Follow Us @kamharyatie

Thursday 15 August 2013

Nutrisi Lengkap Untuk IBU & BAYI Sepanjang KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU



Ibu-ibu tahu tak, sebenarnya, nutrisi yang diperlukan semasa hamil adalah nutrisi yang sama ibu-ibu perlukan semasa berpantang dan sepanjang tempoh menyusu. 

Dan vitamin yang lengkap bernutrisi bukan sahaja untuk ibu mengandung malahan untuk tumbesaran yang sihat anak di dalam kandungan dan yang anak yang sedang menyusu ibu.

Sebab tu ibu tak payah pening kepala fikir vitamin apa yang nak dimakan. Once ibu disahkan hamil, terus ambil semua vitamin ni. Hamil 9 bulan dan teruskan sehingga tamat tempoh 2 tahun penyusuan. Pendek kata, terus konsisten consume nutrisi yang sama dalam tempoh 3 tahun.

Vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk para ibu bermula dari saat kehamilan, semasa berpantang hingga sepanjang tempoh penyusuan ialah:-


1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)

2) Sustained Release Vita-C Plus 500g

3) B-Complex

4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)

5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)

6) OmegaGuard (EPA & DHA)

7) Zinc Complex (Selepas bersalin)

8) Alfafa Complex (Selepas bersalin dan semasa menyusu - as MILK BOOSTER)



1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)

Vita-Lea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.

Zat besi dalam Vita-Lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi (HB Low).

HB yang sentiasa rendah mungkin boleh menyebabkan komplikasi ketika melahirkan bayi. Vitalea akan membantu untuk meningkatkan HB ke tahap normal.

Ibu bersalin akan mengalami kehilangan banyak darah semasa melahirkan bayi. So, tak perlu makan hati ayam lagi ye sebab Vita-Lea sangat berkesan membantu ibu-ibu selepas bersalin mengembalikan jumlah darah ke tahap normal.



2) Sustained Release Vita-C Plus 500g

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. Vitamin C sangat penting bagi kesihatan gusi, gigi, tulang dan pembentukan tisu baru. Ia terdapat dengan banyak dalam buah-buahan seperti oren, betik dan strawberi.

Ibu yang tidak mendapat cukup vitamin C akan mengalami rasa mudah penat. Mereka akan menjadi cepat marah dan mudah mendapat penyakit meroyan (post partum depression). Sendi dan otak akan berasa sakit dan mudah mendapat lebam jika terlanggar meja atau dinding.

Masalah yang sering diadukan oleh mereka ialah gusi yang mudah berdarah dan jangkitan kuman pada gusi. Rambut akan jatuh berguguran dan kulit menjadi kering. Mereka mudah jatuh sakit kerana daya tahan yang tidak kuat.

Seperti vitamin B Complex, vitamin C juga tidak disimpan dalam badan dan perlu diambil setiap hari dalam pemakanan.

Selain dari itu, Vitamin C juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin.


3) B-Complex

Vitamin B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B (sebab itu dinamakan vitamin B-Complex) sangat penting bagi menukarkan makanan yang kita makan menjadi tenaga ketika proses metabolik.

Vitamin B, terutamanya ASID FOLIK, B6 dan B12 membantu kesihatan jantung dan saluran darah dengan merendahkan tahap homocysteine dalam darah.

Asid folik membantu mencegah kecacatan tiub neural seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi saraf tunjang bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Kebanyakan vitamin ini tidak dapat disimpan dalam tubuh dan dibekalkan dengan pengambilan dalam makanan setiap hari. Memasak terlalu lama menyebabkan makanan itu tidak lagi mempunyai vitamin-vitamin ini.

Vitamin B-Complex ini bertindak pada tahap maksima apabila diberikan secara serentak. malangnya, kebanyakan ibu-ibu tidak mendapat kelapan-lapan vitamin ini semasa dalam pantang.

B-Complex Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.

Pengambilan vitamin B-Complex Shaklee mampu membekalkan kesemua vitamin B yang diperlukan oleh wanita yang sedang hamil dan di dalam pantang.



4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)

Membantu meningkatkan pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Ianya juga membantu mengawal paras kolesterol ibu-ibu hamil. Paras G.I yang rendah sesuai diamalkn oleh ibu hamil diabetes kerana memberikan rasa kenyang yang lebih lama serta membekalkan tenaga berpanjangan untuk ibu-ibu.

Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.

ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.



5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)

Membantu mengatasi masalah sakit-sakit otot, pinggang serta sengal-sengal badan ketika hamil. Masalah buasir serta sembelit ketika hamil juga dapat diatasi dengan mengamalkan Ostematrix sebelum tidur.

Ostematrix ini ialah bekalan kalsium dengan vitamin D yang membantu ibu-ibu untuk tidur lena dan berkualiti sepanjang malam supaya kekal segar keesokan harinya.

Kalsium memperbaiki fungsi saraf, bagi mengelakkan rasa kebas pada anggota kaki dan tangan mereka di samping mempercepatkan pengecutan rahim untuk kembali ke saiz asal.

Suplemen kalsium dapat menghalang penbentukan darah beku pada saluran darah ketika banyak berbaring dan tidak aktif semasa pantang.

Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.

Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia ada dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki, tulang belakang dan pinggang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period. Bagi wanita yang menyusukan anak, mereka memerlukan sebanyak 1000 mg hingga 1500mg dalam sehari.



6) OmegaGuard (EPA & DHA)

DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

Ia sangat penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi. Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA disalurkan dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.

Atas sebab ini pakar nutrisi mencadangkan supliment Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

Omega 3 juga membantu pembakaran lemak. Dengan amalkan Omega Guard setiap hari, berat ibu hamil dapat dikawal terutamanya kepada ibu-ibu yang mengalami peningkatan berat badan secara mendadak. Omega 3 juga dapat membantu ibu kembali slim dengan lebih cepat selepas bersalin.



7) Zinc Complex ( Diambil selepas bersalin)


Membantu penyembuhan luka bersalin dengan  lebih cepat. Untuk ibu-ibu yang ada masalah tiada orang jaga dalam pantang, memang sangat digalakkan untuk ambil Zinc Complex Shaklee, sebab ianya sangat mudah dan terbukti berkesan mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin.

Cuma makan sehari sebiji. Tak perlu lagi bersusah payah cari ikan haruan atau pati ikan haruan. Zinc juga antara zat pemakanan yang sangat diperlukan. Ia terlibat dalam proses metabolisme terutama dalam pembentukan sel-sel yang telah rosak semasa kehamilan dan proses kelahiran.

Wanita yang berada dalam pantang juga selalunya mudah demam dan diserang dengan pelbagai virus dan bakteria. Mereka memerlukan zink untuk meningkatkan sistem daya tahan melawan penyakit dengan meningkatkan pengeluaran antibodi dari kelenjar thymus yang mengeluarkan T-Cells untuk menentang kanser dan menghalang penyakit.

Zink juga membantu mengembalikan semula kitaran haid wanita yang baru melahirkan anak, mengembalikan tenaga akibat kelesuan yang kronik semasa pantang dan membentuk kolagen bagi menyembuhkan luka dengan lebih cepat. 

Zinc guna membantu menguatkan akar rambut dan mengelakkan keguguran rambut yang melampau bagi ibu-ibu selepas bersalin.



8) Alfafa Complex (Diambil selepas bersalin dan semasa menyusu - as MILK BOOSTER)


Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU.



Kesimpulan

Kegagalan mendapatkan nutrisi yang mencukupi akan memberikan kesan buruk kepada ibu dan bayi. Oleh itu, ibu-ibu hamil dan ibu yang baru melahirkan sangat memerlukan suplemen yang sesuai untuk meningkatkan kesihatan tubuh mereka semula.

Ketika dalam pantang, ibu memerlukan tambahan tenaga sebanyak 500kal yang harus datang dari makanan yang mereka makan. Ini bermakna mereka memerlukan antara 2000 hingga 2500 kalori dalam sehari.

Malangnya kebanyakan wanita yang sedang dalam tempoh berpantang tidak mendapat nutrisi yang cukup dari pemakanan mereka.

Ini berpunca dari keletihan kerana tidak cukup rehat dan tidak cukup tidur kerana menyusukan bayi dan mengalami masalah 'tidak berselera' kerana tubuh mereka masih lemah.

Pengambilan makanan dengan nutrisi yang lengkap bagi setiap IBU adalah sangat penting. Jagalah kesihatan diri anda terlebih dahulu agar anda dapat menjaga keluarga dengan lebih sempurna, InsyaAllah...

Jadi jika anda di luar sana masih lagi mencari-cari supplement atau vitamin yang sesuai sepanjang kehamilan, bersalin & menyusu, Shaklee ada jawapannya kerana ianya semulajadi dan bebas-dadah (drug free)!!



~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~

Berminat untuk mendapatkan SET HAMIL, SET BERSALIN atau SET MENYUSU sekarang?
Sila hubungi saya! 
Saya akan bantu anda. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 


No comments:

Post a Comment