Follow Us @kamharyatie

Thursday 21 November 2013

Belajar Tinggi-Tinggi, Last-Last Dok Ceruk Dapur



Assalamualaikum,

Saya yakin tajuk entry kali ni adalah ayat command, yang biasa kita dengar. Dan statement ni saya selalu dengar sejak saya di bangku sekolah lagi.

Yang selalu cakap ayat tu pula adalah rakan-rakan lelaki. Masa tu saya tak ambil port langsung, tapi sejak saya ada anak, dan sejak dua menjak ni, bila dah banyak sangat kes pengasuh dera anak, saya mula faham. Saya mula memahami maksud tersirat ayat tersebut.

Lepas banyak berlaku kes-kes anak di dera, ramai ibu bekerjaya yang dah mula mencari peluang untuk bekerja dari rumah. Sebab utama adalah kerana nak jaga anak sendiri, nak lihat anak membesar di depan mata.

Dan yang pasti, kebanyakan yang berhenti kerja bukan calang-calang wanita. Semua mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dan professional dalam sektor swasta. Engineer, lawyer, doktor dan IT expert antara yang paling ramai berhenti kerja dan menjalankan perniagaan dari rumah.

Sebenarnya inilah dilema yang dihadapi oleh semua ibu bekerjaya. Keputusan yang cukup sukar diambil, dengan mengambil kira situasi yang dihadapi, pertimbangan suami, keluarga dan masa depan anak, yang akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja,


Tidur/stayback di office

Saya sendiri menghadapi masalah yang sama, sebab dari mula saya bekerja, saya terlibat dalam banyak projek-projek khas yang memerlukan the whole team untuk beri komitmen yang tinggi untuk pastikan sesuatu projek itu berjaya.

Most of the projects yang saya involved, sebenarnya tak ramai yang expert dalam Malaysia ni. Siapa yang kenal saya, mereka akan faham expert apa yang dimaksudkan. Dan saya tak boleh bercerita di sini kerana yang pasti memang orang biasa tak akan faham.

 

Saya pernah melalui saat-saat tidur di office, sampai bawa bantal dan toto. Pernah esok paginya nak present, semalaman tak tidur sebab sistem error. Dan hampir accident semasa dalam perjalanan disebabkan mengantuk. Kerja siang malam macam kompeni tu saya yang punya, even owner kompeni tu sendiri pun tak buat macam tu.

Masa tu saya belum berkahwin dan pada saya, takde masalah untuk saya buat mcm tu sebab saya tiada komitmen lain. 100% serah bulat2 untuk kompeni, walaupun gaji saya pada masa itu tak sampai pun RM2k. Dan saya ada banyak masa untuk buat part time. Saya dapat jana side income berpuluh ribu semasa saya bujang.


Komitmen
 

Bila saya berkahwin dan mempunyai anak, komitmen keluarga menjadi perkara utama. Saya tak boleh dah nak buat macam saya bujang2 dulu. NO-NO. Saya sedaya upaya untuk elakkan daripada perkara ini berlaku.

Jadi saya perlu lebih komited dalam tugas saya sepanjang waktu bekerja. Tapi saya faham sekali sekala bila ada projek-projek khas, ada masa saya diperlukan untuk stayback. Itu saya faham dan saya boleh atur kan.

Pernah suatu ketika, 2 tahun yang lalu, perkara stayback ini berlaku selama hampir sebulan. Saya dah suarakan perkara ini kepada bosses, dan apabila mereka sendiri buat acuh tak acuh, saya escalate perkara ni sehingga ke peringkat atasan, sampai ke CEO.

Saya terpaksa buat macam ni sebab saya nak bagitau yang saya dah berikan sepenuh komitmen sepanjang office hour dan saya akan pastikan ada output dan result, dan selepas dari waktu itu adalah waktu untuk keluarga dan diri saya sendiri.

Dan saya sanggup berhenti kerja seandainya perkara ini tidak diambil sebarang tindakan. Itu kata putus saya. Tapi syukur alhamdulillah, CEO saya cukup memahami situasi ini dan seperti yang saya jangka, beliau sendiri tak sangka yang ada antara bosses di syarikat saya yang bersikap sedemikian.

Selepas dari tindakan tersebut, perkara seperti ini sudah jarang berlaku. Dan sekurang-kurangnya tindakan saya itu sebagai satu langkah yang positif dan saya hendak perjuangkan hak2 ibu yang bekerjaya di syarikat saya bekerja. Ada masanya memang perlu ada seseorang yang berani bersuara supaya kami tidak ditindas.



Ini adalah email benar, tiada benar selain benar belaka, saya hantar kepada CEO sebagai langkah untuk mengelakkan daripada perkara ini berlarutan. Lanjutan daripada email ini, saya telah dipanggil 1 to 1 session untuk bincang lebih lanjut tentang masalah ini.


Flexible working hour


Saya suka kerja yang ada flexible working hour. Setiap orang ada cara kerja masing-masing dan kita perlu hormat. Contoh macam saya, Saya tak kisah anak-anak buah saya nak buat kerja macam mana, nak tertonggeng ke nak terbalik ke, yang penting kerja siap. Tapi kalu kerja tak siap, please justify kenapa. Saya boleh terima kalau alasan munasabah.

Cuma yang saya perhatikan, makin tinggi level dan career path, memanglah gaji makin besar. Tapi effect negatif adalah masa bersama keluarga semakin terhad. Ayat biasa kita dengar, makin besar gaji, kerja pun makin banyak. Responsibility pun makin besar. Dah bayar gaji mahal-mahal, takkan buat kerja senang-senang kot, itu perkara lumrah.

Sebagai seorang ibu yang berpendidikan tinggi (xde la tinggi mana, saya cuma ada degree je, niat nak sambung master apalagi phd, nampaknya tidak kesampaian), sekurang-kurangnya kita boleh berfikir mana yang terbaik. Saya mahukan yang terbaik untuk keluarga dan anak-anak.


Pengalaman pahit saya semasa outstation, anak diserang demam panas dan febrile fits dan saya tidak berada di sisi. Hanya mampu berdoa dan yakin anak-anak dan keluarga sentiasa di bawah lindunganNya.



Bantu suami 

Saya sebenarnya tidak setuju dengan komen-komen yang menyalahkan ibu yg berkerja dan tidak mahu menjadi surirumah menjaga anak dengan tangan sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Kata mereka ibu-ibu kita dulu pun surirumah tapi masih cukup makan pakai walaupun bapa seorang yang berkerja.

Dalam situasi ekonomi sekarang, kita terpaksa terima hakikat suami dan isteri dua-dua 'terpaksa' bekerja untuk menampung kos hidup yang semakin menjadi-jadi. Tengoklah anak baru tadika, tapi yuran sekolah kalah anak masuk universiti. Harga rumah pun sekarang tidak munasabah, harga barang naik mendadak. Semua tu kita tak dapat nak kawal.

Tapi, anda fikirkan lah. Kita hidup di Malaysia ni, terlalu banyak peluang yang diberikan kepada kaum ibu untuk menjana pendapatan. Tinggal lagi kita hendak atau pun tidak rebut peluang yang ada. Andai kata anda adalah salah seorang daripada ibu-ibu bekerjaya yang mengalami situasi yang sama seperti saya, saya berbesar hati nak buka peluang ni kepada anda.


Berkorban 

Sebenarnya, saya enjoy dan sayangkan kerja saya sekarang. Cuma saya terfikir tentang masa depan anak-anak saya jika saya masih lagi bekerja dengan fixed working hours. Saya ada anak istimewa. Anak istimewa agak sukar untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah biasa. Kalau dapat sekolah yang jauh, saya tak boleh biarkan dia naik bas macam anak tipikal.

Saya tak boleh biarkan orang lain yang handle. Hanya saya yang faham anak saya macam mana. Saya bertanggungjawab atas anak-anak saya. Dengan situasi macam ni, ada sesuatu yang terpaksa saya korbankan. Kadang kala kita terpaksa korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu.Ya, saya terpaksa korbankan sesuatu. Tapi apa dia? Takkan nak berhenti kerja? 


Berhenti kerja

Jika saya berhenti kerja bermakna saya tidak ada income. itu bukan jalan penyelesaian, malah itu akan menambah masalah. Apatah lagi saya telah bekerja selama lebih dari 10 tahun, orang dah start panggil saya otaiyah (panggilan otai bagi perempuan...hehehe...), tiba-tiba berhenti kerja? Owh NO! Mati kutu kalau berhenti cenggitu je.

Sebenarnya, saya bukan nak berhenti kerja. Tiada istilah berhenti kerja. Saya hanya ingin bertukar kerja daripada bekerja di office, kepada bekerja di rumah. Tapi dengan skill yang saya ada ni tidak sesuai untuk saya bekerja di rumah. So, apa saya nak buat? Saya kena lah fikir sesuatu.


Berniaga


Lepas mengikuti kelas Dr. Azizan dan selalu kene brainwash dengan hubby, adik saya Maria dan suaminya, Firdaus, saya mula berminat dalam bidang perniagaan. Saya mula nampak sesuatu. Peluang dah ada depan mata, takkan saya nak biarkan. Lagipun dah ramai yang terbukti dah berjaya.

Dan alhamdulillah sekarang adalah bulan yang ketiga saya menjana pendapatan 4 angka, dah hampir dengan gaji full time saya. Memang betul 9/10 punca rezeki adalah daripada berniaga. Saya berniaga 70% secara online dan 30% secara offline.

Saya masih lagi bekerja full time dan berniaga secara part time. Sejak saya berjinak-jinak dalam bidang perniagaan, niat saya bekerja sekarang ni pun dah berubah, daripada bekerja semata2 makan gaji pergi kerja balik kerja, saya menjadi lebih ikhlas menjalankan tanggungjawab saya terhadap syarikat.

Insyaallah, saya sedang sediakan platform untuk menjadi Working @ Home Mom. Semoga Allah permudahkan perjalanan kedua-dua kerjaya saya sekarang ni, full time dan part time. Yang paling penting saya tidak bergerak seorang diri. Saya ada group dan mentor yang sangat hebat! Andaikata saya tersadung, ramai yang ada di sisi saya untuk sambut saya daripada terjatuh.



Siapa yang sedang menghadapi dilema macam saya dan nak tahu lebih lanjut apa yang saya sedang buat dan macam mana cara saya buat, klik image di bawah untuk download Ebook sebagai panduan dan semoga anda mendapat manfaat.

 p/s Dok ceruk-ceruk dapur pun, 4-5 figure income jugak. Hehehe....