog ‘Mommy Shahab’ ini saya akan cuba menerangkan beberapa RAHSIA perniagaan, kehidupan, resipe masakan, info yang mungkin anda tidak ketahui sebelum ini dan bermacam-macam lagi. Kiranya saya ni sebagai penyeri dalam blog ini. Asyik cerita tentang perniagaan saja pun tidak syok jugak kan?

Jadi untuk entri hari ini, saya hendak berkongsikan minat saya terhadap masakan. YA! Saya minat masak. Kenapa? Sebabnya saya suka makan. Saya adalah orang yang suka mencuba & tidak takut untuk mencuba sesuatu benda atau makanan yang halal…hehehe

Saya mula berminat untuk main masak-masak ini semasa saya bekerja sementara di vintner’s Café di Amcorp Mall, PJ. To cut story short, mak owner yg selaku tukang masak di situ bertanyakan samada saya berminat untuk masak? Saya kata ya and seterusnya…..my first lasagna.

So for today I nak share satu recipe mudah yang I baru buat few days before Raya which is untuk Iftar. Resipe nie saya tengok dalam website dan buat sedikit olahan. Campur itu ini…wallaaaa “Sautéed Mushroom”. 

1 thing about my cooking, saya tak pernah menggunakan sukatan sangat sebab main agak-agak je. Most important thing is taste. Banyakkan sessi ‘tasting’ sebelum masukkan apa-apa bahan.


Bahan-bahan:
  • Button Mushroom (White or Brown type). Jangan beli dari tin. Beli fresh lagi bagus.
  • Olive oil atau minyak masak biasa
  • 7 atau 8 ulas bawang putih (Pontong diced)
  • 1 biji bawang besar (Potong bulat)
  • 3 atau 4tsb butter
  • 1tsb Chili Flakes
  • Worcestershire sauce (Secukup rasa)
  • ½ Lemon @ Limau Nipis
  • Garam & Black Pepper(Secukup rasa)
  • Daun Parsley

Cara-caranya:
  1. Mushroom dibersihkan dan di’slice’kan mengikut citarasa. Jgn basuh menggunakan air. Brush saje. 
  2. Panaskan kuali sehingga panas dan masukkan sedikit minyak. 
  3. Masukkan bawang & Chili Flakes dan goreng sehingga bawang menjadi caramelize atau coklat kekuningan. 
  4. Masukkan butter dan Mushroom tadi. Kacau sehingga Mushroom menjadi lembut dalam lebih kurang 5 minit.
  5. Tuang Worcestershire sauce ke atas semua mushroom-mushroom yang ada dan bawang putih.
  6. Kemudian kacau sehingga sebati. Masukkan garam, black pepper & air lemon secukup rasa.
  7. Tuang ke dalam mangkuk. Hidangkan dengan daun Parsley.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Agak-agaknya kan, kenapa entri kali ni saya italic kan? Ye betul! Sebab bukan saya yang tulis. Ni 'Daddy Shahab' yang punya entri. Saya simplify kan aje.

Hehehe....sila2 lah mencuba resepi ni ye, memang sedap! Klu makan dengan burger, kalah Mushroom Burger Carl's Junior. Betul! Kalau tak percaya try dulu. Pastu boleh komen. 

Selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment